Rabu, 23 Mac 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Apa Khabar Zulkifli Nordin?.. yang percaya 110% tu..

Posted: 23 Mar 2011 07:19 AM PDT

Sekarang.. Apa Khabar Zulkifli Nordin YB Kulim yang dipecat dari PKR yang mengatakan beliau yakin 110% bahawa lelaki dalam video lucah yang dipertontonkan kepada wartawan itu adalah Anwar?

Korang baca petikan berita dari Lidah Rasmi UMNO dibawah ni..

Yakin aksi pemimpin pembangkang

KUALA LUMPUR 21 Mac – Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa beliau yakin lelaki yang terlibat di dalam video seks dengan pelacur dipercayai dari China yang didedahkan 'Datuk T' sebagai pemimpin pembangkang yang terlibat dengan banyak kontroversi sebelum ini.

Meskipun enggan memberi jawapan sama ada sudah menonton video itu, beliau berkata, adalah 110 peratus jelas bahawa pemimpin pembangkang itu merupakan lelaki yang terlibat dalam video berkenaan.


"Orangnya jelas dan kita semua tahu siapa dia. Tiada dolak-dalih lagi dan saya berani mengesahkan bahawa itu memang dia. Sepenuhnya sila baca di SINI

Itulah kenyataan seorang lawyer yang pernah menjadi peguam untuk mempertahankan Anwar yang amat yakin bahawa kelibat lelaki didalam Video lucah itu adalah Anwar tanpa melihat video itu..

Tidakkah ianya kini telah menjadi satu fitnah wahai Zulkifli Nordin?? Fitnah dari seorang lawyer yang kelihatan warak dengan kopiah yang tak lekang di kepala..

Tidakkah itu juga menunjukan lawyer yang dipecat dari PKR ini masih menyimpan dendam terhadap Anwar dan Wan Azizah?? Adakah ugama Islam menggalakkan kita berdendam? Tidakkah junjungan besar kita Rasulullah S.A.W mengajar kita supaya memaafkan?

Apa Khabar Zulkifli Nordin yang menganggap pemimpin Pakatan Rakyat sebagai anjing dengan menulis didalam facebooknya "Pelik ek.. belum pun tgk videoklip tutp Anwar dah nak melenting x tentu pasal. Siap fitnah orang lagi! Yang Wan Azizah pun apa hal nak melenting, Elok Wan Azizah tgk je dulu video tu. Hanya dia je boleh cam "sudu" dlm videoklip tu ;) pmimpin pmbkg lain? Tak payah tgklah.. kang tak pase ada yg gigit video tu nanti.. worf..worf..;))"


Apa Khabar Zulkifli Nordin... yang menganggap Video lucah itu adalah kerja Anwar sendiri bagi mengalihkan isu katanya " Anwar dalam keadaan terdesak dan terpaksa mengalih isu. Apatah lagi keputusan permohonan pihak pendakwaan meminta Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA ditentukan hari ini.

Hari ini terbukti kepada kita semua bahawa manusia yang bernama Zulkifi Nordin ini adalah seorang pembawa fitnah yang berselindung disebalik watak seorang lelaki warak dengan memakai kopiah..

Terbukti kerana fitnahnya mengatakah bahawa Video itu adalah kerja Anwar sendiri bagi mengalih isu DNA dengan mengakunya Bekas Ketua Menteri Melaka yang pernah dikaitkan dengan jenayah rogol kanak-kanak dalam satu sidang media, bahawa beliau adalah salah seorang dari tiga orang Datuk yang menjadi dalang bagi tayangan perdana video lucah di hotel Carcosa Seri Negara. – sepenuhnya di SINI

Terbukti juga bahawa keyakinan 110% Zulkifli Nordin bahawa lelaki didalam video itu adalah Anwar itu berasaskan naluri benci dan dendamnya yang masih tidak padam terhadap pasangan Anwar dan Wan Azizah dengan mengakunya seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dengan berkata "Saya dalam video itu". – sepenuhnya di SINI

Rasanya ayat Zulkifli Nordin yang ditujukan kepada Anwar ini.. "Saya percaya dia ada penyakit dan ini perlu diubati segera. Kalau tidak ia bukan saja merosakkan diri, malah keluarga dan negara kerana dia selalu menonjolkan diri sebagai orang yang warak dengan memetik ayat-ayat al-Quran membuatkan ramai pihak termasuk yang 'kuat agama' terpedaya," sesuai untuk dirinya sendiri..

Ayat ini khusus buat Zul Nordin dan juga semua amnya

Firman Allah dalam Surah An Nur : 15
"Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar."

Video Lucah : PERKASA tak terlibat!! kata Pak Brahim

Posted: 23 Mar 2011 06:03 AM PDT



Kalau Nazri Aziz berkata "Mereka melakukan atas kapasiti sebagai individu tanpa pengetahuan kami. Umno tidak mahu dikaitkan dengan ini," untuk memperbodohkan rakyat kononnya UMNO tidak terlibat (baca di SINI).. ini pula kata Presiden PERKASA..

PERKASA melalaui Presidennya siapa lagi kalau bukan Pak Brahim Ali menafikan akan keterlibatan mereka dalam video lucah yang mendakwa kononnya DS Anwar Ibrahim sedang melakukan hubungan sex dengan seorang pelacur berbangsa Cina walaupun salah seorang dari Trio Datuk 'T' itu adalah Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim..


Pak Brahim berkata Shuib telah menjelaskan kepada beliau setelah dijemput oleh Rahim Thamby Chiken dan Shuib telah hadir disitu atas kapasiti peribadi..

Kah..kah..kah.. mau lari jugak ka?


Perkasa says not involved in sex video, wants RCI
By Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, March 23 — Perkasa says it did not play any part in the sex video that shows a man alleged to be Datuk Seri Anwar Ibrahim having sex with a Chinese prostitute, despite the involvement of its treasurer Datuk Shuib Lazim.

Perkasa president Datuk Ibrahim Ali said that Shuib had explained to him that he was only there after being invited by Abdul Rahim and had acted of his own volition.

"Just because one man does something, it does not mean the whole organisation is involved.

"If it comes up in the next executive council meeting, then we will discuss it but in fact he has asked many times before to step down as treasurer," the Pasir Mas MP said when asked if Perkasa would take any action against Shuib.

Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik had admitted today that businessman Datuk Shazryl Eskay, Shuib and himself were collectively the mysterious "Datuk T" behind Monday's screening of the 21-minute sex video.

Umno's former Malacca chief minister also admitted that both he and Shazryl were behind the video.

He told reporters at a joint press conference together with Shazryl that they intended to show that "a person who wants to be national leader and PM was not qualified."

Ibrahim added that to be fair to both Shuib and Anwar, the matter should be investigated by a royal commission as it has become "a huge controversy" of national importance.

"Now Umno is involved, PKR is involved and even an NGO like Perkasa.

"Anwar has been accused but there is no proof yet. But if what Shuib and the others claim is true, then they should be honoured for exposing the truth," said the former Umno supreme council member.

Abdul Rahim had also claimed that PKR Sungai Petani MP Datuk Johari Abdul had demanded money to defect after the latter was shown the video on Monday afternoon.

Johari himself had accused Abdul Rahim and Shazryl of attempting to entice him and other PKR MPs to defect after he had viewed the recording, which he said was of a person who only vaguely resembled Anwar.

He had suggested earlier today that businessman Shazryl was the mysterious "Datuk T", and that Abdul Rahim was among those behind the screening of a sex video.

According to Johari, Abdul Rahim had also promised to bring him to see Prime Minister Datuk Seri Najib Razak after he had viewed the sex video.

Anwar has already accused Najib of being directly involved with the screening of the sex video.


The Malaysian Insider

Video Lucah : Jangan kaitkan tiga ‘Datuk T’ dengan UMNO

Posted: 23 Mar 2011 04:50 AM PDT

"Mereka melakukan atas kapasiti sebagai individu tanpa pengetahuan kami. Umno tidak mahu dikaitkan dengan ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz..

Jangan kaitkan mereka dengan UMNO?? kah..kah..kah.. tapi mereka Ahli UMNO kan? VVIP lagi.. habistu kalau jangan kaitkan dengan UMNO nak kaitkan dengan apa? Nak kaitkan dengan APCO?

Video seks: Jangan kaitkan pengakuan tiga 'Datuk T' dengan Umno

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Pemimpin-pemimpin Umno menjauhkan diri mereka selepas Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama dua yang lain mendakwa mereka adalah "Datuk T" — bertanggungjawab atas pendedahan rakaman video seks, yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

"Kami parti dengan tiga juta orang ahli, jika seorang atau dua menggunakan hak mereka untuk memawa perkara ini, tiada apa yang kami boleh lakukan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

"Mereka melakukan atas kapasiti sebagai individu tanpa pengetahuan kami. Umno tidak mahu dikaitkan dengan ini (pendedahan ini)," kata Ahli Parlimen Padang Rengas.


Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Rais Yatim berkata perkara itu adalah soal kesalahan jenayah dan tidak harus dibuat tuduhan sembarangan.

"Ia mesti disiasat oleh polis dan Peguam Negara. Siasatan adalah untuk memastikan tiada nama atau parti diheret ke dalam isu ini dan fitnah," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini.

Beliau juga meminta ketiga-tiga lelaki berkenaan agar membuat aduan polis agar siasatan boleh dijalankan mengikut undang-undang negara.

Misteri di sebalik "Datuk T" yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab hari ini.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara dua hari lepas.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama Rahim Thamby di sebuah hotel di sini petang ini.

Shazryl juga mendedahkan bahawa "Datuk T" sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian "Datuk T" bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang.

Dalam pada itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata Shuib telah menjelaskan kepadanya bahawa beliau hanya dijemput oleh Abdul Rahim dan bertindak atas kemahuan sendiri.

"Jika perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat majlis eksekutif akan datang, maka kami akan membincangkan. Sebenarnya beliau ada tanya pada saya banyak kali mahu meletakkan jawatan sebagai bendahari (Perkasa),' kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini ketika ditanya sama ada Perkasa akan mengambil tindakan ke atas Shuib.

Ibrahim menambah untuk berlaku adil kepada Shuib dan Anwar, perkara itu harus disiasat oleh suruhanjaya diraja.

"Anwar telah dituduh tetapi belum ada bukti lagi. Tetapi jika Shuib dan yang lain mendakwa benar, maka mereka harus dihargai kerana mendedahkan kebenaran," katanya lagi.


The Malaysian Insider

Video Lucah : Benarkah Najib tidak tahu??

Posted: 23 Mar 2011 04:30 AM PDT

Sebelum itu.. Najib seharusnya sedar bahawa rakyat kebanyakan sekarang bukanlah begitu bodoh seperti penyokong-penyokong UMNO yang boleh diperbodohkan oleh pemimpin UMNO...

MUNASABAH atau tidak? Pembikinan dan penayangan klip video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim didakwa diselaraskan di peringkat tertinggi kerajaan.

Ini bermaksud projek ini membabitkan Perdana Menteri, Najib Razak, sepupunya, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dan unit tertentu dalam Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia.

Cuba renungkan. Memiliki, malah apatah lagi menayangkan video berunsur lucah untuk tontonan orang lain adalah satu kesalahan jenayah di negara ini.


Bagaimanapun sekumpulan lelaki yang diketuai oleh seseorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T boleh menawarkan pratonton khas kepada sebilangan wartawan kanan tempatan di sebuah hotel mewah di ibu negara tanpa "gangguan" polis.

Mungkin ketika itu polis belum dapat maklumat. Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri selang beberapa jam tayangan video kepada wartawan itu dibuat segera membuat penafian bahawa polis terbabit dalam pembikinan dan penayangan video lucah itu.

Pun begitu, mungkin boleh diterima kenyataan Hishamuddin bahawa beliau memang baru menerima maklumat dan meminta sesiapa yang terbabit atau rasa teraniaya untuk membuat laporan polis.

Semalam Anwar membuat laporan polis di Balai Dang Wangi Kuala Lumpur. Hishamuddin memberi jaminan satu pasukan siasatan khas yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Polis Negara ditubuhkan. Namun ketelusan pasukan ini meragukan.

Sepatutnya mengambil kira kecekapan Polis Diraja Malaysia, identiti Datuk T hari ini sudah boleh diketahui umum. Apakah payahnya untuk polis menyiasat dengan pihak hotel siapa yang membuat tempahan di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu?

Mengandaikan polis sudahpun mengenalpasti Datuk T, adakah lelaki misteri itu sudah menyerahkan video berkenaan untuk siasatan lanjut? Tentu polis sudah tahu kandungan dan kini sepatutnya sudah mendapatkan salinan asal video untuk dibuat ujian forensik ke atas barang kes itu.

Rakyat mahu tahu hasil siasatan polis dari minit ke minit. Kes ini membabitkan maruah dan keluhuran sistem politik negara. Menteri, Perdana Menteri terutamanya, tidak wajar mengambil kesempatan untuk memperpanjangkan siasatan hanya untuk mempalit lumpur ke atas maruah Ketua Pembangkang dan Pakatan Rakyat.

Namun seperti lazimnya, Umno dan Barisan Nasional akan memerah seberapa banyak dividen politik daripada kes seumpama ini untuk tujuan kemenangan politik dalam saingan dengan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh kewibawaan dan kemampuannya di mata rakyat.

Dilihat dari perspektif ini salahkah Anwar dan Pakatan Rakyat untuk merumuskan bahawa Datuk T mendapat kerjasama atau sekurang-kurangnya laluan mudah daripada pihak berkuasa untuk menyebarluaskan video lucah berkenaan?

Motif? Adalah terang dan nyata. Bagi yang jahil politik tentu akan dapat menyimpulkan bahawa jika Anwar disibukkan dengan kes ini, tentu payah untuk beliau beri tumpuan untuk menumbangkan Barisan Nasional di Sarawak dalam pilihanraya 16 April depan.

Yang tidak munasabah dan tidak dijangka oleh mereka yang menggerakkan projek jelek ini ialah identiti mereka dapat dikenalpasti kurang 48 jam dari pendedahan video seks ini.

Hari ini Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul mendedahkan siapa mereka. Bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, bekas tukang urut sukan dan kini ahli perniagaan besar, Shazryl Eskay Abdullah.

Tempahan hotel dibuat atas nama Risda di mana Rahim Thamby Chik adalah pengerusinya. Yang menarik, Johari Abdul dipujuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat oleh Rahim.

Johari disaran mengajak beberapa ahli parlimen PKR lain untuk menonton dan turut keluar parti; keselamatan dan imbuhan kewangan yang lumayan ditawarkan.

Memang agak munasabah bagi Rahim Thamby Chik memilih Johari sebagai sasaran utama dalam projek meminggirkan Anwar. Beliau dan gerombolannya mencongak bahawa soal pertalian persaudaraan Johari dengan Shuaib dan secara tidak langsung Shafie Afdhal akan memudahkannya meragut umpan politik Umno.

Ternyata makar atau rancangan jahat manusia ada hadnya. Walaupun Hishamuddin beria-ia benar menyatakan polis tidak terbabit dan akan menubuhkan pasukan siasatan khas, kini khalayak umum sudah maklum siapa yang menggerakkan projek video ini.

Rakyat ingin tahu apakah tindakan yang akan diambil oleh polis selepas mendapat maklumat Johari ini.

Polis dan akhirnya Hishamuddin wajib menyiasat pendedahan Johari ini. Semua pelaku yang disebut dalam gerakan ini ada motif. Rahim masih berdendam kerana kehilangan jawatan Ketua Menteri Melaka pasca kes jalin hubungan seks dengan gadis sekolah 14 tahun.

Rahim anggap Anwar melalui anak-anak buahnya yang "mengenakannya".

Maka dia dikatakan terbabit mengatur Khalid Jafri untuk menerbitkan buku "50 Dalil Mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri" untuk melempiaskan dendamnya terhadap Anwar.

Silap Rahim ialah kebencian terhadap Anwar terlalu memuncak dalam jiwanya sehingga tidak sabar menonjolkan identitinya kepada Johari.

Shazryl Eskay pula sudah biasa dapat imbuhan besar bagi kerja-kerja politiknya. Di antara projek raksasa yang dikurniakan kepadanya ialah Projek Jambatan Bengkok Johor Bahru Singapura.

Anwar ada maklumat lengkap mengenai projek lain beliau; maka adalah lebih tenang dan senang baginya jika Anwar tidak sampai menakluki Putrajaya.

Jika Shuaib Lazim, bapa mertua Naib Presiden Umno, Shafie Afdhal terbabit, munasabahkah dikatakan beliau tidak tahu dengan skim jahat ini?

Sementara jika sepupunya ada maklumat mengenai projek busuk ini, munasabahkah Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia pula akan mengaku tidak mengetahuinya? Siapakah yang akan mendapat manfaat jika Anwar kali ini benar-benar tersungkur?


TVS News

Saya Lelaki dalam Video itu - Shazryl Eskay

Posted: 23 Mar 2011 02:23 AM PDT

Jika bekas Ketua Menteri Melaka yang pernah dikaitkan dengan jenayah rogol kanak-kanak hari ini dalam satu sidang media mengaku bahawa beliau adalah salah seorang dari tiga orang Datuk yang menjadi dalang bagi tayangan perdana video lucah di hotel Carcosa Seri Negara. – sila baca di SINI.

Lelaki Melayu Islam yang merupakan seorang ahli perniagaan ini pula iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah dengan bangganya mengaku "Sayalah lelaki dalam Video itu"

Eh?? Rahim Thamby Chik mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menentukan ketulenan klip tersebut.. yang bussinesman ni mengaku dia yang berada dalam video tu.. apa cerita ni??

Kah..kah..kah.. Rahim nak pekena siapa ni??

Eskay: 'Saya dalam video itu'


"Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Dalam video tersebut terdapat tiga individu - seorang wanita, lelaki yang didakwa mirip Anwar dan seorang lagi lelaki berbadan agak gempal yang dilihat berjalan, tetapi bahagian mukanya tidak kelihatan.

Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA


Malaysiakini

Ya!! Akulah Datuk 'T' itu.. - Rahim Thamby Chik

Posted: 23 Mar 2011 02:00 AM PDT

Hmmm.. patutlah Polis tak berani nak menghalang mahupun menangkap mereka tu ataupun merampas video lucah dari mereka biarpun ianya menjadi satu kesalahan bagi kita untuk menyimpan mahupun menyiarkan video lucah tu.... dah agak mesti kerja pemimpin UMNO punya..



Bekas Ketua Menteri Melaka yang pernah dikaitkan dengan jenayah rogol kanak-kanak hari ini dalam satu sidang media mengaku bahawa beliau adalah salah seorang dari tiga orang Datuk yang menjadi dalang bagi tayangan perdana video lucah di hotel Carcosa Seri Negara.


Lain lain Datuk yang terlibat adalah Ahli Perniagaan Shazryl Eskay Abdullah dan Shuib Nazim dari PERKASA..

Jadi sekarang.. apa kata manusia-manusia yang membuat spekulasi kononnya isu Video lucah ini adalah kerja Anwar sendiri untuk mengalih pandangan awam dari isu DNA?? Korang jilatlah semula muntah korang tu!!


'Datuk T' adakan sidang akhbar gesa RCI siasat video seks

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik hari ini mengakui bahawa beliau adalah antara tiga orang di sebalik skandal video seks dan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menentukan ketulenan klip tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, beliau berkata suruhanjaya diraja itu perlu turut dianggotai tiga pemimpin utama pembangkang - presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Turut hadir di sidang akhbar yang diadakan secara tergesa-gesa itu ialah seorang lagi anggota 'Datuk T' - pendekan bagi perkataan Trio - ialah ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.

Aggota ketiga - bendahari PERKASA dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim - tidak hadir.

Video seks selama 20 minit itu memaparkan seorang lelaki melakukan aksi seks dengan seorang wanita dalam sebuah bilik hotel. Suami Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video tersebut.


Malaysiakini

Sia-sia aku sokong dulu.. Lidah biawak rupanya dia..

Posted: 23 Mar 2011 01:14 AM PDT

Lidah bercabang. Mungkin ini kesimpulan paling tepat untuk menggambarkan watak politik sebenar Zaid Ibrahim. Dalam satu nafas Zaid boleh mengubah perspektifnya dalam politik. Mungkin Zaid bersikap begini kerana gila talak. Atau, lebih tepat lagi gila kemasyhuran atau glamour yang pernah dikecapinya di masa silam.

Perhatikan laporan Bernama Selasa, 22 Mac lalu. Zaid menegaskan bahawa beliau belum menonton video seks yang dikatakan membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun katanya, jika berpeluang menontonnya, baru beliau boleh membuat komen mengenainya. Dan, seandainya ia benar, Anwar perlu meninggalkan politik.

"I have not seen the video but (if) I had the opportunity to view it, I can make a comment but if it is true, he must quit," he said - Bernama


Sekali imbas komen Zaid Nampak tegas dan berprinsip. Beliau enggan memberi komen kerana belum berpeluang menonton video berkenaan. Namun, Zaid segera melanggar prinsipnya sendiri dengan membuat syor kepada DAP dan PAS supaya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat sendirian. Lihatlah betapa bercabangnya lidah Zaid.

Zaid Ibrahim said the opposition parties associated with PKR should review their status since there have been too many questionable issues affecting the integrity of the PKR de facto leader, including the latest sex video scandal.- Bernama

Jika itu tidak memadai, perhatikan betapa keletah politik Zaid ini amat meloyakan. Laporan Bernama yang sama melaporkan Zaid berkata, sepatutnya PAS sudah mengkaji semula hubungannya dengan Pakatan Rakyat sejak lama dahulu kerana ia membabitkan integriti dan keupayaan pemimpin berkenaan yang bukan sahaja membabitkan parti pembangkang tetapi pemimpin BN juga.

"By right, PAS should have reviewed the relationship a long time ago because it involves the integrity and capability of the leader, not only involving opposition parties but BN leaders as well.- Bernama

Di sini amat jelas hasad Zaid cuba menghasut PAS dan pemimpinnya untuk membenci Anwar Ibrahim. Soal integriti Anwar, kata Zaid, sudah terlalu kerap timbul hingga boleh dipertikaikan. Ini termasuk skandal video seks terbaharu.

Bagaimana Zaid boleh menyebut skandal video seks terbaru membabitkan Anwar sebagai contoh sedang beliau sendiri mengaku belum menontonnya? Di mana berkatnya ilmu undang-undang yang dipelajarinya dan diamalkannya jika sebelum mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa memutuskan Anwar terbabit dalam skandal video berkenaan, Zaid, seorang yang amat mahu digelar pemimpin Melayu sudah menjadikan sandaran untuk mempertikaikan kewibawaan Anwar? Tidakkah lidah bercabang namanya?

Bagi menonjolkan diri sebagai pemimpin yang berfirasat tinggi, Zaid menyelar pula pemimpin-pemimpin kanan lain dalam PKR yang cuba mempertahankan Anwar dan menganggapnya sebagai satu lagi konspirasi terhadap pemimpin pembangkang itu sebelum menyaksikan video berkenaan.

Tidakkah Zaid dalam kenyataannya kepada Bernama berkata, beliau tidak mahu memberi komen kerana belum berpeluang menonton video berkenaan? Di mana ilmu undang-undang Zaid hingga tidak faham konsep seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya?

Zaid seorang peguam berpengalaman, mustahil beliau tidak faham konsep ini. Sekali lagi ini membuktikan sama ada Zaid terlalu mabuk dan kemaruk nama dan kemasyhuran atau memendam hasad dengki yang mendalam terhadap Anwar.

Apa salahnya pemimpin-pemimpin PKR mempertahankan Anwar dan menyakini kes skandal video seks ini satu lagi konspirasi? Sekurang-kurangnya, mereka berbaik sangka dan mengikut semangat undang-undang -- seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah sebaliknya. Dan, memang secara logiknya, pengalaman daripada konspirasi fitnah liwat pertama dan kedua, pihak lawan politik Anwar memang mempunyai motif yang kuat untuk memfitnah Anwar - mereka tidak tertanding wibawa dan mutu kepemimpinan Anwar!

Mungkin Zaid seperti Umno BN mempunyai motif yang sama dan menghadapi masalah yang sama iaitu tidak berupaya menandingi Anwar. Maka Zaid pun seperti Umno_BN menyimpan dendam kesumat kerena gagal menjadikan PKR kuda tunggangannya demi memenuhi nafsu gila talak/mabuk publisitinya!


"I am surprised that they can comment on the issue even before watching the video," said Zaid who urged PKR leaders to stop claiming that it was a conspiracy. - Bernama

Urutan kes pendedahan video seks ini amat meragukan. Mengapa Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein bingkas mengumumkan polis tidak terbabit dalam pembikinan video berkenaan? Jika benar demikian apa yang menghalang polis menjalankan siasatan dan pencegahan biasa mereka untuk menghalang penayangan video lucah itu di Carcosa Seri Negara Isnin lalu? Bukankah gelagat Hishamuddin dan pasukan polis di bawah seliaannya ini berbaur dan berbau konspirasi?

Mungkin keupayaan politik Zaid terlalu rendah untuk membaca mengapa pendedahan video seks itu dibuat pada hari yang sama dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak. Sebab itu agaknya beliau tidak dapat membaca bila perlu berontak terhadap kepemimpinan Abdullah Badawi dan meletakkan jawatan menteri.

Akhirnya Zaid menyesal dan otak politiknya yang terhad mendorongnya mengintai peluang menyusup masuk ke dalam PKR dan Pakatan Rakyat untuk membalas dendam terhadap Umno yang memecatnya. Namun keterbatasan ilmu politik dan ilmu undang-undang yang tidak berkat, membuat Zaid sering mengeluarkan kenyataan yang benar-benar mirip perumpamaan lidah bercabang.


TVS News

Panas!! Datuk 'T' ialah Rahim Tamby Chik..

Posted: 22 Mar 2011 11:31 PM PDT

Berikut disiarkan kenyataan akhbar oleh Ahli MPT KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.


Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato' Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato' Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya ("Johari Abdul") adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato' Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato' Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Keadilandaily

Bukan satu tapi ada 17 lagi, saya tahu siapa dalang video lucah itu - Ummi

Posted: 22 Mar 2011 09:23 PM PDT

Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat pertama dan salah guna Datuk Seri Anwar Ibrahim 13 tahun lalu sambil mendakwa ada 18 klip video seks berkata, dia tahu siapa dalang di sebalik pembikinan rakaman berkenaan.

Diharap pengakuan Ummi Hafilda ini akan mempermudahkan lagi tugas pihak polis untuk menyiasat siapa Datuk 'T'.. atau adakah perlu satu lagi laporan polis dibuat untuk polis menyiasat Ummi pula??



KUALA LUMPUR, 23 Mac — Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat pertama dan salah guna Datuk Seri Anwar Ibrahim 13 tahun lalu sambil mendakwa ada 18 klip video seks berkata, dia tahu siapa dalang di sebalik pembikinan rakaman berkenaan.


"Bukan itu (satu) saja, sebenarnya ada lagi," kata Ummi Hafilda, ahli perniagaan, ketika mengulas pendedahan rakaman video seks melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Dipetik beberapa akhbar tempatan, Ummi Hafilda berkata, "Saya dah dengar 13 tahun lalu mengenai hal sebegini dan memang kita tahu siapa di belakang tabir, siapa pelaku, siapa yang melakukan kerja terkutuk ini," katanya dipetik Berita Harian.

Bagaimanapun dia tidak pasti sama ada rakaman yang didedahkan di ibu negara kelmarin adalah salah satu daripadanya.

"Saya tidak pasti sama ada video yang didedahkan adalah salah satu daripadanya, tetapi dalam pengetahuan saya terdapat sekurang-kurangnya 18 lagi rakaman video seperti itu disimpan oleh seseorang," katanya pada sidang media di Alor Setar semalam.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu yang dimaksudkannya tetapi berharap akan didedahkan selepas ini untuk dinilai oleh rakyat.

"Sekarang adalah masa yang sesuai untuk didedahkan supaya rakyat sedar mengenai tembelang pemimpin berkenaan," kata beliau dipetik Sinar Harian selepas ceramahnya di Alor Setar dibatalkan ekoran bantahan kerajaan negeri.

Pertengahan Januari lalu, Ummi Hafilda yang juga adik kandung Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, dia bertekad mahu berkempen secara aktif untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 mengelakkan tsunami politik 2008 berulang.

Ummi Hafilda mendakwa kehadirannya dalam kempen BN akan dapat menghalang keputusan Mac 2008, yang menyaksikan Pakatan Rakyat menafikan perikatan itu kedudukan selesa tradisi - majoriti dua pertiga di Parlimen.

Kini BN bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak manakala pilihan raya umum dijangkakan tahun ini.

Menurut laporan semalam, polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Anwar, Ketua Pembangkang, berkenaan klip video aksi seks di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Mengikut peruntukan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Anwar membuat laporan pagi semalam berhubung video yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara, kelmarin.

Dalam laporan itu, di mana salinan diedarkan kepada media, Anwar menafikan penglibatannya dalam video lucah itu.

Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu, yang bertarikh 21 Februari, kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.


The Malaysian Insider

Laporan Polis terhadap Datuk 'T' oleh AMK Permatang Pauh

Posted: 22 Mar 2011 08:46 PM PDT

Berikut adalah laporan Polis yang telah dibuat oleh AMK Permatang Pauh di Balai Polis Penanti semalam bagi mendesak supaya pihak Polis menyiasat Datuk 'T' dan dalang disebalik tayangan Video Lucah di sebuah hotel ternama di Ibu Negara.



Menurut Naib Ketua 1 AMK Permatang Pauh, Saudara Mohd Shukri Abd. Hamid, AMK Permatang Pauh dalam kenyataan medianya AMK mendesak agar pihak Polis menjalankan siasatan terhadap Datuk 'T' dan siapa dalang yang berada dibelakangnya sehingga beliau begitu berani menganjurkan tayangan video lucah di sebuah hotel ternama di ibu kota.


Pihak Polis juga digesa melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat kepada mereka sesuai dengan motto 'Integriti Amalan Kita' yang terpampang di lencana yang tersemat didada mereka.

Kenyataan Media sepenuhnya sila lihat di SINI

Video Lucah gagal, Tiga DNA diterima semula mahkamah.

Posted: 22 Mar 2011 06:45 PM PDT

Adakah keputusan ini terpaksa dibuat setelah cubaan menyerang Anwar menggunakan isu Video Lucah dipatahkan pada saat awal??


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa tiga barangan yang dikemukakan sebelum ini boleh diterima sebagai bukti yang sekaligus mengubah keputusan sebelum ini pada perbicaraan dalam perbicaraan yang menolaknya diterima sebagai bukti.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bagaimanapun menolak permohonan pendakwaan bagi memaksa Anwar memberikan sampel DNAnya.


Keputusan hari ini dikatakan sebagai satu tamparan kepada Anwar.

Sebelum ini pihak pendakwaan membuat dua permohonan - permohonan pertama bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan jyang kedua bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya.

Permohonan bagi memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA dikatakan sesuatu yang 'bukan lazim' dan belum pernah dilakukan dalam sejarah Malaysia, negara-negara Komanwel dan juga dunia, kata peguambela utama, Karpal Singh

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden telah berhujah bahawa sampel DNA Anwar adalah penting dan relevan bagi menentukan sama ada ia sepadan dengan DNA yang diambil dari sperma yang dijumpai di dubur pengadu kes berkenaan,Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Tidak pernah ada permohonan seumpama ini sebelum ini tetapi tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan... atau tidak Seksyen 165, Akta Keterangan tidak mempunyai makna. Kita mempunyai bukti tetapi atas sebab teknikal ia tidak dapat diterima (oleh hakim)," hujahnya minggu lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebelumm ini telah memutuskan bahawa sampel DNA dari tiga barangan - sehelai tuala, botol air minuman dan berus gigi - tidak boleh diterima kerana ia diperolehi dengan cara yang tidak sah.


Malaysiakini

Kenyataan BODOH dari Zahrain dan Zul Nordin.

Posted: 22 Mar 2011 06:24 PM PDT

Kata Zulkifli Noordin "maklumat yang diperoleh mereka juga memaklumkan jika Anwar enggan, maka kumpulan ulama itu akan mendesak Pas mengkaji semula hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)."

Bunyi macam cerita dia pasal kes arsenik dulu saja la...

Kata Zahrain pula.. Dia kata tidak tengok video tu, tetapi mana dapat maklumat?.. nampak sangat katak ni tak baca berita.. kesiann...


Anwar cuba alih isu DNA

KUALA LUMPUR 22 Mac – Kepimpinan Pas di kalangan kumpulan ulama dipercayai telah memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan kebenaran.


Dua ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Zulkifli Noordin mendakwa, maklumat yang diperoleh mereka juga memaklumkan jika Anwar enggan, maka kumpulan ulama itu akan mendesak Pas mengkaji semula hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Zulkifli, maklumat itu diterima mereka daripada rakan lama dalam PKR yang amat diyakini dan dipercayai kerana pernah beberapa kali memberi maklumat tepat sebelum ini.

"Oleh itu, Anwar dalam keadaan terdesak dan terpaksa mengalih isu. Apatah lagi keputusan permohonan pihak pendakwaan meminta Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA ditentukan esok.

"Di sinilah video itu memainkan peranan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas mengenai rakaman video aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur asing di sebuah hotel di ibu kota seperti didedahkan akhbar hari ini.

Anwar telah mengadakan sidang media untuk menafikan pembabitannya dalam video berkenaan dan juga membuat laporan polis berhubung kes itu.

"Jangan kita terperangkap. Tiada siapa tuduh Anwar, tetapi dalam masa kira-kira tiga jam selepas pendedahan itu, beliau mampu buat sidang akhbar mendakwa bukan 'pelakon' video tersebut selain kata perut buncit. Dia kata tidak tengok, tetapi mana dapat maklumat?

"Selain itu, pagi ini beliau membuat laporan polis, perkara yang tidak pernah dilakukannya dalam tuduhan-tuduhan sebelum ini. Pada saya, kecepatan dan ketangkasan beliau bertindak sangat meragukan. Soalnya, mengapa dalam soal ini cepat bertindak, isu DNA pula lambat?" katanya.

Justeru, beliau mencabar Anwar untuk turut sama bertindak pantas menyerahkan sampel DNAnya bagi menyelesaikan misteri lelaki 'Y'.

Sementara itu, Zahrain mempersoalkan kenyataan Anwar semalam yang mendakwa video seks itu timbul kerana beliau telah menang di mahkamah dalam kes liwat.

"Bukankah itu merupakan tindakan menghina mahkamah? Bagi saya, beliau bersikap double standard kerana pernah menggesa agar polis menangkap individu mendesak beliau menyerahkan DNA," katanya.


Lidah Rasmi UMNO

Tiada ulasan: