Biaqpila |
- Kedah akan ikut Kelantan atau Terengganu?
- PESTA KHALWAT
- Saifuddin Kepada Gobala: Kita jumpa di Mahkamah
- Kerajaan belanja RM5.9 juta kempen di Tenang
- Zaid terpaksa jatuhkan maruahnya ke tahap PERKASA
- Adakah polis bertindak sama terhadap demontrasi pro-Umno?
Kedah akan ikut Kelantan atau Terengganu? Posted: 17 Mar 2011 03:00 PM PDT Oleh: ZULKIFLI YAHAYA Genap tiga tahun Pakatan Rakyat yang didominasi PAS memerintah Kedah. Kerajaan negeri sedang mengadakan Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera, bukan untuk meraikan ulangtahun kemenangan tetapi untuk menyerlahkan lagi misi dan visi pentadbiran negeri berkebajikan kepada rakyat negeri ini. Di kala demokrasi Malaysia masih primitif di mana media penerangan Pusat menggelapkan berita kerajaan negeri, maka program seumpama ini perlu sebagai platform untuk memberitahu rakyat apa kerajaan negeri telah lakukan untuk kesejahteraan rakyat. Menteri Besar dalam ucapan perasmian sambutan tersebut menjelaskan, antara manfaat visi Kedah Sejahtera yang diperkenal dan dilaksanakan sejak tiga tahun lalu ialah, pegawai serta kakitangan Negeri Kedah kini bebas dari ketakutan. Dahulu mereka wajib menyokong parti yang menjadi anutan kerajaan yang memerintah, namun hal seperti itu tidak lagi berlaku kini. “Dasar kita ialah siapa sahaja berhak memilih parti yang mereka suka dan kita tak pernah pecat pegawai kerana politik. “Kita beri jawatan kepada pegawai berdasarkan kelayakannya bukan kerana dia cenderung kepada kita (parti politik),” tegasnya. Menurut beliau lagi, kerajaan pimpinannya mendokong dasar demokrasi yang dijamin oleh Perlembagaan Negara dan meminta Kerajaan Pusat juga turut menghormati dasar tersebut. Beliau bersyukur kerana sepanjang tiga tahun pentadbiran kerajaan pimpinannya pelbagai kejayaan telah dicatatkan. Antaranya ialah pertambahan hasil negeri, pertambahan pelabur dan perpaduan antara rakyat berbilang kaum yang semakin baik. Apa yang dicakapkan oleh Menteri Besar bukan ‘cakap politik’. Ia senario yang benar-benar berlaku di Kedah. Semua tahu di Kedah, tidak pernah wujud masalah antara pegawai kerajaan dengan pentadbiran tertinggi negeri. Tiada masalah juga dengan pihak istana. Semuanya berjalan baik. Walaupun hubungan politik antara Pusat dan Negeri tidak sehaluan tetapi hubungan antara jabatan Pusat dan negeri tiada masalah di Kedah. Pegawai-pegawai Pusat adalah pihak yang sentiasa diraikan oleh kerajaan negeri dalam apa sahaja program anjuran negeri. Kerana hubungan di atasnya baik maka hubungan rakyat bawahan juga tiada masalah. Tiada isu mengunci dan merantai balai raya atau premis kerajaan yang disalahgunakan oleh pihak pembangkang. Jika orang PAS mahu bertindak rakus seperti itu, maka premis pertama yang dirantai ialah Pusat Khidmat Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang selepas tiga tahun PR memerintah, dia masih menumpang di atas pejabat penghulu Mukim Mergong. Seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hairan bagaimana seorang pengerusi JKKK (Pusat) dan pengerusi Majlis Ketua Kampung, MKK (Negeri) boleh datang satu kereta ke pejabat JKM untuk menguruskan bantuan terhadap mangsa banjir. Hal seperti itu mungkin pelik sewaktu PAS mentadbir Terengganu selepas mendapat mandat 1999 dahulu. Timbul persoalan sekarang, jika pilihanraya umum diadakan apakah PR yang didominasi PAS akan terus berkuasa di Kedah? Kedah akan jadi macam Kelantan yang berkuasa lima penggal berturut-turut atau sekadar jadi Terengganu yang hanya berkuasa satu penggal? Persoalan itu sukar untuk dijawab kerana tiada siapa yang dapat meneka isi hati seluruh rakyat Kedah yang akan membuat keputusan, melainkan apa seluruh peti undi PRU dibuka. Tetapi kajiselidik yang dibuat sebuah badan penyelidik bebas akhir tahun lalu menunjukkan majoriti rakyat mahu kerajaan PR kekal di Kedah. Anehnya dalam kajiselidik itu ialah sokongan pengundi Cina berpihak kepada BN, manakala sokongan pengundi Melayu berpihak kepada PAS. Ia berbeza dari trend sokongan yang ditunjukkan oleh para pengundi dalam siri pilihanraya kecil yang berlangsung di seluruh negara. Kedah pernah berbeza dengan arus perdana sokongan politik negara. Sewaktu semua negeri di Malaysia mengalami kemerosotan undi pembangkang pada PRU 1994 berbanding 1990, Kedah muncul satu-satunya negeri di mana undi perolehan pembangkang bertambah. Begitu juga undi perolehan pembangkang merosot pada PRU 1990 berbanding PRU 1986 di Kedah, sedangkan sebahagian besar negeri-negeri di Malaysia mendapat pertambahan undi akibat tahalluf dengan Semangat 46. Kemerosotan undi Cina mudah difahami kerana waktu itu isu kuota perumahan 50-50 dieksploit habis-habisan oleh Gerakan dan MCA. Namun kini selepas beberapa bulan berlalu, isu nasional bagi masyarakat Cina telah berjaya memulihkan sokongan pengundi Cina terhadap PAS di Kedah. Bagaimanapun dalam dunia serba pantas hari ini, kajian kecenderungan politik tidak lagi berkala dalam tempoh yang lama. Ia boleh berubah hanya dalam satu atau dua isu. Golongan atas pagar makin bertambah. Orang muda umumnya tidak cenderung untuk berpihak. Ruang meraih sokongan masih terbuka luas untuk semua. Sama ada Kedah akan ikut jejak Kelantan atau Terengganu bergantung kepada kejayaan PR mengikat kecenderungan majoriti rakyat sehingga ke peti undi. Dan penentu mutlaknya ialah Allah SWT. http://warta-utara.blogspot.com/ DD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 17 Mar 2011 05:00 AM PDT Besut - Lapan individu termasuk tiga remaja perempuan dicekup penguat kuasa Pejabat Agama Daerah dan polis kerana disyaki berkhalwat dalam sebuah rumah di taman perumahan dekat Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut, di sini. Dalam serbuan kira-kira jam 1.06 pagi itu, lima lelaki berusia antara 17 dan 22 tahun dan tiga pelajar perempuan sebuah kolej swasta di Bachok, Kelantan, masing-masing berusia 19 tahun ditahan. Pegawai Agama Daerah, Nik Zulhaiza Ismail berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota penguatkuasa agama dibantu pegawai dan anggota polis menyerbu sebuah rumah milik saudara seorang lelaki yang ditahan itu. Menurutnya, ketika serbuan seorang lelaki membuka pintu dan mendapati ada tiga lelaki lain berada di ruang tamu rumah itu. “Pemeriksaan lanjut mendapati dua remaja wanita berada dalam satu bilik manakala seorang lelaki dan remaja perempuan berdua-duanya dalam bilik lain,” katanya. Nik Zulhaiza berkata, sudah empat kali rumah itu diserbu sebelum ini. Kata Nik Zulhaiza lagi, pihaknya sudah kerap menerima aduan orang ramai mendakwa berlaku perbuatan tidak bermoral di rumah itu termasuk menemui botol minuman keras. Dua daripada lelaki itu bekerja pemandu bot dan masing-masing seorang nelayan, penternak ikan serta seorang pengganggur. Semua mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah untuk diambil keterangan dan dibebas dengan jaminan. Dalam kes berasingan sepasang kekasih warga Indonesia berusia 20-an merayu kepada anggota penguatkuasa agar menikahkan mereka serta merta di sebuah bilik hotel di Jertih tempat mereka ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan polis, penguat kuasa Pejabat Agama Daerah dan Majlis Daerah Besut (MDB). Lelaki bekerja buruh binaan sebuah sekolah di daerah ini memberitahu mereka merancang berkahwin tetapi belum berkemampuan. -SH KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Saifuddin Kepada Gobala: Kita jumpa di Mahkamah Posted: 17 Mar 2011 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR 17 MAC : Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, beliau sedia untuk bertemu ahli parlimen Bebas dari Padang Serai, N Gobalakrishnan di mahkamah berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya. Saifuddin ketika ditemui di lobi parlimen hari ini berkata, beliau juga sama sekali tidak akan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut oleh Gobala. "Saya menerima notis saman daripada peguam Gobala semalam yang menuntut dua perkara. Yang pertama ialah mulai semalam dalam masa tujuh hari . Yang kedua,jika saya gagal berbuat demikian proses saman libel akan dimulakan. Yang pertama reaksi saya ialah saya menolak sama sekali tuntutan untuk saya memohon maaf," kata Saifuddin kepada TV Selangor. Gobala pada Selasa berkata, beliau akan mengemukakan saman RM12 juta ke atas Saifuddin kerana mendakwa beliau menerima habuan daripada pihak tertentu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat. Beliau juga memberi tempoh tujuh hari kepada Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR untuk membuat permohonan maaf mengenai hal itu. Namun menurut Saifuddin beliau tidak akan berganjak dari kenyataannya sebelum ini. "Alasan saya ialah saya telah ketengahkan beberapa fakta yang mengukuhkan kenyaaan awal saya mengenai punca dan sebab musabab kenapa beliau telah mengkhianati parti walaupun bertanding atas tiket KEADILAN kemudian mereka-reka segala alasan melalut untuk mengesahkan atau mensahihkan tindakannya mengkhianati parti,"jelasnya lagi. Katanya, sepanjang 12 tahun mengenali Gobala dalam PKR, beliau tahu kemampuan kewangan wakil rakyat itu. "Isu yang saya timbulkan ialah selama 12 tahun mengenali beliau, beliau langsung tidak punya keupayaan kewangan apa lagi membuat bayaaran mencecah angka jutaan,"katanya. tvs KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Kerajaan belanja RM5.9 juta kempen di Tenang Posted: 17 Mar 2011 12:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 Mac: Kerajaan BN membelanjakan RM5.968 juta sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang diadakan Januari lalu. Perkara itu dimaklumkan kerajaan melalui jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar. Firdaus dalam soalannya mahu Perdana Menteri menjelaskan jumlah perbelanjaan program kerajaan di Dun Tenang sepanjang Januari 2011 dan adakah ianya termasuk dalam Bajet 2011. Jawapan itu turut memberitahu jumlah itu dibelanjakan bagi melaksanakan 85 program di bawah peruntukan khas Perdana Menteri dan termasuk dalam Bajet 2011. Kelulusan peruntukan itu berdasarkan permohonan NGO, persatuan penduduk dan rukun tetangga, jawatankuasa masjid dan kuil. Firdaus yang juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat ketika ditemui kemudiannya berkata tidak hairan BN menang pada PRK itu dengan 'menabur' wang sebesar itu. "Saya difahamkan peruntukan untuk satu Dun hanya RM250,000 sahaja. Kalau Tenang dapat hampir RM6 juta, maknanya pembangunan di Tenang standard Kuala Lumpur la. "Tapi habis sahaja PRK Tenang, penduduk ditimpa banjir juga. Jadi pembangunan apa yang dibuat," soalnya. Katanya, jika mengambil kira jumlah itu, bermakna kerajaan telah membelanjakan lebih RM95 juta untuk 16 kali PRK sejak 2008 lalu. Maka tambahnya, tidak hairanlah jika ada orang Umno menjadi kaya raya selepas habis pilihan raya kecil kerana mendapat projek sepanjang kempen. "Biasanya kalau termasuk dalam bajet, bulan Mac baru mula, ini bulan Januari. Tak apalah, kita yakin dengan jawapan ini, cuma pelik sikit lah. Mungkin SPRM boleh siasat," katanya. Pada PRK Tenang 31 Januari lalu, BN menang menerusi calonnya, Mohd Azahar Ibrahim, dengan majoriti 3,707. Mohd Azahar mendapat undi 6,699 sementara calon PAS, Normala Sudirman memperolehi 2,992 undi. HD *PATUTLA DEPA DUK PULUN NAK CEKAU BALIK DUIT SAMAN EKOQ... KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Zaid terpaksa jatuhkan maruahnya ke tahap PERKASA Posted: 16 Mar 2011 09:00 PM PDT Oleh Nik Nazmi Nik Ahmad Malang sekali apabila Zaid Ibrahim terpaksa menjatuhkan maruahnya ke tahap serendah PERKASA dan GAPS dalam meneruskan dendamnya terhadap Anwar Ibrahim. Anwar bukan hanya enggan menyerahkan DNA beliau kerana beliau secara perundangan tidak perlu melakukannya bahkan juga kerana pasukan pembelaan beliau tidak meyakini ketelusan sistem sedia ada. Pendirian Anwar dan Pakatan Rakyat terhadap kes ini adalah jelas: pertuduhan yang dikemukakan adalah konspirasi yang bertujuan untuk membunuh karier politik beliau. Dalam tempoh singkat Zaid bersama KEADILAN, beliau giat menegakkan pendirian yang sama, namun pada hari ini beliau nampaknya sudah terlupa. Apa yang jelas sepanjang perbicaraan berjalan, pihak pendakwaan telah menafikan semua permohonan pasukan pembelaan supaya mengemukakan segala bukti dan data lengkap serta sampel DNA yang diuji dari sampel yang diambil daripada tubuh dan pakaian Saiful Bukhari. Sebagai peguam, Zaid (gambar kanan) sewajarnya mengetahui bahawa ini bercanggah dengan protokol ujian DNA dan secara otomatik mengecualikan bukti tersebut dalam mana-mana perbicaraan adil. Penolakan tersebut menghalang pasukan pembelaan dan mahkamah untuk menilai kesahihan ujian DNA tersebut secara bebas. Penolakan ini hanya mengukuhkan pandangan bahawa pihak pendakwaan mempunyai sesuatu untuk diselindungkan dalam apa yang dikatakan ujian DNA itu. Atas sebab itu, adalah suatu penghinaan kepada prinsip keadilan untuk Anwar memberikan sampel DNA untuk membantu pendakwaan mengesahkan keputusan yang menimbulkan syak dan direka-reka. Zaid sewajarnya ingat bahawa Saiful Bukhari Azlan, penuduh telah mengaku bertemu dengan anggota polis kanan Zaid Rodwan Mohd Yusof dua kali sebelum kejadian tersebut kononnya berlaku. Bagi menyegarkan semula memori Zaid, Rodwan lah orang yang memindahkan DNA Anwar secara haram pada perbicaraan 1998 dan meletakkanya pada tilam bagi memerangkap bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut. Isu DNA-DNA lelaki lain di dalam rektum Saiful masih lagi belum dijawab. Pada masa yang sama, pegawai penyiasat Jude Pereira mengakui bahawa sampel yang diambil daripada Saiful tidak disimpan di dalam peti sejuk beku, justeru mendedahkan DNA tersebut kepada kerosakan. Isu mengapa Jude menyimpan sampel-sampel tersebut selama 48 jam dan tidak menyerahkannya kepada ahli kimia serta-merta belum benar-benar dijelaskan. Pada tahun 1998, institusi polis yang sama-lah yang telah mereka bukti termasuk bukti DNA terhadap Anwar. Sejak hari pertama, kes Anwar telah dipenuhi oleh pelbagai percanggahan dan kelemahan, dan jelas sekali sekiranya defendannya bukanlah Anwar Ibrahim kes ini akan dibuang daripada mahkamah. Seorang itu tidak perlu menjadi penyokong tegar Anwar untuk mengesyaki kesahihan kes ini apabila Perdana Menteri Najib Razak mula-mula menafikan bertemu dengan Saiful dua hari sebelum Saiful mendakwa beliau diliwat. Hanya selepas gambar-gambar Saiful di pejabat Najib diedarkan beliau mengaku bertemu dengan Saiful, mula-mula kononnya untuk membantu Saiful mendapatkan biasiswa tetapi kemudian dijelaskan bahawa Saiful datang mengadu kepada beliau bahawa beliau diliwat. Laporan perubatan awal di Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur menyatakan bahawa tiada penetrasi pada dubur Saiful. Jelas sekali bahawa pihak pendakwa memerlukan DNA Anwar untuk berada di dalam Saiful untuk membuktikan tuduhan mereka. Memandangkan kes mereka kini sudah punah, kejayaan kini diukur dengan menjatuhkan pandangan awam terhadap moral Anwar walaupun sekiranya mahkamah mendapati beliau tidak bersalah. Sukar untuk dipercayai seorang yang terlatih dalam bidang undang-undang dan memahami keadaan sistem kehakiman negara selepas krisis 1988 tiba-tiba percaya dengan integriti sistem ini. Percubaan Zaid untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dengan dakwaan beliau bahawa PAS tidak bersuara dalam kes ini menunjukkan kejahilan beliau tentang sokongan PAS serta prinsip asas dalam syariah bahawa tiada sesiapapun boleh didapti bersalah tanpa kesaksian empat saksi yang adil dan berwibawa. oleh Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar kanan) selaku Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat DD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Adakah polis bertindak sama terhadap demontrasi pro-Umno? Posted: 16 Mar 2011 06:00 PM PDT Demo bantah DNA, Ketua, Timbalan AMK Pulau Pinang ditahan polis NIBONG TEBAL: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali dan timbalannya yang dikenali sebagai Haji Wan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Jawi di sini, petang ini. Mereka ditahan jam 6 petang dan disoal siasat selepas mengadakan demontrasi membantah mana-mana pihak mengenakan tekanan untuk memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerah DNA kepada mahkamah. "Ketua Polis Daerah memberi masa dua minit untuk bersurai dan kami akur. Sebaliknya, mereka meminta kad pengenalan Amir dan Haji Wan sebelum dibawa ke balai polis," kata Zulfadli Md Noordin kepada KeadilanDaily. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Cabang Bayan Baru, berkata demontrasi itu disertai antara 30 hingga 50 orang ahli parti dan rakyat kebanyakan. Rakyat Pulau Pinang bangkit mempertahankan Anwar dari manipulasi bukti mahkamah Ironinya, satu demontrasi yang disertai badan bukan kerajaan (NGO mesra Barisan Nasional, antaranya Perkasa dan Gaps di depan ibu pejabat KEADILAN, baru-baru ini pula tidak 'disentuh' polis. Undang-undang Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh diambil sampel DNA tanpa kebenaran. Selain itu, wujud kebimbangan kemungkinan sampel DNA disalah guna sebegaimana dalam kes Fitnah I pada 1998 apabila seorang pegawai polis, ASP Rodwan memanipulasikannya dengan meletakkan DNA itu pada tilam yang dijadikan bahan bukti. keadilandaily KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan