Anak Sungai Derhaka |
- ‘Curi’ DNA Anwar tapi ‘sorok’ DNA Najib dalam kes Altantuya
- Serangan Mahathir Cerminkan Peribadinya - Anwar
- Video : Tsunami melanda Jepun.
- Hah! Rumah Sewapun dikebas orang??
- Tuduhan Liwat : DNA keliling dubur, Saiful enggan komen
- Tuduhan Liwat : Selain Najib, Rosmah Turut Beri Kenyataan Polis (Video Inside)
- Tuduhan Liwat : Nama 'Tok Dalang' sudah muncul?
- Bukan RM200 Billion Dato Seri tapi RM135.3 Billion saja yang depa bawa lari..
- Third Party Insurance - Bank Negara dibidas di Parlimen
- RM200 bilion dilarikan keluar negara oleh pemimpin UMNO/BN?
‘Curi’ DNA Anwar tapi ‘sorok’ DNA Najib dalam kes Altantuya Posted: 11 Mar 2011 06:35 AM PST KUALA LUMPUR: Pendakwa raya kes Fitnah II bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk menggunakan tipu helah, sebaliknya pendakwa dalam kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tidak pernah berusaha mendapatkan DNA Datuk Seri Najib Razak. "Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?" soal Anwar selepas perbicaraan kes Fitnah II berakhir petang ini. Anwar juga hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik. "(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata 'kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)'. Ini tidak masuk akal. "Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa," kata Ketua Umum KEADILAN itu. Tidak seperti kes Fitnah II, pelbagai tekanan dihadapi Anwar dan pasukan peguamnya – dari dinafi hak memiliki dokumen dan salinan laporan polis, selain percanggahan keterangan saksi pendakwa, kes Altantuya pula tidak sedemikian. Walaupun Najib dikait dengan ketara dalam kes berkenaan tetapi Perdana Menteri itu tidak dipanggil mahupun DNAnya diminta, malah polis pengiringnya juga tidak pernah dipanggil mahkamah sekalipun pembabitannya menonjol. Dalam pada itu, Sankara Nair juga menganggap permintaan pihak pendakwa untuk mendapatkan DNA Anwar tidak wajar kerana ia tidak pernah berlaku dalam mana-mana perbicaraan kes jenayah. Katanya, pendakwa sebelum ini menggunakan tipu daya dan cara tidak sah untuk mengambil DNA Anwar kerana tiada peruntukan undang-undang yang boleh memaksa mana-mana individu menyerahkan DNA mereka. Beliau berkata, peruntukan undang-undang sedia ada hanya memperuntuk pendakwa untuk mendapat cap jari dan tandatangan tertuduh dalam mana-mana kejadian jenayah. "Seksyen 165 dan Seksyen 73 Akta Bukti yang diguna pakai pihak pendakwa, sebenarnya cuma meliputi cap jari dan tandatangan, bukannya DNA," kata Sankara. Beliau berkata demikian mengulas permohonan lisan pihak pendakwa untuk mendapatkan DNA Anwar dan ia dijangka didengar Isnin depan. Keadilandaily |
Serangan Mahathir Cerminkan Peribadinya - Anwar Posted: 11 Mar 2011 04:09 AM PST Kesungguhan Tun Mahathir Mohamad menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mencerminkan keperibadian mantan Perdana Menteri itu yang sentiasa bingkas untuk mencaci dan menfitnah orang. Justeru, kata Anwar, tidak ada keperluan lagi untuk beliau menjawab satu persatu tohmahan terbaru Mahathir dalam buku yang ditulis mengenai kisah hidupnya berjudul Seorang doktor di rumah. "Kita bukan nak caci mencaci atau menfitnah orang, ianya tidak akan kemana. Kalau nak jawab Dr Mahathir pun tidak guna juga. Beliau sudah menjadi Perdana Menteri 22 tahun," Anwar berkata pada ceramah di Bukit Jugra Banting. "Kita bandingkan Saidina Umar Abdul Aziz yang memerintah dua tahun setengah dengan begitu berjaya sehingga tidak ada orang miskin untuk diberi bantuan zakat. Tetapi Dr Mahathir dalam 22 tahun pemerintahanya, mana nak membantu orang miskin, yang dibantuk ialah orang-orang kaya dengan berbilion ringgit iaitu kawan-kawan dan anak beliau" tambah beliau. Dalam buku Seorang Doktor diRumah nukilannya, Mahathir menunding jari terhadap pelbagai pihak termasuk Anwar sebagai punca masalah- masalah negara di sepanjang pemerintahannya. Beliau mengulangi tuduhan-tuduhan bersabit peri laku moral Anwar bagi menghalalkan tindakannya memecat Anwar pada tahun 1998. Anwar memberitahu ratusan orang di Banting bahawa Pakatan Rakyat menjadi musuh utama Umno dan Dr Mahathir kerana gagasan itu ingin membebaskan negara ini daripada rasuah dan penyelewengan kuasa yang berleluasa sekian lama. Sebagai contoh, syarikat- syarikat kroni termasuk syarikat milik anak Mahathir, Mokzani diberikan kontrak- kontrak lumayan Petronas bernilai RM23 bilion. "RM23 billion itu ada tiga syarikat dapat, yang pertama ialah Kencana milik Mohzani Tun Dr Mahathir iaitu salah satu daripada tiga melayu paling kaya di Malaysia. Kalau nak berniaga sampai untung berbilion ringgit menterkedarah , berniagalah, tapi jangan sampai begitu menketedarah(gelojoh). Rakyat yang susah," kata Anwar. "Kita kata 23 billion ini untuk syarikat tempatan, syarikat tempatan itu siapa? yang ini mereka (UMNO) marak kepada kita sebab kita bongkar kerana mahu selamatkan negara," Anwar menggesa masyarakat Melayu supaya menilai laungan-laungan dan slogan yang dicanangkan oleh pemimpin Umno serta reliati sebenar mengenai nasib mereka di bawah pemerintahan Umno. "Orang Umno selalu laungkan kononnya "darah Melayu kita pertahankan dan kuasa melayu ditegakkan habis-habisan, kita tidak mahu melayu jadi pengkhianat. Saya nak tanya pengkhianat apa? Mereka cuma menjaga diri dan anak mereka," kata Anwar. Anwar berkata skandal PKFZ adalah contoh paling jelas bagaimana pemimpin Umno bersekongkol dengan pimpinan MCA untuk mengaut keuntungan berbilion ringgit. "Mereka (Umno) cakap kalau Pakatan Rakyat memerintah, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz akan menyerah semuanya kepada DAP. Tetapi kita tengok kes Ling Liong Sik (bekas Presiden MCA) dituduh menipu Mahathir, dan lepas itu Chang Kong Choy menipu satu lagi Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi...maknaya pemimpin Umno ini semuanya bodoh, habis kena tipu dengan MCA" kata Anwar. Ling dan Chan adalah dua pemimpin tertinggi MCA yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membohong jemaah menteri yang diketuai oleh Mahathir dan Abdullah Badaw ketika itu berhubung bayaran pampasan untuk tapak PKFZ dan pinjaman tambahan bagi menjayakan projek itu. Projek itu menyebabkan kerajaan kerugian sehingga Rm12 bilion. Anwar berkata rakyat tidak lagi boleh menanggung beban untuk memberikan tempat kepada pemimpin-pemimpin rasuah tetapi harus mendokong pemerintahan yang amanah dan telus. "Orang yang berjuang, bersiah dikatakan pengkhianat dan perasuah manakala perasuah dan pengkhianat pula diangkat sebagai pemerintah dam penguasa, ini kita kena jaga," tegas Anwar TVS News |
Video : Tsunami melanda Jepun. Posted: 11 Mar 2011 01:43 AM PST TOKYO: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi empat meter (13 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan. Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air. Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi. Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian. Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun. Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan peringatan kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat. Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara. Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.- mStar |
Hah! Rumah Sewapun dikebas orang?? Posted: 10 Mar 2011 11:44 PM PST KANGAR: "Saya tidak tahu siapa yang mencuri rumah pusaka ini kerana sekembali ke Perlis, saya lihat hanya tinggal 24 batang pelapik tiang manakala rumah sudah lesap." Begitu kata suri rumah, Zuria Ali, 30, yang terkejut apabila mendapati rumah pusaka peninggalan arwah ibunya di Jalan Raja Syed Alwi, di sini, hilang Jumaat lalu. Rumah kayu setingkat berusia lebih 60 tahun itu sebelum ini disewakan dan kali terakhir bayaran sewa dipungut ialah Oktober lalu. Zuria yang kini menetap di Taman Cahaya, Kampar, Perak sejak berkahwin dengan seorang anggota polis berkata, kehilangan rumah kayu setingkat itu disedarinya Khamis lalu, sebelum membuat laporan di Balai Polis Kangar keesokan harinya. "Rumah itu disewa RM100 sebulan kepada seorang penduduk di sini dan kali terakhir penyewa membuat bayaran ialah Oktober lalu kepada rakan di kampung berkenaan, Rasni Putih, sebelum rakan itu memasukkannya ke dalam akaun bank saya. "Selepas dimaklumkan Rasni Khamis lalu, saya bergegas pulang ke Perlis keesokan harinya (Jumaat) dan terkejut apabila mendapati hanya tinggal pelapik tiang manakala rumah diduduki sejak kecil, hilang. "Kecurian ini di luar jangkaan kerana rumah pusaka itu besar manakala struktur kayunya masih teguh yang sudah tentu mengambil masa untuk membukanya. Pencuri dikatakan menggunakan lori untuk mengangkut semua tiang, papan dan bumbung rumah," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Zuria berkata, banyak barangan pusaka milik arwah ibunya, Allahyarham Jahara Jasin yang meninggal dunia pada 2004 berada dalam rumah termasuk pinggan mangkuk, dapur dan perabot turut lesap. Katanya, beberapa jiran berhampiran menyangka dia menjual rumah itu selepas mendapati sekurang-kurangnya empat orang meroboh rumah dan memasukkan kayu ke dalam lori. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, mengesahkan menerima laporan berhubungan kehilangan rumah dan sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek. myMetro |
Tuduhan Liwat : DNA keliling dubur, Saiful enggan komen Posted: 10 Mar 2011 11:25 PM PST Belum sempat pihak pendakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka, peguam bela utama Karapal Singh memohon untuk memanggil semula saksi utama pendakwa, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Alasan Karpal, beliau ingin bertanya berkaitan hasil penemuan dua DNA oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong di dalam rektum (saluran dubur) mangsa. Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bagaimanapun membantah kerana menurutnya ia bukan bahan bukti. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudiannya menangguhkan perbicaraan san semua pihak bermesyuarat di kamar hakim. Mohd Saiful kemudian dipanggil semula dan Karpal memintanya menceritakan kejadian dan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur. Karpal: Adakah awak pergi tandas? Saiful: Ya, tapi saya tidak berak antara 26 hingga 28 Jun. Karpal: Tandas, di mana? Saiful: Ada beberapa. Karpal: Menurut keterangan Dr Seah ada tiga profail DNA daripada orang berlainan di keliling dubur awak. Maknanya (awak) ada dua atau tiga rakan? Saiful: Tidak. Saya tak boleh komen penemuan (Seah) itu. Semasa diperiksa semula oleh Yusof, Saiful berkata dia mandi di rumah dan juga membuang air di tandas rumahnya. Yusof kemudiannya membuat dua permohonan kepada mahkamah. Pertama, beliau mahu semakan ke atas penghakiman perbicaraan dalam perbicaraan. "Ketika itu, kita tidak tahu alasan. Kami mempunyai waran, apa yang dica dalam waran adalah pertuduhan," katanya. Permohonan keduanya, pihak pendakwaan mahu mahkamah memaksa Anwar membekalkan sampel DNA untuk tujuan profailing. Bagaimanapun permintaan itu dibantah oleh Karpal. Mahkamah kemudiannya ditangguhkan sehingga Isnin ini. Malaysiakini |
Tuduhan Liwat : Selain Najib, Rosmah Turut Beri Kenyataan Polis (Video Inside) Posted: 10 Mar 2011 08:50 PM PST Perhatian, berlaku kesilapan dalam laporan oleh TVS News sebelum ini yang mengatakan "Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor menemui pengadu Saiful Bukhari Azlan terlebih dahulu sebelum Saiful bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak pada Jun 2008," Sebenarnya tiada perjumpaan seperti itu harap maklum. KUALA LUMPUR 11 MAC : Polis mengambil keterangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor berhubung aduan Saiful Bukhari Azlan atas dakwaan kononnya beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2008, pegawai penyiasat kes itu mendedahkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Timbalan Penguasa Jude Pereira berkata beliau merakamkan kenyataan daripada Rosmah dan Najib. Perdana Menteri berjumpa dengan Saiful pada 24 Jun 2008, empat hari sebelum Saiful membuat laporan polis terhadap Anwar. Keterangan Jude bahawa Rosmah turut terbabit dalam siasatan polis mengejutkan mahkamah. Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri pada mulanya menafikan beliau menemui Saiful tetapi kemudian mengaku berbuat demikian apabila perjumpaan itu didedahkan dalam media alternatif. "Saya ada ambil kenyataan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008," kata beliau di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah. Hadirin yang berada di dalam mahkamah terkejut dengan maklumat tersebut. Peguam Karpal Singh kemudiannya mengarahkan Jude untuk mengesahkan kenyataan beliau. "Ada" kata Jude. Sebelum itu, Jude mengakui tidak ada cubaan merekodkan kenyataan Anwar susulan laporan polis Saiful sehingga Ketua Pembangkang ditangkap pada 16 Julai 2008. Jude juga mengakui Anwar diberikan notis untuk memberi keterangan tetapi waran tangkap dikeluarkan terhadap Mantan Timbalan Perdana Menteri itu walaupun beliau ketika itu dalam perjalanan ke Balai Polis untuk memberi keterangan. "Seksyen 112 adalah untuk merekodkan kenyataan, bukan untuk menangkap Anwar. Jadi kenapa Anwar ditangkap?", tanya Karpal. Jude berkata beliau memohon waran itu atas pertimbangannya sendiri tetapi tidak pula menjelaskan asas-asas tindakannya itu. Pengawai kanan polis itu terus menimbulkan kecurigaan apabila memeberitahu mahkamah beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana petugas lokap D9 IPKKL supaya tidak menyentuh barang-barang di dalam lokap. Sebelum ini, petugas-petugas lokap yang dipanggil ke mahkamah sebagai saksi mengesahkan Jude sememangnya mengeluarkan arahan sedemikian. Kredibiliti Jude terus tercemar apabila Karpal mengeluarkan laporan rasmi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang membuat perakuan bahawa pegawai polis itu memberi keterangan palsu berhubung siasatan badan berkenaan ke atas penahanan lima peguam tanpa waran tahun lalu. Perbicaraan bersambung.. |
Tuduhan Liwat : Nama 'Tok Dalang' sudah muncul? Posted: 10 Mar 2011 07:22 PM PST Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pada keterangannya mengakui beliau mengambil keterangan daripada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kejadian liwat itu. Sebelum ini, Anwar seringkali mendakwa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk 'mengenakannya' pada perbicaraan kes liwat tersebut. Pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dalam keterangannya bersetuju bahawa beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Namun, Saiful menafikan pertemuan dengan Rosmah tetapi bersetuju bahawa dia berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar. Jude ketika menjawap soalan daripada peguambela utama, Karpal Singh bersetuju polis merakamkan beberapa kenyataan daripada beberapa individu selepas dakwaan kejadian liwat itu. Karpal: Siapa orang yang awak jumpa dalam menjalankan siasatan kes ini selepas 26 Jun, 2008? Jude: (teragak-agak) Saya jumpa beberapa orang. Karpal: Siapa? Jude: Rahimi (Osman), (bekas pembantu Anwar), Ezam (Mohd Nor), Tuah (bapa saudara Saiful) dan ... Karpal: Datuk Mumtaz? Jude: Ya. Karpal: Bagaimana dengan Najib? Jude: Tidak ada. Karpal: Ada kenyataan direkodkan dari Rosmah? Jude: Ada... tetapi saya perlu periksa. Karpal: Tadi, awak kata ada! Jude: Nanti, saya perlu periksa. Ya, saya ada ambil keterangan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008. Berita sebelumnya.. Liwat II: Karpal asak pegawai penyiasat pula Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini diasak oleh peguambela Karpal Singh dengan cara yang sama beliau mengendalikan siasatannya dalam kes dakwaan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pereira, adalah saksi ke-25 dan terakhir pihak pendakwaan. Perbicaraan hari ini hangat apabila pegawai polis yang berpengalaman dalam siasatan lebih 20 tahun itu berkata beliau sebelum ini telah memberi keterangan di mahkamah sebanyak lima hingga 10 kali termasuk kepada inkuiri Suhakam. Akuinya, beliau adalah juga pegawai yang terlibat dalam kes kontroversial yang membabitkan lima peguam yang mewakili beberapa individu yang menyalakan lilin di luar balai polis Brickfields ditangkap. "Pegawai penyiasat adalah ASP Ho. Saya adalah pegawai yang bertanggungjawab tidak memberikan akses kepada peguam berjumpa dengan anak guam mereka." Pereira berkata pada inkuri Suhakam yang diadakan tahun lalu, beliau telah memberikan keterangannya, namun tidak diterima kerana berlaku sedikit percanggahan. Karpal: Apa sedikit percanggahan? Saya tak mahu ugut awak. Ini percanggahan serious? Pereira: Ya. Karpal: Jangan bohong apabila mengambil sumpah di mahkamah! Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden kemudian tampil membuat bantahan manakala Pereira berkeras menafikan beliau menipu ketika inkuri Suhakam itu. Karpal kemudian bertanya, "Apa penemuan inkuiri itu?" Tetapi hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mencelah dan ingin tahu relevan soalan Karpal itu. Karpal berkata ia bagi membuktikan kredibiliti saksi dan hakim membenarkan pihak pembelaan meneruskan soalannya itu. Karpal kemudian meminta Pereira membaca laporan inkuri Suhakam itu. Pereira: DSP Jude Pereira pada inkuiri tidak memberi keterangan yang boleh diterima kerana beliau tidak berkata benar dan mempunyai 'hilang ingatan'. Inkuiri Suhakam ketika itu dipengerusikan oleh pesuruhjayanya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang juga seorang peguam terkemuka. Karpal mahu laporan itu ditandakan sebagai bahan bukti tetapi dibantah oleh Yusof yang mencadangkan ia ditandakan sebagai ID (identification). Zabidin membenarkan bantahan itu dan laporan berkenaan ditandakan sebagai ID. Menyambung keterangannya, Pereira mengakui tiada waran tangkap yang dibawa oleh pegawai yang menangkap pada kejadian itu. "Namun, waran itu wujud," katanya. "Saya difahamkan arahan dibuat oleh (Mohd) Bakri Zinin untuk membuat tangkapan. Saya tidak tahu mengapa." Berbalik kepada kes Anwar, Pereira berkata di IPK KL, pegawai polis Supt Ahmad Taufik Abdullah hanya menyempurnakan waran tangkapan itu pada jam 2.40 petang. "Saya ambil keterangan Anwar pada jam 2.45 petang dan ini berlarutan hingga 5.40 petang." Menurut Pereira, Anwar adalah suspek dalam kes berkenaan. Karpal kemudian bertanya kepada saksi sama ada beliau memahami peraturan lokap. "Seseorang yang ditahan mesti dikurung selepas jam 6 petang," kata Karpal. Pereira berkata dia memahmi peraturan itu - iaiatu seseorang tidak boleh dibawa keluar dari lokap selepas jam 6 petang. Malaysiakini |
Bukan RM200 Billion Dato Seri tapi RM135.3 Billion saja yang depa bawa lari.. Posted: 10 Mar 2011 06:59 PM PST Anwar kata laporan Integriti Kewangan Global (GFI) pada 2009 yang menyatakan kira-kira RM200 bilion wang haram dibawa keluar dari negara ini Dan laporan itu bukan diada-adakan oleh Pakatan Rakyat (PR) sebaliknya dikeluarkan oleh GFI untuk menunjukkan jumlah wang haram yang berkemungkinan daripada hasil rasuah, pelaburan haram atau mengelak dikenakan cukai yang dikeluarkan badan itu setiap tahun. Sepenuhnya sila baca di SINI Najib pula kata bukan RM200 Billion tapi Malaysia mencatatkan kesalahan dan ketinggalan (E&O) aliran keluar kewangan RM135.3 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009. RM135.3Billion sajeee…. Tak banyak tu… tak apa pasal yang songlap tu pemimpin UMNO/BN jadi SPRM atau Bank Negara buat tak nampak saja la… Aliran keluar RM135.3 bilion Oleh MOHD. RAFIE AZIMI KUALA LUMPUR 10 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia mencatatkan kesalahan dan ketinggalan (E&O) aliran keluar kewangan RM135.3 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009. Perdana Menteri berkata, E&O akan ada di dalam imbangan pembayaran memandangkan jumlah urus niaga negara yang amat besar dengan dunia luar di samping ketiadaan data untuk barangan tertentu disebabkan oleh kesalahan perangkaan atau pindahan dana yang tidak direkodkan. "Jumlah E&O ini mencakupi kurang dua peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia dan dalam lingkungan lima peratus daripada jumlah perdagangan mengikut standard yang diterima. "Selain percanggahan perangkaan yang benar-benar berlaku, E&O juga mungkin mencerminkan aliran kewangan tidak direkodkan yang dijalankan melalui saluran tidak formal, yang mungkin termasuk dana berpunca daripada aktiviti haram," katanya melalui jawapan bertulis kepada Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) di Dewan Rakyat hari ini. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagaimanapun, data urus niaga ekonomi dan kewangan Malaysia dengan dunia luar dirangkum dalam perangkaan imbangan pembayaran yang disusun mengikut metodologi seperti disarankan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Kit Siang dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan langkah-langkah yang diambil mengenai laporan Integriti Kewangan Sedunia (GFI) bahawa Malaysia mengalami aliran keluar kewangan haram dalam lingkungan RM888 bilion yang disebabkan oleh rasuah dan salah urus di antara tahun 2000 dan 2008. Perdana Menteri menambah, menyedari jumlah aliran keluar dana tidak direkodkan semakin meningkat, Bank Negara Malaysia telah menjalankan siasatan mengenai pindahan dana secara haram oleh pengurup wang. Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 50 lesen pengurup wang dibatalkan dengan lapan pengurup wang serta pengarahnya didakwa di mahkamah dan didapati bersalah. "Kerjasama antarabangsa dan perkongsian maklumat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang asing bagi tujuan perkongsian hasil risikan dan bukti bagi transaksi merentas sempadan juga dipertingkatkan. "Beberapa rakan sejawat asing telah bekerjasama dalam pengawasan dan tindakan bersama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan bagi menjejaki destinasi terakhir dana haram berkenaan. "Pada masa sama, kerajaan juga telah menubuhkan pasukan petugas peringkat tertinggi untuk terus menyiasat perkara itu," ujarnya. Beliau turut memaklumkan, rangka tindakan dan kerja undang-undang baru untuk industri pengurupan serta pengiriman wang akan dilaksanakan tahun ini untuk memupuk pembangunan industri yang kukuh, menggalakkan standard tadbir urus dan amalan profesional baik demi melindungi integriti industri. Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai ekonomi terbuka serta sistem kewangan liberal dengan sektor perniagaan dan isi rumahnya dapat menjalankan pelbagai urus niaga merentas sempadan. "Jumlah perdagangan Malaysia pada 2010 adalah sebanyak RM1.17 trilion iaitu bersamaan 153 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). "Sistem ini didukung oleh undang-undang, peraturan dan kawal selia yang komprehensif sekali gus memberi keyakinan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia," katanya. Lidah Rasmi UMNO |
Third Party Insurance - Bank Negara dibidas di Parlimen Posted: 10 Mar 2011 06:40 PM PST KUALA LUMPUR 10 MAC : Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini digesa bertindak ke syarikat insuran yang enggan menjual insuran pihak ketiga (third party insuran) atau mengenakan bayaran terlalu tinggi yang menindas pengguna. Sikap acuh tak acuh BNM bersabit isu itu yang berlarutan selama dua tahun dibidas bersama oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat pagi tadi. Sepakat mempertikaikan ketelusan syarikat-syarikat insurans dalam isu berkenaan, beberapa anggota Parlimen dari barisan penyokong kerajaan dan pembangkang mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat-syarikat terbabit demi kepentingan rakyat. Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mendakwa kebanyakan syarikat insurans mengenakan kadar yang tidak masuk akal dan tinggi untuk pembelian insurans pihak ketiga yang biasanya dibeli oleh pemilik kenderaan yang berusia 10 tahun ke atas. "Pakcik saya beli insurans kereta, tetapi bila kenderaan itu sudah lebih 10 tahun, syarikat (insurans) tidak mahu terima (pembelian insurans). Malah bagi kenderaan yang lebih 10 tahun, insuransnya lebih tinggi daripada kereta baru,saya minta BNM tengok masalah ini," tegasnya ketika membahaskan titah ucapan Yang diPertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. Beliau berkata keadaan itu menyebabkan banyak rakyat di luar bandar yang biasanya menggunakan kereta-kereta lama merasa tidak adil. "Apakah tidak boleh Kementerian Kewangan mewujudkan syarikat insurans yang baru dan boleh menerima insurans pihak ketiga ini dengan harga yang berpatutan. Jangan terikat dengan syarikat yang ada sekarang," katanya, menyarankan penubuhan syarikat insurans 1Malaysia. Menyokong perbahasan Mohamed, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan),pula menyarankan kerajaan mengkaji operasi semua syarikat insurans dengan mewujudkan jawatankuasa khas untuk memantau operasi mereka. "Perniagaan yang banyak menipu rakyat ialah peniagaan insurans. Semua kalau boleh mahu diinsuranskan tetapi apabila ada berlaku sesuatu dan tuntutan dibuat,berpuluh tahun baru diselesaikan," katanya. Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) pula mendakwa pengguna kini terpaksa membayar sehingga RM200 untuk mendapatkan perlindungan insuran untuk kenderaan lama berbanding hanya RM70 hingga RM80 sebelum ini. Syarikat insurans juga turut mewajibkan pemilik kenderaan membeli pelbagai insuran tambahan termasuk insurans kemalangan peribadi, insurans penumpang dan caj-caj tambahan sebelum melulskan pelindungan insurans pihak ketiga, kata beliau. "Walaupun Kementerian Kewangan menegaskan syarikat insuran tidak boleh paksa pemilik kenderaan membeli insurans tambahan ini, tetapi inilah yang masih diamalkan oleh semua syarikat insurans di negara ini. "BNM ini butakah...takkan tidak tahu langsung? Ini hakikat yang memang berleluasa. Kenapa kerajaan boleh tidak ada penyelesaian dan sebaliknya terus membenarkan syarikat insurans mengeksploitasi pelanggan mereka," katanya. Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) pula berpendapat operasi syarikat truk penunda juga harus dipantau kerana ia menyumbang kepada peningkatan kadar premium insurans yang dijual kepada pemilik kenderaan. "Ini puncanya dan mereka ini wajar dikawal...ambil tindakan tegas untuk mengawal 'rip-off' yang berlaku sudah berpuluh tahun ini dan pihak-pihak yang bersekongkol untuk mengaut keuntungan," katanya. Anthony Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pula mempersoalkan kuasa BNM untuk mengawal syarikat-syarikat berkenaan memandangkan walaupun sudah ada arahan supaya syarikat itu tidak memaksa pemilik kenderaan membeli pelindungan insurans tambahan, namun perkara itu masih berleluasa. TVS News |
RM200 bilion dilarikan keluar negara oleh pemimpin UMNO/BN? Posted: 10 Mar 2011 05:09 PM PST KOTA SARANG SEMUT - Laporan Integriti Kewangan Global (GFI) pada 2009 yang menyatakan kira-kira RM200 bilion wang haram dibawa keluar dari negara ini menunjukkan pemimpin Kerajaan Pusat seperti Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang melarikan diri bersama sejumlah wang yang sama ke luar negara. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan itu bukan diada-adakan oleh Pakatan Rakyat (PR) sebaliknya dikeluarkan oleh GFI untuk menunjukkan jumlah wang haram yang berkemungkinan daripada hasil rasuah, pelaburan haram atau mengelak dikenakan cukai yang dikeluarkan badan itu setiap tahun. Menurutnya, akibat kehilangan wang sebanyak itu, tidak hairan rakyat negara ini menanggung bebanan kenaikan harga barang dan harga minyak petrol. Oleh itu katanya, pemimpin Kerajaan Pusat sedia ada patut dihukum sebagaimana pemimpin di Mesir, Tunisia, dan Libya. "Bila kita suarakan perkara ini di dalam Parlimen, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri malahan Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri pun menafikannya dengan memberi pelbagai alasan retorik. "Saya masih yakin wang negara ini masih banyak sekiranya tidak 'dirompak' oleh segelintir pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan sekiranya PR berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, saya berjanji akan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Jenayah Komersial dan agensi berkaitan menyiasat pihak mana bertanggungjawab membawa keluar wang haram itu," katanya sewaktu menyampaikan ceramah di Kompleks Pas di sini semalam. Anwar berkata, tindakan berat akan diambil terhadap mereka yang dikenal pasti 'merompak' harta negara kerana mana-mana individu terlibat boleh dianggap pengkhianat bangsa dan negara. Menurutnya, punca kegagalan kerajaan dan institusi kewangan sesuatu negara bukanlah disebabkan faktor dimonopoli sesuatu kaum sebagaimana didakwa di negara ini, sebaliknya berpunca daripada tamak haloba seseorang pemimpin. "Dalam kepimpinan, apa yang penting adalah soal akhlak kerana pemimpin terpelihara peribadinya adalah elemen penting dalam membentuk kerajaan mampan dan 'good governance'. "Di negara ini, UMNO dan BN sering melaung-laungkan mereka sebagai parti yang membela hak Melayu. Tetapi adakah semua orang Melayu di negara yang dijaga? Tidak. Sebaliknya hanya orang Melayu yang mempunyai hubungan dengan pemimpin UMNO sahaja yang menerima manfaatnya," katanya. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan