Rabu, 16 Mac 2011

Biaqpila

Biaqpila


Analogi kisah Nabi Yusuf-Siti Zulaikha bukti Anwar tak bersalah

Posted: 16 Mar 2011 03:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli hari ini membawakan kisah Nabi Yusof a.s yang dituduh mencabul Siti Zulaikha dengan mengaitkannya dengan isu pembuktian dalam kes Fitnah II.
Pada sesi perbahasan Dewan Rakyat, Hatta menceritakan kembali kisah yang terkandung dalam al-Quran mengenai Nabi Yusuf yang dituduh cuba mencabul Siti Zulaikha dengan membawa bukti bahagian belakang baju Yusuf, terkoyak.
Kisah itu dianalogi untuk menjelaskan persamaan dalam kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kalau isunya m**n belakang, kenapa belah depan (seluar Saiful Bukhari Azlan) ada air mani, itu yang pelik," katanya dipetik dari Harakah Daily sambil mengingatkan semua pihak, sebarang bukti yang dibawa ke mahkamah harus diteliti supaya tidak tersalah membuat keputusan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini, mendengar keterangan seorang pakar dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong yang mengakui menemui kesan air mani di bahagian depan seluar panjang hitam milik Saiful Bukhari Azlan, pengadu yang mendakwa diliwat.
Dalam perbahasan itu, Hatta juga menyelar tindakan pihak yang mengadakan demonstrasi menuntut Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah.
"Riuh satu negara demonstrasi sana-sini. Itu menghina mahkamah. Dulu waktu kita demonstrasi isu rakyat, pemimpin Umno dari Rembau (Khairy Jamaluddin) kata beruk-beruk di jalanan.
"Sekarang siapa beruk dan monyet ini…oh DNA, DNA," katanya.
Perbahasan Hatta juga hangat apabila beliau menyentuh kempen KEADILAN sebagai respons kepada isu kes Fitnah II bertemakan DNA: Datuk-Najib-Altantuya.
"Kita kena teliti perkara ini, kalau nak tengok DNA Altantuya ke macamana. Kalau boleh isu menteri dituduh (rogol amah) pun kita nak mintak DNA, tapi tak adalah sampai ke situ.
"Sampai sekarang timbul makna baru DNA, tapi saya tak nak sebut," katanya.
Azan Ismail (KEADILAN-Indera Mahkota) kemudian bangun mencelah dan bertanya, "Saya bukan bidang perubatan, saya nak tahu DNA yang disebut Ini, DNA yang baru Ini makna apa?"
Lalu dijawab Hatta: "Saya pun tak tahu, tapi ada orang kata 'Datuk Najib Altantuya'.
Jawapan itu mengundang kemarahan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

keadilandaily




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Mufti Selangor Larang Pengedaran Kitab Injil Guna Kalimah Allah

Posted: 16 Mar 2011 09:00 AM PDT





SHAH ALAM 16 MAC : Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid mengesahkan 5,000 naskah Kitab Injil berbahasa Melayu dilarang pengedaran di negeri itu kerana ia
tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor bersabit penggunaan kalimah Allah didalam Kitab Suci Kristian itu.

Tamyes sekali gus mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz bahawa tindakan kerajaan memansuhkan penahanan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu tidak sah di sisi undang-undang syariah di Selangor.

Mufti Selangor itu berkata kebimbangan utama pihaknya terhadap arahan kerajaan pusat menarik balik penahanan itu adalah kesannya ke atas generasi muda umat Islam.

"Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran Kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya kepada Tv Selangor.

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang syariah yang menghalang penggunaan kalimah "Allah" sama ada secara lisan ataupun bertulis.

Selain 5,000 naskah di Pelabuhan Kelang, penahanan 30,000 naskah Kitab Injil yang sama di Kuching turut di tarik balik, mengikut pengumuman Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Idris Jala petang semalam.

Kenyataan Nazri dan Tamyes bersabit pengedaran Kitab Injil itu dijangka menambah kemelut susulan kenyataan-kenyataan yang bercanggah oleh Kementerian Dalam
Negeri dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersabit isu itu.

Tamyes sendiri melahirkan rasa kesal kerana tidak ada penyelarasan dalam menangani isu Kitab-Kitab Injil berbahasa Melayu itu yang diimport dari Indonesia.

"Sepatutnya kita ni kalau nak buat keputusan biarlah ada persepakatan, kenapa pula seorang mengatakan boleh seorang mengatakan tidak," kata beliau.

Ahad lalu, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya menunggu keputusan Peguam Negara sama ada penahanan 35,000 Kitab Injil di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang boleh ditarik balik.

Menurut Hishamuddin, keputusan itu berkait dengan kes penggunaan kalimah Allah yang masih belum dibicarakan di Mahkamah Rayuan yang berlarutan sejak 2010.

Namun pagi semalam, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan isu itu akan dibincangkan di mesyuarat mingguan Kabinet Jumaat ini. Beliau menegaskan Jemaah Menteri harus berbincang isu itu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Ironinya, sebelah petang hari sama Idris Jala mengumumkan kesemua 35,000 naskah yang ditahan di Pelabuhan Kelang (sejak 2009) dan Pelabuhan Kuching (sejak
Januari 2011) akan dibenarkan masuk ke negara ini.

Bagaimanapun KDN meletakkan dua syarat iaitu setiap naskah Kitab suci itu harus mempunyai nombor bersiri dan cop "Hanya Untuk Penganut Kristian" sebelum
dibenarkan pengedaran.

Syarat itu ditolak oleh pihak gereja di Sarawak yang melihatnya sebagai satu penghinaan terhadap kesucian agama Kristian dan kekangan terhadap kerja-kerja dakwah yang dijalankan oleh gerakan mubaligh.

Paderi Goodnews Church, Jefferey Wei ketika dihubungi Tv Selangor menegaskan penganut kristian tidak dapat menerima perkara yang merendahkan martabat kitab
suci mereka.

"Saya rasa jika kita letak nombor siri dan cop atas Kitab Injil ini, kita seperti mencemarkan kitab suci kami dan menghina kedudukannya. Ia menjadikan seolah-olah seseorang yang memiliki kitab ini melakukan satu jenayah. Tiada penganut Kristian akan menerima perkara ini," katanya.

tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

'Sukan Terbaik Hanya di RTM' hanya gah pada nama

Posted: 16 Mar 2011 05:00 AM PDT


LAMAN Facebook yang dibuka dan dinamakan 'Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia'.

PARA peminat sukan tempatan nampaknya seperti sudah hilang sabar apabila Radio dan Televi- syen Malaysia (RTM) masih terus gagal menyiarkan siaran langsung perlawanan Liga Malaysia (Liga M) 2011 sehingga malam tadi.

Selepas berlalu tujuh perlawanan Liga Super yang bermula pada 29 Januari lalu tanpa sebarang perlawanan pun disiarkan secara langsung oleh RTM, aksi suku akhir pertama Piala FA malam tadi turut gagal disiarkan.

Malah aksi final Kejohanan Badminton Seluruh England yang menemukan Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan pada awal pagi kelmarin, turut tidak disiarkan secara langsung oleh RTM yang sering melaungkan slogan 'Sukan Terbaik Hanya di RTM'.

Kecewa dengan sikap acuh tak acuh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim tentang soal siaran langsung sukan tempatan itu, satu laman Facebook yang dinamakan 'Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia' telah dibuka.

Sehingga semalam, seramai 2,485 sudah menyertai laman Facebook berkenaan sebagai tanda desakan supaya Rais sebagai orang yang paling berkuasa di RTM mendengar rintihan rakyat Malaysia yang mahu- kan aksi Liga M disiarkan secara langsung.

RTM sebelum ini merupakan pemegang hak penyiaran Liga M dengan nilai tajaan RM6 juta setahun tetapi pada 2 Januari lalu, Astro diumumkan sebagai pemegang baru hak tersebut dari 2011 hingga 2014 dengan nilai tajaan RM30 juta setahun.

Namun, Astro bukanlah pemegang hak eksklusif siaran langsung Liga M kerana mana-mana stesen televisyen tempatan lain tetap dibenarkan untuk membeli hak penyiaran tersebut daripada stesen televisyen satelit itu.

Masalah timbul apabila RTM dikatakan mahukan 'diskaun berlebi- han' sedangkan bayaran yang dikenakan Astro ialah RM6 juta setahun, sama seperti jumlah dibayar RTM kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

Bukan semua rakyat Malaysia melanggan saluran berbayar Astro terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut melaungkan slogan 'Sukan menyatukan kita semua' tetapi bagaimana untuk menyatukan rakyat jika RTM tidak menyokong sukan tempatan.

kosmo

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Dana Awam : Putrajaya Anak Tirikan Negeri PR

Posted: 16 Mar 2011 03:00 AM PDT


SHAH ALAM 15 MAC : Kerajaan Persekutuan Umno-Barisan Nasional menganak-tirikan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat dalam pengagihan peruntukan sungguhpun Selangor dan Pulau Pinang menjadi tonggak utama ekonomi Malaysia, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sebagai contoh, Selangor menyumbang RM16 bilion setahun kepada Kerajaan Persekutuan tetapi hanya diberikan RM400 juta setahun atau 2.9 peratus…ini adalah jumlah yang tidak munasabah," tegas Anwar.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan wacana berjudul Federalisma : Keadilan Dalam Pengagihan Kekayaan Negara di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.

"Amat jelas bahawa beberapa prinsip asas Perlembagaan bersabit hak-hak negeri semakin terhakis…bukan sahaja yang membabitkan Sabah dan Sarawak tetapi juga di negeri yang ditadbir oleh PR," tambah beliau.

Anwar berkata sebelum pilihanraya umum 2008, negeri-negeri seperti Selangor yang ditadbir oleh BN menerima dua kali ganda peruntukan daripada apa yang diberikan ketika ini.

Beliau yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berkata Perlembagaan Malaysia memperuntukan bahawa jumlah peruntukan untuk negeri harus berasaskan formula tertentu termasuk jumlah kepadatan penduduk.

"Yang kita pertikaikan ialah, mereka (kerajaan pusat) tidak mempunyai kaedah yang tetap dan rasional. Jika negeri itu diperintah oleh Pakatan Rakyat, maka peruntukan di sekat, malah untuk Pulau Pinang jumlah peruntukan adalah lebih kecil" kata Anwar.

Pulau Pinang menyumbangkan hasil cukai RM2.5 billion kepada kerajaan persekutuan dan merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar RM48 bilion pada tahun lalu. Namun peruntukan Putrajaya untuk kerajaan negeri pimpinan PR itu hanya sekitar RM150 juta.

Anwar berkata beliau peka kepada keperluan Kerajaan Pusat membela nasib penduduk di negeri-negeri yang kurang maju dan justeru itu memerlukan peruntukan yang lebih tinggi.

"Saya menerima prinsip itu. Tetapi jelas mereka (kerajaan pusat) tidak mempunyai kaedah pengagihan yang rasional dan konsisten. Jika negeri itu ditadbir oleh Pakatan Rakyat , peruntukan serta merta disekat," kata Anwar.

"Kami terima hakikat bahawa BN adalah kerajaan pusat dan mempunyai kuasa untuk menguruskan dana awam dan dasar-dasar tetapi mereka harus mengiktiraf mandat penduduk di negeri-negeri (pimpinan Pakatan)," kata Anwar.

"Ini bukan soal menyusup kuasa Kerajaan Persekutuan dalam pengagihan peruntukan. Namun amalan Kerajaan Pusat bertindak secara tidak telus dan konsisten dalam mengagihkan peruntukan tidak boleh dipertahankan," tegas Anwar.

"Tidak lojik jika negeri-negeri PR diberikan hanya 2.9 peratus dan negeri-negeri pimpinan Umno-BN diberi 20 peratus. Saya menekankan pengagihan peruntukan harus berlandaskan sistem yang rasional dan berpaksi kepada ketelusan dan prosedur kewangan yang ditetapkan," kata beliau.

"Tidak apa jika negeri-negeri miskin diberi peruntukan lebih, namun di Selangor juga bukan semua rakyatnya berpendapatan tinggi. Justeru mereka juga harus dibantu. Kita seharusnya memberi pertimbangan kepada kawasan-kawasan di mana penduduknya di pinggirkan," kata Anwar.



tvs


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Antara Air Mani Anwar Ibrahim dan 35,000 Kitab Injil

Posted: 16 Mar 2011 12:00 AM PDT

Benarlah sebagaimana andaian penulis sebelum ni dan telah dijangka banyak pihak bahawa Kerajaan UMNO-BN terpaksa tunduk kepada desakan MCA dan pelbagai pihak supaya melepaskan penahanan Injil dalam bahasa melayu untuk edaran di Semenanjung serta Sabah, Sarawak. Nampaknya terkedu segala pencacai UMNO-BN serta bloggers mereka apabila selama ini Pas & PR yang jadi mangsa tuduhan dan fitnah mereka.

Meskipun pembicaraan Kalimah Allah belum lagi selesai tetapi demi kelangsungan nyawa BN khususnya sebelum menghadapi pilihanraya Sarawak, Injil berbahasa melayu ini perlu dilepaskan untuk edaran.

Meskipun PM atau TPM tidak mengumumkan bahkan Menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk Hisyamuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri terpaksa tekup batu… Datuk Idris Jala, seorang kristian Sarawak mengumumkan bagi pihak UMNO-BN yang malu-malu kucing. Kot-kot orang melayu dan penganut Islam marah.

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pengeluaran dan pengedaran secara terhad dan terkawal Kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan Kuching Sarawak, dan Pelabuhan Klang, Selangor. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dalam satu kenyataan berkata, langkah kerajaan ini adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Sejak peruntukan undang-undang itu digunakan pada tahun 1982, tiada sebarang masalah atau isu yang timbul dengan pelaksanaannya," katanya.

Selain itu, Idris berkata kajian teliti oleh Jabatan Peguam Negara juga mendapati pengeluaran kitab-kitab itu tidak akan mengangggu dalam prosiding mahkamah berkaitan penggunaan kalimah "Allah". "Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku Kitab Injil tersebut," katanya. Menurutnya, Kerajaan Sarawak juga bersetuju dan berpendapat bahawa penahanan buku Kitab Injil yang telah sekian lama ditahan seharusnya dikeluarkan. Idris, yang merupakan penganut Kristian berasal dari Sarawak, juga telah berhubung dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) bagi pihak Kerajaan.

Hah! Menteri yang jaga hal ehwal Islam kat mana? Bukankah UMNO-BN yang mempertahankan kedaulatan Islam, bangsa dan bahasa melayu. Islam sebagai agama rasmi Negara dan meskipun agama lain boleh diamalkan tetapi tidak boleh menyebarkan agama lain dikalangan rakyat tempatan.

Nampaknya, dinegara Islam sebagai agama rasmi, mengimport buku agama Islam lebih sukar kerana ditapis pihak kerajaan dan terpaksa diluluskan JAKIM dahulu berbanding import bahan dakwah kristian. Nak mengajar agama Islam lebih sukar kerana memerlukan permit pejabat agama berbanding membawa penceramah paderi atau tok sami dari Sri Langka. Nak buka pusat pengajian Islam lebih payah dengan kerenah birokrasi Pejabat agama berbanding buka pusat karaoke.

Nak harapkan siapa? Nak harapkan pemimpin UMNO dan geng songkok tinggi? Hah! Ya. Satu demontrasi akan diadakan hari ini… nak bantah Naskah Kitab Injil ke? Tidak. Tetapi nak tutup isu pelepasan pengedaran injil ini dengan isu DNA Anwar Ibrahim. Mahalnya nilai dan harga air mani Ketua Pembangkang ni sehingga terpaksa mengerahkan 300 NGO dan demontrasi seluruh Negara, nakkan setitik air mani Anwar Ibrahim.

300 NGO berhimpun hari ini
utusanputrajaya@utusan.com.my

PUTRAJAYA 15 Mac – Gabungan NGO Malaysia (GNM) yang mewakili 300 pertubuhan akan mengadakan perhimpunan dan mengeluarkan kenyataan bersama untuk mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara sukarela. Setiausaha gabungan itu, Mohd. Jurit Ramli berkata, perhimpunan yang akan diadakan di Hotel Grand Season di ibu negara esok itu bertujuan menegakkan keadilan untuk semua pihak yang terlibat dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu. ‘‘Rakyat Malaysia ingin mendapatkan penjelasan daripada Anwar kenapa masih enggan menyerahkan sampel DNA sekiranya beliau tidak bersalah. ‘‘NGO di Malaysia juga mahu memastikan keadilan ditegakkan untuk semua pihak terutamanya Mohd. Saiful Bukhari, insan kerdil dan tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sekarang isu yang memalu dan memualkan yang dijaja oleh UMNO-BN. Wanita & Puteri UMNO berdemo nak tuntut underware, air mani atau bulu Anwar Ibrahim. Perkara taboo dan masyarakat kini diangkat menjadi isu Keselamatan Negara. Nak cakap pun geli gelemang... kini jadi isu nasional.

Dunia dok sibuk isu tsunami dan isu radiasi nuklear… UMNO dok usung isu nak bulu! nak underware :) ... Lawak! Lawak!


ustsaifulbahri

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Mummy Siam dicekup

Posted: 15 Mar 2011 09:00 PM PDT


JOHOR BAHRU – Seramai 14 wanita berketurunan Siam yang terlibat dengan kegiatan pelacuran di sekitar bandar raya ini sejak tiga bulan lalu ditahan apabila polis menyerbu dua rumah di Bukit Chagar dan sebuah hotel, di sini, semalam.

Kesemua wanita berusia lingkungan 19 hingga 45 tahun itu ditahan dalam serbuan pada jam 11 pagi oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Pegawai Turus D7 negeri, Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid berkata, siasatan awal mendapati kegiatan pelacuran itu diketuai oleh beberapa wanita yang dipanggil sebagai 'mummy'.

Menurutnya, mummy terbabit yang juga berketurunan Siam kebiasaannya akan berurusan dengan orang tengah yang mencari pelanggan bagi kegiatan pelacuran ini menerusi panggilan telefon.

"Mereka (mummy) tidak akan menerima panggilan daripada individu tidak dikenali dan hanya menjawab telefon daripada pelanggan tetap sahaja sebelum ia disebarkan kepada pelanggan-pelanggan lain.

"Pelacur terbabit akan dihantar oleh mummy ini ke tempat yang sudah ditetapkan oleh pelanggan menerusi hasil perbincangan dilakukan dan kebiasaannya di hotel-hotel terkemuka termasuklah rumah tumpangan sekitar bandar raya ini," katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir.

Mohammad berkata, siasatan yang dilakukan pihaknya mendapati setiap wanita yang dilanggan dikenakan bayaran sebanyak RM200 bagi tempoh satu jam, manakala pelacur yang agak berusia menjalankan kegiatan terkutuk itu secara bersendirian.

"Bagi wanita yang baru tiba ke negara ini, pelanggan ditawarkan seorang wanita pada harga RM200 sejam dan ada juga menjangkau sehingga RM600 bagi tempoh enam jam.

"Siasatan dilakukan mendapati seorang daripada 14 wanita terbabit tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Selain itu, katanya, kesemua wanita termasuk mummy berusia 32 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan

Seramai dua anggota dan lapan anggota terlibat dalam operasi tersebut.

SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BN dicabar laksana dakwat kekal dalam pilihan raya umum

Posted: 15 Mar 2011 06:00 PM PDT


MP Lembah Pantai membahaskan isu penggunaan dakwat kekal di Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencabar kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang.
"Jika perkara sekecil ini pun tak mampu dilaksanakan, usah bicara soal reformasi politik.

"Sudah tiba masanya, kerajaan menghapuskan undang-undang serta peraturan yang menyinpang dan bertentangan dengan semangat perlembagaan.
"Jika ia tidak dan dilaksanakan, ini semua akan menjadikan Barisan Nasional rejim yang anti demokratik," kata Nurul Izzah dalam ucapannya pada perbahasan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.
Izzah memaklumkan, pada forum anjuran Bersih bulan lalu, Timbalan Pengerusi Suruhanya Pilihan Raya (SPR) , Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui menjelang pilihanraya umum 2008, SPR mempunyai kuasa untuk terus melaksanakan penggunaan dakwat kekal, sekalipun Kabinet ketika itu mengarahkan pembatalan atas alasan keselamatan.



Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) yang turut mencelah memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa, Pengerusi SPR pada waktu itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Abdul Rahman telah menerima surat daripada Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yang mengugut supaya tidak meneruskan penggunaan dakwat kekal.
Terdahulu sebelum itu, Nurul Izzah dalam ucapannya menuntut agar Dewan Rakyat pada perbahasan kali ini meluluskan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) seperti mana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM serta Akta Pemansuhan Uundang-undang Darurat 2011.
Selepas 54 tahun merdeka, Izzah mendedahkan, Malaysia masih lagi tidak memansuhkan 4 perisytiharan Undang-undang darurat iaitu Deklarasi Darurat Konfontasi Indonesia-Malaysia 1964, perisytiharan darurat di Sarawak pada tahun 1966, perisytiharan darurat ketika Rusuhan 13 Mei 1969 dan perisytiharan darurat di Kelantan pada tahun 1977.
"Akta Darurat ini pada asalnya bertujuan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman negara. Namun selepas itu, kerajaan yang berpembagaan kembali mentadbir.
"Persoalannya, mengapa kerajaan masih tidak menarik balik undang-undang ini? Kita telah melihat sebelum ini banyak rejim yang menggunakan Akta Darurat untuk menyekat suara rakyat," kata Izzah.

keadilandaily


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: