Isnin, 21 Mac 2011

Biaqpila

Biaqpila


SILA TANGKAP PENGANJUR TAYANGAN VIDEO LUCAH

Posted: 21 Mar 2011 05:00 AM PDT


ANWAR PERUT BUNCIT? KAH!KAH!KAH! HUHU!! HAHA!! HUHU!! HAHA!!


Blog ini menggesa pihak Polis menangkap penganjur Tayangan Video lucah yang menayangkan video lucah seseorang di sebuah hotel mewah pagi ini. Tidak syak lagi penganjur kepada tayangan telah menyalahi undang-undang dengan menayangkan video lucah dan juga menyimpan video lucah.

Para penonton juga mesti ditangkap dan disoal siasat keranan menonton video yang salah di sisi undang-undang.
Pagi tadi media melaporkan bahawa sekumpulan wartawan telah dipertontonkan dengan video lucah seorang yang dikatakan Pemimpin parti politik tersohor. Ada blog yang mendakwa pelakon video itu adalah Anwar Ibrahim.

Samada benar atau tidak dakwaan itu, video itu asli atau palsu yang penting penganjur itu mesti ditangkap kerana menyalahi undang-undang menayangkan video lucah. Pada masa yang sama pihak berwajib juga mesti menyiasat siapa yang membuat video dan siapa pelakonnya. Jika terdapat kesalahan hadapkan semua mereka yang bersalah termasuk 'taukeh panggung' itu sekali.mutaligat

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1MALAYSIA TAK HABIS2 PASAI SEKS DAN KONGKEK

Posted: 21 Mar 2011 02:09 AM PDT






Saya petik:
[MK] Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.



Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.



Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.



Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.



Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.



Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu. Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.



Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.



Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.



Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.
Wartawan Malaysiakini pula masuk bersama kumpulan ketiga dan terakhir bagi media tempatan.


AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.
Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.


Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.


Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T.
Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya “untuk mengenal pasti orang dalam video” tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang.



Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik."



Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.



Datuk T mendakwa beliau telah terjumpa video selepas dia diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku.
Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut tetapi sebaliknya terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.



Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut.


* Gambar sekadar hiasan.
P/s: Soalan yang perlu melintas di kepala anda ialah:  Mengapa orang yang mendedahkan video ini tidak membuat laporan polis atau jabatan agama? Mengapa video ini dipertontonkan kepada pihak media tempatan dan media asing? Mengapa Datuk T dan kumpulannya menyembunyikan identiti jika benar video ini asli?



Seperkara lagi yang menarik untuk difikirkan ialah lokasi tayangan filem porno ini, iaitu Seri Carcosa Negara. Bukankah Seri Carcosa Negara milik kerajaan? Adakah Datuk T "berkhidmat" dengan pemilik hotel mewah zaman kolonial ini?



Video ini mungkin dibikin khas untuk menyekat peluang kemenangan PR di Sarawak dan PRU13 serta mengukuhkan pendakwaan liwat yang dihadapi oleh DSAI.



Namun begitu, pemimpin dan penyokong PR jangan cepat kalut dan terburu-buru dalam hal ini. Langkah pertama laporkan pendedahan video ini kepada polis dan kemudian minta pakar forensik digital/video memeriksa ketulenan video ini. Dalam masa yang sama, Datuk T dan geng perlu mendedahkan identiti agar tindakan dapat diambil terhadap mereka jika sah video ini direkayasa dengan menggunakan khidmat pelakon pelanduk dua serupa!
duniacacamarba.blogspot.com




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Penduduk cekup penuntut IPT

Posted: 20 Mar 2011 09:00 PM PDT


TAMAN PERMINT - Seorang gadis penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) tidak mam-pu meluahkan kata-kata, sebaliknya air mata yang gugur di kelopak matanya sudah cukup menggambarkan penyesalan atas perbuatan dilakukan sebaik dia dibawa ke balai polis setelah dicekup penduduk kampung atas kesalahan khalwat.

Berikutan perbuatan sumbangnya mengunjungi rumah sewa selain berada dalam keadaan mencurigakan bersama teman lelaki di sebuah rumah sewa di taman perumahan, dekat sini, lewat senja kelmarin, gadis itu juga mungkin berdepan tindakan tatatertib termasuk disingkirkan dari IPT tersebut jika dia didapati bersalah oleh mahkamah.

Menceritakan detik hitam yang dialami itu, gadis terbabit yang difahamkan sedang mengikuti latihan amali berkata, dia sebenarnya dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu dan hanya singgah di rumah teman lelakinya itu untuk menukar pakaian.

Bagaimanapun, dia sama sekali tidak menyangka kunjungannya ke rumah sewa yang didiami beberapa penuntut lelaki yang juga rakan sekuliah itu membawa padah apabila tindak-tanduknya diperhatikan jiran tetangga sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

"Tidak sangka pula gerak-geri diperhatikan penduduk kampung yang akhirnya menyebabkan saya boleh ditangkap khalwat," katanya.

Pasangan terbabit, masing-masing penuntut IPT berdekatan dicekup penduduk kampung di sebuah rumah sewa di Taman Permint kerana berada dalam keadaan mencurigakan sebelum menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Pasangan remaja berusia belasan tahun itu ketika ditemui mengakui tidak berniat melakukan perbuatan sumbang, bagaimanapun keadaan mereka yang tidak mempunyai sebarang hubungan muhrim apatah lagi berada di rumah itu telah menimbulkan syak wasangka yang boleh menyebabkan mereka ditangkap khalwat.

Perempuan yang berasal dari Manir bersama teman lelakinya dari Marang itu dibawa ke Pejabat Agama Daerah Dungun untuk diambil keterangan sebelum disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir negeri Terengganu, jika didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Muhyiddin mahu rosakkan hubungan baik Sarawak dan Semenanjung?

Posted: 20 Mar 2011 06:00 PM PDT

Petikan Facebook Ahmad Lutfi Othman

Gagasan 1Malaysia dipermainkan media dan pemimpin BN sendiri. Belum pun bermula kempen pilihan raya Sarawak secara rasmi, siaran berita TV sudah memomokkan tentang parti2 pembangkang "dari Semenanjung". KeADILan, DAP dan PAS sering disebut parti "dari Semenanjung"



Pengerusi SPR pun pernah kata seperti itu juga.

 Kenapa perlu ditekankan "dari Semenanjung"?

TPM Muhyiddin semasa di Sri Aman kelmarin  turut menegaskan, "penduduk Sarawak perlu menolak ‘hantu dan jembalang’ yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri ini semasa pilihan raya negeri yang akan datang."



DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: