Biaqpila |
- Perencanaan Jahat Kekalkan BN Di Perak: Undi Pos Naik Mendadak
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 1/3/11
- Kempen ‘Beli lah proton atas nama patriotik’
- PRK: Sogokan Mee Segera - Mengapa SPR membisu?
- Istilah 'wang pembayar cukai'
- POKOK PETAI MENANGIS DI KEPALA BATAS
- 3 DALIL MAHATHIR PENGKHIANAT MELAYU
Perencanaan Jahat Kekalkan BN Di Perak: Undi Pos Naik Mendadak Posted: 01 Mar 2011 02:00 PM PST Undi pos naik mendadak di Perak Sejumlah 8,470 nama pengundi baru pos telah dimasukkan dalam senarai pengundi di enam kerusi DUN di Perak tahun lalu - langkah yang didakwa oleh PKR negeri, bertujuan untuk menguntungkan Umno. Timbalan pengarah pilihan raya PKR negeri, Chan Ming Kai (gambar) berkata, jumlah teramai adalah dalam senarai pemilih di DUN Pangkor, yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir. Menurut Chan, data dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikemaskini Disember lalu, menunjukkan kebanjiran 5,669 pengundi pos di DUN tersebut. "Jumlah pengundi pos sekarang hampir setengah daripada 26,000 pengundi di situ," kata Chan, yang tidak memberikan data lengkap dalam pernyataannya. Pada tahun 2008, Zambry memenangi kerusi dengan majoriti selesa 5,785 undi, menewaskan calon PKR, Pkhrazi @ Pakhrazi Muda, yang memperolehi 5,121 undi. Kerusi Pangkor terletak dalam parlimen Lumut yang dimenangi calon BN, Datuk Seri Kong Cho Ha dari MCA - dengan majoriti tipis 298 pada 2008. Menurut Chan, kebanjiran pengundi pos di Pangkor boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi Lumut. "Pertambahan (mendadak itu) benar-benar mengejutkan," katanya sambil bertanya bolehkah pangkalan tentera laut di Pangkor menampung jumlah yang begitu ramai. Sedangkan data, katanya, menunjukkan hanya 368 telah dipindah keluar. Chan berkata, ada kemungkinan isteri/suami anggota tentera dikategorikan sebagai pengundi pos. Sebagai contoh, katanya, 248 pengundi baru pos dimasukkan dalam senarai pemilih DUN Sungai Rapat. Kerusi tersebut dimenangi calon BN, Hamidah Osman yang juga exco kerajaan negeri, dengan majoriti 636 undi. "Jelas bahawa usaha-usaha tersebut adalah untuk manfaat Umno. Kerusi majoriti Cina, seperti Canning Garden, yang mempunyai sebuah kem tentera, tidak ada penambahan pengundi pos," kata Chan. -mk 5,669 undi pos bertambah di Dun diwakili Zambry PETALING JAYA, 1 Mac: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR Perak, Chan Ming Kai telah mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan Dun diwakili Umno BN di Perak pada tahun 2010. Bercakap dalam sidang media mingguan parti di sini, hari ini, beliau memberi contoh, di Dun Pangkor yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010. Katanya, bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di Dun Pangkor yang merupakan sebahagian daripada Parlimen Lumut. Katanya, calon PKR tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA BN pada Pilihan Raya Umum 2008. Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di Dun Sungai Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan, Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS. Katanya, pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke Dun itu. “Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada Umno. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos,” katanya. Beliau yang juga Adun Simpang Pulai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan itu. Selain Pangkor, pertambahan ketara pengundi pos ialah di Dun Kamunting yang menerima 1,102 berbanding keluar 146, Temenggor (masuk 690, keluar 38), Pengkalan Hulu (masuk 506, keluar 117), Chenderiang (masuk 255, keluar 31) dan Sungai Rapat (masuk 248, keluar 31). -harakahdaily greenboc KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Posted: 01 Mar 2011 08:51 AM PST
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Kempen ‘Beli lah proton atas nama patriotik’ Posted: 01 Mar 2011 04:00 AM PST Aku sememangnya kagum habis-habisan dengan mereka yang mencintai proton neh. Pada aku mereka yang mencintai proton ini adalah wira dan wirawati negara. Dan aku betul-betul tak faham sesetengah mentaliti melayu-melayu tipikal yang kaki codemn. Kerja mereka asyik2 condemn itu condemn ini, konon nya mereka kata mereka bersuara sebagai pengguna proton yang terbeban. Hek eley kalau terbeban ko tak payah la beli kereta buatan proton, beli la kereta2 jenama lain. Apa? Kereta jenama lain pun mahal? Padan la muka korang, yang gatal2 dok malaysia sapa suruh? Kalau tak puas ahti blah je dari ini negara. Sengal!! Malaysia neh adalah sebuah negara yang berkebajikan untuk menteri2 dan rakyat2 yang berfikiran moden dan banyak membaca. Bukan untuk korang2 yg kaki codemn. Memangla korang pembeli dan pengguna proton (read mele’is) yang terbanyak sekali, so what? Suara2 korang adalah sampah!! Aku ulang sampah!!! Korang komplain pun korang dapat apa? Yang tukang kena komplain tue kaya raya, duduk rumah besar, nek helipkopter, tapi korang? Apa pun takde, so tak yah la dengki meraban setiap masa, buang masa! Sengal!! Lagi satu korang kena betul-betul faham. Ada beza antara terpaksa guna proton kerana tak cukup kaya ataupun mencintai proton tetapi guna kereta lain. Heh. Mencintai bukan bererti memiliki.. ala takan itupun aku nak ajar korang? Kat bawah ini adalah bukti menteri-menteri yang mencintai proton, tengok dan perhatikan dengan jelas ; kereta ini dimiliki oleh Ali Rustam, menteri yang bertanggungjawab membela nasib shah rukh khan. Ini kereta anak penasihat proton mohzani mahathir. Anak mahathir pun berjihad juga dengan mengorbankan hasrat memakai kereta tempatan. Menteri KDN pun tak pakai kereta tempatan. Sayangkan rakyat melebihi dari sayangkan diri sendiri. bagus. Ini la kenderaan KJ. Bakal menteri tak lama lagi. Bagus. masing2 sayangkan rakyat dan kereta nasional. So what? Memang betul, kita patriotik, kita gunalah kereta tempatan. Mereka menteri2 lagi patriotik, mereka terus guna kereta2 international. Sebab nak bagi kita peluang untuk merasai kebagusan, kehebatan dan kebestan kereta2 tempatan. Tengoklah review google neh kat bawah neh ; Bukti harga proton memang cheap! takan tak faham english cheap tue apa? CHEAP = MURAH! Betapa CHEAPnya proton kat luar negara. Itupun nak bising lagi ke? Dasar mele’is yang kuat kondem. Kalau dah pembangkang tue pembangkang aje la, asyik2 nak membantah! Buktinya banyak mele’is-mele’is kat malaysia neh mampu memiliki proton berbanding toyota vios. Kat malaysia neh kita ada kilang toyota, kereta pasang siap kat sini termasuk vios kecuali enjin je di import tapi dasar kereta takde kualiti kalau murah pun sapa nak beli vios tue.. tengok harga vios kat malaysia neh berapa ; Neh plak harga vios yang dibeli kat thailand, dipetik dari sini yang mana aku dah convert ke RM ; 684,000 = 70,595.42 Boleh nampak tak perbezaan harga kat situ? So, bersyukurlah kamu semua. Vios kat thailand mahal nak mampus. Cekik darah wang rakyat. Cukai gila2 punya mahal. Bodoh betul rakyat thailand kena tipu hidup2 ngan pemimpin dorang. Simpati habis aku kat rakyat thailand neh. Sedangkan rakyat malaysia neh mampu memiliki kereta proton yang tersenarai sebagai 10 ten kereta mesti dimiliki di seluruh dunia. Kadang2 mereka suka je taw nak bergurau2 kata, bukan mampu tapi terpaksa beli proton.. tak kesah la tue, mampu ke terpaksa beli ke asalkan korang pakai proton kan? So korang memang terbukti patriotik.. jom puji diri sendiri.. Neh pula harga proton kat luar negara. Dasar pemerintah yang sengal. Negara2 tersebut telah menggunakan kuasa cukai yang amat2 tinggi sehingga rakyat luar negara begitu sukar nak pakai proton neh. Mahal beb proton kat luar negara. Yang aku tahu proton kat luar negara sudah di enhanced dari segi kualiti. Sebab tue la dia mahal. Tengok sini ; Mahal nak mampos. Cuba korang convert tengok. Aku convert satu contoh bagi korang banding ; 10,995 = rm 54, 640.62 Saje aku convert yang paling mahal untuk korang banding sendiri. Ini pula link harga semasa bagi kereta malaysia. Sila korang bandingkan sendiri. Dari segi kualiti, tak payah cakap banyaklah. Memanglah kereta2 kita kat luar negara tue tak berapa nak berkualiti sangat berbanding dalam negara. Kerajaan kita pentingkan rakyat malaysia. Fikir positive sket. Ini lagi satu bukti dasar negara yang cekik darah. Yang terpakai pun dia main tibai harga kaw2 punya. Kalau convert harga kereta tersebut kepada harga malaysia korang akan dapat harga-harga ini ; 1. 3, 295 = RM 16,370.38 2. 3, 480 = RM17, 291.50 3. 3,500 = RM17, 388.34 Dan ini pula bukti printscreen harga kereta terpakai yang cukup murah sekali untuk rakyat malaysia. Nasib baik kerajaan kita prihatin dan bersungguh-sungguh jaga kepentingan rakyat. Nampak tak perbezaan harga yang cukup besar neh? Negara luar telah menjual kereta kita dengan mahal dan meletakkan cukai yang tinggi adalah disebabkan mereka mencekik dan mendera rakyat mereka, nasib baik pemimpin kita semua jenis yang bagus-bagus dan prihatin dengan masalah dan kehendak rakyat. Bersyukurlah, tanpa umno dan kerajaan korang bukan sapa2 pun kat dunia neh. Saya mesti sokong. Tengok lagi printscreen kat bawah neh ; Kedua-dua printscreen tersebut di petik dari laman ini. Satu persamaan antara kedua2 printscreen di atas ialah harga bagi ketiga2 jenis kereta yang di review di letakkan di posisi yang BAD. Iaitu mahal sangat. So, apa lagi yang rakyat malaysia tak puas ahti pada pemimpin negara neh? Tengok aje la harga kereta kita di luar negara tue, kan ke mahal nak mampos. Kerja 10 tahun pun tak habis bayar hutang. Kerajaan dorang memang kurang ajar gila. Spesis dera rakyat sendiri. Nasib baik kerajaan malaysia kerajaan yang prihatin. Mengutamakan Harga kereta malaysia diluar negara setelah diconvertkan ialah ; US 6,200 = RM 19, 325.40 US 9,200 = RM 28,676.40 Ini juga salah satu faktor kenapa kereta2 import kat malaysia neh tak laku. Kereta2 import kat malaysia neh murah dan cikai gila. Tak ramai mele’is2 yang nak beli. Kalau korang perhatikan hanya bangsa2 lain je yang selalu guna kereta2 import neh. Pemimpin2 kita pun banyak yang guna kereta2 import. Saja bagi peluang kat syarikat luar untuk cari makan. Hati mereka baik. Kita pula bagi makan kat syarikat proton sebab kita patriotik. Kalau korang nak tahu kat bawah neh ialah kenderaan yang dimiliki oleh tokey AP malaysia ; Heh. Tak mainla pakai kereta. Mereka terus gunakan helikopter dan kapal terbang Di sebabkan cukai yang dikenakan begitu murah dan berbaloi-baloilah tokey2 AP MALAYSIA terpaksa pakai kapal terbang. Tak macam kita, senang2 je pakai kereta. Minyak murah. Kos murah. Kenderaan kita pun berbaloi-baloi harganya . Guna kapal terbang bahaya gak, silap2 kena panah petir. Kan bahaya. Kesian tokey2 AP Malaysia. Ini link yang mesti tonton ; Kereta savvy menjadi pujaan dunia Nasihat aku kepada pengkritik2 proton, lainkali nak kritik tue kasilah hujah2 yang relevant sket. Harga proton neh ditentukan melalui nilai dan kualiti satu2 kenderaan tue. Kita memang kena bersyukur sebab kita di pilih untuk melindungi proton dan perodua kat malaysia neh. Bukan calang2 orang mampu melindungi kenderaan nasional mereka, tetapi kita terpilih so kita kenalah hargainya dengan sepenuh ahti. Ameno : Beli burger tapi dapat kuaci. Sapa yang puas ahti macam tue? amenoworld.com KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
PRK: Sogokan Mee Segera - Mengapa SPR membisu? Posted: 01 Mar 2011 02:00 AM PST Oleh Hafiz Zainuddin Sebelum pergi kepada isu yang akan saya sentuh, mari kita imbas antara bajet yang diperuntukkan kerajaan Malaysia untuk pembangunan ekonomi negara meliputi perindustrian, pertanian dan infrastruktur sepanjang tempoh lebih separuh dekad ini. Bajet 2005 antara lain menyebutkan sebanyak 49.1% peruntukan untuk pembangunan. Ini bererti sejumlah RM13.9 bilion telah disediakan bagi sektor ekonomi dalam menampung keperluan infrastruktur, pertanian dan perindustrian. Dalam Bajet 2007 pula, kerajaan di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi telah memperuntukkan sebanyak RM3.4 billion untuk pembangunan luar Bandar antaranya melibatkan projek pembinaan jalan, bekalan air dan elektrik. Ia turut melibatkan perkembangan pendidikan pra-sekolah di bawah KEMAS, kegiatan masyarakat dan latihan kemahiran. Jumlah keseluruhan bajet 2007 yang diperuntukkan kepada sektor ekonomi melibatkan sektor pertanian, perindustrian dan infrastruktur ialah RM20.8 billion manakala bajet pada tahun 2008 pula adalah sebanyak RM20.6 billion diperuntukkan untuk sektor-sektor tersebut. Manakala Bajet 2009 telah memperlihatkan peningkatan lebih RM7 billion. Secara keseluruhannya, bajet ini memperuntukkan RM27.8 billion untuk pembangunan sektor ekonomi yang merangkumi sektor pertanian, perindustrian dan infrastruktur. Kerajaan dilihat terus memberi penekanan serius dalam mempertingkatkan pembangunan negara. Bajet 2010 telah memperlihatkan sejumlah RM25.4 billion diperuntukkan walaupun mencatatkan pengurangan lebih RM2 billion. Peruntukan-peruntukan kepada pembangunan ekonomi melibatkan infrastruktur dalam bajet yang dibentangkan memperlihatkan usaha kerajaan dalam memperbaiki taraf hidup dan ekonomi rakyat. SPRM: Penubuhan yang sia-sia Isu pada kali ini kita akan memberi fokus kepada beberapa perkara penting yang mungkin telah kita terlepas pandang dan lupakan. Isu ini adalah antara isu yang sangat penting dalam pembentukan sebuah negara yang berintegriti dan telus. Berintegriti dan telus boleh diertikan dengan keberkesanan urus tadbir dan bebas rasuah. Apa pula kaitan bajet-bajet berkenaan dengan isu integriti dan rasuah? SPRM telah ditubuhkan sejak zaman Abdullah Ahmad Badawi untuk memerangi gejala rasuah secara lebih meluas dan bebas dalam mewujudkan urus tadbir yang telus dan berkesan. Apakah rakyat boleh katakan bahawa objektif SPRM tercapai sejak penubuhannya? Melihat kepada siri-siri berita jam 8 di RTM1, semestinya kerajaan pimpinan Najib diperlihat sangat cakna terhadap masalah rakyat, berintegriti dan telus dalam menjalankan tanggungjawab termasuk memerangi rasuah. Soalan pertama saya; sejauh mana rakyat yakin kepada ketelusan dan integriti pentadbiran Najib? Teluskah pentadbiran Najib apabila indeks CPI Malaysia berada pada skor 4.4 di tangga ke-56 pada tahun 2010 berbanding tahun 2009 berada pada skor 4.5? Apakah ertinya semua ini? Terus terang saya katakan bahawa usaha kerajaan dalam memerangi rasuah tidak akan mencapai matlamat yang diingini walaupun kerajaan dilihat bersungguh menaik-taraf BPR kepada sebuah suruhanjaya, SPRM. Usaha memerangi rasuah digambarkan sebagai menyeluruh tetapi hasilnya ala-kadar, bersifat kosmetik dan berpilih-pilih. Saya percaya, anda juga akan bersetuju dengan saya. Rakyat dipertontonkan malah muak dengan siri-siri penangkapan "ikan bilis" manakala "jerung-jerung" besar masih bebas dan mengganas. Rakyat juga tidak terkejut dengan timbunan fail-fail berprofil tinggi yang masih "dalam siasatan" dan ada pula yang sudah mulai "mereput"- malah, sejak sekian lama, ia telah pun menjadi rahsia umum. Isu rasuah bukan cuma melibatkan pemberian kontrak kepada kroni-kroni, sampul bawah meja di pejabat-pejabat maupun di kopitiam-kopitiam, antara pesalah trafik dan pihak berkuasa, hadiah melancong ke Batam seumpamanya ataupun hamper dan seperti yang kita sedia maklumi. Isu rasuah juga boleh menjadi sebuah "cara hidup"-gaya hidup yang boleh menjamin kemewahan. Seperti sumpah-sumpah, rasuah mampu mencorak dirinya mengikut tempat dan keadaan! Integriti dan jalan kampung yang tak pernah sempurna? Seperti kebiasaan, rasuah juga berlaku secara berleluasa semasa pilihan raya. Saya sangat tertarik dengan isu rasuah semasa pilihanraya memandangkan tahun 2010 dan 2011 telah menyaksikan banyak pilihan raya kecil diadakan. Sehingga saat ini Kerdau dan Merlimau sedang menyaksikan persaingan sengit siapa yang akan merangkul juara sebagai YB nanti. Banyak projek kononnya untuk "memperkasa ekonomi rakyat" dilancarkan, banyak jalan-jalan kampung yang diturap. Malah jalan yang masih elok tetap juga diturap. Buldozer dan lori pasir mula masuk kampung. Episod-episod drama sedang bermula, inilah medan untuk berlumba-lumba membuat kebajikan. Mari kita imbas kembali ketika berlangsungnya proses kempen di Pilihanraya Kecil di Galas. Selain dituduh merasuah syurga kepada para pengundi (isu evergreen), sosok kerdil Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan ini juga dituduh merasuah beberapa warga orang asal dengan wang sebanyak RM300 walaupun ia merupakan wang zakat. Relevan atau tidak pemberian wang zakat semasa pilihan raya kecil di Galas bukan isu yang ingin saya bawakan. Mengulas isu "rasuah zakat" ini, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar berkata, mengikut tafsiran undang-undang, pemberian wang kepada pengundi yang boleh mendorong mereka mengundi adalah rasuah. Ia juga boleh ditafsir sebagai membeli undi yang mana perkara ini jelas diletakkan di bawah tajuk sogokan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Bahagian III. Mari kita lihat salah satu kandungan akta tersebut di bawah tajuk "Penyogokan": Orang-orang yang berikut hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan menyogok: Persoalan penting yang harus diselesaikan Persoalan demi persoalan timbul. Sekiranya Menteri Besar Kelantan dituduh "menyogok", apa pula istilah yang sesuai untuk Najib yang baru beberapa hari lepas meluluskan RM10 juta bagi pembangunan Kerdau. Dan apa pula istilah untuk peruntukan RM500,000 untuk pembinaan dewan serbaguna di tokong Yong Hock Kiong di Labis semasa pilihanraya Tenang baru-baru ini. Ini cuma sebahagian kecil fakta yang diketahui. Banyak lagi "peruntukan-peruntukan khas" telahpun diumumkan sepanjang berlangsungnya pilihanraya-pilihanraya kecil ini. Ya. Secara terang-terangan. Rakyat semakin musykil; dari manakah pula peruntukan untuk projek mee segera ini datang? Selain itu, saya ingin mengajak anda untuk berfikir. Bagaimana pula dengan sejumlah peruntukan besar dalam bajet-bajet Malaysia semenjak tahun 2005 sehingga 2010 yang memberi tumpuan utama kepada pembangunan infrastruktur luar bandar seperti yang telah saya senaraikan di atas. Apakah bajet-bajet tersebut dilihat tidak berjaya membangunkan kawasan luar bandar sehingga menyebabkan kerajaan menjanjikan pelbagai projek mee segera semasa pilihanraya kecil? Maka, apakah pula rasional projek mee segera ini ketika pilihanraya kecil? Atau kita boleh labelkan sahaja sebagai "sogokan" yang bertujuan memancing undi. Kalau begitu, ternyata Najib telah melakukan rasuah pilihan raya bukan? Mana dia suara-suara meminta SPRM untuk menyiasat Najib? Sejauh mana integriti rakyat Malaysia dalam berhadapan dengan isu rasuah pilihanraya ini? Saya tidak mahu mengulas mengenai isu "projek mee segera" ini. Ia telahpun diulas banyak pihak. Isunya ialah kenapa SPR mendiamkan diri? Kenapa Wan Ahmad membisu? Perkara ini jelas menunjukkan SPR berat sebelah. Dalam ertikata lain; SPR telah diperalatkan pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka. Inilah yang dipanggil sebagai double standard. Isu-isu yang melibatkan pilihanraya seringkali mencerminkan sikap SPR yang diragui dan hilang integritinya. Kebangkitan Gelombang Kuning Sejak sekian lamanya, kelemahan SPR inilah yang memberi inspirasi kepada Penubuhan gabungan BERSIH yang berjuang mendesak SPR untuk memenuhi tuntutan agar pilihanraya dijalankan secara bersih dan adil sehingga tercetusnya kebangkitan "gelombang kuning 100,000 rakyat" pada 10 November 2007 yang lepas. Gelombang ini telah memberikan impak besar kepada lanskap politik negara. Keadaan perjalanan pilihanraya kecil yang semakin dicemari kekotoran dan manipulasi sejak akhir-akhir ini membawa erti sistem pilihanraya perlu diubah dan BERSIH sekali lagi memainkan peranan mereka dalam mendesak SPR agar bersikap adil dan professional. SPR harus bebas dari tekanan mana-mana pihak. Sistem demokrasi harus diberi keutamaan. Saya berpendapat, selagi SPR tidak mereformasikan sistem pilihanraya yang ada dan sanggup menjadi boneka BN, selagi itu mungkin ada kewarasan untuk BERSIH mengulangi sejarah yang pernah dicipta. *Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas. | |||
Posted: 28 Feb 2011 11:00 PM PST Dr Mohd Asri Zainul Abidin Feb 27, 11 Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar. Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'. Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka. Maka di sini disebutkan beberapa perkara; Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung. Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai. Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat. Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar. Bazir wang rakyat Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”. Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”. Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat. Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari 'harta persendirian' tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik. Peminta sedekah Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka. Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat. Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya. Istilah 'taxpayer money', atau 'taxpayer funds' atau 'taxpayers dollars' sering digunakan dalam media negara maju apabia memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan. Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita. | |||
POKOK PETAI MENANGIS DI KEPALA BATAS Posted: 28 Feb 2011 08:00 PM PST KEPALA BATAS: Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan menangis sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu. Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam. Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan menangis, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi. Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian. Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan. Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan, katanya Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah. Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai menangis. Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya, katanya. Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit. Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat, katanya. - HMetro KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
3 DALIL MAHATHIR PENGKHIANAT MELAYU Posted: 28 Feb 2011 05:00 PM PST Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mengemukakan tiga dalil bagi membuktikan dakwaannya bahawa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad "pengkhianat Melayu". Menurutnya, beliau sudah lama berpandangan sedemikian. Antara buktinya itu, termasuk pendaratan minyak dan gas ke Songkla dilakukan "secara sengaja dan terancang" bagi menafikan hak Kelantan yang majoriti penduduk Melayu mendapat apa sahaja peluang faedah berkenaan. "Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95 peratus penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus," tulis Husam di blognya. "Kawasan JDA (perdaratan minyak dan gas) hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270 km ke Songkla. "Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180 km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!" kata Husam. Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan berkata susulan itu, hak royalti Kelantan dan faedah industri hiliran turut dinafikan walaupun telaga itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain sama ada di Malaysia atau Thailand. "Namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan. "Secara automatik Melayu Kelantan juga terpencil. Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu," coretnya lagi. Ahli jawatankuasa PAS pusat itu juga mendakwa "lebih jelas lagi pengkhianatan" Dr Mahathir apabila beliau membatalkan pemberian royalti kepada kerajaan Terengganu yang diberikan selama 22 tahun selepas negeri itu terlepas daripada BN. "95 peratus rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian Umno semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati. "Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik. "Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik," katanya. Dalam tulisan itu juga, Husam berkata pilihan raya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap Umno berikutan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sehingga menyebabkan kuasa Umno tergugat. "Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu. Apa yang dilakukan oleh Tun M? "(Beliau) mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan Umno/BN," katanya. Dengan nada sinis, Husam yang juga ADUN Salor mempersoal angkara siapa yang menyebabkan hari ini pemimpin Umno melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam. Sehubungan itu, beliau menyatakan kesediaannya untuk berdebat dalam diskusi ilmiah dengan bekas presiden Umno itu mengenai isu pengkhianatan Melayu oleh Umno "Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana Umno mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun Umno Khianati Melayu'" katanya. kl-today KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan