Isnin, 21 Mac 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Siapa Datuk 'T' yang dibenarkan membuat tayangan Perdana Filem Lucah itu??

Posted: 21 Mar 2011 06:40 AM PDT


Anwar menyelak jeket menunjukkan perutnya yang tidak buncit itu..

Dari awal berita mengenai 'Tayangan Video Lucah di Carcosa Seri Negara' tersebar.. aku mula tertanya-tanya, siapa sebenarnya Datuk 'T' itu?

Kalau nak dikatakan seorang rakyat biasa, mana mungkin boleh mengadakan tayangan Perdana ' Video Lucah' disebuah hotel bertaraf lima bintang tanpa serbuan pihak yang berkuasa?Tak percaya korang cubalah anjurkan tayangan perdana Filem Lucah dimana-mana.


Mana mungkin pihak berkuasa tidak tahu akan ujudnya tayangan Perdana itu sedangkan ramai wartawan telah diberitahu seawall jam 11 pagi lagi.. atau adakah tanganpihak yang berkuasa telah dikilas kebelakang oleh pihak yang lebih berkuasa dari pihak berkuasa?

Aku juga tertanya-tanya siapa Datuk 'T' itu, yang dibenarkan kembali kebilik yang telah disewa setelah Check Out kerana mendakwa mahu mengambil barang yang tertinggal sedangkan aku pernah tertinggal barang didalam bilik sebuah hotel dan aku hanya dibenarkan berada di kaunter sahaja..

Istimewa sungguh insan yang bernama Datuk 'T' itu.. hingga boleh kembali semula kebilik hotel setelah Check Out dan merosakkan pula laci meja solek..

Dalam istimewa itu Datuk 'T' menunjukkan kepada kita bahawa beliau adalah seorang rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab kerana tidak melaporkan aktiviti pelacuran yang berjalan di hotel tempat rakaman itu diadakan..

Jika tidak bermotif politik, apa perlunya Datuk 'T' menayangkan Video Lucah itu kepada pihak Media dan memberikan syarat pemimpin yang terlibat dalam aksi lucah itu perlu berundur dari politik jika benar lelaki itu adalah dia.

Dan siapa yang lebih berkuasa dari pihak berkuasa tu.. korang fikirlah sendiri..

MSO kata.. ada pihak mendakwa video itu 'diterbitkan' oleh para samseng dari Sarawak. Manakala Datuk T yang dimaksudkan yang menjadi produser (pengeluar) adalah berbangsa Melayu. Menurut seorang wartawan kanan dari sebuah portal orang ini (Datuk T) sering muncul dalam beberapa fanction Umno sebelum ini. -sepenuhnya sila baca di SINI



Video - Rekayasa Untuk Mengaibkan Kami Sekeluarga, Kata Anwar

PETALING JAYA 21 MAC:Warisan politik usang yang jelik – itu rumusan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap video seks fitnah yang mula diedarkan dalam pusingan terbaru kempen untuk mengaibkan beliau dan keluarganya.

Anwar mengemukakan bukti untuk menolak dakwaan fitnah bahawa beliau kononnya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.

Ketua Pembangkang itu turut mendedahkan pembabitkan Polis Cawangan Khas di samping penyelarasan di peringkat yang tertinggi untuk menyebarkan video fitnah itu.

Anwar menegaskan beliau mempunyai rekod yang membuktikan pada hari kejadian itu didakwa berlaku, beliau mengemaskini maklumat di Twitternya dan berada di rumah bersama isteri, anggota keluarga lain termasuk cucu serta kakitangan yang bekerja untuk beliau.

Beliau menyifatkan video seks yang didedahkan hari ini sebagai fitnah yang diselaraskan pada peringkat tertinggi untuk mengekang kemaraan Pakatan Rakyat.

" Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekasaya jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Anwar menegaskan beliau akan membuat laporan polis bersabit video itu pagi esok di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

" Tayangan tengahari tadi kelihatan dirancang dengan penuh teliti. Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).

Anwar juga berkata orang yang dirakam melakukan persetubuhan itu jelas mempunyai "perut yang jauh lebih besar" berbanding beliau.

"Saya belum lihat lagi dan saya tidak tahu siapa (disebalik video itu. Atau samada ianya telah diedarkan. Perut lebih buncit daripada saya.

"Saya minta kepimpinan PKR supaya tidak terperangkap dengan politik kotor. Tumpu perhatian untuk Sarawak," tambah Anwar.

Anwar dengan senyum bangun pada sidang media untuk membolehkan jurukamera mengambil gambar perutnya.

Anwar percaya video fitnah itu mempunyai hubung kait dengan kempen Umno-Barisan Nasional untuk mencari kelebihan pada pilihanraya Sarawak.

"Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah ll pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya. Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya Sarawak," kata Anwar.

"Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. Maka tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik," tegas beliau.


TVS News

Perut saya tak buncit macam tu.. kata Anwar

Posted: 21 Mar 2011 03:21 AM PDT

Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya dan Mahfuz pula berkata "perut saya lebih buncit dari perut Datuk Seri Anwar ,"..

Alahai.. kantoilah pulak.. tak apa.. UMNO/BN boleh cuba lagi..




Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini.

Dia menyifatkan dakwaan itu sebagai "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi.


Pada masa itu video dikatakan dirakamkan, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu-cucu.

Katanya, beliau telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan yang beliau bukan lelaki dalam video tersebut.

Sambil tersenyum Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya.

"Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya.

Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Bercakap dalam sidang media petang ini, beliau menyifatkan dakwaan dakwaan tersebut sebagai "fitnah jahat terbaru dalam bentuk video."- Malaysiakini


Video Seks- Bahan Reka Cipta Untuk Aibkan Anwar, Kata PAS

KUALA LUMPUR 21 MAC : Bibit-bibit pertama bahawa video seks yang menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim direka cipta semakin menyerlah selepas lebih ramai wartawan menyaksikan video itu menjelang petang ini.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata beliau mendapat maklum balas bahawa orang yang ditayangkan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita mempunyai perut "buncit' yang bukan iras Anwar.

"Ini ada kaitan dengan unsur-unsur politik yang disebut oleh ramai wartawan tadi bahawa video itu menunjukkan muka Datuk Seri Anwar tetapi bahawa video perutnya, perut buncit….perut saya lebih buncit dari perut Datuk Seri Anwar ," kata Mahfuz.

Mahfuz juga membidas Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein yang berkata polis sanggup menyiasat kesahihan video itu jika ada pihak membuat laporan.

Mahfuz berkata Hishamuddin sepatutnya sedar bahawa polis boleh menyiasat tanpa menunggu laporan orang awam.

"Sepatutnya tak perlu buat laporan polis dan polis terus boleh buat siasatan. Tanya pihak Carcosa kenapa boleh benarkan tayangan video berunsur lucah. Ini… seolah-olah tayangan video lucah dihalalkan dalam negara kita," kata Mahfuz .

"Maka saya minta polis terus menyiasat, tak perlu tunggu laporan dari mana-mana pihak," tambah beliau.

Mahfuz berkata, beliau hairan bagaimana sebuah hotel lima bintang seperti Carcosa Sri Negara membenarkan seseorang individu yang tidak dikenali menayangkan video seks

"Saya nak minta pihak polis siasat bagaimana pihak Carcosa boleh membenarkan satu program tayangan video yang berunsur lucah, sedangkan tiada pun undang-undang g mengatakan hotel yang bertaraf lima bintang atau enam bintang, malah jika tahi bintang pun, boleh tayang video lucah," tambah beliau.

Mahfuz berkata keengganan pihak di sebalik video itu untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa dan majlis agama amat mencurigakan dan harus menjadi persoalan utama.

"Kalau mereka bertujuan untuk mengatakan ada orang-orang tertentu dalam video tersebut melakukan perlakuan-perlakuan yang sumbang ini, sepatutnya mereka menyerahkan video tersebut kepada pihak berkuasa, atau pihak berkuasa agama kalau membabitkan orang Islam."kata Mahfuz.

" Jadi ini yang sepatutnya menimbulkan tanda tanya…. apa agenda sebenarnya yang dibuat oleh pihak penganjur yang membuat tayangan ini," tambah beliau.

Mahfuz membayangkan Anwar sekali lagi menjadi mangsa fitnah Umno dalam usaha parti pemerintah itu memulihkan sokongan daripada pengundi Melayu.

"Saya rasa bahawa ini sesuatu yang malanglah …. di mana Umno merasai kedudukan mereka yang sangat tergugat dan melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu ancaman kepada politik mereka hingga sampai ke satu peringkat di mana mereka sanggup melakukan sebegitu rupa," kata Mahfuz. -TVS News

Cuba baca.. bagaimana Datuk 'T' menemui rakaman Video itu..

Posted: 21 Mar 2011 03:11 AM PDT

Cuba baca bagaimana Datuk 'T' @ Tolol menjumpai rakaman itu.. nampak macam cerita rekaan saja ni.. empat CCTV tersorok di belakang meja solek?

"Oleh kerana tidak menjumpai jam tangan pada meja, saya mencari di sekeliling dan terkejut melihat terdapat wayar di belakang meja solek.

"Apabila meninjau secara dekat, saya terjumpa empat kamera CCTV yang tersorok. Saya cuba membuka laci meja solek dan mendapati satu daripada dikunci. Saya membukanya dengan satu alat tajam dan terjumpa alat perakam CCTV.


"Saya mencabut wayar dan mengambil perakam itu keluar hotel. Perakam itu mempunyai rakaman(ahli politi itu) mengadakan hubungan seks. Tiada sesiapa yang mempunyai rakaman ini dan saya tidak akan menyerahkan salinan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan diedarkan," kata 'Datuk T'.


'Datuk T': Pasangan pembangkang mesti undur

Individu yang hanya dikenali sebagai 'Datuk T' dan menganjurkan tayangan video seks kepada media hari ini, menuntut pemimpin utama pembangkang dan isterinya berundur dari politik.

Rakaman video itu memaparkan pemimpin berkenaan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut 'Datuk T', salinan rakaman itu akan dihantar kepada ahli politik tersebut dan isterinya seminggu dari hari ini, "bagi menentukan sama ada individu itu adalah ...(nama dirahsiakan)".

"Jika ia benar.... (pasangan itu) mesti berundur dari politik," katanya dalam kenyataan yang ditandatangani sebagai 'The Insider' yang kemudiannya diedarkan kepada wartawan setelah mereka menyaksikan rakaman itu.

"Jika (pasangan itu) tidak berundur dalam tempoh tujuh hari selepas menerima salinan rakaman [sic], saya akan minta beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO bagi menubuhkan panel penyiasat dan mendapatkan perkhidmatan pakar foensik bagi mengkaji ketulenan rakaman itu.

"Seluruh dunia akan tahu dan terpulang kepada mereka untuk mentukannya."

Usaha Malayskiani menghubungi dan menghantar sms kepada pasangan itu dan juga peguam mereka tidak berbal;as.

Menjelaskan bagaimana beliau memperolehi pita itu, 'Datuk T' berkata beliau diminta ahli politik berkenaan pada 21 Februari lalu ke sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi mengambil jam Omega miliknya yang tertinggal di sebuah bilik.

'Datuk T' mendakwa hotel itu menawakan perkhidmatan seks dan kemudahan spa.

"Oleh kerana tidak menjumpai jam tangan pada meja, saya mencari di sekeliling dan terkejut melihat terdapat wajar di belakang meja solek.

"Apabila meninjau secara dekat, saya terjumpa empat kamera CCTV yang tersorok. Saya cuba membuka laci meja solek dan mendapati satu daripada dikunci. Saya membukanya dengan satu alat tajam dan terjumpa alat perakam CCTV.

"Saya mencabut wayar dan mengambil perakam itu keluar hotel. Perakam itu mempunyai rakaman [sic] (ahli politi itu) mengadakan hubungan seks. Tiada sesiapa yang mempunyai rakaman ini dan saya tidak akan menyerahkan salinan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan diedarkan," kata 'Datuk T'.


Malaysiakini

Keluar PKR pasal nak jadi Ketua Kampung saja?.. Alahai..

Posted: 21 Mar 2011 02:31 AM PDT

PAHANG: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendedahkan seorang daripada pimpinan cabang yang keluar parti, baru-baru ini, ditawar jawatan ketua kampung jika keluar parti.

Malah, beliau berkata, pemimpin cabang itu ada memaklumkannya sebelum keluar parti kerana berminat dengan jawatan berkenaan.

"Dia ada berjumpa dengan saya sendiri untuk memberitahu tawaran itu sebelum pilihan raya kecil (PRK) di DUN Kerdau baru-baru ini. Saya menasihati beliau, takut nanti ditipu semata-mata muslihat memenangi PRK.


"Apapun, saya simpati terhadap BN kerana sanggup menawarkan jawatan untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi memenangi pilihan raya umum akan datang," katanya ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Azan turut menafikan laporan media arus perdana, kononnya 600 ahli KEADILAN keluar parti.

"Laporan itu tidak benar sama sekali kerana hanya tiga orang sahaja yang keluar, tetapi selebihnya golongan remaja yang sengaja diada-adakan cerita.

"Sebanyak enam bas digunakan untuk mengangkut kononnya ahli keluar parti tapi sebenarnya golongan remaja yang dibayar RM50 setiap orang," katanya.

Beliau menganggap, semakin banyak perbuatan seumpama itu dilakukan Umno Barisan Nasional (BN), semakin mudah rakyat mengesan taktik kotor parti pemerintah berkenaan.

"Umno sendiri tidak ada teknik canggih untuk mengubah senario politik, sebaliknya memilih kaedah memalukan itu," katanya, sinis.


Keadilandaily

Video Lucah sudah dibenar tayang kepada umum?

Posted: 21 Mar 2011 02:06 AM PDT

Aku setuju dengan kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution ini yang berkata video itu didalangi oleh Umno untuk mencuba sekali lagi membunuh karier politik pemimpin terbabit.

Kerana hanya UMNO/BN yang berani melanggar apa saja undang-undang atau larangan yang ada di Negara kita Malaysia ini.. ini termasuklah penayangan Video Lucah.. atau adakah undang-undang kita telah digubal semula bagi membolehkan video lucah ditayangkan kepada orang awam?

Atau ada permit khas yang diperuntukkan oleh Kerajaan untuk menayangkan filem lucah?


Saifuddin : Video Seks Serangan Peribadi

SHAH ALAM : Seorang pemimpin pembangkang yang didakwa mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah bilik hotel di kuala lumpur menafikan fitnah itu dan akan memberi kenyataan penuh dalam masa terdekat.


"Beliau menafikan semua ini dan akan menjawab secara lebih terperinci dalam masa terdekat," kata seorang pegawai kepada pemimpin berkenaan kepada TV Selangor.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution berkata video itu didalangi oleh Umno untuk mencuba sekali lagi membunuh karier politik pemimpin terbabit.

" Yang pertama ini menunjukkan bagaimana terdesaknya Umno-Barisan Nasional selepas 12 tahun gagal untuk membunuh karier politik beliau. Mereka mencuba pelbagai cara dan ini kemuncak kepada tindakan terdesak mereka," katanya.

Setakat ini tidak ada media yang menamakan pemimpin berkenaan setelah wartawan dari pada organisasi berita tertentu dibawa menyaksikan video kira-kira 21 minit yang didakwa diambil di sebuah hotel yang menawarkan khidmat spa di ibu negara.

Saifuddin menyifatkan video itu sebagai fitnah terbaru untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada kepincangan Barisan Nasional khususnya menjelang pilihanraya negeri Sarawak yang menjelang.

"Pendedahan fitnah ini dibuat menjelang pilihanraya Sarawak.Yang jelas ini untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada membicarakan isu rasuah Taib Mahmud yang akan menyebabkab Barisan Nasional kehilangan sokongan,:" kata Saifuddin.

" Parti Keadilan tidak langsung terjejas biarpun pendedahan ini dibuat kerana kita yakin rakyat dapat membaca dan menilai dengan baik," tambah beliau.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata mereka yang mendalangi klip video "mencerminkan tindakan terdesak untuk melakukan serangan peribadi."

" Taktik yang sama dilakukan seperti dulu dengan kes fitnah pertama," beliau memberitahu TVSelangor.

Klip video itu ditayangkan untuk pihak media yang terpilih pagi tadi di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara.

Wartawan menonton video selama 21 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Seorang lelaki yang hanya memperkenalkani dirinya sebagai Datuk T mendakwa beliau mahu pihak media menonton video klip itu dan memberikan pemimpin berkenaan seminggu untuk meletak jawatan, jika tidak mahu klip video itu dihebahkan kepada orang ramai.

Beliau mendakwa pemimpin berkenaan , yang dikenali oleh segenap pelosok masyarakat, telah melawat sebuah hotel yang menawarkan khidmat spa dan dilayan oleh seorang wanita.

Rakaman yang dipertontonkan kepada ahli media diambil daripada beberapa sudut.

Sebelum membenarkan wartawan menonton video itu, "Datuk T" mewajibkan mereka menyerahkan semua alat- alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik untuk menonton video itu.


TVS News

Selepas 'Liwat', Drama baru pula?

Posted: 20 Mar 2011 11:39 PM PDT

Aku pegang ayat ni.. Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).

Setelah drama bersiri terbitan UMNO/BN 'Liwat II' mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia biarpun masih gagal untuk menyakinkan rakyat kebanyakan akan huduhnya perilaku Ketua Pembangkang, kini satu drama baru pula akan disiarkan..

Drama baru ini dikatakan telah dilakonkan oleh seorang lelaki yang kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang bersama seorang wanita muda yang tidak dikenali sedang melakukan pelbagai aksi seks..

Dan SMS yang mula tersebar mengatakan bahawa lelaki itu adalah Anwar Ibrahim..


Apa yang nak dihairankan.. jika tuduhan liwat yang hina itu boleh dipergunakan mereka sebanyak dua kali tanpa memikirkan dosa pahala apalah sangat dengan tuduhan zina ini bagi mereka…

Lagi satu.. Samada Anwar Ibrahim bersama atau tidak, REFORMASI tetap akan diteruskan..


Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang?

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

Wartawan Malaysiakini pula masuk bersama kumpulan ketiga dan terakhir bagi media tempatan.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.

Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T.

Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya "untuk mengenal pasti orang dalam video" tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik."

Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.

Datuk T mendakwa beliau telah terjumpa video selepas dia diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku.

Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut tetapi sebaliknya terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.

Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut.


Malaysiakini

Anwar Ibrahim akan Tampar Bapak Nyamuk itu...

Posted: 20 Mar 2011 09:49 PM PDT

Patutlah Anwar buat tak tahu saja serangan nyamuk tu (baca di SINI).. rupa-rupanya dia nak tampar bapak nyamuk itu..

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan menghina mahkamah ke atas Datuk Seri Najib Razak ekoran kenyataan perdana menteri meminta agar beliau menyerahkan sampel DNA dalam kes liwat dihadapinya sekarang.

Peguam Anwar, Karpal Singh berkata Najib telah bertindak bertentangan dengan amaran Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang meminta semua pihak supaya tidak mengulas mengenai perbicaraan semasa dan tindakan seumpama itu bersamaan dengan perbuatan menghina mahkamah.- The Malaysian Insider

Keadilandaily melaporkan..

Ikan bilis tak mainlah, kita heret yang penting saja – Karpal

KUALA LUMPUR: Pasukan peguam Ketua Pembangkang akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan menghina mahkamah.


"Ya, kami mempertimbangkan untuk memfailkan permohonan mensabitkan Najib dengan tuduhan menghina mahkamah," kata Karpal kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Karpal, Najib akan didakwa menghina mahkamah kerana menggunakan media mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau dalam perbicaraan Fitnah II yang sedang berlangsung sekarang.

Karpal berkata, kenyataan Najib di dalam media dianggap melanggar arahan hakim yang mahu pihak-pihak terlibat tidak menghina mahkamah.

"Justeru, mereka yang berbuat demikian perlu menanggung akibatnya iaitu kemungkinan disumbatkan ke penjara," tegas Karpal.

Ditanya wartawan sama ada pihak lain akan turut didakwa selain daripada Najib,
contohnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut membuat kenyataan sama, Karpal secara berseloroh menjawab beliau hanya mahu mendakwa mereka yang penting sahaja.

"Ikan-ikan bilis tak perlulah," kata Karpal merujuk kepada Muhyiddin. Seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair pula berkata, tindakan Najib itu terang-terangan satu campur tangan politik.

"Beliau menggunakan jalan politik dan mahu mengarahkan Anwar menyerahkan DNA-nya.

"Beliau tidak boleh sewenang-wenangnya beranggapan, 'saya adalah undang-undang kerana saya adalah Perdana Menteri'," kata Sankara.

Jelas beliau, tindakan Najib itu turut mengganggu mahkamah kerana ia boleh mempengaruhi keputusan hakim.

"Ia akan mempengaruhi keputusan hakim. Beliau (Najib) adalah PM, dan hakim berada di bawahnya (seperti yang kita lihat sebelum-sebelum ini)," kata Sankara.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini menangguhkan perbicaraan Fitnah II sehingga Rabu ini kerana beliau memerlukan masa untuk membuat keputusan berhubung permohonan pendakwa raya.

Pendakwa raya sebelum ini memohon kepada mahkamah untuk menyemak semula keputusan bicara-dalam-perbicaraan yang menolak bukti yang diperoleh secara tipu helah daripada Anwar sewaktu beliau ditahan secara tidak sah pada 16 Julai 2008.

Mereka turut memohon untuk mendapatkan sampel DNA Anwar sekiranya Mohamad Zabidin mengekalkan keputusan bicara dalam perbicaraan sebelum ini.

Hari Kedua Libya diserang..

Posted: 20 Mar 2011 09:34 PM PDT

TRIPOLI, 21 Mac — Tentera perikatan meneruskan kempen serangan buat hari kedua semalam dan awal pagi ini (waktu Malaysia) ke atas Libya manakala negara utara Afrika itu pula sekali lagi mengisytiharkan gencatan senjata.


Kereta kebal milik tentera setia kepada Muammar Gaddafi letup selepas diserang perikatan lima negara di kawasan antara bandar Benghazi dan Ajdabiyah, semalam. — Foto Reuters

Libya juga berbuat demikian kelmarin tetapi Barat melancarkan serangan selepas mendakwa pendirian itu telah dilanggar oleh Muammar Gaddafi.


Serangan hari kedua ini termasuk ke atas ibu negara Libya sendiri.

Seorang jurucakap tentera mengumumkan pendirian Muammar itu, yang dipercayai berkuat kuasa mulai pukul 9 malam waktu Libya (3 pagi tadi waktu Malaysia).

"Angkatan tentera Libya... mengeluarkan arahan kepada semua unit tentera agar mengadakan gencatan senjata bermula 9 malam," kata jurucakap tentera itu.



Pengumuman itu muncul kira-kira 24 jam selepas pasukan tentera perikatan - Amerika Syarikat, Perancis dan Britain - menyasarkan tindakan mereka untuk menguatkuasakan resolusi PBB yang diluluskan minggu lepas.

Dua negara lain dalam perikatan itu ialah Kanada dan Itali.

Bagaimanapun pada sidang media di Washington (awal pagi ini waktu Malaysia), Pentagon berkata pihaknya mempersoalkan kesemua kenyataan yang datang daripada Muammar termasuk dakwaan bahawa ia akan melaksanakan gencatan senjata.

Lebih 60 orang didakwa terbunuh dalam serangan ke atas Libya, kata media kerajaan negara itu.

Semalam, Muammar berkata serangan ketenteraan perikatan lima negara Barat ibarat tindakan pengganas dan pihaknya akan menewaskan musuhnya.

Dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen kerajaan semalam, Muammar berkata Libya bersedia untuk perang yang panjang dan kesemua rakyat Libya akan membawa senjata untuk mempertahankan negaranya.

"Kami tidak akan meninggalkan tanah air kami dan kami akan membebaskannya (dari musuh)," kata beliau.

Siaran televisyen itu membawa suara Muammar tanpa menunjukkan imej beliau.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Perancis Laurent Teisseire berkata Qatar juga akan menghantar pesawat perang untuk menyertai operasi bersama jet-jet negara itu.

Ketika ditemui wartawan di Paris, Teisseire berkata Qatar akan menyertai kempen antarabangsa "dalam beberapa jam akan datang" tetapi tidak memberikan butiran.

Muammar berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak sebulan lalu dan ramai melihat negara itu kini berhadapan dengan perang saudara.

Laporan dari Kaherah, Mesir memetik kumpulan pemberontak berkata lebih 8,000 rakyat Libya yang memihak kepada gerakan pemberontakan telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat mendesak Muammar melepaskan kedudukannya 41 tahun sebagai ketua negara.

"Bilangan orang kami yang terbunuh dan mati syahid lebih 8,000," kata jurucakap puak pemberontak, Abdel

Hafiz Ghoga. - Reuters

Nak biar Nyamuk ni masuk telinga ke Anwar Ibrahim?

Posted: 20 Mar 2011 06:49 PM PDT

'perang dan ganyang' kononnn.. bila orang serang dia pulak lari pergi mengadu ke Mahkamah.. Nak biar nyamuk ni masuk telinga ke Anwar??


BESUT 20 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bercita-cita besar untuk menjadikan Malaysia sebuah republik sekali gus mengangkat dirinya sebagai Presiden, manakala Azmin Ali pula akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Lebih dahsyat, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga dikatakan mempunyai niat untuk menghapuskan institusi diraja sekiranya beliau berkuasa.

Cita-cita Anwar itu didedahkan oleh saksi utama kes liwat Ketua Pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali pada majlis ceramah 'Pas Keluk Kelek' di Bandar Jerteh di sini, malam tadi.


Menurut Ummi Hafilda, cita-cita luar biasa bekas Timbalan Perdana Menteri itu diluahkan oleh abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin kepada bapa mereka, Allahyarham Ali Omar suatu ketika dulu.

"Abang saya pernah beritahu arwah bapa kami, jika Anwar berkuasa, dia akan menjadikan Malaysia sebuah republik," katanya.

Majlis itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh serta barisan kepimpinan UMNO bahagian tersebut. Turut memberikan ceramah ialah Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Mohd. Noor Deris.

Sesi ceramah tersebut berlangsung hampir serentak dengan ceramah para pemimpin Pas dan PKR yang disertai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Azmin yang terletak berhampiran dan hanya terpisah sebatang sungai dekat Masjid Hadhari di sini.

Dalam ceramah itu, Ummi Hafilda mengupas satu persatu perilaku keji Anwar termasuk skandalnya dengan isteri salah seorang pemimpin PKR, selain fitnah dan pembohongan Ketua Pembangkang itu kepada seluruh rakyat.

Ummi Hafilda turut berikrar untuk melancarkan 'perang dan ganyang' terhadap Anwar serta abangnya sendiri, Azmin bermula tahun ini bagi memastikan kedua-duanya tersungkur dan terkubur, jika mereka masih enggan bertaubat.

Selain itu, Ummi Hafilda turut menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai hubungan intim dengan ahli perniagaan, Baginda Minda.

Beliau selanjutnya melafazkan sumpah 'wallahi, wabillahi, watallahi' di depan hadirin sambil bertegas yang beliau tidak pernah mengadakan hubungan seks dan berzina dengan ahli perniagaan terbabit seperti yang didakwa.


Lidah Rasmi UMNO

Sempena PRN Sarawak, 300 Ahli PKR Indera Mahkota keluar PKR..

Posted: 20 Mar 2011 06:27 PM PDT

Bagai dijangka.. sempena dengan Pilihanraya Negeri Sarawak, Lidah Rasmi UMNO melaporkan Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota, Ibrahim Sidek bersama 300 ahli mengisytiharkan keluar parti hari. Selain itu, Naib Ketua Wanita PKR Pahang, Izzah Mazlan dan Setiausaha Wanitanya, Fadilah Abd. Wahab turut sama berbuat demikian..

Alasannya berbeza sekali, katanya ''Saya telah menimbulkan masalah ini kepada pucuk pimpinan tetapi dipandang sepi,''.. Satu alasan yang pada dasarnya ada kebenarannya..


PKR Indera Mahkota lumpuh

KUANTAN 20 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota di sini yang merupakan kubu kuat parti itu di negeri ini, hampir lumpuh apabila Pemangku Ketua Cabang berkenaan, Ibrahim Sidek bersama 300 ahli mengisytiharkan keluar parti hari ini.


Selain itu, Naib Ketua Wanita PKR Pahang, Izzah Mazlan dan Setiausaha Wanitanya, Fadilah Abd. Wahab turut sama berbuat demikian.

Ibrahim yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd. Hazmi Yusof.

Menurut Ibrahim, keputusan itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR khususnya Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka melihat hala tuju parti itu juga semakin tidak menentu dan mementingkan perjuangan individu sahaja.

"Pemimpin PKR seolah-olah cuba melepaskan tanggungjawab mereka dalam menyelesaikan masalah Cabang Indera Mahkota," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sirih Pulang Ke Gagang di Indera Mahkota di sini hari ini.

Ibrahim yang menyertai PKR sejak 11 tahun lalu berkata, tindakan itu bukan disebabkan desakan oleh UMNO tetapi kekecewaannya terhadap pimpinan parti.

Dalam pada itu Fadilah berkata, keputusan itu dibuat kerana terlalu banyak kepincangan dalam parti.

''Saya telah menimbulkan masalah ini kepada pucuk pimpinan tetapi dipandang sepi,'' katanya.

Sementara itu, Mohd. Hazmi berkata, tindakan pemimpin dan ahli PKR Indera Mahkota tersebut menunjukkan parti berkenaan kini menuju kehancuran.


Lidah Rasmi UMNO

Tiada ulasan: