Biaqpila |
- Anwar : Ahli Parlimen BN Umpama 'Lembu Dicucuk Hidung'
- Memoir Dr M muat dakwaan 'kisah seks' Anwar
- Melihat suami sedang berasmara dengan anak ...
- LIGA PRK: BN 8 - 8 PR
- GHAIRAH SEKS: JOM MAKAN KULIT TEMBIKAI SEKARANG
- DAH BOLEH PENAIK HARGA MINYAK
Anwar : Ahli Parlimen BN Umpama 'Lembu Dicucuk Hidung' Posted: 07 Mar 2011 02:00 PM PST PARIT BUNTAR 7 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi membidas sikap ahli-ahli Parlimen Umno-BN yang boleh diumpamakan seperti 'lembu dicucuk hidung' yang hanya menurut perintah sehingga kepentingan rakyat terus diabaikan. Menurut Anwar, sikap menjadi pak turut secara keterlaluan Ahli Parlimen BN yang menghalalkan perkara yang salah dan membebankan rakyat, seharusnya ditentang habis- habisan. Lantaran itu Anwar dalam nada menyindir, melantik hadirin yang datang pada ceramahnya di Maskas PAS Titi Serong, Parit Buntar malam tadi sebagai ahli parlimen kerana pada hematnya, mereka lebih bijak berbanding ahli parlimen BN. " Apa kurangnya (hadirin semua)? Sudi mendengar. Harga barang naik, tidak setuju. Harga minyak naik tidak setuju. Dengar pandangan Umno tapi dengar juga pandangan Pakatan Rakyat. Rasuah banyak, tidak setuju. Lebih baik Ahli Parlimen Parit Buntar yang hadir ini daripada ahli parlimen Umno. Harga minyak naik, saya setuju.Guna Apco saya setuju. Lebih baik diam," kata Anwar sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin. Menurut Anwar, kerajaan pada hari ini bukan sahaja mengaut keuntungan negara untuk kepentingan peribadi dan kroni, malah membebankan rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi. Tidak cukup dengan itu, pembangkang yang bertindak membela nasib rakyat pula dilemparkan pelbagai tuduhan yang mengaibkan. Bahkan ujar Anwar, adalah menjadi perkara yang sangat memalukan dalam arena politik negara apabila soal akidah seorang alim ulama seperti Nik Aziz dijadikan modal politik murahan oleh Umno. Malah dirinya sendiri menjadi mangsa serangan peribadi secara bertubi-tubi kerajaan Umno-BN sehingga menjatuhkan maruah beliau. " Saya kata pada Najib, jangan hina saya. Jangan aibkan saya. Saya cuma ajak debat ekonomi. Elektrik mahal, sebab apa mahal sebab bagi jana kuasa bebas kepada empat syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP),"jelas Anwar berhubung sikap 'flip flop' Perdana Menteri Malaysia dalam merungkai masalah ekonomi negara demi kepentingan rakyat. Najib sebelum ini menolak untuk berdebat dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR dengan menggunakan alasan debat itu hanya akan menyebabkan Anwar 'demam' dan mengakibatkan banyak pembohongan terpaksa dilakukan oleh Anwar. Katanya, beliau mempunyai banyak maklumat mengenai Anwar yang boleh didedahkannya pada debat itu sehingga boleh menjatuhkan air muka Anwar. Namun tegas Anwar, apa yang ingin didebatkan beliau bersama Najib adalah bersabit isu ekonomi dan dasar yang melibatkan kepentingan awam, bukannya isu peribadi. Namun katanya, jika Najib mendesak untuk berdebat isu peribadi juga, beliau sedia mengikut cara Presiden Umno itu selepas debat ekonomi diadakan. Sehingga ke hari ini, Najib hanya berdiam diri dan tidak memberikan kata putus berhubung cabaran debat berkenaan. Tambah Anwar, beliau sendiri sudah jelak dengan permainan politik kotor Umno dan yakin rakyat juga berkobar-kobar untuk melakukan transformasi secara menyeluruh. " Menang kalah saya tak apa. Yang penting kita kena bawa perubahan," katanya. tvs KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Memoir Dr M muat dakwaan 'kisah seks' Anwar Posted: 07 Mar 2011 07:40 AM PST Tun Dr Mahathir Mohamad memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998. Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'. Katanya, buku itu jelas merupakan satu percubaan untuk mensensasikannya untuk mengaut keuntungan, maka oleh itu, beliau tidak membacanya, tetapi khabar angin tentang Anwar tidak pernah berakhir. Menurutnya, kemudiannya pada tahun 1997, beliau menerima sepucuk surat dari seorang wanita bernama Ummi Hafilda Ali di mana kandungannya berisi tuduhan khusus yang terperinci mengenai dakwaan liwat terhadap Anwar. Sementara itu, Mahathir berkata polis telah meneruskan pemantauan mereka terhadap aktiviti timbalan perdana menteri itu, kerana ia merupakan amalan biasa mereka. Mahathir berkata, kalaupun beliau meminta mereka berhenti, beliau ragu yang mereka akan berbuat demikian. Dan kali ini, tambahnya, mereka mempunyai bukti, termasuk gambar-gambar dan pengakuan mereka yang terlibat. Menulis mengenai peristiwa yang membawa kepada pemecatan Anwar, Mahathir menceritakan bagaimana beliau menemubual empat gadis yang memberitahunya bagaimana mereka dipujuk untuk bertemu seorang yang sangat berpengaruh, oleh seorang lelaki India yang mereka kenali sebagai Nalla. Katanya, lelaki itu telah membawa setiap gadis itu secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di situ mereka bertemu seorang yang mereka dikenalpasti sebagai timbalan perdana menteri. Mereka diminta menanggalkan pakaian untuk mengadakan hubungan seks. Kedua-dua mereka, tulisnya lagi, enggan berbuat demikian tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka bersedia bercakap dengan polis dan dengan beliau, tetapi berkeras tidak mahu memberi keterangan di mahkamah. Mahathir berkata beliau kemudian memanggil menteri besar dan ketua menteri Umno ke Sri Perdana dan memberi taklimat kepada mereka mengenai apa yang diketahuinya tentang Anwar dan menunjukkan kepada mereka gambar-gambar saksi tersebut. Ini adalah antara bab-bab dalam memoir tersebut, yang turut mencatatkan memorinya ketika zaman kanak-kanak; perjuangan Malaya di zaman penjajahan British, Perang Dunia Kedua dan Kemerdekaan,' serta kehidupannya sebagai seorang doktor. MK KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Melihat suami sedang berasmara dengan anak ... Posted: 07 Mar 2011 02:00 AM PST KUALA LUMPUR: Hati wanita mana tidak terguris apabila melihat suami sedang berasmara dengan anak kandungnya di dapur rumah ketika dia baru pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana mengandung di luar rahim. Biarpun kejadian itu dua tahun berlalu, situasi ibarat ‘bermadu dengan anak sendiri’ menyebabkan dia yang mahu dikenali sebagai Azie amat kecewa kerana hatinya disakiti dua insan paling disayangi. Azie, 30-an berkata, hidupnya tidak menentu selepas melihat perbuatan bekas suaminya yang mengambil kesempatan terhadap anak tiri. Menurutnya, anak gadisnya yang ketika itu berusia 15 tahun anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami pertama yang dikahwini pada 1994 sebelum bercerai lima tahun kemudian. “Hasil perkahwinan itu, saya dikurniakan dua anak. Seorang lagi anak lelaki yang kini berusia 13 tahun. Selepas bercerai, kedua-dua anak itu dijaga nenek mereka di pantai timur,” katanya. Menurutnya, selepas tiga tahun menjanda, hatinya ditambat seorang lelaki berusia 40-an dan mereka melangsungkan perkahwinan pada 2002. “Perkahwinan kali kedua ini pada awalnya bahagia dan kami mendapat dua anak masing-masing seorang lelaki yang kini berusia lapan tahun dan perempuan berusia lima tahun. “Namun, kebahagiaan itu mula tergugat sedikit demi sedikit selepas saya mengambil dua anak dengan suami dulu tinggal dengan kami di ibu kota,” katanya. Menurutnya, ketika anak gadisnya berusia 13 tahun, dia sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu. “Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya yang ketika itu tidur. “Bagaimanapun, ketika ditanya dia membuat alasan mahu menghalau nyamuk dan saya mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain tidak mahu anak lain tahu,” katanya. Menurutnya, kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anak gadisnya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu demam teruk dan meminta dibawa ke klinik. “Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya menceritakan kejadian sebenar yang dia sudah beberapa kali menjadi pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa kerana diugut bapa tirinya itu. “Saya membawa anak saya ke balai polis untuk membuat laporan rogol kerana anak masih di bawah umur,” katanya. Azie berkata, suami keduanya itu juga seorang yang panas baran dan suka memukulnya dan anak-anak, namun hanya anak sulung yang dijadikan hamba seks itu tidak dipukul. “Lebih mengecewakan apabila suami memukul dan memijak perut saya walaupun ketika itu saya baru tiga hari selesai menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim. “Mungkin dia bertindak begitu kerana marah selepas saya ternampak dia berasmara dengan anak ketika mereka di dapur,” katanya. Menurutnya, selepas kejadian itu, anak lelaki keduanya turut menceritakan yang dia pernah terserempak kakaknya beberapa kali masuk ke bilik bapa tiri sebelum keluar dua hingga tiga jam kemudian. “Bagaimanapun, anak saya itu tidak berani menceritakannya sebelum ini kerana takut dipukul suami yang panas baran, malah dia pernah diseksa dengan diterbalikkan kepala ke bawah kerana mengetahui hubungan bapa tiri dengan kakaknya itu. “Selepas mendengar semua cerita dan mengetahui apa yang berlaku ditambah dengan apa yang saya lihat, saya meminta cerai dan kami berpisah Ogos tahun lalu,” katanya. Bagaimanapun, Azie kini buntu apabila anak gadisnya itu yang kini berusia 17 tahun menghilangkan diri sejak enam bulan lalu dan dia syak kemungkinan bekas suaminya mengambil anaknya itu. “Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak dan syak bekas suami melarikannya kerana saya tahu dia bijak memujuk. “Tidak mustahil anak gadis saya mengikutnya kerana dia masih mentah dan mudah termakan pujuk rayu bapa tirinya,” katanya. - metro mimpi-senja KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 06 Mar 2011 11:00 PM PST Kalau hangpa nak tau,BN bukanlah hebat sangat walaupun menyapu bersih dua PRK semalam. Berdasarkan rekod,BN menang 8 daripada 16 pilihan raya kecil yang telah diadakan sejak PRU12 yang lalu.Kerusi-kerusi itu ialah Batang Ai, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Pakatan Rakyat juga menang 8 kerusi iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Manek Urai, Penanti, Permatang Pasir dan Sibu. PR merampas 2 kerusi BN, iaitu Kuala Terengganu dan Sibu. BN juga merampas dua kerusi pembangkang, Hulu Selangor dan Galas. Jadi BN janganlah berbangga sangat dengan kemenangan terbaru semalam. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
GHAIRAH SEKS: JOM MAKAN KULIT TEMBIKAI SEKARANG Posted: 06 Mar 2011 08:00 PM PST Kulit Tembikai Sesuai Untuk Lelaki KULIT TEMBIKAI (TIMUN CINA) HASILKAN EFEK VIAGRA (NUKILAN DARI DR. PAKAR PERMAKANAN INDONESIA) "Kandungan air dalam buah tembikai bermanfaat untuk kesehatan, seperti bisa membantu mengatasi sulit buang air kecil. Tapi, siapa sangka kulit buah tembikai juga bermanfaat meningkatkan gairah seksual. Ahli Gizi Klinik, Dr Samuel Oetoro Sp G.K, mengatakan, kulit semangka bisa menjadi viagra alami. "Kulit tembikai sebagai afrodisiak. Jika dikonsumsi memiliki efek fasodilator yang bisa membuka aliran darah," katanya dalam acara Buavita Fruit Hour "1 Jam Rayakan Hari Buah Sedunia", di Social House, Grand Indonesia, Jakarta, beberapa waktu lalu. Kulit tembikai mengandung phytonutrient citrulline, yang mampu meningkatkan kadar oksidan nitrit di dalam tubuh . Selain meningkatkan sirkuasi darah, efeknya bisa membuat tubuh menjadi lebih relaks. "Jadi makan tembikai jangan lupa dengan kulitnya," kata Samuel. Apa yang disampaikan Samuel Senada dengan hasil penelitian Universitas Texas A&M, AS, bahwa semangka memiliki kandungan sitrulin yang bermanfaat membuat pembuluh darah menjadi relaks dan memperlancar aliran darah. Kondisi ini otomatis berdampak pada performa 'junior'. Dr. Bhimu Patel, yang memimpin penelitian itu mengatakan, sitrulin yang masuk ke tubuh berubah menjadi asam amino bernama arginine. Asam amino ini mampu meningkatkan antioksidan, dan melancarkan aliran darah, yang berperanan pada kemampuan ereksi pada lelaki. Agar lebih praktis dan terasa nikmat, Samuel menyarankan cara pengolahan dengan blender. Masukkan potongan tembikai yang telah dibersihkan ke dalam blender tanpa pengupasan. Biarkan lapisan kulit luarnya yang umumnya berwarna hijau bercampur ke dalam jus. Untuk mendapatkan efek maksimal, disarankan mengonsumsi enam gelas jus tembikai, tanpa tambahan air dan gula, per hari". Semuga berjaya kepada semua pembaca. Amalkan lah.... InsyAllah. kapas141 KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 06 Mar 2011 05:00 PM PST TAHNIAH BN (Barang Naik) MENANG BESAQ DI MERLIMAU DAN KERDAU INILAH TANDA-TANDA RAKYAT MENYOKONG GAGASAN 1MALAYSIA RAKYAT AKAN DIDAHULUKAN BERSIAP SEDIALAH UNTUK KENAIKAN HARGA MINYAK DALAM SEHARI DUA NI KAH! KAH! KAH! HANGPA TAK PERCAYA? HANGPA TENGOK LA MESTI BARANG NAIK PUNYA HANGPA KAN SUKA BARANG NAIK KAH! KAH! KAH! NASIB BAIK LIVERPOOL KALAHKAN MAN U SEMALAM TERUBAT JUGA LUKA KEKALAHAN PAS DI PRK 2 DUN KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan