Blog-list Malaysia |
- Sarawak Tiada Peruntukan Hantar Kembali Pelajar Ke Mesir
- Undi Pos - SPR Kata Kerana Kesedaran Pengundi.. KahKahKah
- Ceramah Bob Lokman
- Hantu Kak Limah Sokong Pas
- Saman trafik: TPM tolong jangan perlekeh rakyat sendiri
- PAS Melaka Lakukan Kerja Sia-Sia - Lapor Kes Curi Kepada Pencuri
Sarawak Tiada Peruntukan Hantar Kembali Pelajar Ke Mesir Posted: 03 Mar 2011 01:28 AM PST Dukacita Sarawak enggan biaya kembali ke Mesir Pelajar kecewa Seperti yang sedia maklum, krisis di Mesir telah menyebabkan kami sebagai pelajar yang belajar di Mesir terpaksa pulang ke Malaysia. Kami merupakan pelajar Sarawak yang belajar di Mesir. Ada dalam kalangan kami mendapat tajaan Yayasan Negeri Sarawak, Mara, dan persendirian. Isu ini bermula apabila sebelum ini kerajaan negeri Sarawak telah berjanji untuk menanggung kos penghantaran kami balik ke Mesir. Dengan terpampangnya berita mengenainya di televisyen tv3 dan Astro Awani. Namun, setelah bermesyuarat bersama pihak Yayasan Sarawak sebentar tadi (2 Mac), mereka seolah-olah tidak berhasrat pun untuk menaja tiket balik kami ke Mesir sedangkan negeri-negerilain sudah pun mengumumkan penajaan tiket balik beserta wang saku sebanyak RM500. Mereka menyatakan kami seharusnya menggunakan saluran lain terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan negeri Sarawak. Ini amat mendukacitakan kami semua yang mengharapkan berita gembira dari mereka. Tambahan pula, Sarawak ini merupakan sebuah yang kaya raya sepatutnya namun, hasil kekayaan hanya dikaut oleh pemimpin-pemimpin Sarawak yang tamak. |
Undi Pos - SPR Kata Kerana Kesedaran Pengundi.. KahKahKah Posted: 02 Mar 2011 07:08 PM PST Undi pos: SPR percaya naik kerana kesedaran, Bersih 2.0 mahu semakan Pertambahan bilangan pengundi pos di Perak adalah ekoran peningkatan kesedaran hak mengundi termasuk di kalangan mereka yang berkahwin dengan anggota pasukan keselamatan, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sambil menolak kesangsian mengenai jumlah pengundi pos. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar memberitahu The Malaysian Insider, lebih ramai termasuk mereka mendirikan rumah tangga dengan anggota polis dan tentera kini tahu tentang hak mereka bahawa boleh menjadi pengundi tidak hadir, yang memberikan mereka hak untuk mengundi menerusi sistem undi pos. "Saya percaya jika ada peningkatan jumlah pengundi pos sebagaimana didakwa, isteri anggota tentera dan polis memutuskan untuk mendaftar bersama suami mereka. Ini satu kemungkinan," katanya ketika dihubungi. Wan Ahmad diminta mengulas dakwaan peningkatan pengundi pos, perkembangan yang dilihat untuk memperkukuhkan kedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri itu menjelang pilihan raya umum ke—13. Mengambil kira angka peringkat nasional, menurut beliau, pengundi pos di kalangan anggota tentera dianggarkan seramai 134,000 di kalangan tentera dan 80,000 lagi membabitkan polis. Pengundi pos kalangan pasukan keselamatan lazimnya dianggap sebagai 'bank undi' bagi BN dan memihak kepada perikatan tersebut. Wan Ahmad menambah, beliau tidak pasti dengan angka sebenar pengundi pos di Perak dan perlu mendapatkan maklumat daripada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak sebelum boleh mengulas lanjut mengenai isu yang dibangkitkan itu. BN kehilangan kerajaan negeri Perak pada 8 Mac 2008, tetapi memperoleh kembali 11 bulan kemudian apabila tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar parti. Kelmarin, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan kebimbangan dengan peningkatan mendadak pengundi pos seramai 5,669 dan 1,102 orang masing-masing bagi kerusi DUN Pangkor dan Kamunting. Adun PKR Perak Chan Ming Kai berkata, meskipun Pangkor yang dimenangi oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir — mengalami peningkatan lebih 5,000 pengundi, kawasan Parlimen Lumut, yang merangkui DUN Pangkor, dimenangi oleh Datuk Seri Kong Cho Ha dari MCA, dimenangi dengan majoriti tipis 298 undi daripada 55,930 pengundi di bahagian tersebut. DUN Kamunting pula dimenangi oleh Mohamad Zahir Abdul Khalid dari Umno dengan kelebihan 555 undi. Sehubungan itu, parti tersebut menggesa SPR meneliti peningakatan secara ketara jumlah pengundi pos di kawasan tersebut. SPR akan mengadakan mesyuarat bulanannya hari ini dan dijangka mengeluarkan daftar pemilih terbaru bagi tahun 2010. Dengan merujuk kepada undang-undang pilihan raya, Wan Ahmad berkata, anggota tentera dan polis secara automatik menjadi pengundi pos dan pasangan mereka juga mempunyai hak untuk berbuat demikian. Katanya, di Perak ada ramai anggota tentera termasuk pangkalan tentera laut di Lumut. "Mereka diberikan pilihan. Mereka boleh memilih sama ada mahu jadi pengundi biasa atau daftar sebagai pengundi tidak hadir, sekali gus mengundi secara pos, selagi mereka memenuhi keperluan undang-undang," katanya. Bagaimanapun pertubuhan bagi pilihan raya bersih dan bersih Bersih 2.0 mencabar pandangan itu. "Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Wan Ahmad," kata Pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan kepada The Malaysian Insider. Sebagaimana dibangkitkan oleh PKR, kata beliau, pihaknya juga mahu SPR menggunakan budi bicara dalam mendaftar permohonan memandangkan keseluruhan proses terdedah kepada salah guna. "Ia bertentangan dengan semangat pengundian secara pos," katanya lagi. Wan Ahmad berkata SPR tiada kuasa untuk menolak pendaftaran sebarang permohonan selagi ia memenuhi kriteria yang diperuntukkan. "Jika seseorang layak di bawah syarat, kami tidak menolak. Tugas kami ialah memastikan tidak ada pertindihan pengundi bagi mengelakkan penipuan," katanya. |
Posted: 02 Mar 2011 08:45 AM PST |
Posted: 02 Mar 2011 08:33 AM PST |
Saman trafik: TPM tolong jangan perlekeh rakyat sendiri Posted: 02 Mar 2011 05:00 AM PST Kata TPM Muhyiddin "Traffic summons have nothing to do with politics"..Bernama . Itu komen seorang ahli politik dan seorang Timbalan Perdana Menteri. Penjelasan seperti ini hanya layak didengari oleh mereka yang tidak kisah dengan kehidupan atau tidak tahu apa langsung tentang kejadian dan peristiwa semasa. Saya bukan seorang peguam atau hakim tetapi saya seorang graduan diantara jutaan graduan yang ada dan sedang melihat scenario politik di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia saya mendoakan semoga peristiwa yang berlaku di Negara luar tidak berlaku di Malaysia melainkan jika pemimpin-pemimpin yang sedia ada tidak mengambil iktibar. Berbuih mulut kita memperingatkan pemimpin-pemimpin supaya tidak memperkecilkan rakyat sendiri. Kita juga selalu menyedarkan mereka bahawa zaman sekarang adalah zaman langit terbuka. Maksudnya maklumat sangat mudah diperolehi. Lihatlah apa yang dimiliki oleh Wikileaks. Tentang saman trafik kata TPM tidak kena mengena dengan politik adalah satu kenyataan yang boleh dikategorikan sebagai memperkecilkan rakyat atau merendahkan pemikiran rakyat sendiri. Apa tidaknya, mereka yang memperolehi saman sudah awal-awal lagi disabitkan kesalahan dan tidak diberi peluang untuk mempertahankannya secara adil di mahkamah. Rakyat yang ketakutan terpaksa membayar denda haram ini demi mengelak dari tindakan kejam seterusnya seperti disenarai hitamkan dan tidak dapat membayar cukai jalan walaupun ada wang. Bukankah tindakan seperti ini sudah melampaui batas undang-undang? Kekalutan seperti ini dikatakan tidak berkaitan dengan politik. Siapa yang boleh mempercayainya wahai memanda? Ambillah iktibar dari pergolakan dunia hari ini khususnya di Timur Tengah. Kasihilah rakyat sendiri. Jangan terlalu tamak dan rancanglah bagaimana mahu menjana wang dengan cara terhormat bukan mencari jalan senang dengan menadah kopiah atau topi. Kurangkan pembaziran dan program-program yang tidak menjana kewangan seperti rombongan keluar negeri oleh mereka yang tidak kena mengena dengan dasar dan perancangan kerajaan. Bezakan antara aktiviti NGO, parti politik dan kerajaan. Tunjukkan kecerdikan kita sebelum kita menunjukkan kebodohan orang lain. Man Libya / Kedahlanie |
PAS Melaka Lakukan Kerja Sia-Sia - Lapor Kes Curi Kepada Pencuri Posted: 02 Mar 2011 04:27 AM PST PAS Melaka Serah Bukti Kepada SPRM Timbalan Pesuruhjaya I Pas Melaka, Adly Zahari : semalam memberi keterangan selama kira-kira tiga jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Melaka (Maim). Adly berkata, beliau berbuat demikian antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari berkaitan laporan yang dibuatnya kepada pihak berkenaan 23 Februari lalu. "Saya telah menyerahkan segala bukti penggunaan wang zakat sebanyak RM13.85 juta untuk membina bangunan MAIM dan penyerahan hak milik tanah Maim kepada satu syarikat walaupun tempoh perjanjian telah tamat. "Ini termasuk bukti penjualan tanah lot 105 dan 106 kepada pihak ketiga oleh syarikat berkenaan dan mengapa Maim masih tidak mengambil tindakan terhadap syarikat itu kerana secara jelas kontraktor berkenaan tidak melaksanakan projeknya," katanya pada sidang media di Markas Induk Pas Taman Muhibbah di sini, semalam. Menurutnya, SPRM telah berjanji akan menyiasat secara telus dakwaan itu. "Kita berharap SPRM dapat kotakan janjinya kerana saya akan sentiasa akan menghubungi mereka mengenai perkembangan siasatan itu. Projek pembangunan secara usahasama dengan syarikat itu gagal kerana pihak berkenaan dikatakan mengingkari perjanjian dengan tidak membina kompleks Maim sehingga tamat tempoh perjanjian pada Jun 2004. Kegagalan penguatkuasaan perjanjian projek usaha sama itu mengakibatkan Maim mendahulukan wang zakat untuk membina kompleks bangunannya. -SH |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan