Khamis, 31 Mac 2011

Bila Harimau Sudah Menaip...

Bila Harimau Sudah Menaip...


Blog Ini Blog Tak Laku

Posted: 30 Mar 2011 07:45 PM PDT

Perghh...berdas-das aku kena maki dengan penyokong tegar Parpukari. Aku bukan nak cari gaduh dengan Parpukari, aku cuma nak dia bagi penjelasan logik, masuk akal dan munasabah. Itu juga kita tuntut dari kerajaan mutakhir dan juga dari Anwar Ibrahim.

Ada yang kata blog aku ni blog tak laku. Aku nak jawab bab tu...

Aku tak berjual-beli. Aku tak ditanggung sesiapa. Aku tak menulis 'bagi-pihak" sesiapa. Aku bukannyapecacai sesiapa. Kalau korang cakap blog ni tak laku, AKU SETUJU!!!

Aku menulis untuk puaskan hati. Untuk melempiaskan ketidakpuashatian. Untuk bertukar fikiran. Aku tak memfitnah. Aku PANTANG orang yang suka memfitnah. Hadiah bagi orang yang TALAM 2 MUKA adalah maki hamun. Maki hamun sama dengan melaknat. Betul kan?

Jadi, kalau nampak aku mencarut, anggaplah aku sedang melaknat. Itu kira nasib baik terima laknat dari aku, JANGAN KENA LAKNAT DARI ALLAH SUDAHLA...Nauzubillah.

Tiada ulasan: