Isnin, 7 Mac 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Patutlah UMNO/BN menang di Merlimau..

Posted: 07 Mar 2011 06:17 AM PST

Faktor utama kemenangan Calon UMNO/BN di Merlimau menurut media Pro UMNO ini adalah calon itu sendiri iaitu Roslan Ahmad, yang mempunyai lebih 600 orang ahli keluarga di Merlimau..

Adusss.. Jumlah ahli keluarga dia saja dah jauh lebih banyak dari pengundi pos.. Ini faktor yang perlu diambil kira oleh Pakatan Rakyat dalam menentukan calon juga.. jumlah ahli keluarga Calon lebih ramai lebih baik.

Artikel ini dipetik dari Media Pro UMNO, Justifikasi atau pertimbangan pembaca adalah diperlukan.. baca saja jangan terpengaruh..

Senjata sulit BN menang di Merlimau
Oleh: HELME HANAFI

Selepas lapan hari berkempen, ramai yang tertanya apa yang akan jadi faktor X bagi BN untuk menang besar di Merlimau.


Hasil tinjauan, jika ada faktor X itu, ia terletak pada calon BN Roslan Ahmad. Umum tahu dia anak kepada bekas ADUN Sungai Rambai dan Ahli Parlimen Jasin Datuk Ahmad Ithnin.

Namun, ada yang tidak sedar beliau mempunyai keluarga yang amat besar di Merlimau.

"Ada lebih 600 orang keluarga kami di Merlimau yang merupakan pengundi," kata Roslan kepada Agendadaily ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut beliau, jumlah itu yang sempat dikenal pasti,berdasarkan pertalian keluarga ayah dan ibu beliau sahaja, mungkin lebih jika dicampur dengan keluarga bapa saudaranya, pejuang kemerdekaan Datuk Abu Zahar Ithnin.

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata formula BN pilih calon adalah ' winnable candidate' maka mahu tidak mahu ikatan keluarga dan pertalian darah perlu diambil kira.

Apatah lagi, dalam kes Roslan, ayahnya memang dikenali sebagai wakil rakyat yang banyak membawa pembangunan ke kawasan Merlimau yang terletak dalam Parlimen Jasin.

Sungguhpun pembangkang cuba mengaitkan permilihan Roslan sebagai politik dinasti, Pengarah Pilihanraya BN Merlimau Datuk Seri Mohd Ali Rustam menolak hujah dangkal tersebut.

"Semasa Allahyarham Datuk Ahmad menjadi wakil rakyat di sini adalah 33 tahun lalu, beliau berkhidmat dari 1969 hingga 1978, sudah lama meninggal dunia, mana ada dinasti?

"Tapi jika pembangkang memang politik dinasti, keluarga Lim Kit Siang dari ayah, anak dan menantu jadi wakil rakyat semasa. Keluarga Anwar Ibrahim pun sama, keluarga Karpal Singh.

"Nik Aziz sendiri semasa beliau jadi menteri besar, menantunya pernah jadi pengurus besar anak syarikat kerajaan negeri, jadi siapa sebenar amal politik dinasti?" kata Ali dalam satu ceramahnya.

Faktor keluarga besar Datuk Ahmad Ithnin sudah pasti mempengaruhi undi kali ini. Begitu juga dengan faktor Ali Rustam sendiri.

Sungguhpun Merlimau dikira kubu, tetapi BN tetap all-out kempen hingga tamat tempoh yang dibenarkan.

"Tidak ada satu hari yang Datuk Ali pulang ke rumah sebelum jam 2 pagi sejak berkempen ini," kata orang kanannya.

Bahkan Majlis Tertinggi UMNO sendiri dalam mesyuarat terakhirnya memperakui 'semangat Ali Rustam' untuk menang besar di Merlimau.

"Datuk Najib kagum dengan gerak kerja di Merlimau dan mengucapkan tahniah kepada Datuk Ali," kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Hussein ketika melancarkan satu program berhampiran Pusat Operasi BN Rabu lalu.

Selain kempen all-out BN, di pihak pembangkang pula, berbagai-bagai masalah timbul, paling nyata adalah tidak ada persefahaman di antara PAS, PKR dan DAP yang membentuk Pakatan Rakyat.

PAS lebih dilihat bersendirian mengerakkan jentera kempen mereka. Tidak seperti dalam beberapa pilihanraya lepas kempen PAS di Merlimau kelam-kabut dan tidak ada fokus.

Dari tujuh peti undi, PAS hanya menumpukan kempen mereka di dua kawasan dengan majoriti Melayu yang besar ChinChin dan Ayer Merbau.

Sedangkan di kawasan lain, PAS hanya masuk ala kadar saja.

"Ketiadaan orang tempatan yang berani menyokong PAS secara terbuka menyebabkan ia sukar menembusi beberapa kawasan seperti Taman Hormani, Taman Muhibbah Utama dan beberapa kampung lagi," kata seorang wartawan yang ' cover' kebanyakan program PAS.

Menurutnya, ada hari kempen PAS hanya bermula selepas solat Asar, dengan program edar risalah dari rumah ke rumah, manakala malam dihabiskan dengan berceramah.

"Hanya jentera kempen yang ikut calon PAS Yuhaizat Abdullah saja bergerak sebelah pagi," kata kawan itu.

Sementara itu, badan kaji selidik pro PAS, Ilham Centre, juga mengakui dari segi kekuatan calon, Roslan Ahmad lebih terkehadapan dengan 80.8 peratus dikenali oleh orang ramai yang ditemui berbanding Yuhaizat Abdullah hanya 55.8 peratus.

Kajian ini telah dijalankan pada 2 dan 3 Mac lalu untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka.

Kajian tersebut dilakukan di semua daerah mengundi iaitu Pangkalan Saman, Permatang Serai, Merlimau Pasir, Merlimau Utara, Jasin Lalang, Chin Chin dan Ayer Merbau dengan menemu bual 423 pengundi berdaftar secara bersemuka.

Pada hari terakhir kempen, Roslan mengakui beliau bersyukur dapat berjumpa dengan lebih 80 peratus daripada 10,679 pengundi sepanjang tempoh berkempen bermula Sabtu lepas.

"Daripada sambutan yang diperolehi, saya yakin BN dapat kekalkan kerusi di kubu kuat di sini, malah pada pendapat saya dapat melebihi majoriti undi diperolehi BN pada pilihan raya umum 2008," katanya.

Berdasarkan culaan akhir di pihak BN, ada yang bisik kepada Agendadaily, majoriti BN antara 3,000 ke 3,500.

"Mungkin lebih, bergantung kepada undi Cina, tapi maksimum undi Melayu dan India 3500," kata sumber tersebut. - 5/3/2011


Agendadaily

Mungkin Mahathir sudah lupa....

Posted: 07 Mar 2011 05:54 AM PST

Mungkin Mahathir telah lupa akan keputusan Mahkamah pada tahun 2004 ini, dimana Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan oleh DS Anwar Ibrahim bagi mengetepikan sabitan kesalahan meliwat terhadapnya..

Mahkamah bebaskan Anwar -- Panel hakim ketepikan hukuman penjara sembilan tahun dengan majoriti 2-1

PUTRAJAYA 2 Sept. - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hampir enam tahun menjalani hukuman penjara hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini apabila rayuannya dibenarkan bagi mengetepikan sabitan kesalahan meliwat.

Keputusan itu bermakna Anwar telah bebas daripada hukuman penjara sembilan tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2000 atas kesalahan tersebut.

Adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja juga dibebaskan daripada sabitan dan hukuman kes liwat.


Sebelum ini, Anwar, 57, telah pun menjalani hukuman penjara empat tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 14 April 1999 selepas mendapati bersalah atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.

Dia sepatutnya dipenjara enam tahun, tetapi tempoh hukuman itu dikurangkan setelah berkelakuan baik.

Anwar berada di penjara sementara menunggu keputusan akhir rayuan Mahkamah Persekutuan berhubung pensabitannya dalam kes liwat sehingga dibebaskan hari ini, iaitu genap enam tahun beliau dipecat daripada Kabinet.

Sejurus penghakiman hari ini selesai dibacakan, Anwar yang duduk di kandang perayu bersama Sukma, berkata: ``Yang Arif, terima kasih banyak, semoga Tuhan merestui anda. Itu saja yang ingin saya katakan.''

Di luar mahkamah, bekas Timbalan Perdana Menteri itu memberitahu pemberita: ``Syukur kepada Allah kerana semuanya sudah berakhir. Tetapi saya kekal komited dengan perjuangan saya bagi keadilan. sepenuhnya sila baca di SINI


Oleh itu Mahathir telah menulis sehingga 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.

Memoir Dr M muat dakwaan 'kisah seks' Anwar

Tun Dr Mahathir Mohamad memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.

Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'.

Katanya, buku itu jelas merupakan satu percubaan untuk mensensasikannya untuk mengaut keuntungan, maka oleh itu, beliau tidak membacanya, tetapi khabar angin tentang Anwar tidak pernah berakhir.

Menurutnya, kemudiannya pada tahun 1997, beliau menerima sepucuk surat dari seorang wanita bernama Ummi Hafilda Ali di mana kandungannya berisi tuduhan khusus yang terperinci mengenai dakwaan liwat terhadap Anwar.

Sementara itu, Mahathir berkata polis telah meneruskan pemantauan mereka terhadap aktiviti timbalan perdana menteri itu, kerana ia merupakan amalan biasa mereka.

Mahathir berkata, kalaupun beliau meminta mereka berhenti, beliau ragu yang mereka akan berbuat demikian. Dan kali ini, tambahnya, mereka mempunyai bukti, termasuk gambar-gambar dan pengakuan mereka yang terlibat.

Menulis mengenai peristiwa yang membawa kepada pemecatan Anwar, Mahathir menceritakan bagaimana beliau menemubual empat gadis yang memberitahunya bagaimana mereka dipujuk untuk bertemu seorang yang sangat berpengaruh, oleh seorang lelaki India yang mereka kenali sebagai Nalla.

Katanya, lelaki itu telah membawa setiap gadis itu secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di situ mereka bertemu seorang yang mereka dikenalpasti sebagai timbalan perdana menteri. Mereka diminta menanggalkan pakaian untuk mengadakan hubungan seks.

Kedua-dua mereka, tulisnya lagi, enggan berbuat demikian tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka bersedia bercakap dengan polis dan dengan beliau, tetapi berkeras tidak mahu memberi keterangan di mahkamah.

Mahathir berkata beliau kemudian memanggil menteri besar dan ketua menteri Umno ke Sri Perdana dan memberi taklimat kepada mereka mengenai apa yang diketahuinya tentang Anwar dan menunjukkan kepada mereka gambar-gambar saksi tersebut.

Ini adalah antara bab-bab dalam memoir tersebut, yang turut mencatatkan memorinya ketika zaman kanak-kanak; perjuangan Malaya di zaman penjajahan British, Perang Dunia Kedua dan Kemerdekaan,' serta kehidupannya sebagai seorang doktor.- Malaysiakini

Kesian Ibrahim Ali.. baru bodek dah kena hentam dengan Nazri Aziz

Posted: 07 Mar 2011 03:12 AM PST

Biarpun Ibrahim Ali bersungguh-sungguh memuji kejayaan UMNO/BN dalam PRK Kerdau dan Merlimau yang telah berlangsung semalam (sila baca di SINI), namun sikitpun tidak dihargai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz.

Malah dicabar pula oleh Nazri Aziz supaya PERKASA bertanding dalam PRU13 nanti dibawah lambang mereka sendiri, menurut Nazri beliau tiada masaalah untuk berdepan dengan sesiapa saja yang bertanding di Padang Rengas termasuk Presiden PERKASA Ibrahim Ali sendiri..

Kenapa Nazri mencabar Ibrahim Ali.. korang bacalah dibawah..


Kesian Ibrahim Ali.. baru nak bodek dah kena hentam dengan Nazri.. kah..kah..kah..


Nazri dares Perkasa

KUALA KANGSAR: Malay rights group Perkasa should send its leaders to contest in the next general election under its own banner, Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz said.

He added the group could do what they wanted if it managed to get the people's mandate and win big in the elections.

Nazri also challenged Perkasa to field its candidate to compete with him in his parliamentary constituency in Padang Rengas.

"I have no problem in facing any candidate, including Perkasa president Datuk Ibrahim Ali," he said after opening the Padang Rengas Umno branch meeting at Kati near here on Saturday.

He was responding on the group's opposition to the idea to drop the race column from forms issued by the civil service and the private sector.

On March 2, 1Malaysia Foundation chairman Prof Dr Chandra Muzaffar called on private and government agencies to drop the word "bangsa" (race) from forms to strengthen unity and work towards realising the 1Malaysia concept.

Nazri said the proposal was a "good idea" and he fully supported it.

The proposal could enhance the relationship between the people as they would not be profiled by race anymore.

"We can identify the race of any individual merely based on their names," he added, saying that his own name clearly defines him as a Malay.

Many official forms require Malaysians to declare their race, which has come under criticism from some quarters for creating polarisation in the nation's multiracial society.


The Star

PRK Kerdau: BN kuat atau PAS yang lemah?

Posted: 07 Mar 2011 12:51 AM PST

Tuan Ibrahim Tuan Man

Keputusan PRK DUN Kerdau telahpun diketahui, dan media telah melaporkan bagaimana BN meraikan kemenangan tersebut dengan penuh gaya. PAS merakamkan ucapan tahniah kepada calon BN yang telah berjaya.

Kini beliau menggalas amanah besar yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah; semoga dengan kuasa yang ada beliau mampu melaksanakan amanah ini. Rakyat akan menilai hal ini dan peranannya yang tentunya berbeza dengan wakil rakyat yang bukan dari aliran agama.


Kekalahan PAS dalam PRK Kerdau sememangnya telah dijangka, memandangkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk merampas kerusi yang telah dimenangi BN bilamana jentera kerajaan sepenuhnya diturunkan bagi memastikan kemenangan bergaya di negeri PM.

Hakikat ini dapat dilihat bilamana PM dan Isteri turut sama berkempen dengan peristiharan jutaan ringgit bakal diturunkan bagi kawasan DUN Kerdau.

Analisa Keputusan

Secara asasnya ada sesuatu yang agak menarik dalam keputusan PRK ini, bilamana undi PAS secara keseluruhannya merosot sebanyak 184 undi atau -7.3%, dan undi BN meningkat sebanyak 925 undi. Atau +22.4% Peningkatan undi BN hasil dari peningkatan peratus keluar mengundi sebanyak 3%.

PAS mendapat peningkatan undi di semua kawasan Felda, walaupun mereka dijanjikan dengan pelbagai wang MPOB, dan SES berjumlah RM13,000 dan RM4,000 seorang. Keadaan ini membayangkan PAS mempunyai masa depan yang agak baik di kawasan Felda, yang dianggap lubuk Umno.

Peningkatan undi di Felda Jengka 22 sebanyak 28.2%, di Jengka 23 meningkat sebanyak 8.0% dan di Jengka 25 pula meningkat 4.9%. Kejayaan ini boleh dianggap kemenangan bagi perjuangan Anak yang mula diterima oleh masyarakat Felda, walaupun sebahagian mereka bersama anak dalam membuat tuntutan tetapi mempunyai pandangan politik yang berbeza.

Hakikat ini dapat dilihat dari kehadiran ratusan pemuda khususnya generasi kedua dalam program anjuran Anak dan penyertaan mereka dalam Anak.

Penghargaan juga harus diberi kepada PKR yang menumpukan gerakerja mereka di kawasan Felda bersama dengan jentera PAS dari Kelantan, Kedah dan Pahang.

Di Kawasan Felcra Rumpun Makmur sokongan kepada PAS merosot sebanyak -4.2%. Hal ini berkemungkinan dari tumpuan jentera Felca seluruh negara dengan pelbagai ugutan kepada peserta Felcra.

Walau bagaimana pun PAS perlu melihat kemerosotan ini sebagai satu cabaran besar dalam PRU yang hampir tiba. Kelemahan yang ketara di Unit Peti Undi berpunca dari kelemahan jentera di cawagan yang gagal berfungsi dengan baik, sehingga ada cawangan yang tidak bergerak dan terpaksa dibantu oleh tenaga luar.

Kelemahan ini akan dapat diatasi dalam PRK, namum bilamana menghadapi PRU, suasananya tentu berbeza bila tenaga tempatan adalah penggerak utama. Diharap dengan PRK ini beberapa kelemahan dapat dikenalpasti dan di ambil tindakan segera, bagi menghadapi PRU akan datang.

Kini Kerdau mulai sunyi sepi, dan jalan-jalan yang diturap separuh siap, terus menanti curahan tar bagi menyiapkannya; Namur apakah ianya akan terus kekal begini. Rumah-rumah buruk, kedai yang terbiar, projek perumahan yang terbengkalai dan sekolah agama yang tidak mendapat perhatian dan pelbagai gambaran tertinggalnya Kerdau dari pembangunan.

Apakah bandar Kerdau akan terus menjadi "bandar Kerbau". Sama-sama kita tunggu.


Harakahdaily

Tuduhan Liwat : Penahanan tak sah, ‘bukti pendakwa raya’ perlu ditolak

Posted: 07 Mar 2011 12:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Karpal Singh menegaskan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak sah dan pemerolehan DNA-nya secara tipu muslihat adalah alasan kukuh untuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menolak bukti yang mahu dikemukakan pendakwa raya.

Beliau berkata demikian dalam bicara dalam perbicaraan untuk menolak tuala 'Good Morning', botol air mineral 'Cactus' dan berus gigi sebagai bahan bukti perbicaraan kes Fitnah II.


Kata Karpal, penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 bertentangan dengan Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 28A(1) Kanun Acara Jenayah.

Beliau berkata, Superintendan Ahmad Taufik Abdullah – pegawai polis yang menahan Anwar gagal mengemukakan waran tangkap mahupun asas penahanan sewaktu Ketua Pembangkang itu ditahan.

"Mengikut Perkara 5(3) dan Seksyen 28A(1) Kanun Acara Jenayah, polis yang menahan seseorang tanpa waran, perlu memberitahu individu berkenaan asas penahanannya," katanya.

Malah, katanya, Anwar menerusi peguam beliau, Sankara Nair sudah memberi jaminan kepada polis untuk hadir memberi keterangan pada jam 2 petang pada hari beliau ditahan secara tidak sah.

Selain itu, Karpal berkata, tuala 'Good Morning', botol air mineral 'Cactus' dan berus gigi – barangan diambil tanpa kebenaran Anwar sewaktu beliau tidak lagi berada di lokap.

Sedangkan, katanya, Seksyen 64 Kanun Acara Jenayah menyatakan polis perlu menyenarai barang-barang yang diambil daripada individu yang menghuni lokap manakala Seksyen 65 kanun sama menyebut, individu berkenaan perlu hadir sewaktu rampasan dibuat.

Karpal berhujah demikian pada hari ketiga bicara dalam perbicaraan, sebahagian kes Fitnah II yang cuba mensabitkan Anwar dengan tuduhan liwat – mengulangi wayang 1998.

Pertuduhan itu dipercayai sebahagian usaha terancang untuk menyekat kebangkitan Anwar dalam menyakinkan rakyat untuk menolak Barisan Nasional (BN) selepas kejayaan memimpin Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum 2008.


Keadilandaily

Anwar dan PKR liabiliti kepada PAS?

Posted: 06 Mar 2011 11:33 PM PST

Tindakan pihak yang dipercayai ahli Pas menghantar mesej Twitter memohon Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya jangan berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, membuktikan Ketua Pembangkang itu kini liabiliti kepada Pas. Mesej Twitter tersebut yang didedahkan laman blog, www.anwaraidc.com

Mesej Twitter penyokong PAS??.. Ha..ha..ha.. kerana diletak gambar bendera PAS dan TG Nik Aziz terus dikata penyokong PAS, entah siapa yang punya pun tak tahu twitter tu, boleh jadi pemilik anwaraidc yang punya..


Akupun boleh kalau nak daftar sebagai Penyokong UMNO lepas tu hantar mesej melalui tweeter tu kononnya sebagai peyokong UMNO, aku mahu Zahid Hamidi letak jawatan.

Sejak bila pula Blog menjadi sumber rujukan pemimpin UMNO ni??


Anwar, PKR liabiliti kepada Pas - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR 6 Mac - Tindakan pihak yang dipercayai ahli Pas menghantar mesej Twitter memohon Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya jangan berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, membuktikan Ketua Pembangkang itu kini liabiliti kepada Pas.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau percaya mesej tersebut adalah hasil kesedaran pihak Pas sendiri, bahawa selama ini mereka hanya dijadikan sebagai kuda tunggangan oleh Anwar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Pas tidak mahu Anwar dan PKR menjadi liabiliti kepada mereka di sana. Ini kerana Pas sedar jika Anwar dan tokoh-tokoh PKR hadir, sokongan pengundi terhadap mereka, bukan sahaja di Kerdau tetapi Merlimau juga akan terjejas," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mesej Twitter yang dipercayai dihantar oleh ahli Pas Kerdau kepada Anwar, bagi memohon jasa baik Ketua Pembangkang itu supaya tidak hadir berkempen kerana dibimbangi menjejaskan sokongan pengundi kepada Pas.

Mesej Twitter tersebut yang didedahkan laman blog, http://www.anwaraidc.com, dipetik sebagai berkata: "Dato Seri (Anwar) minta tolong jangan datang Kerdau dan buat malu kami di sini. Kami tidak mahu peristiwa di Tenang berulang. Ikhlas,".

Bagaimanapun, mesej tersebut langsung tidak dipedulikan Anwar kerana Ketua Pembangkang itu tetap hadir berkempen di Kerdau dan hasilnya, beliau disambut dengan jeritan 'boo' oleh penduduk setempat selain pendedahan memalukan dari Ummi Hafilda Ali.

Kecewa dengan tindakan itu, ahli Pas Kerdau tersebut sekali lagi menghantar mesej kepada Anwar yang berbunyi: "Kehadiran Dato Seri malam tadi di tempat kami cuma mengundang bencana. Kini orang melabelkan Pas jadi kuda tunggangan DS,".

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak pelik dengan tindakan pihak yang dipercayai ahli Pas Kerdau itu kerana percaya, pakatan antara parti pembangkang tidak akan kekal lama disebabkan ikatan antara ketiga-tiga parti tersebut tidak ubah seperti perkahwinan mutaah.


Lidah Rasmi UMNO

Pakatan Rakyat belum tewas teruk

Posted: 06 Mar 2011 09:08 PM PST

Menurut Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau tidak menunjukkan pengundi-pengundi sudah kembali kepada BN.Sebaliknya Agus berkata, faktor kemenangan BN di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil itu adalah disebabkan jentera BN yang luar biasa.

Pakatan belum tewas teruk
Oleh Syed Mu'az Syed Putra

ANALISIS, 7 Mac — Seperti yang dijangka Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang dengan majoriti yang lebih besar berbanding 2008.

Kemenangan mengekalkan status quo ini sudah pasti akan memberangsangkan dan memberi keyakinan kepada pemimpin dan penyokong BN setelah sekiran lama diselubungi kesuraman sokongan rakyat Malaysia terhadap parti perikatan itu sejak dilanda "tsunami politik" pada 8 Mac 2008.

Malah, kemenangan BN ini berjaya memperbaharui rekod pertarungan antara BN dengan Pakatan Rakyat kepada 8-8, dalam 16 pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum ke-12.


Dengan kekalahan PAS di dua kawasan sebelum ini iaitu di Galas, Kelantan dan Tenang, Johor memberikan lebih keyakinan kepada BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang mana sokongan pengundi Melayu dilihat sudah kembali kepada BN.

Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad meraih 5,962 undi manakala calon PAS Yuhaizat Abdullah pula memperoleh 2,319 undi.

Dalam pada itu, di Kerdau calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad memperoleh 5,060 undi manakala calon PAS Hassanuddin Salim mendapat 2,336 undi.

Majoriti kedua-dua kawasan ini meningkat lebih satu kali ganda berbanding pilihan raya umum 2008.

Seandainya diimbas kembali, sentimen rakyat jelas menyebelahi Pakatan Rakyat untuk satu jangka yang agak panjang selepas pilihan raya umum ke-12. Situasi ini dapat diperlihatkan apabila Pakatan Rakyat memenangi dua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-12 iaitu Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih besar, dan Kuala Terengganu dengan rampasan kerusi dari BN.

BN hanya berjaya mempertahankan satu kerusi di DUN Batang Ai, Sarawak pada April 2009.

Namun, kemenangan ini sedikitpun tidak menceriakan BN, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan ia berlangsung bersama pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah dan kawasan-kawasan itu kekal dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Kekalahan demi kekalahan ini mungkin antara faktor yang membelenggu BN, sehingga tidak menurunkan calon dalam pilihan raya kecil Penanti, yang berlangsung pada 31 Mei 2009.

Bagaimanapun, kekalahan tetap menghantui BN apabila tewas sekali lagi di pilihan raya kecil Permatang Pasir, kira-kira tiga bulan selepas itu.

Bagaimanapun pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai BN hampir mengecapi kemenangan apabila berjaya menghakis undi PAS dari 1,352 hingga 65 undi tetapi masih gagal untuk menembusi kubu kuat PAS itu.

BN hanya berjaya mencapai kemenangan pertama melalui Tan Sri Mohd Isa Samad apabila berjaya mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang dengan majoriti lebih besar.

Sejak itu, BN dilihat kembali dengan keyakinan bahawa undi Melayu telah kembali ke pangkuan Umno.

Dakwaan itu diperkukuhkan lagi apabila BN berjaya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun kegembiraan itu tidak panjang apabila DAP mencipta kejutan dengan merobohkan kubu kuat BN di Sibu, Sarawak.

Bagaimanapun kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi, Sabah memberikan satu lagi keyakinan kepada kepimpinan BN, malah kemenangan di Tenang juga menjadi pemangkin yang menyaksikan BN menang dengan majoriti besar.

Melihat kepada siri pilihan raya kecil dan ditambah pula dengan kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau mungkin memberikan satu isyarat kepada Pakatan Rakyat bahawa pengundi khususnya pengundi Melayu sudah kembali kepada pangkuan BN.

Walaupun ramai yang menjangkakan BN akan menang namun agak mengejutkan apabila BN menang dengan majoriti lebih besar di kawasan yang majoritinya adalah orang Melayu.


Seorang perayu undi PAS menggantung gambar calon Yuhaizat Abdullah bagi menarik perhatian pengundi di pekarangan pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Jasin, semalam. — Foto Bernama Menurut penganalisis politik Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian, kemenangan BN di dua kawasan pilihan raya kecil ini menunjukkan pengundi sudah kembali ke pangkuan BN.

"Keputusan ini memang sudah dijangka, persoalannya hanya berapa banyak majoriti tapi kalau kita lihat BN berjaya meningkatkan majoriti yang besar di Merlimau dan Kerdau.

"Keputusan ini menunjukkan apa yang dilakukan BN masih diterima dengan baik oleh penyokong parti dan pengundi juga sudah kembali kepada BN," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata mungkin kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau disebabkan ketiadaan isu tempatan yang boleh mempengaruhi minda pengundi supaya tidak mengundi parti perikatan itu.

"Mungkin boleh dikatakan dengan ketiadaan isu tempatan yang besar di kedua-dua kawasan ini menjadi faktor kemenangan BN.

"Malah kegagalan PAS sejak di Bagan Pinang, Galas dan Tenang memberi kesan terhadap sokongan pengundi terhadap PAS dan kalau kita lihat PAS mula menghadapi kemerosotan sokongan undi Melayu.

Justeru kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia itu, PAS perlu mengkaji semula strategi dan pendekatan yang digunakan terutamanya dalam menghadapi kehakisan sokongan pengundi Melayu terhadap parti Islam itu.

"PAS harus kaji semula strategi yang digunakan, mungkin mereka (PAS) anggap kekalahan ini sudah dijangka tapi kalau kita lihat DAP lebih memainkan peranan daripada PAS dan ia memberi kesan apabila PAS tidak mendapat sokongan pengundi Melayu.

"Bagi saya ini merupakan salah satu sebab kerana kalau kita lihat DAP yang gerakkan PAS untuk pastikan PAS mendapat sokongan pengundi bukan Melayu tapi PAS gagal untuk dapatkan sokongan pengundi Melayu.

"Kekalahan ini boleh menyebabkan sokongan orang Melayu terhadap PAS terhakis dan jika ia dibawa ke peringkat nasional kita akan dapat tahu nilai sokongan Melayu kepada PAS," katanya.

Sivamurugan berkata perubahan yang ingin dibawa PAS dilihat gagal mendapat keyakinan daripada pengundi yang dilihat selesa dengan apa yang diberikan BN.

Tiada isu yang boleh sebabkan pengundi tidak undi BN, perubahan yang dibawa PAS ini tidak kena dengan selesa pengundi di kedua-dua kawasan ini.

"Kalau PAS tidak lihat kehakisan sokongan Melayu ini ia akan memberi kesan dalam pilihan raya umum ke-13. Jadi PAS perlu kembali dan lihat kepada matlamat asal parti," katanya.

Bagaimanapun Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau tidak menunjukkan pengundi-pengundi sudah kembali kepada BN.

Sebaliknya Agus berkata, faktor kemenangan BN di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil itu adalah disebabkan jentera BN yang luar biasa.

"Saya lihat tidak banyak yang berubah walaupun BN menang dengan majoriti yang agar besar tapi kemenangan itu tidak membolehkan kita untuk membaca sikap pengundi.

"Kemenangan BN disebabkan jentera BN yang luar biasa, ia merupakan satu kejayaan dan kerja kuat BN tapi dari segi bacaan sikap pengundi untuk gambarkan pilihan raya umum masih belum boleh... tapi kemenangan ini menunjukkan rakyat sudah selesa dengan politik BN," katanya.

Jelas beliau, sekiranya BN memberikan tumpuan kepada rakyat selain melaksanakan janji-janji ia boleh membawa perubahan terutamanya dari aspek pola pengundian dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Kalau BN fokus kepada rakyat, maka akan berlaku perubahan dalam konteks nasional.

"PAS tidak gagal tapi jentera PAS yang gagal berfungsi seperti mana jentera BN, strategi jentera BN memberi kelebihan kepada BN dan faktor ini yang memenangkan BN," katanya.

Sementara itu, Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata kemenangan BN menunjukkan peningkatan kepercayaan pengundi terhadap BN.

"Kemenangan BN di kedua-dua pilihan raya kecil ini mencatatkan majoriti yang berganda dan peningkatan majoriti ini menunjukkan pemulihan kepercayaan rakyat kepada BN.

"Ini adalah satu yang nyata dan jelas kesinambungan kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, kalau kita lihat BN berjaya pulihkan kepercayaan rakyat," katanya.

Jelas beliau, pengundi sudah kembali kepada BN kerana percaya hanya parti perikatan itu yang boleh menjamin masa depan mereka.

"Pengundi memilih BN sebagai parti yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat dan peningkatan itu menunjukkan bahawa di samping BN mengekalkan kemenangan BN juga berjaya mempertahankan kubu kuat mereka.

"Kalau kita lihat di kedua-dua kawasan ini, PAS memperlihatkan kempen yang luar biasa . . . kempen yang kuat tapi mereka tetap gagal, ini adalah satu bukti kekuatan yang ada pada BN," katanya.

Melihat kepada perubahan yang berlaku ini, adakah PAS masih mampu untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan orang Melayu menjelang pilihan raya umum ke-13.


The Malaysian Insider

54 Tahun Merdeka.. masih ada rakyat hidupnya begini..

Posted: 06 Mar 2011 08:42 PM PST

"Saya ada memaklumkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), namun kini, tiada sesiapa pun yang mengambil sebarang tindakan bagi membela nasib warga emas ini,"

Apa JKKKP buat?? Makan gaji buta ke?

Rumah sebesar reban ayam

PANTAI PRAI – Seorang warga emas di sini terpaksa mengharapkan ihsan jiran tetangga kerana hidup sebatang kara tanpa saudara mara.

Zaharah Mat Isa, 62, tidak mempunyai sebarang pekerjaan hanya bergantung hidup dengan wang yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Jiran, Rohayati Mohd Yusuff, 41, berkata, dia bersimpati dengan nasib jirannya yang tinggal sebatang kara dan menetap dalam sebuah rumah yang terlalu kecil dan hanya sebesar sebuah reban ayam.


"Makcik (Zaharah) hanya tinggal sebatang kara dan rumah yang sedang didiami sekarang hanya sebesar reban ayam, terlalu kecil, di sinilah makcik makan dan tidur, di rumahnya tiada tandas, jika mahu mandi dia terpaksa menumpang mandi di rumah jiran.

"Sebelum ini, makcik Zaharah tinggal di rumah kayu, tetapi sejak lima tahun yang lalu nasibnya mendapat perhatian golongan tertentu dan mereka membina rumah, tetapi setahu saya peruntukan yang diberikan untuk membina rumah ini adalah sebanyak RM5,000," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, jumlah yang diperuntukkan dengan hasil yang dilihat tidak dapat diterima akal kerana rumah yang dibina hanya semata-mata untuk tidur sahaja dan tiada dibina bilik air untuk mandi dan mencuci.

"Makcik terpaksa mengangkut air, malah jika hujan, rumahnya pasti dimasuki air kerana keadaan bumbung yang hanya menutup bahagian atas rumah sahaja.

"Saya ada memaklumkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), namun kini, tiada sesiapa pun yang mengambil sebarang tindakan bagi membela nasib warga emas ini," katanya.

Rohayati berkata, bukan sahaja bekalan air tiada, malah bekalan elektrik juga tiada dan untuk menerangi waktu malam Zaharah terpaksa menyalakan lilin untuk menerangi rumahnya.

"Sangat berbahaya jika lilin jatuh dan sebagainya.

"Saya berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu makcik Zaharah membina rumahnya.

"Melihatkan keadaan rumahnya yang kecil tanpa kemudahan infrastruktur yang lengkap, ia menyukarkan lagi hidup warga emas ini," katanya.


Sinar Harian

Zahrain meramal nasib Pakatan Rakyat Pulau Pinang..

Posted: 06 Mar 2011 06:44 PM PST

Kata Zahrain "Setakat ini saya rasa beliau tidak sesuai lagi menjadi Ketua Menteri tambahan pula dia bukan anak jati Pulau Pinang. Apa yang saya tahu, ketika dia di Melaka dulu pun memang dia ini bermasalah tapi macam mana dia boleh diterima di Pulau Pinang pun saya tak tahu,"

Hakikatnya perlantikan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang hanya dibuat setelah seluruh pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bersetuju dengan lantikan itu, antara Pimpinan tertinggi PKR semasa itu adalah Zahrain sendiri yang bercita-cita mahu menjadi Timbalan Ketua Menteri 1.


Kata Zahrain lagi, rakyat sudah boleh menilai dengan melihat sendiri taring yang sudah ditunjukkan oleh kerajaan DAP apabila semakin banyak masalah terpaksa dihadapi rakyat di negeri itu.

Benar.. memang benar semakin banyak masalah terpaksa dihadapi rakyat di negeri ini.. tapi bukan rakyat marhaen tapi rakyat yang mempunyai kepentingan dalam UMNO..


Zahrain ramal peralihan undi

GEORGETOWN - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim yakin akan berlakunya perubahan pucuk pimpinan negeri pada pilihan raya akan datang selepas melihat kegagalan Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negeri ini dengan baik.

Menurutnya, selepas hampir tiga tahun Pulau Pinang diperintah PR, Kerajaan Negeri bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat mempunyai pelbagai masalah selain tidak menunjukkan sebarang kemajuan, kesejahteraan kaum dan pembangunan selepas mengambil tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).

"Guan Eng sering mendakwa, beliau yang buat segalanya termasuk pelaburan dari luar negara dan peningkatan pembangunan ekonomi negeri ini.

"Sedangkan ia adalah hasil usaha kerajaan terdahulu termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa termasuk melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade)," katanya pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan kepada penghuni perkampungan polis Bayan Indah, Bayan Lepas di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin.

Selain itu, Zahrain berkata, Guan Eng juga dilihat gagal menjaga sensitiviti kaum yang sedia ada terutama masyarakat Melayu di negeri ini hingga gagal menyelesaikan isu membabitkan Melayu sebaik mungkin.

Menurutnya, isu meroboh gerai penjaja kecil, isu kaum dan isu agama seolah-olah diperkotak-katik oleh Pakatan Rakyat sedangkan perkara ini tidak berlaku sebelum ini.

Katanya, Kerajaan DAP Pulau Pinang seharusnya lebih bersikap adil dan bertolak ansur kepada semua rakyat tanpa perlu prejudis terhadap mana-mana kaum dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.

"Tindakan yang tidak memberi layanan sama rata kepada semua kaum di negeri ini terutama kepada golongan peniaga menyebabkan beliau semakin tidak disukai rakyat negeri ini.

"Setakat ini saya rasa beliau tidak sesuai lagi menjadi Ketua Menteri tambahan pula dia bukan anak jati Pulau Pinang. Apa yang saya tahu, ketika dia di Melaka dulu pun memang dia ini bermasalah tapi macam mana dia boleh diterima di Pulau Pinang pun saya tak tahu," katanya.

Zahrain berkata, Guan Eng mungkin popular pada awal kemunculan apabila mengumumkan pelbagai inisiatif baru, pemberian sumbangan kepada warga emas, golongan kurang upaya, yang lebih bersifat kepada membeli undi rakyat.

Namun kini, katanya, rakyat sudah boleh menilai dengan melihat sendiri taring yang sudah ditunjukkan oleh kerajaan DAP apabila semakin banyak masalah terpaksa dihadapi rakyat di negeri itu.


Sinar Harian

Saman ekor tak perlu dibayar?

Posted: 06 Mar 2011 05:29 PM PST

MAHKAMAH, melalui kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah.

Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.

JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.


Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa sehingga mereka wajib membayar denda?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak.

Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu.

Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah.

Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju.

Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan.

Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju.


ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Lidah Rasmi UMNO

PKR! Jangan Tamak!

Posted: 06 Mar 2011 09:30 AM PST

Kerana menyiarkan foto seorang pemimpin UMNO dari Permatang Pauh yang telah bersama dengan penduduk Seberang Jaya mendengar ucapan DS Anwar Ibrahim dalam Ceramah Perdana di Seberang Jaya bulan lepas (sila lihat di SINI), aku menerima SMS dari pemimpin itu sendiri bunyinya " Terima Kasih Samsul kerana menyiarkan gambar Abang Non didalam Facebook dan juga Blog"…

Meskipun tindakan aku menyiarkan gambar beliau menghadiri ceramah itu membuatkan beliau terpaku kedinding aku hargai terima kasih darinya itu kerana aku memandang dari sudut yang positif, aku anggap itu satu penghargaan buat aku dan aku juga anggap beliau ikhlas dalam menyatakan terima kasihnya itu..

Aku hargai kerana biarpun beliau seorang pemimpin dari UMNO (parti yang aku tentang)yang memang terkenal di Permatang Pauh, beliau sanggup berusaha untuk menyatakan Terima Kasihnya kepada aku..


Beliau bersusah payah mencari nombor HP aku dan beliau tidak berkata "Alaa… Sorang Blogger saja tu.." sebagaimana yang telah dikatakan oleh seorang pemimpin PKR bila diutarakan isu seorang sahabat seperjuangan yang disaman Rais Yatim.

"Alaa… Sorang Blogger saja tu.." itu penghargaan buat sahabat yang telah bersama PKR sejak dari era Reformasi lagi. Satu ayat yang menjelaskan kepada kita bagaimana seorang Blogger dihargai.

Lagi SMSnya berbunyi " Nyatakan yang benar walaupun tidak dibenar kerana yang benar tetap benar".. satu ayat yang andaikata dipegang oleh kebanyakkan juak-juak yang kerjanya membodek pemimpin tak kiralah dalam Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat akan menyebabkan permasalaahan rakyat akan menjadi satu isu yang amat sukar untuk kita dengar di dalam Media Massa..

OK.. itu mukadimmah.. berbalik kepada tajuk entry aku diatas tu.. PKR Jangan tamak.

Dalam mengulas isu mengenai pembahagian kerusi antara PKR dan SNAP di Sarawak Saudara Aspan Alias menulis "Kenyataan Azmin yang memberi amaran kepada SNAP supaya tunduk kepada apa yang ditetapkan oleh PKR itu adalah satu bahasa politik yang tidak matang jika dilakukan applikasinya di Sarawak. Sudahkah PKR berunding secara khusus dengan DAP dan anggota PR yang lain sebelum meluahkan perasaan yang agak tidak cerdik itu?"

Biarpun Saudara Aspan Alias itu adalah seorang yang menyokong UMNO rasanya memang ada kebenaran dari apa yang ditulisnya itu tentang PKR, satu pandangan yang wajar diberikan perhatian dan penilaian yang serius oleh pimpinan PKR.

Bagi aku pula.. Kenyataan itu hanya menunjukkan kepada rakyat Sarawak apa yang dimaksudkan oleh Kuasa Autonomi yang telah dijanjikan oleh pemimpin PKR kepada Sarawak jika Pakatan Rakyat Berjaya menguasai Putrajaya.

Dalam isu Pilihanraya Sarawak Mengapa PKR tidak boleh mencontohi DAP yang hanya menumpukan kepada 20 kerusi DUN dan begitu tamak hingga mahukan 52 kerusi dari 71 kerusi di dalam DUN Sarawak.

Memang PKR perlu lebih banyak kerusi untuk membolehkan salah seorang pemimpinnya dinobatkan sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat Berjaya ke Putrajaya, tapi salahkah jika SNAP diberikan keutamaan di Sarawak dalam menentang Barisan Nasional Sarawak, sedangkan SNAP telah berada lama di bumi Sarawak dan SNAP sendiri telah berjuang untuk rakyat Sarawak lebih lama dari PKR.

Mengapa perlu mencetuskan sengketa dengan SNAP sedangkan telah ada kesepakatan dalam Pakatan Rakyat bahawa Ketua Umum PKR itu akan tetap dilantik sebagai Perdana Menteri seandainya Pakatan Berja Ke Putrajaya..

Perlukah PKR mencari kuantiti yang tidak berkualiti hingga hasilnya sama dengan apa yang telah berlaku sebelum ini.. Tidak berkualiti hingga boleh dibeli ..

Ingat pesan nenek moyang kita "Orang tamak selalu rugi"..

Daripada sibuk berebut menentukan bilangan kerusi dengan SNAP dalam Pilihanraya Sarawak itu lebih baik Pemimpin-pemimpin PKR menyelesaikan segala permasaalahan yang timbul akibat Pemilihan 2010 yang lalu.

Permasalaahan yang kononnya dikatakan telah selesai oleh JPP tetapi dinafikan oleh beberapa pemimpin PKR yang telah membuat laporan itu.. penafian yang sekaligus meletakkan JPP sama tarafnya dengan SPR yang menipu dalam mereleasasikan impian segelintir pemimpin dalam UMNO/BN. Sila baca di
SINI.

Ramai ahli-ahli PKR di akar umbi yang masih menantikan dengan sabar apa hasil keputusan siasatan oleh JPP tentang laporan-laporan penyelewengan yang berlaku semasa pemilihan itu. Ramai juga ahli-ahli PKR yang tidak percaya bahawa JPP itu adalah sama dengan SPR, jadi.. jangan biarkan mereka tertunggu-tunggu umpama menunggu buah yang tak jatuh..

Nenek moyang kita juga ada berpesan.. Jangan yang dikejar tak dapat.. yang dikendong pula berciciran..

Itu pesan dari aku buat beberapa pemimpin PKR yang kelihatan mula tamak dengan kuasa dan juga pesanan buat beberapa pemimpin yang mula menunjukkan keangkuhan mereka dengan berkata " Nak keluar??.. keluar!!.. satu pergi 200 mari.." bila terdengar berita Ahli PKR keluar parti..

Bercakap tanpa mengambil kira penat lelah ahli-ahli dibawah yang telah mengambil inisiatif untuk menyatukan kembali ahli-ahli yang bersengketa kerana pemilihan itu..

Alaa.. Aku ni kan seorang Blogger saja.. korang nak dengar, korang dengar tak nak dengar tak apa.. tapi pandangan aku dari bawah adalah tidak ditapis sebagaimana apa yang dilihat dan didengar oleh korang Pemimpin-pemimpin PKR..

Dan buat yang akan mengatakan kepada aku bahawa perkara sebegini sewajarnya disuarakan melalui saluran dalaman.. Contoh saluran dalaman dalam PKR ialah JPP itu sendiri..

Dibawah adalah tulisan Aspan Alias..


Pilihanraya Sarawak - PKR tidak matang

Pilihanraya Sarawak merupakan pilihanraya yang akan menjadi isu tumpuan bagi banyak pihak baik di Sarawak mahu pun di Semenanjung kerana ianya kait mengait di antara satu dengan lain yang akan menentukan nasib kedua-dua belah pihak, BN dan PR.

Pakatan Rakyat, khususnya PKR sedang menghadapi sedikit kekeliruan dengan SNAP dan belum lagi berjumpa dengan formula terbaik untuk berkerjasama dan mengadakan kesepakatan untuk menghadapi BN yang akan bermatian-matian untuk mempertahankan kekuasaan di Sarawak.

Pembangkang di Sarawak akan menghadapi kerugian yang amat besar jika tidak berjaya bergerak seiringan kerana BN Sarawak adalah di dalam keadaan yang paling lemah jika dibandingkan dengan keadaan pada masa-masa yang lalu.

Dalam PR di Sarawak hanya DAP sahaja yang tidak berhadapan kerana parti itu hanya menumpukan kepada 20 kerusi DUN di kawasan bandar dan tidak bercita-cita besar seperti PKR yang mahukan 52 kerusi dari 71 kerusi di dalam DUN Sarawak. Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR nampaknya begitu keras mahukan kerusi yang begitu banyak tanpa memikirkan perasaan pengundi tempatan yang jauh berbeza dari pemikiran pengundi di Semenanjung.

Bagi setengah pendapat jika PKR sensitive kepada keadaan tempatan, parti itu sepatutnya memberikan kelebihan kepada SNAP kerana SNAP merupakan parti yang begitu lama wujud di Sarawak dan pernah mendapat tempat di hati rakyat Sarawak yang mewakili Iban dan Dayak yang merupakan pengundi yang 'substantial' di bumi kenyalang itu. SNAP telah terkeluar dari BN di sebabkan pergolakan politik Sarawak hampir dua dekad dahulu.

Apa yang boleh dilakukan di Semenanjung tidak semestinya boleh dilakukan di Sarawak. UMNO tidak dapat menjejakan kaki di Sarawak kerana rakyat Sarawak tidak bersetuju dengan kehadiran UMNO, walaupun UMNO merupakan tunjang kepada BN. Tidak ganjil rasanya jika PKR hanya mengambil kerusi dengan jumlah yang agak munasabah bagi rakyat Sarawak.

Kenyataan Azmin yang memberi amaran kepada SNAP supaya tunduk kepada apa yang ditetapkan oleh PKR itu adalah satu bahasa politik yang tidak matang jika dilakukan applikasinya di Sarawak. Sudahkah PKR berunding secara khusus denga DAP dan anggota PR yang lain sebelum meluahkan perasaan yang agak tidak cerdik itu?

Bagi Sarawak kaedah yang paling baik untuk menghadapi BN ialah dengan memberikan kelebihan kepada parti-parti tempatan yang lebih lama dan memahami keadaan di negeri itu, terutamanya SNAP. Dalam pada itu PKR mesti faham bahawa SNAP juga sedang menjalini hubungan dengan MCLM yang juga merupakan satu kumpulan yang inginkan representasi di Sarawak di dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Sesungguhnya usia SNAP lebih lama dari usia PKR dan memebrikan kelebihan kepada parti-parti tempatan merupakan satu kompromi yang berkesan untuk menghadapi BN yang sangat besar kekuasaan kewangan dan kemudahan yang lain.

Jika ada kompromi yang baik dan mempunyai matlamat yang satu maka tumpuan kepada 30 kerusi Dayak dan Iban yang pernah mewakili mereka di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dan pernah menjadi komponen yang besar di dalam BN Sarawak dan di wakili di dalam kabinet Sarawak. Disinilah lebihnya UMNO kerana sanggup berkorban dengan rakan-rakan komponen dan bersetuju tidak diwakili didalam legislative persekutuan dan negeri dari Sarawak.

Pemimpin PKR sepatutnya menumpukan usaha memberikan sokongan kepada komponennya di Sarawak jika SNAP bersetuju untuk menjadi komponen kepada PR. Jika titik pertemuan tidak tercapai maka akan ada perentapan di antara SNAP dengan PKR di kawasan-kawasan Iban dan Dayak yang akan memberikan kemenangan mudah kepada BN di dalam mana-mana pertandingan 3 penjuru di Sarawak.

Kali ini kita lihat samada PKR mempunyai kematangan dalam mengendalikan 'coalition' yang lebih besar

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/03/pilihanraya-sarawak-pkr-tidak-matang.html

Tiada ulasan: