Rabu, 9 Mac 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Reseptif Kepada Kritikan, Mantapkan Strategi Pakatan

Posted: 09 Mar 2011 08:47 AM PST

Oleh Muhd Faris Mohd Zaini


Berlalunya PRK Kerdau dan Merlimau, sudah 3 PRK terus-menerus PAS gagal untuk memenanginya. Tidak bermakna PAS gagal kerana jumlah undi PAS turut meningkat dalam 2 PRK tersebut, cuma gagal untuk menang, jadi ianya masih tetap dianggap gagal oleh pejuang kebenaran yang perlu menawan untuk menegakkan Islam.

Jika kita lihat keputusan dan mengkaji pula kaedah dan strategi yang digunakan oleh PAS, jelas UMNO tidak segagah yang disangka (mengharapkan jentera dan agensi kerajaan malah duit rakyat berjuta-juta yang disalahguna untuk peruntukan 'mee segera' di sana) tapi kelemahan strategi PAS yang kelihatan.


Sudah sampai masanya PAS Pusat merombak semula jentera pilihan rayanya dan melantik 'team baru' menggantikan team yang ada. Team yang ada merupakan team yang sudah hilang taringnya dan daya saing malah gagal menghadapi cabaran-cabaran di zaman dunia teknologi dan pantas ini. Buktinya, jentera PAS belum ada team perang saraf yang berstrategik malah juga dikatakan 'dingin' dengan bloggers-bloggers Pro Pakatan Rakyat akhir-akhir ini. Ini sangat merugikan pihak kita sebenarnya.

Sedangkan pihak BN yang diakui mempunyai sumber kewangan yang lebih kukuh telah mempunyai team-team perang saraf yang mereka sendiri memberi upah yang agak lumayan. Pendekatan berbaik-baik dengan bloggers-bloggers Pro Barisan Nasional pula umpama suatu kelebihan buat mereka. Perang media alternatif lebih dikuasai pihak BN buat masa sekarang, berbanding ketika mana tsunami politik melanda rakyat pada tahun 2008 yang lalu.

Team pilihan raya kita pula masih berada di kalangan orang lama yang agak terhad dengan idea-idea baru, dengan sasaran pengundi baru pula yang mahukan pembaharuan dalam usaha untuk memikat hati mereka. Jentera dari pelbagai peringkat perlu di'tamrin'kan dengan kursus-kursus dan strategi menghadapi pilihan raya, terutama berkaitan perang saraf dan gerak kerja yang berkesan untuk menawan hati rakyat.

Petikan-petikan analisis yang saya 'kepilkan' dalam blog saya ini, buat tatapan dan muhasabah untuk pembaca sekalian. Bukan untuk memburukkan mana-mana pihak, namun untuk membuka minda kita, dalam proses penambahbaikan dan menjadikannya sebagai suatu kritikan membina bagi pihak yang memperjuangkan kepentingan rakyat.

Sebagai contoh di Kerdau, Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Pengarah Pilihan Raya hendak membuat laporan polis oleh kerana organisasi pilihan rayanya dibolosi oleh 'mata-mata' dari UMNO. Sebenarnya intip-mengintip ni adalah aktiviti biasa dalam strategi perang dan gerak saraf, namun perkara berkenaan pun belum dapat ditangani dengan sebaiknya oleh pihak kita.

Jika pejabat pilihan raya PAS boleh dibolosi oleh musuh bermakna sistem keselamatan bilik pilihan raya PAS tidak cekap dan tidak sistematik. Tidak cukup ampuh untuk menangkis susupan susuk tubuh dari pihak musuh. Inilah contoh betapa kurang strategiknya jentera pilihan raya PAS dalam menghadapi pilihan raya seumpama ini.

Sekiranya PAS Pusat tidak mengatasi masalah ini, berkemungkinan besar dalam PRU ke13 akan datang, PAS akan kehilangan banyak kerusi kelak. Jangankan menambah kerusi, kerusi yang ada dalam genggaman pun kemungkinan akan terlepas ke tangan pihak lawan.

Kita melihat kerusi yang majoriti Melayu pun bukan boleh dijadikan taruhan atau kawasan target untuk dimenangi, maka ia menjadi satu amaran bermakna buat pihak PR. Pimpinan PR perlu sedar segera dari lamunan ini, sebelum ianya menjadi barah dan rakyat melihat pimpinan PR tidak mahu berubah, maka rakyat yang akan berubah angin dari meneruskan tsunami PRU 2008 yang lalu.

Saya melihat, tidaklah sampai perlu menukar Presiden PAS dan pucuk pimpinannya dalam masa terdekat seperti mana cadangan 'Tulang Besi' seorang blogger PR di alam maya, namun cukuplah dahulu merombak dan 'review' semula jentera pilihan raya PAS itu sendiri. Mungkin juga 'review' jawatan-jawatan penting yang dirasakan perlu bagi menerajui cita-cita PR ke Putrajaya. Kemudian buat kerja rumah tentang strategi pilihan raya secara efektif. Perkasakan jentera penerangan hingga ke akar umbi. Ianya sangat-sangat penting untuk mendepani pihak BN yang semakin menghargai bloggers-bloggers dan suara anak muda kini.

Kita perlu mendengar luahan dan rasa orang bawahan dan jangan melihat dari atas semata-mata, kerana sikap tersebut akan memakan diri sendiri. Suara ahli dari akar umbi penting bagi mengetahui realiti yang berlaku di peringkat akar umbi parti.

Perpecahan dalam PKR pun dilihat berlaku dek kerana egonya pucuk pimpinan yang mengabaikan suara ahli bawahan. Kritikan membina ahli hanya dilihat sebagai melukut di tepi gantang.

Imej PKR misalnya sudah tercemar di kalangan sebahagian rakyat, jadi elakkan PR membincangkan isu-isu yang boleh memecahkan Pakatan Rakyat menggunakan media. Bincang secara dalaman berkaitan isu-isu sensitif. PAS perlu meraih semula undi Melayu yang semakin 'lari' kepada UMNO, PKR perlu membersihkan imej mereka sedikit demi sedikit dengan menaikkan imej PR di Selangor misalnya.

Kenyataan Timbalan Pres. PKR, Azmin Ali untuk perebutan kerusi di Sarawak, sangat merugikan PR. SNAP perlu didekati untuk menguatkan Pakatan Rakyat untuk mengalahkan BN di Sarawak. SNAP lebih lama dari PKR sendiri di sana. Mantapkan PKR sendiri dahulu sebelum menunjukkan gaya angkuh seperti itu. DAP dan SNAP lebih kuat dari PKR di Sarawak. Bincang terlebih dahulu, sebelum keluarkan kenyataan tidak cerdik di media, yang pasti akan dimanipulasikan berhari-hari oleh media BN.

Sekarang ini, paling utama juga, isu-isu berkaitan anak muda dan kepentingan rakyat perlu diperhebatkan oleh PR, gunakan isu yang BN dilihat membebankan rakyat dan menyalahgunakan duit rakyat seperti saman ekor, saman trafik, pelaksanaan GST, kenaikan harga barang dan minyak petrol, kutipan tol, penyelewengan PKFZ dan sebagainya.

Bukti Buku Jingga boleh dilaksanakan secara berperingkat perlu dimaksimumkan PAS, DAP dan PKR di negeri-negeri PR seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Semua parti PR perlu berganding bahu memperkukuhkan kepercayaan rakyat di negeri-negeri PR sebelum meraih kepercayaan rakyat Malaysia umumnya untuk menawan hati rakyat dalam PRU 13 nanti.

Antara perkara yang paling penting juga, PR perlu mengabaikan provokasi isu oleh pihak BN untuk melambatkan gerak kerja PR sendiri. Banyak isu sengaja ditimbulkan BN untuk merencatkan gerak kerja dan fokus isu PR sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah dalam menangani gerak kerja perang saraf dari pihak lawan.

Selain itu,saya amat bersetuju BERSIH 2 perlu dilancarkan segera untuk memastikan sistem pilihan raya yang ada bukan menjadi padang yang tidak rata sebagai medan demokrasi di negara kita. Cukuplah segala agensi kerajaan menjadi kuda tunggangan pihak mereka, jangan pula kuasa rakyat untuk menuntut keadilan SPR diabaikan. Jika tidak, tiada guna menggunakan pilihan raya kecuali menggunakan medan jalan raya seperti mana di Tunisia dan Mesir.

Fikir-fikirkanlah.

Sepetang bersama Anwar.. err.. Najib boleh minum tempat macam ni ka?

Posted: 09 Mar 2011 06:24 AM PST

Jam 6.00 petang 08 March 2011, bertempat di Kampung Belah Dua dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh..



Yang baju biru tu Pak Halim.. Ketua Ranting Kampung Belah Dua

Tidak seperti pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang lebih gemar mengekalkan sifat kebangsawanan mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya selesa bertemu rakyat marhaen.

Malah, beliau walaupun sibuk dengan perbicaraan kes Fitnah II dan peranannya selaku Ketua Umum KEADILAN dan Ketua Pembangkang, sempat meluangkan masa menghirup kopi di gerai tepi jalan.





Tiga orang kat belakang Anwar tu nak jadi bodyguard Anwar



Sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, minum kopi sambil beramah mesra dengan rakyat bukan sesuatu yang asing buat Anwar.

Hal ini terbukti apabila beliau bersama penduduk Kampung Belah Dua tanpa mengira kaum mahupun usia ketika singgah di Kampung Belah Dua semasa dalam perjalanan ke Kota Sarang Semut, Kedah semalam.



Najib boleh minum bersama rakyat macam ni ka??




Kereta depa tu kemalangan kot??


Berbanyak terima kasih buat Fathilullail Jaafar Sidek yang telah merakamkan gambar gambar ini.. berita dari Keadilandaily

Rakyat perlu nilai Muhyiddin

Posted: 09 Mar 2011 05:22 AM PST

PETALING JAYA: Rakyat perlu menilai sikap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Kelantan mengharamkan judi loteri di negeri tersebut, kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.

Beliau berkata, PAS juga yakin kenyataan itu dibuat ekoran desakan taikun-taikun perjudian di negara ini yang banyak membantu memberikan sokongan kepada Umno-Barisan Nasional dalam pilihanraya.


Beberapa pemimpin Umno, tambahnya juga dikenal pasti pernah atau masih mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat judi berkenaan.

"Maka jelaslah bahawa kenyataan Muhyiddin itu sengaja dilontarkan bagi membela periuk nasi kroni mereka yang telah lama bergelumang dalam industri judi," katanya hari ini.

Sebaliknya, PAS menyeru Muhyiddin serta pemimpin Umno lainnya bertaubat kepada Allah kerana berjuang dan menghalalkan judi di negara ini dan meminta maaf kepada penganut bukan Islam yang difitnahkannya sebagai kaki judi.

PAS, tegas Idris juga mengingatkan Muhyiddin dan kerajaan Persekutuan supaya menghormati hak perundangan Kerajaan Kelantan dalam menguatkuasakan undang-undang dibawah bidang kuasa mereka.

"Jika tidak ada modal untuk bercakap, baik diam diri sahaja. Baru sahaja menang di Merlimau dan Kerdau, Umno terus kembali menegakkan kemungkaran sebagai tanda kesyukuran.

"Sebagai seorang pemimpin Islam dan Timbalan Perdana Menteri beliau sewajarnya menyokong tindakan itu kerana jelas ianya diterima oleh semua agama di negara ini yang mengharamkan judi,"tambahnya.

Semalam Muhyiddin berkata, tindakan kerajaan Kelantan mengharamkan judi mendedahkan sikap sebenar mereka melayan orang bukan Islam.
PAS juga kesal kerana Umno terlalu suka mengaitkan aktiviti perjudian sebagai aktiviti kesukaan mereka yang bukan Islam.

"Mereka yang mempunyai moral yang tinggi memandang judi dalam perspektif yang amat buruk, hanya mereka yang bermoral rendah sahaja menjadikan judi sebagai hiburan mereka yang akhirnya menghabiskan duit poket mereka," katanya.

Idris berkata, jelaslah bahawa kenyataan Muhyiddin itu sengaja dilontarkan bagi membela periuk nasi kroni mereka yang telah lama bergelumang dalam industri judi.

PAS menyokong penuh hasrat kerajaan Kelantan dan akan terus berkempen memerangi judi dinegara ini.


Free Malaysia Today

Benarkah Mahathir hanya ikut telunjuk orang lain?

Posted: 09 Mar 2011 04:39 AM PST

From: Muhammad Said

Adakah keterlaluan jika dirumuskan Tun Mahathir Mohamad tidak mempunyai banyak kuasa selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Kesimpulan ini mungkin boleh dibuat berasaskan nilai "pengakuan" beliau sendiri dalam buku kisah hidupnya, "Doctor in the house".

Atau, adakah Mahathir sekadar berbohong untuk menutup pekung di dada dan menghalalkan segala penyelewengan kuasa, pemborosan dan rasuah dan kronisme yang mewarnai pemerintahan beliau?

Bersandarkan buku "A doctor in the house" dan pengakuan Mahathir sendiri, mantan perdana menteri itu mahu awam percaya bahawa bukan keputusan beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988.


Malah beliau juga tidak bertanggungjawab ke atas penangkapan lebih seratus orang aktivis masyarakat dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Operasi Lalang pada tahun 1987.

Dalam buku nukilannya sendiri, Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada mantan Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar.

Almarhum yang mangkat tahun lalu, kononnya mendesak Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu untuk memecat Salleh.

Selain itu Mahathir, mengikut pengakuannya sendiri, terpaksa akur desakan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar untuk melancarkan Ops Lalang.

Mungkin perlu ditambah kepada pendedahan Mahathir itu adalah tema yang sering dikitar oleh beliau, bahawa Anwar Ibrahim kononnya "menggadaikan" negara apabila berurusan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF.

Mahathir mahu rakyat mempercayai bahawa walaupun menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri atau dalam erti kata lain, orang paling berkuasa di Malaysia, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menegur Anwar mengenai tugas-tugasnya.

Mahathir juga mahu kita mempercayai bahawa beliau TIDAK sama sekali mengarahkan Petronas menggunakan hasil minyaknya untuk membeli kapal-kapal tangki bernilai lebih RM1bilion untuk menyelamatkan anaknya Mirzan ketika kemelesetan ekonomi 1997.

Begitu juga dengan keputusan Petronas untuk membiayai projek-projek seperti pembinaan Putrajaya, Lapangan Terbang KLIA dan sebagainya. Kesemua pelaburan berjumlah lebih RM100 bilion ringgit itu itu adalah berasaskan keputusan dibuat oleh pengurusan Petronas sendiri dan bukan atas kehendak Mahathir.

Jadi rakyat tidak boleh dipersalahkan jika merumuskan Mahathir adalah seorang Perdana Menteri yang mengaku dirinya sebagai tidak mempunyai kuasa dan hanya mentadbir di bawah telunjuk pihak lain.

Semalam, ketika melancarkan buku nukilannya itu, Mahathir berkata beliau mengambil masa lapan tahun menulisnya dan menunggu masa sesuai sebelum melancarkan buku itu.

Amat mendukacitakan Almarhum Sultan Mahmud sudah mangkat dan tidak dapat membela diri terhadap tuduhan Mahathir bersabit pemecatan Salleh Abas. Pemecatan beliau bersama lima hakim kanan yang lain masih menjadi detik hitam dalam sejarah perundangan negara.

Mahathir mengelak daripada memikul tanggungjawab mencalar dan menghakis kewibawaan sistem kehakiman negara tetapi sebaliknya menyalahkan seorang Sultan yang sudah mangkat.

Dalam kes Anwar, Mahathir mengelak untuk memberi keterangan di Mahkamah, tetapi ibarat seorang pengecut, beliau melontarkan fitnah dan tuduhan dan berlindung di bawah payung Umno yang melihat Anwar sebagai musuh politik utamanya.

Mungkin kini sudah sampai masanya pihak Istana menegur Mahathir kerana sifat celuparnya mengheret keluarga diraja Johor semata-mata untuk menghalalkan tindakannya memecat Salleh Abas demi menyelamatkan diri beliau dan Umno pada tahun 1988.

Dan, mungkin sampai masa Mahathir sedar bahawa lebih banyak beliau bercakap, lebih terserlah pembohongannya.

Selangor peruntuk RM2.14 Juta Hantar Pelajar Pulang Ke Mesir

Posted: 09 Mar 2011 04:14 AM PST

SHAH ALAM 9 MAC: Kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Selangor memperuntukkan RM2.14 juta untuk menghantar pulang pelajar Selangor melanjutkan pengajian mereka kembali di Mesir pada 14 Mac ini.

Jumlah tersebut meliputi 556 pelajar tajaan negeri dan 440 orang lagi adalah di bawah tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Exco Hal Ehawal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Ali berkata, usaha dilakukan kerajaan negeri dan LZS itu adalah sebagai tanda sokongan kepada semua pelajar di negeri ini yang menuntut di Mesir untuk meneruskan pengajian mereka.


"Pelajar-pelajar Selangor ya seramai 440 orang yang telah ditaja Lembaga Zakat Negeri Selangor yang akan dibayar wang kepulangaan mereka ke Mesir dan
sebahagianya iaitu l556 orang akan dibayar oleh kerajaan negeri jadi jumlahnya sebanyak sembilan ratus sembilan puluh enam," katanya.

Dr Hassan berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat exco di sini hari ini.


TVS News

Lompat keluar PKR jadi Jutawan.. patutlah depa lompat..

Posted: 09 Mar 2011 02:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail mempersoal tindakan Ahli Parlimen KEADILAN yang keluar parti, baru-baru ini , disebabkan menerima wang dari pihak tertentu untuk membuat bayaran hutangnya.

"Cek pertama adalah cek tunai berjumlah RM700,000 dengan tarikh 12 Januari beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua adalah cek yang mempunyai tarikh sah laku sehingga 15 Mac dengan jumlah RM700,000.


"Cek itu beralamat syarikat milik Ahli Parlimen yang juga alamat kediamannya sendiri. Ia dibayar kepada tuan punya tanah dengan jumlah RM1.4 juta. Persoalannya, dari mana datangnya duit ini?" soalnya sambil menunjukkan bukti salinan bayaran cek berkenaan.

Terdahulu, Saifuddin berkata, Ahli Parlimen yang keluar KEADILAN itu membeli tanah pada 2010 dengan harga RM1.5 juta tetapi gagal membuat bayaran dalam masa 60 hari mengikut perjanjian.

"Saya mendapat salinan perjanjian antara Ahli Parlimen ini dengan pihak yang memiliki tanah. Perjanjian itu dibuat pada Mei 2010. Bayaran mesti dibuat, namun beliau tiada wang," katanya kepada KeadilanDaily di lobi Parlimen, hari ini.

Menyatakan maklumat itu diperoleh daripada pihak tertentu yang bersimpati dengan KEADILAN, Saifuddin berkata: "Kita ada dokumen dan mereka datang menemui saya menyerahkan bukti.

"Selepas membuat kajian, ia memang sah. Data itu adalah dokumen asal dan saya buat salinan.

"Tindakan ini dilakukan oleh mereka yang tidak tahan melihat lakonan Ahli Parlimen kononnya keluar parti mendakwa kononnya KEADILAN tidak membela rakyat," katanya yang sudah menjangka tindakan individu itu untuk keluar parti.

"Namun, mereka khianat sebab bertanding dan menang atas tiket KEADILAN. Kita sentiasa mempertahankan bahawa mereka yang mengkhianati parti adalah kerana mereka dibeli," kata Saifuddin.


Keadilandaily

Nazri akui wujud pejabat First Lady untuk bantu ‘tugas’ Rosmah

Posted: 08 Mar 2011 11:49 PM PST

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengakui kewujudan Divisyen Wanita Pertama Malaysia (FLOM) tetapi berdolak-dalik dengan mengatakan pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) hanya dipinjamkan untuk membantu 'tugas' Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang diambil bertugas di Pejabat Perdana Menteri.


"Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau," lapor Malaysiakini.

Nazri kemudian memberi alasan senarai enam pegawai FLOM pada direktori JPM dikeluarkan dari laman sesawangnya kerana ia sedang dikemas kini, kononnya bagi mengelakkan kekeliruan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.

Sementara itu, HarakahDaily melaporkan, kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Perkara itu diakui Nazri dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan sama Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, soalan Firdaus sama ada kos itu tersenarai dalam bajet 2011, tidak dinyatakan jawapan.

Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai Menteri Wanita, isteri-isteri menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.

Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

Isu lawatan Rosmah sebelum ini menjadi pertikaian banyak pihak ekoran didakwa melangkaui bidang kuasa menteri berkaitan yang hanya menjadi peserta rombongan.

Turut dipertikaikan, kos yang ditanggung kerajaan di saat rakyat berdepan pelbagai tekanan ekonomi.


Keadilandaily

Tuduhan Liwat : Saiful dakwa masuk habis..

Posted: 08 Mar 2011 11:02 PM PST

KUALA LUMPUR, 9 Mac — Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa ada penetrasi penuh ketika dia mengadu diliwat oleh bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut ahli patologi kerajaan hari ini.

Dr Razuin Rahimi, pegawai perubatan yang bekerja pada 28 Jun 2008 - hari Saiful membuat laporan terhadap Anwar berkata, beliau yang menemu bual Saiful dan mengisi laporan proforma.

Peguam-peguam pembela sebelum ini mencabar dakwaan Saiful memandangkan kandungan laporan mengatakan hanya wujud cubaan penetrasi dan oleh itu tidak wujud perbuatan liwat yang sebenar.


Ketua pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden cuba untuk memperjelaskan perkara itu hari ini dan bertanya pakar itu apa yang dimaksudkan cubaan penetrasi pada rektal.

"Saiful berkata ada persetubuhan dubur, bagaimanapun rektum terletak di sebelah atas dubur, perkataan (agak) mengelirukan. Ketika itu, saya tidak tahu sama ia sampai ke rektum (atau sebaliknya)," katanya.- The Malaysian Insider

Baca juga laporan ini..

Fitnah II: Doktor HKL tidak pasti berlaku sodomi ke atas Saiful

KUALA LUMPUR: Ahli Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Razuin Rahimi dalam keterangannya hari ini meragui pemeriksaan yang dilakukan beliau sebelum ini terhadap pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malah saksi pendakwa ke-23 yang juga doktor keempat dari HKL itu menyatakan beliau tidak pasti berlakunya sodomi ke atas pengadu.

Menurut Dr Razuin, dalam borang proforma, beliau menandakan aduan pengadu sebagai 'percubaan' liwat.

Ini kerana menurut Dr Razuin, beliau tidak pasti penestrasi seperti didakwa Saiful sampai sehingga ke bahagian rektum ataupun tidak.

"Jika ia sampai, sudah pasti saya menandakannya sebagai 'berlaku' seks rektal," katanya yang kini merupakan Ahli Patologi Forensik di Hospital Sungai Buloh.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ketua pasukan peguam cara, Karpal Singh.

Lebih teruk lagi, Dr Razuin turut terkedu sebaik diasak Karpal yang meminta pengesahan Dr Razuin bahawa tidak berlaku liwat kerana dalam borang proforma cuma tertulis 'percubaan'.

Berikut adalah jawapan Dr Razuin kepada mahkamah.

Karpal: Bukankah seks rektal itu sodomi (liwat)?

Dr Razuin: Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

Karpal: Rektum bukan sebahagian daripada dubur?

Dr Razuin: Tidak Yang Arif.

Karpal: Untuk sampai ke rektum kita perlu melalui dubur bukan?

Dr Razuin: (Senyap)

Terdahulu, Dr Razuin juga mendakwa sebahagian tulisan dalam borang proforma diisi pegawai penyiasat, Jude Pereira.

Beliau juga tidak ingat secara tepat bila kenyataannya dirakamkan Pereira namun beliau mengingati beliau ditemui Pereira sebanyak dua kali, pertama sekitar Januari 2011 dan kedua kira-kira tiga minggu lalu dikampungnya.


Keadilandaily

TG Nik Aziz liabiliti kepada PAS ?

Posted: 08 Mar 2011 08:10 PM PST

Dalam kenyataannya yang jelas untuk memecahkan perpaduan atau kerjasama antara PAS dan PKR, Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan telah berkata "Pas tidak mahu Anwar dan PKR menjadi liabiliti kepada mereka di sana. Ini kerana Pas sedar jika Anwar dan tokoh-tokoh PKR hadir, sokongan pengundi terhadap mereka, bukan sahaja di Kerdau tetapi Merlimau juga akan terjejas," merujuk kepada mesej Twitter yang kononnya dihantar oleh penyokong PAS dan telah disiarkan oleh sebuah blog Pro UMNO. Baca di SINI

Semalam pula Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam berkata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat semakin menjadi liabiliti kepada parti pembangkang itu apabila sering menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu tanpa asas dan mengelirukan rakyat, kecenderungan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan PAS semakin kehilangan sokongan rakyat.

Tapi apa kena mengena liability kepada PAS itu dengan UMNO? Sepatutnya pemimpin UMNO bergembira kerana dua tokoh itu menjadi liability kepada PAS..


Hakikatnya kedua-dua tokoh itu perlu dikatakan katakan sebagai liability kepada PAS hanya kerana kedua-dua mereka merupakan ikon dalam Pakatan Rakyat yang amat dihormati oleh penyokong Pakatan Rakyat..

Agak menghairankan kenapa pemimpin-pemimpin UMNO begitu prihatin akan tentang PAS..

Yang jelas ini hanyalah cubaan bodoh Ali Rustam untuk menghakis kepercayaan penyokong Pakatan Rakyat terhadap TG Nik Aziz..


Nik Aziz adalah liabiliti kepada PAS: Ali
2011/03/08

MELAKA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat semakin menjadi liabiliti kepada parti pembangkang itu apabila sering menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu tanpa asas dan mengelirukan rakyat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata kecenderungan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan PAS semakin kehilangan sokongan rakyat. Katanya, kehilangan sokongan ini terbukti pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini dan DUN Kerdau, Pahang pada Ahad lalu, apabila undi diperoleh PAS semakin merosot berbanding pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang beliau tidak menghalalkan kemenangan Barisan Nasional(BN) pada kedua-dua pilihan raya kecil itu kerana mendakwa BN menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

Sambil menyangkal dakwaan Menteri Besar Kelantan itu bahawa BN menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Mohd Ali berkata: "Dia (PAS) sudah kalah, dia (Nik Abdul Aziz) salahkan orang pula, kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas".

Mohd Ali yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata, BN tidak menggunakan fitnah, penipuan dan gangsterisme untuk memenangi hati rakyat berbanding PAS yang menggunakan taktik negatif antaranya menggunakan bahasa kesat semasa berceramah.

Katanya, taktik negatif yang digunakan PAS itu tidak menampakkan nilai Islam yang diperjuangkan mereka dan ini menyebabkan perjuangan parti itu dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela masyarakat Islam di negara ini.

"UMNO memperjuangkan kebaikan serta kejujuran, rakyat memilih UMNO yang lebih baik daripada banyak segi, PAS juga semakin lari daripada perjuangan Islam apabila berkawan dengan DAP," katanya.

BN mengekalkan DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad, 44, mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, dengan majoriti 3,643 undi manakala di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, menewaskan calon PAS Hasannuddin Salim, 43, dengan majoriti 2,724 undi.


BERNAMA

Muhyiddin tak puas hati PAS haramkan loteri di Kelantan

Posted: 08 Mar 2011 07:35 PM PST

Kata Muhyiddin Yassin berkata, tindakan kerajaan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu telah menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan masyarakat bukan Islam kerana ia dianggap menyentuh hak mereka.

Sejak bila pula bukan Islam digalakkan berjudi oleh agama mereka ni??

Yang rasa tidak senang itu masyarakat bukan Islam atau sahabat Muhyiddin yang bukan Islam tu.. alaa.. towkay judi tu la..


Tindakan PAS Haramkan Tiket Loteri Timbulkan Rasa Tidak Senang Masyarakat Bukan Islam – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan kerajaan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu telah menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan masyarakat bukan Islam kerana ia dianggap menyentuh hak mereka.


"Kita serahkan kepada masyarakat bukan Islam untuk menilai bagaimana sikap dan pendirian kerajaan PAS dalam isu ini. Pendirian kerajaan Persekutuan tidak perlu kita jelaskan lagi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembangunan Modal Insan di Bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Beliau berkata sekatan baru yang diperkenalkan oleh kerajaan PAS itu telah dianggap oleh masyarakat bukan Islam sebagai menyentuh hak mereka.

"Dari segi undang-undang tindakan mereka (orang bukan Islam) membeli loteri tidak salah. Jadi isu pengharaman ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat bukan Islam," katanya.

Muhyiddin berkata, beliau juga telah dimaklumkan bahawa MCA juga akan melaporkan kepada pihak berkuasa mengenainya.

"Berdasarkan apa yang saya baca di akhbar, MCA akan buat laporan kepada pihak berkuasa, cuma saya belum dimaklumkan apakah bentuk tindakan mereka itu.

"Saya pasti ada pihak yang merasakan hak mereka telah dihalang atau disekat dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan itu," katanya.

Baru-baru ini kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu sejajar dengan konsep 'Membangun Bersama Islam.'

mStar Online

Jadikan Unisel pilihan: MB Selangor

Posted: 08 Mar 2011 07:07 PM PST

SHAH ALAM - Universiti Selangor (Unisel) diminta supaya mempertingkatkan kemahiran dalam bidang penyelidikan dalam usaha memastikan institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri itu menjadi pilihan jabatan atau agensi bagi menjalankan kajian.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor mempunyai peruntukan geran penyelidikan bernilai RM4 juta setahun bagi menjalankan kajian terhadap perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri.


Oleh itu katanya, Unisel perlu mempunyai keupayaan dalam bidang penyelidikan bagimemberikan kepercayaan kepada UPEN untuk memilih universiti itu dan memberikan geran bagimenjalankan kajian yang diperlukan.

"Saya meneliti senarai perunding profesional dan universiti untuk kajian oleh UPEN,namun sayangnya Unisel tidak berada dalam senarai jadi sesuatu perlu dilakukan," katanya dalamsidang media selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pro-Canselor Unisel TanSri Ismail Adam yang disampaikan oleh Canselor Unisel Tan Sri Arshad Raja Tun Uda semalam.

Turut hadir Pro-Canselor Unisel, Datuk Setia Dr Anuar Masduki,Presiden dan Naib Canselor Unisel, Datuk Rosti Soruwono dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.

Raja Arshad yang juga Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dan Ismail yang mengetuai Jabatan Perkhidmatan Awam sejak 2004, pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan masing-masing dilantik sebagai Canselor dan Pro Canselor Unisel yang baru berkuat kuasa 21 Feb lepas.

Mengulas pelantikan Pro-Canselor Unisel yang baru ini, Khalid menjelaskan Kerajaan Negeri yakin dan optimis bahawa jawatan itu disandang oleh individu yang berkelayakan untuk menggalas cabaran itu.

"Dengan pengetahuan dan pengalaman beliau yang luas dalam hal ehwal pengurusan dan pentadbiran itu, kita yakin beliau mampu bersedia untuk sama-sama berkongsi pengalamannya di Unisel.

"Pelantikan ini sejajar dengan program penjenamaan semula Unisel yang bukan sahaja memberi fokus kepada sektor industri malah kepada sektor perkhidmatan yang berkembang pesat dan menjadi kepada penyumbang utama kepada ekonomi Selangor dan negara.

"Kita bukan sahaja menubuhkan universiti tetapi budaya universiti itu juga perlu dipertingkatkan untuk melahirkan pemimpin di kalangan masyarakat akan datang, oleh sebab itu proses ini dilakukan sebagai lambang bagaimana universiti itu beroperasi," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata Unisel masih menerima pelajar pada setiap semester di duakampusnya iaitu di Seksyen 7 Shah Alam dan Berjuntai Bestari, Kuala Selangor walaupun berdepandengan persaingan pelbagai institusi pengajian tinggi yang lain.

Beliau turut menafikan dakwaan Unisel bakal ditutup berikutan kekurangan pelajar.

"Itu bukan isu yang pasti Unisel mempunyai kapasiti pelajar antara 8,000 hingga 13,000 orang dalam keadaan persaingan yang begitu banyak," katanya.


Sinar Harian

Download "Buku Jingga" dalam 4 bahasa di sini..

Posted: 08 Mar 2011 05:40 PM PST


Pelancacaran 'Buku Jingga' oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang telah membuat seorang pemimpin UMNO 'Ghaflah jingga..

Bila aku siarkan satu artikel bertajuk 'Pelancaran buku Jingga buat UMNO Penang 'ghaflah jingga'' ada seorang sahabat memberikan komen yang meminta aku menyiarkan kandungan buku jingga itu kerana ramai rakyat yang tidak tahu apa kandungannya.

Janji aku kepada sahabat itu aku akan scan dan publish.. Insyaallah jika ada masa..

Sekarang aku tak perlu nak scan dan publish apa yang terkandung dalam 'Buku Jingga' tu lagi kerana yang sepatutnya buat kerja dah buat kerja dia..

Jadi silalah download apa yang terkandung didalam 'Buku Jingga' itu didalam empat bahasa dari link yang diberikan dibawah ini..

4 - Tamil

Tiada ulasan: