Anak Sungai Derhaka |
- Sarawak! Adakah anda mahu menjadi setinggan sampai mati?
- EKSKLUSIF Buat Rakyat Sarawak!! Mahukah anda ditipu lagi??
- Muhyiddin dan Najib Jembalang dari Semenanjung.
- DUN Sarawak bubar Isnin ini
- Utusan menyebarkan Fitnah lagi.. macam blogger pro UMNO laa...
- Najib Dan Taib Cuba memujuk pengundi Sarawak
- Pengumuman Taib Mahmud hanya bersifat retorik politik.
- Benarkah berita ini??
- Taib Mahmud umum undur selepas pilihan raya
- 'Percayalah kepada saya' rayu Najib..
- Lagi blogger pro-Pakatan Rakyat ditahan polis, SKMM
| Sarawak! Adakah anda mahu menjadi setinggan sampai mati? Posted: 19 Mar 2011 08:13 AM PDT Oleh Hazel Lee MIRI– Miri memerlukan lebih banyak tanah dan peruntukan bagi menempatkan lebih 4,000 penduduk setinggan yang kebanyakkan menetap di sepanjang Sungai Miri. Statistik Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Miri terkini mendedahkan, terdapat lebih 4,000 penduduk setingggan tinggal di Kampung Baru Pujut 7, Kampung Pujut Sungai Adong, Kampung Merapak Pujut 8 dan Kampung Damai Jaya, Piasau Utara. Pemandangan rumah-rumah setinggan yang didirikan di sepanjang Sungai Miri. Tinjauan Sarawak Update mendapati, majoriti daripada penduduk itu sudah menetap di kawasan setinggan berkenaan sejak 20 hingga 35 tahun yang lalu, namun sehingga hari ini hanya sebilangan kecil yang mengambil inisiatif membeli rumah sendiri. Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Pujut 7, Ding Lah berkata, majoriti penduduk yang tinggal di kawasan Kampung Baru Pujut ialah kaum Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah manakala selebihnya Melanau, Bidayuh, Iban dan Cina. "Kami merayu kepada kerajaan untuk menyediakan lot tanah kerana kebanyakkan daripada mereka daif dan sudah menetap di kawasan setinggan itu lebih 35 tahun yang lalu," katanya sambil menambah sebanyak enam keluarga kini ditempatkan di Tudan Desaras Fasa 6 berikutan pembinaan jambatan Pujut 7 yang baharu. Pemandangan rumah-rumah setinggan yang didirikan di sepanjang Sungai Miri. Walaupun kawasan setinggan, namun kerajaan bermurah hati menyediakan kemudahan seperti bekalan air, jalan dan tadika perpaduan. Mengulas perkara ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Andy Chia berkata, kerajaan memerlukan tempoh tertentu sebelum dapat menempatkan semua penduduk setinggan di bahagian Miri berikutan kekurangan dana dan tanah. "Tidak semua setinggan dapat ditempatkan semula dalam masa terdekat, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk memindahkan mereka dari masa ke semasa," katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk setinggan dari Kampung Baru Pujut 7 di pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Pujut. Beliau memberitahu, sebelum ini kerajaan telah menempatkan beberapa ribu penduduk setinggan di Bukit Kanada ke Tudan Desaras Fasa 6 manakala ribuan lagi masih tinggal di kawasan setinggan. Katanya, kerajaan melalui JTS kini terus memantau bagi memastikan tiada lagi penempatan setinggan yang baru diwujudkan. "Isu penempatan setinggan ini merupakan cabaran besar kepada kerajaan dan kita berharap penduduk setinggan sama-sama mencari jalan untuk membaiki taraf hidup mereka," katanya. Andy memberitahu, terdapat juga ahli-ahli SUPP sebelum ini tinggal di kawasan setinggan namun mereka berdikari sehingga mampu membeli rumah yang lebih selesa. Mengenai permintaan Kampung Baru Pujut 7 untuk ditempatkan semula, Andy memberi jaminan akan mengemukakan perkara itu kepada JTS untuk tindakan sewajarnya dan beliau berharap akan mendapat maklumbalas bulan depan. |
| EKSKLUSIF Buat Rakyat Sarawak!! Mahukah anda ditipu lagi?? Posted: 19 Mar 2011 04:34 AM PDT Satu pendedahan bagaimana pemilik tanah asal diperbodohkan oleh Taib Mahmud dan Kroninya hingga tanah bertukar milik akhirnya ..Eksklusif dari Sarawak Report.. Balingan, Pusat rampasan tanah Taib Mahmud Taib Mahmud telah menjanjikan pembangunan, tetapi dia telah mendatangkan kemusnahan kepada kawasan pilihanrayanya sendiri.Kini terdapat banyak komuniti yang mengalami kejutan akibat gelombang apa yang kami namakan sebagai 'pembangunan kemusnahan' pada kawasan-kawasan yang kebanyakannya adalah tanah-tanah rezab hutan (Forest Reserve). Kajian kami mendapati syarikat-syarikat di sebalik pemusnahan ini yang telah mendatangkan keuntungan kepada Taib Mahmud, saudara-mara terdekatnya atau kroni-kroni perniagaannya dan individu-individu yang dikenali dan yang biasanya bertindak sebagai proksinya. Gambar-gambar pada entri asal (berbahasa Inggeris), yang diambil dalam perjalanan kami melaksanakan kajian dan siasatan kami itu, menunjukkan kesan kemusnahan akibat tsunami – tetapi tsunami ketamakan yang dilakukan oleh seorang lelaki tua bersama gerombolan kroni penyangaknya ke atas kawasan-kawasan pengundinya sendiri. Setiap satunya untuk saya – tiada untuk kamu Taib telah berpura-pura memberi 'kemajuan dan pembangunan' kepada rakyatnya. Beliau telah berkali-kali menasihatkan para pendengar khutbahnya untuk 'bersabar', tetapi dalam pada itu dia tidak menunjukkan sebarang kesabaran untuk meranapkan apa sahaja tanah yang mempunyai nilai yang telah didiami rakyatnya sejak beberapa generasi lagi.Individu-individu ini telah dibayar RM250 untuk satu ekar tanah-tanah NCR mereka, sungguh memilukan – mana kala ada pula yang tidak dibayar satu sen pun! Seorang Iban yang berusia 80 tahun telah memaklumkan kami bahawa dia dan keluarga sehingga lima generasi telah membuka kawasan itu, dan mengusahakan dusun buah-buahan, yang kini telah dimusnahkan tanpa sebarang pampasan. Pada satu lagi kes, jentolak milik syarikat perladangan telah hampir-hampir merobohkan rumah panjang orang-orang di situ. Para penyiasat dan pengkaji dari Sarawak Report telah mengesahkan bahawa orang-orang yang dibayar pampasan adalah sebenarnya ketua-ketua kaum yang dilantik oleh kerajaan, yang kini diberi gaji bukan untuk mewakili kaum-kaum mereka, tetapi untuk menjadikan mereka sentiasa tunduk dan akur kepada arahan-arahan dari kerajaan BN. RM250 adalah suatu jumlah yang amatlah kecil berbanding dengan nilai kayu-kayan dan konsesi-konsesi ladang kelapa sawit atas tanah-tanah berkenaan, yang akan kami bentangkan pada bahagian lain dalam artikel ini. Mendatangkan kekayaan kepada keluargaku dan rakan-rakan niagaku atas nama 'pembangunan' Kajian dan siasatan Sarawak Report ke atas pengambilan tanah-tanah di kawasan Balingian dan Mukah oleh Taib telah berjaya membongkar suatu tahap penipuan yang amat mengejutkan. Cubaan-cubaan untuk menutup dan menyembunyikan jumlah wang yang amat besar yang terjana untuk keluarga dan rakan-rakannya, telah dapat kami bongkar yang membuktikan berlakunya rasuah. Tanah-tanah yang diambil oleh Arip dan Taib sendiri melalui Mesti Bersatu Salah satu contohnya adalah satu kawasan tanah di Balingian, yang dianggarkan 34,000 hektar luasnya, telah diserahkan pada awal 2000-an kepada saudara Taib ketika itu, arwah Arip Mahmud. Kami telah mengenalpasti terdapat 7 plot yang luas dari pejabat pendaftar tanah, yang telah diserahkan kepada beberapa syarikat yang jelasnya diuruskan oleh Lanco Plantation, milik arwah Arip. Lanco Plantation Sdn Bhd berpejabat di 458/459, Sublot 62, Jalan Padungan, Kuching, Sarawak. Pengurus syarikat berkenaan adalah Patrick Embol dan peguam mereka adalah Lim Jit Meng. Kami mendapati wakil Arip adalah Hamni bin Juni dan Haji Anwar Susadd bin Razali, kerana mereka telah menggunakan alamat yang sama dengan Lanco Plantation di dalam rekod pendaftar tanah ![]() Setengah kawasan dikhususkan kepada kroni Taib dalam DUN nya sendiri. Palmyn dan Golden Star-Ace diserahkan kepada Cubaan-cubaan untuk menyembunyikan pemberian tanah-tanah kepada Lanco menggunakan nama-nama syarikat yang berasingan, namun jaringan-jaringan itu dapat kita kesan di pejabat pendaftar tanah. Kedua-dua syarikat Palmlyn dan Hariyama menggunakan alamat dan nombor telefon yang sama dengan Lanco, nombor telefon pengurusnya, Patrick Embol, juga digunakan pada Rajah Mutiara Sdn Bhd. Lim Jit Meng merupakan peguam yang sama untuk pengambilan dua ladang di Pulau Bruit bagi pihak Arip Mahmud (Easter Eden dan Poh Zhen) yang telah berjaya memperolehi keuntungan sebanyak RM40 juta untuk Arip dan Ketua Menteri ketika dijual semula 12 hari kemudian! Semua syarikat yang telah kami dedahkan di atas telah berkontroversi dengan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kroni pembalakan Taib yang terkenal rakus di seluruh dunia, Tiong Hiew King. Terdapat keuntungan syarikat-syarikat itu dimasukkan ke dalam syarikat-syarikat awam untuk keluarga Taib, walaupun selebihnya masuk ke syarikat-syarikat peribadi Tiong di mana transaksinya masih tidak diketahui. Dalam kes Hariyama, yang telah memperolehi sebanyak 10,600 hektar tanah hutan simpan terlindung Retus, kita mendapati Arip Mahmud telah merundingkan transaksi sebanyak RM6.8 juta pada 24hb Februari 2003 dan kemudian menjualkannya kepada syarikat Jaya Tiasa milik Tiong dengan harga RM23.5 juta empat hari kemudian iaitu pada 28hb Februari 2003 untuk mendapat keuntungan sebanyak RM17 juta. Keluarga Taib juga memiliki saham-saham dalam Jaya Tiasa, maka dengan itu mereka tetap akan menikmati keuntungan dari pengeksploitasi kawasan-kawasan itu menerusi ladang kelapa sawit. Begitu juga, kita mempunyai bukti yang menunjukkan 5,000 hektar ladang Palmlyn, di mana Arip telah diminta untuk menjelaskan premium sebanyak RM3 juta pada 12hb Februari 2004, telah dipindahkan ke Subur Tiasa, juga milik Tiong, pada 30hb September 2004 dengan harga RM11.7 juta, keuntungan RM9 juta. Rajah Mutiara dan Golden Star-Ace yang kini didaftarkan sebagai dimiliki oleh syarikat-syarikat peribadi Tiong, iaitu Rimbunan Hijau Group. Atas alasan ini, harga yang dibayar kepada keluarga Taib Mahmud tidak direkodkan secara terbuka, tetapi kami boleh menganggarkan lebih banyak juta-juta yang diperolehi oleh keluarga yang terkaya di Sarawak. Raziah dan skandal Sarawak Plantation Raziah dan suaminya, Robert Geneid, telah mendapat 27,000 hektar tanah menerusi konsesi dalam rantau itu, di bawah syarikat-syarikat Miracle Harvest dan Green Ace Resources, di mana syarikat awam Kwantas telah mendapat 70% saham setelah menerima konsesi. Konsesi kini telah dijual untuk mendapatkan keuntungan sebanyak berjuta-juta ringgit. Raziah juga menerima syarikat Saradu Plantation dari saudaranya, Ketua Menteri, berjumlah 5,000 hektar. Namun, skandal Sarawak Plantation telah mendedahkan suatu amalan rasuah yang dilakukan di tengah-tengah kerajaan Taib, di mana dia menggunakan proksi dan wakil-wakil untuk mengawal perniagaan utamanya di Negeri Sarawak dan menswastakan aset-aset negeri ke tangan ahli-ahli keluarganya. Hamid Sepawi dan Hasmi Hasnan adalah dua orang 'saudagar kaya' yang bertindak sebagai proksi atau wakil utama kepada Taib Mahmud. Kedua-dua orang berkenaan bertindak sebagai Pengerusi-pengerusi/Pemegang-pemegang utama atas saham-saham dalam pelbagai usahasama negeri dan juga usahasama 'yang diswastakan' yang sering menerima kontrak-kontrak dan kementerian-kementerian pimpinan Abdul Taib Mahmud. Hamid Sepawi adalah sepupu Taib, mana kala Hasmi Hasnan adalah kenalan Taib yang juga seorang bekas pegawai Jabatan Tanah dan Survei. Kedua-dua orang ini, yang berasal dari keluarga sederhana, telah mendapat tempat sebagai pemimpin multi-perniagaan, yang juga tersenarai di kalangan 30 orang terkaya di Malaysia, setelah Taib menjadi menteri dalam tahun 1981. Mereka bertindak sebagai pengurus bersama bagi rangkaian usahasama yang dibiayai oleh Taib – salah satunya adalah Sarawak Plantations yang berskandal kini. Menswastakan keluarganya sendiri Profil syarikat Sarawak Plantations Bhd jelas menunjukkan bahawa ianya telah ditukar menjadi sebuah syarikat awam "sebagai mekanisma untuk menswastakan aset-aset milik Sarawak Land Development Board (SLDB). Ini jelas bermakna sayarikat berkenaan telah menerima kawasan-kawasan tanah yang amat luas yang pada asalnya merupakan tanah negeri. Taib dan keluarga tidak sedikit pun didengar memohon maaf ketika mereka 'membangunkan' tanah-tanah NCR yang mereka dapati. Tetapi perolehan keuntungan itu terdapat pada maklumat-maklumat pemegang saham yang telah diumumkan untuk syarikat 'awam' itu. Kedua-dua Hamid Sepawi dan Hasni Hasnan yang memegang jawatan-jawatan utama dalam syarikat tersebut, maka pegangan saham-saham mereka pun harus diperjelaskan di bawah undang-undang. Lebih 60% dari bank tanah Negeri Sarawak, termasuk suatu kawasan yang amat luas di kawasan pilihanraya Taib sendiri telah 'diswastakan' kepada Hamid Sepawi dan Hasni Hasnan yang bertindak selaku proksi kepada si tua bangka itu. Adakah Ketua Menteri itu ingin mengelirukan para pengundi di kawasan pilihanrayanya bahawa dia bukan hanya mewakili mereka, tetapi berhakmilik atas kawasan mereka? Memandangkan mereka belum berpuas-hati dengan pemilikan yang tak langsung ke atas beribu-ribu hektar tanah di Balingian melalui Sarawak Plantation, kedua-dua orang proksi Taib berkenaan kini memiliki ladang-ladang berasingan dalam kawasan itu, sebagai mana direkodkan dalam pejabat Pendaftar Tanah. Kroni-kroni lain yang mendatangkan masalah-masalah kepada para pemilik tanah Terdapat beberapa buah syarikat lagi yang turut membawa masalah kepada orang-orang tempatan di Balingian. Mereka itu juga merupakan pemegang-pemegang konsesi yang lain. Desacorp (di mana anak rakan politik Taib, Hamid Bugo ada pegangan saham) dan Empire Plantations yang besar, dimiliki oleh keluarga Wong, kroni perniagaan utama Ketua Menteri menerusi syarikat mereka, WTK. Kini terdapat empat buah rumah panjang di Ulu Kenyana telah menemui ketua PKR Baru Bian untuk mewakili kes mereka. Linggam anak Ngabok dari komuniti Iban Rumah Randi di Kenyana, menceritakan kepada kami bahawa masalah-masalahnya bermula dua tahun lalu apabila Empire Plantations telah mencerobohi tanah-tanah adatnya dan memusnahkan lanskap, termasuk pokok-pokok buah. Namun pemilik ladang enggan mengikhtiraf hak-hak orang-orang kampung di situ. "Apabila mereka mengadakan mesyuarat dengan Pegawai Daerah (DO) untuk membincangkan beberapa perkara, mereka tidak membenarkan kami masuk. Mereka hanya menuntut untuk bercakap dengan Penghulu dan Tuai Rumah" kata Limnggam. Mesej yang dibawa balik oleh Penghulu untuk anak-anak buahnya adalah "Tanah itu adalah Tanah Negeri (State Land), jadi kamu tak boleh buat apa-apa" kata orang-orang kampung itu. Tetapi mereka tahu bahawa tanah-tanah itu adalah milik mereka sejak berkurun lamanya. Mereka juga sedar bahawa ketua-ketua mereka yang dilantik oleh Barisan Nasional, yang mewakili mereka, telah dipaksa untuk bersetuju dan diberi RM250 untuk setiap hektar dan bukan untuk anak-anak buah mereka. Orang-orang kampung mengatakan bahawa ketua-ketua mereka juga bertindak sebagai pemegang saham-saham dalam ladang-ladang tersebut, yang memberikan mereka lebih banyak insentif untuk bertindak menentang kepentingan orang-orang yang mereka wakili. Telampau banyak kata-kata Taib mengenai 'modenisasi' yang boleh membawa kebaikan untuk orang-orang kampung. Mereka telah dipinggirkan dan tidak menerima apa-apa, walaupun mereka berada dalam kawasan pilihanraya Taib. Kini mereka semakin sedar. "Kali ini kami tidak akan mengundi BN lagi. Tidak sama sekali". |
| Muhyiddin dan Najib Jembalang dari Semenanjung. Posted: 19 Mar 2011 03:39 AM PDT Di Sarawak hari ini Muhyiddin berkata "Penduduk Sarawak perlu menolak ''hantu dan jembalang'' yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri ini semasa pilihan raya negeri yang akan datang."Jika begitu.. Muhyiddin dan Najib sendiri tergolong dalam golongan hantu dan jembalang itu kerana mereka berdua pasti akan menjejakkan kaki lagi ke Sarawak bersama gerombolannya.. Boleh jadi Muhyiddin terlupa bahawa dia sendiri berasal dari Semenanjung atau dia sememangnya bengap! Halau 'hantu dan jembalang' Semenanjung, kata Muhyiddin SRI AMAN, 19 Mac – Penduduk Sarawak perlu menolak ''hantu dan jembalang'' yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri ini semasa pilihan raya negeri yang akan datang. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana golongan ini boleh menggugat keharmonian dan perpaduan kaum sedia ada, yang merupakan asas terpenting kepada kestabilan politik. "Kestabilan politik inilah yang kita perlukan untuk negeri ini, malah di seluruh negara untuk terus maju dan berkembang. Kita kini berada dalam kalangan negeri maju terbaik di dunia," katanya. Beliau berkata demikian dalam majlis pemimpin bersama rakyat di rumah panjang Iban 29 pintu, Rh.Wilson Bada di kampung Gran B Stumbin, Lingga, kira-kira 20 kilometer dari sini hari ini. Muhyiddin berkata hantu dan jembalang itu akan berbuat apa sahaja untuk memperdayakan rakyat supaya menyokong pembangkang. "Kami bimbang sekiranya rakyat membenarkan diri mereka diperdayakan, tahap pembangunan akan menjadi perlahan. Pakatan Rakyat bukanlah pakatan sebenar. Mereka hanyalah pakatan longgar yang tidak mempunyai program atau rancangan sebenar untuk membantu. Yang mereka ada hanyalah retorik dan janji," katanya. Beliau berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini lebih dikenali sebagai ''Parti Kian Runtuh'' dengan pemimpin dan penyokongnya keluar dari parti itu setiap hari. "DAP dan PAS mempunyai ideologi yang berbeza dan bercanggah. Sebaliknya, BN dengan 13 rakan politik yang berlainan mempunyai ideologi tunggal untuk berkongsi kuasa untuk membantu dan berkhidmat kepada rakyat," tegas beliau. Muhyiddin berkata pemimpin BN juga menikmati hubungan kerjasama yang sangat akrab dan mesra di peringkat negeri serta persekutuan. Mengenai Sarawak, beliau mengulangi bahawa kerajaan persekutuan sedar bahawa Sarawak sebuah negeri yang sangat besar dan memerlukan lebih banyak peruntukan pembangunan, malah lebih daripada sesetengah negeri. – Bernama |
| Posted: 19 Mar 2011 02:48 AM PDT Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari. Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian akan jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen. Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan penamaan calon. Bagaimanapun, dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Dalam pilihan raya pada Mei 2006m BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk PKR dan bebas. Malaysiakini |
| Utusan menyebarkan Fitnah lagi.. macam blogger pro UMNO laa... Posted: 19 Mar 2011 01:50 AM PDT Kalau korang baca "Apakah Benar Berita ini??" di SINI, lidah rasmi UMNO menyiarkan berita yang kononnya "Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang sebelum ini melaung-laungkan mahu membela hak dan nasib Orang Asli ternyata hanya bermain 'wayang kulit'. Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menjawab beliau juga melihat perkara tersebut sebagai propaganda Umno yang sudah hilang punca dalam cubaan menawan kembali negeri Selangor.Pendedahan yang dilakukan ini merupakan fitnah besar Umno terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, malah ia juga didedahkan tanpa sebarang bukti yang sahih. Nampaknya sekarang Lidah Rasmi UMNO itu telah menurut jejak langkah para blogger Pro UMNO pula yang sering menyiarkan fitnah bagi meningkatkan hits mereka... Utusan Fitnah Isu Pasir Di Selangor SHAH ALAM 19 MAC : Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan tindakan media milik Umno , Utusan Malaysia sengaja mencemarkan imej kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung dakwaan kerajaan negeri ghairah memunggah hasil tanah adat Orang Asal di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat sebagai taktik lapok parti itu. Abdullah Sani berkata, beliau juga melihat perkara tersebut sebagai propaganda Umno yang sudah hilang punca dalam cubaan menawan kembali negeri Selangor. Pendedahan yang dilakukan ini merupakan fitnah besar Umno terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, malah ia juga didedahkan tanpa sebarang bukti yang sahih. Tegasnya, kerajaan negeri bukan sahaja memberi penduduk tanah adat hak pemilikkan tanah sebaliknya berusaha keras dalam memperjuangkan nasib mereka supaya tanah adat ini terus dilindungi. "Pakatan Rakyat tidak pernah mengambil seinci pun tanah orang awam terutama sekali tanah-tanah adat malah kita beri mereka hak pemilikan tanah ini," katanya. Utusan Malaysia hari ini mendakwa kerajaan negeri Selangor ghairah memunggah hasil tanah adat orang asal di Kuala Langat, Mukim Tanjung 12 sehingga menimbulkan kemarahan Orang Asli di kawasan terbabit. Malah katanya, untuk melunaskan agenda itu Umno-BN akan menggunakan apa saja propaganda yang tidak bermoral seperti kenyataan di muka depan Utusan Malaysia hari ini. "Saya berani cabar sekiranya ini benar yang kita (Pakatan Rakyat) lakukannya, dakwa menerusi SPRM, lagipun mereka berkuasa segala-galanya di Malaysia ini, baik penguasa, undang-undang ditangan mereka, kenapa tidak melaksanakan tindakan" Antara kandungan dalam laporan Utusan Malaysia ini adalah Kerajaan Negeri sedang memunggah tanah seluas 7,243 hektar di Mukim Tanjung 12 yang membabitkan 7 buah kampung yang diwartakan dalam Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Selain itu, laporan tersebut turut mendakwa kerajaan negeri Selangor sudah menjual tanah bekas lombong Petaling Tin Bhd kepada pihak ketiga walaupun tanah tersebut telah diserahkan kepada sebuah syarikat kerajaan negeri. "Menggunakan Utusan Meloya (Utusan Malaysia)yang tidak bermoral, tidak pernah bercakap benar, kemudian bercakap pula kami mengambil tanah di Petaling Tin Bhd, kalau benar ini berlaku, hari ini berlaku hari ini kita akan ditanggkap," "Saya mahu tegaskan, saya sebagai Ahli Parlimen Kula Langat, tidak pernah terlintas dihati dan tiada agenda langsung mahu mengambil wahima seinci tanah orang asal, mahupun cina, india dan melayu" TVS News |
| Najib Dan Taib Cuba memujuk pengundi Sarawak Posted: 19 Mar 2011 01:29 AM PDT KUCHING 19 MAC : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Taib Mahmud cuba melaksanakan serampang dua mata untuk mendesak pengundi di Sarawak supaya tidak menolak Barisan Nasional pada pilihanraya negeri yang bakal diadakan.Taib, yang dicalar dengan dakwaan rasuah, penyelewengan kuasa dan rampasan tanah adat penduduk asal, berjanji untuk melepaskan jawatan itu selepas pilihanraya berkenaan yang perlu diadakan sebelum Julai ini. Manakala pada majlis berasingan, Najib meminta golongan muda di Sarawak memberikan sokongan dan kepercayaan kepada beliau sebagai Perdana Menteri bagi membawa masa depan yang lebih baik untuk Sarawak. Tanpa merujuk kepada pemerintahan Taib selama 30 tahun, Najib mengaku kerajaan yang ada sekarang " mungkin tidak sempurna," tetapi menegaskan pihaknya akan mencuba sedaya upaya untuk melindungi kepentingan rakyat. Sebelum itu, Taib berkata "kemungkinan" beliau meletak jawatan semakin "hampir" namun ia hanya akan berlaku selepas pilihanraya negeri. "Saya tetap akan memimpin (BN) pada pilihanraya negeri tetapi hanya untuk memastikan segalanya berjalan lancar," kata Taib. "Saya akan memimpin (BN) dalam pilihanraya ini...tetapi selepas itu apabila orang yang saya asuh boleh membentuk sebuah pasukan yang berjuang untuk negara ini dan untuk rakyat pelbagai kaum...baru saya akan berundur," kata Taib. Kenyataan terbaru Taib itu dilihat sebagai cubaan untuk 'mengubat" keresahan rakyat Sarawak yang semakin menolak kepimpinan beliau, termasuk mereka yang sebelum ini penyokong tegar Barisan Nasional. Semalam badan pemantau anti-rasuah , Transparency International-Malaysia (TI-M) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Presidennya, Datuk Paul Low menyifatkan dakwaan-dakwaan yang membabitkan ratusan juta ringgit itu sebagai rasuah luar biasa dan penyalahgunaan kuasa yang boleh menyebabkan indeks rasuah negara terus merosot. Beliau turut menggesa agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara, untuk menyiasat Taib berhubung kemungkinan berlakunya aktiviti kewangan yang tidak sah. Semalam, Taib membayangkan kemungkinan beliau akan mengumumkan pembubaran Dewan Undang Negeri bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan. Kehadiran Perdana Menteri dan Timbalannya Muhyiddin Yassin di Sarawak sejak semalam menguatkan desas-desus pengumuman itu akan menjadi kenyataan. TVS News |
| Pengumuman Taib Mahmud hanya bersifat retorik politik. Posted: 19 Mar 2011 12:22 AM PDT KUCHING: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyifatkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kononnya akan berundur selepas pilihan raya negeri bersifat retorik politik, kata Naib Ketuanya, Kung Chin Chin.Kung yang juga Ketua Cabang KEADILAN Sarikei berkata, kenyataan itu dibuat bagi mengendurkan kemarahan rakyat yang tekad menolak beliau pada pilihan raya negeri akan datang. "Taib patut berundur sekarang, jika enggan, kita akan pastikan beliau 'diundurkan' oleh kuasa rakyat pada pilihan raya kali ini. "Isunya bukan berundur selepas pilihan raya, isunya ialah Taib dalam proses membawa keluar hartanya ke luar negara sedikit demi sedikit dan jika BN menang lagi selepas ini, saya yakin dia mungkin tidak berundur," kata Kung kepada Keadilandaily.com. Kung memberi contoh bagaimana Taib pada pertengahan 90-an pernah menyatakan akan berundur dalam masa lima tahun namun sehingga kini Pengerusi BN Sarawak itu kekal ditampuk kuasa. Sejak penghujung tahun lalu, Taib berdepan kebangkitan rakyat yang mempertikaikan kekayaan luar biasa yang dimilikinya seperti didedahkan Sarawakreport.org dan Radiofreesarawak (RFS). Taib merupakan Ketua Menteri paling lama di Malaysia dan pada 26 Mac ini, beliau genap mentadbir Sarawak selama 30 tahun dan menyamai tempoh pemerintahan rejim Mesir yang digulingkan rakyatnya, Hosni Mubarak. Taib mula bergelar menteri sejak era Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan beliau bakal berusia 75 tahun pada 21 Mei ini. Keadilandaily |
| Posted: 18 Mar 2011 11:47 PM PDT KUALA LANGAT 18 Mac – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang sebelum ini melaung-laungkan mahu membela hak dan nasib Orang Asli ternyata hanya bermain 'wayang kulit'.Ini kerana mereka kini didakwa sedang 'memunggah' hasil milik Orang Asli di kawasan seluas 7,243 hektar di Mukim Tanjung 12 dekat sini dengan sebahagian besarnya terletak dalam tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Mukim Tanjung 12 membabitkan tujuh buah kampung yang diwartakan dalam Hutan Simpan Kuala Langat Utara iaitu Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Bukit Cheeding, Bukit Kecil, Bukit Perah, Busut Baru, Tanjung Rabok dan Bukit Kamandol. Tanah tersebut merupakan tanah warisan, tanah adat dan tanah rayau kepada kira-kira 4,000 penduduk Orang Asli Temuan sejak ratusan tahun lalu dan telah diwartakan sebagai tanah simpanan Sakai sejak 1927. Ia juga menjadi rebutan pelbagai syarikat kerajaan negeri dan ada antaranya didakwa diserahkan kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan masyarakat Orang Asli. Ini termasuk bekas lombong Petaling Tin Bhd. yang dikatakan sudah diberi milik kepada sebuah syarikat kerajaan negeri tetapi telah dijual pula kepada pihak ketiga. Dipercayai Mukim Tanjung 12 adalah satu-satunya kawasan segi tiga berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya yang begitu kaya dengan hasil galian termasuk logam berharga sehingga menyebabkan ia menjadi rebutan pelbagai pihak. Bagaimanapun, tindakan membelakangkan hak Orang Asli telah menyebabkan masyarakat tersebut tidak boleh bersabar, apatah lagi menyedari latar belakang kawasan tersebut adalah penempatan utama suku Temuan di negara ini. Sedangkan menurut mereka, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) pada 25 Januari tahun lalu telah mengeluarkan pengesahan bahawa Mukim Tanjung 12 adalah kawasan Orang Asli berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 29 November 1965. Lidah Rasmi UMNO |
| Taib Mahmud umum undur selepas pilihan raya Posted: 18 Mar 2011 10:26 PM PDT Lidah Rasmi UMNO melaporkan.. SERIAN 19 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan beliau akan berundur selepas pilihan raya negeri Sarawak yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Katanya, beliau kini bertanggungjawab untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dan perpaduan kepimpinan negeri terlebuh dahulu sebelum berbuat demikian. Pengumuman itu dibuat beliau sewaktu berucap pada majlis perasmian Sejiwa Senada yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini hari ini. Dan Malaysiakini juga melaporkan.. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali lagi memberitahu bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya DUN Sarawak yang mesti dilakukan sebelum Julai ini. Taib - yang sudah 30 tahun berkuasa di negeri itu - berkata, beliau akan memastikan BN menang dalam pilihan raya kali ini dan memastikan peralihan kuasa dibuat sebelum meletakkan jawatan. Ini merupakan kali ketiga Taib mengeluarkan kenyataan sebegitu selepas berkata yang sama di Mukah dan Betong awal tahun ini. Kemungkinan untuk beliau bersara semakin dekat, akuinya. Taib yang memimpin Sarawak sejak 1981 berkata, masa itu akan tiba apabila orang yang didiknya boleh membentuk pasukan untuk berkhidmat kepada negara dan pelbagai bangsa. |
| 'Percayalah kepada saya' rayu Najib.. Posted: 18 Mar 2011 10:21 PM PDT KUCHING, 19 Mac — Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta golongan muda melalui rakan-rakan Facebook beliau supaya memberikan sokongan dan kepercayaan kepada beliau sebagai Perdana Menteri bagi membawa masa depan yang lebih baik untuk Sarawak.Sambil melahirkan perasaan gembira bertemu dengan 250 rakan online dari seluruh Sarawak buat pertama kali, Najib berkata golongan muda perlu mempunyai idealisme dan harapan kepada kerajaan dalam soal tadbir urus yang adil dan telus. "Kerajaan mungkin tidak sempurna. Tapi kami cuba sedaya mungkin, bagi menjadi kerajaan dan tadbir urus yang lebih baik agar rakyat lebih yakin bahawa ia berada di sini untuk melindungi kepentingan setiap rakyat negara ini," katanya pada sesi "Mari Berjumpa Berhubung" dengan rakan-rakan Facebook tempatannya di sini, yang kemudian menyertai beliau untuk bersarapan dan bersua muka dengannya. Najib (gambar), yang kini mempunyai 590,000 peminat dalam Facebook dan lebih 90,000 dalam Twitter, berkata ia semakin bertambah penting bagi beliau dan pemimpin yang lain dalam pentadbirannya untuk berinteraksi secara bermakna dengan setiap rakyat Malaysia. Selepas mengadakan dua sesi yang sama di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya, beliau berkata para pemimpin perlu mencari pengguna internet dan laman sosial yang lain di mana bilangan rakyat atau orang ramai yang didapati semakin bertambah untuk melibatkan mereka dalam dialog. — Bernama |
| Lagi blogger pro-Pakatan Rakyat ditahan polis, SKMM Posted: 18 Mar 2011 09:50 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang blogger pro-Pakatan Rakyat ditahan polis tengah malam tadi dan komputer riba miliknya, dirampas.Blogger yang dikenali sebagai Hanief kemudian dibawa ke balai polis Sentul selepas proses tangkapan yang turut disertai pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua melalui twitter, berkata beliau mengetahui tangkapan itu melalui bapa dan adik kepada blogger berkenaan. "Polis dan SKMM juga meminta password. Malah, beberapa komputer dan modem milik bapa blogger itu turut dirampas," katanya. Mengikut maklumat yang diterima KeadilanDaily, Hanief kemudian dibebaskan antara jam 2.30 pagi ini tetapi beliau diarah memberi keterangan di balai polis berkenaan, kira-kira jam 10 pagi. Hanief terkenal di kalangan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen berikutan sentuhan krevitivitinya dalam mengupas isu politik tanah air melalui youtube. Ini bukan tindakan atau tekanan pertama terhadap blogger pro-Pakatan Rakyat. Pada 2 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger, Amizudin Ahmat dari menerbitkan paparan berkaitan pendedahan yang menteri itu merogol seorang amah dari Indonesia. Amizudin atau Din Binjai yang terkenal dengan blog sharpshooterblogger.blogspot.com hanya memapar semula pendedahan Wikileaks mengenai dakwaan berkenaan, dengan mengutip paparan Rockybru di blog pengamal media itu. Ironinya, tindakan keras itu tidak pula dikenakan terhadap Rockybru yang kini dilihat cenderung mesra Umno Barisan Nasional (BN). Keadilandaily |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan