Anak Sungai Derhaka |
- Saya tidak pernah beli tanah Felda - Tuan Ibrahim
- PRK Kerdau : Pengarah Pilihanraya pun jadi mangsa?
- The purpose of BN's show trial against Anwar Ibrahim
- Zahid buat lawak lagi...
- Ummi Hafilda tak laku, BN bawa Daud Kilau pula...
- Najib Dicabar Dedah Skandal PKFZ
- Video : Ucapan Anwar di Kerdau
Saya tidak pernah beli tanah Felda - Tuan Ibrahim Posted: 05 Mar 2011 06:33 AM PST KUALA LUMPUR, 5 Mac — Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man tidak pernah membeli tanah milik seorang peneroka Felda sebagaimana didakwa Menteri Besar Pahang, sebaliknya hanya membantu urusan berkenaan, kata pemilik semasa tanah itu hari ini. Hari ini Utusan Malaysia memetik Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhaya PAS Pahang membeli tanah berkenaan walaupun beliau sebenarnya tidak layak untuk berbuat demikian. "Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Dia juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya. "Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri dia sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu," kata pemilik tanah berkenaan Ibrahim Osman dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Ibrahim (gambar) menambah, apabila mempunyai duit secukupnya telah mengambil alih tanah itu dan mencagarkan di Mara atas nama syarikatnya. "Oleh itu, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar. "Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau," katanya lagi. Ibrahim menambah, hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan enam hektar (15 ekar) ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi daif sebagaimana didakwa. Laporan hari ini memetik Adnan berkata, beliau ada mendengar mengenai pembelian itu namun belum menerima dokumentasi mengenai urusan jual beli tanah tersebut. "Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka saya akan mengetahui mengenainya," katanya. Tuan Ibrahim juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau bagi PAS. Pengundian akan berlangsung esok. Pembelian itu dikatakan dilakukan atas nama isterinya itu dan didakwa menyebabkan tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan. Adnan menambah, pemindahan milik tanah peneroka tidak dibenarkan kepada orang asing melainkan ahli keluarga sahaja itu pun dengan sebab-sebab tertentu. The Malaysian Insider |
PRK Kerdau : Pengarah Pilihanraya pun jadi mangsa? Posted: 05 Mar 2011 03:19 AM PST TEMERLOH, 5 Mac: Tidak sampai 24 jam menjelang pilihan raya, jentera Umno dianggap ketandusan isu apabila menyerang peribadi Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Dengan menggunakan akhbarnya, Utusan Malaysia, Umno menyerang Tuan Ibrahim dengan menuduhnya membeli tanah seorang peneroka Felda sehingga menyebabkan pemilik asalnya merempat. Utusan melaporkan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob akan menyiasat tentang dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man dikatakan membeli tanah milik peneroka Felda, di sini, walaupun dia sebenarnya tidak layak untuk berbuat demikian. Katanya, beliau ada mendengar mengenai pembelian itu namun belum menerima dokumentasi mengenai urusan jual beli tanah tersebut. "Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka saya akan mengetahui mengenainya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, malam tadi. Adnan berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau Pas yang dikatakan membeli tanah peneroka Felda. "Saya tidak bertanding," kata Tuan Ibrahim mengulas isu itu, "Kenapa serang saya...BN cuba mengalih isu sebenarnya," kata beliau. Isu besar di Kerdau kini adalah kegagalan kepimpinan BN negeri menguruskan Pahang sehingga diambang bangkrap berdasarkan hutang dan jumlah perbelanjaan yang jauh lebih besar dari hasil negeri. Melihat kepada keadaan di Kerdau, ramai percaya bahawa Pahang sememang diambang bangkrap jika usaha menyelamatkan ekonominya tidak dibuat segera. Namun Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Pahang tidak bangkrap dan berkata bukan Pahang sahaja yang berhutang, negeri lain juga banyak hutang. Jawapan ini disifatkan Tuan Ibrahim sebagai jawapan Pak Pandir dari Adnan sebagaimana jawapan Pak Pandir apabila diberitahu anaknya mati dengan berkata, "Anak orang lain pun mati juga." Adnan dalam laporan akhbar Umno itu berkata, beliau juga mendengar cerita Tuan Ibrahim membeli tanah itu tetapi dia tidak dapat mengesahkannya kerana kebenaran perlu didapatkan dari beliau jika tanah Felda hendak dijual. "Saya sedang menimbangkan untuk saman atau tidak akhbar yang melaporkan berita ini dan juga orang yang membuat kenyataannya," kata Tuan Ibrahim. "Sepatutnya pihak yang membuat tuduhan kena siasat benarkan namanya Tuan Ibrahim atau Ibrahim sahaja," kata Tuan Ibrahim. Beliau juga mencabar Menteri Besar Pahang itu mendedahkan berapakah jumlah tanah Felda yang telah diluluskan oleh beliau untuk dijualbeli. |
The purpose of BN's show trial against Anwar Ibrahim Posted: 05 Mar 2011 03:09 AM PST The reason why Anwar Ibrahim now sits daily in the dock of the Kuala Lumpur High Court undergoing trial on a criminal charge is obvious to any thinking person. Anwar tried to set in train a series of fundamental changes to the way this country is being administered and to our national political discourse. These changes would almost certainly have rendered the Barisan Nasional (BN) government irrelevant and eventually driven them from power. It is of no matter to the BN government and its leaders that these changes are supremely beneficial to the people. It is only their own political survival that matters to them. Upon this survival they are obssesively fixated, to the utter exclusion of what is good for the country. Anwar's reforms would have driven out economic mismanagement and wasteful corruption and cronyism; freed from political control institutions that were meant to be independent; and returned to us the political freeedoms wrested away by the BN government over the course of 50 long years. The BN's structures, imperatives and personalities make it virtually impossible for them to embrace reform and to redeem themselves. And so they tighten their debilitating grip on a country that is struggling to move forward towards freedom and prosperity for all, and use underhand means to strike down anyone fighting to return power to the people. Thus, Anwar sits daily in a hard angular dock, and the nation's fate hangs in balance. It is nothing new for intolerant regimes to organize trumped-up charges against political opponents. In the 1930s, Stalin engineered a series of show trials which disposed of all those who posed any kind of threat to his power.In 1995 Ken Saro Wiwa, a highly respected critic of the Nigerian goverment was tried on fabricated charges by a military tribunal and executed despite international condemnation. In 2009 Burmese democracy icon Aung San Suu Kyi was sentenced to 3 years of hard labour in prison after a sham trial on a ridiculous charge of having broken house arrest. Brave Chinese dissidents such as Nobel peace laureate Liu Xiaobo are regularly prosecuted in the communist regime's unrighteous courts and given long prison sentences. It is in this revolting tradition that the Barisan Nasional government now carries on the judicial persecution and show trial of Anwar Ibrahim. It fools no one that this hounding of Anwar Ibrahim is clothed and camouflaged by a debased type of formal legal process. As the chief instrument of this persecution, the office of the Attorney General must be comprehensively reformed, and his untrammelled powers must be checked by far-reaching legislative reforms. The higher police authorities and the government must be held accountable for the outrage done to the course of public justice and for the sheer waste of public funds neccessitated by these proceedings. No nation struggling to a new birth of Freedom can be held down for long. The road may be long and hard, but I call upon the people of our great nation to stay the course and see things through. We owe this to ourselves and to the generations to come. - N Surendran |
Posted: 04 Mar 2011 10:11 PM PST Kalau semalam Menteri Pertahanan Zahid Hamidi mendedahkan mengenai kononnya ujud usaha pembangkang untuk menghuru-harakan negara ini yang entah dari mana sumber maklumatnya dan beliau juga berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah bersiap sedia menghadapi apa juga tindakan di luar jangkaan yang akan berlaku dalam tempoh terdekat seolah olah ATM akan mempertahankan UMNO/BN. Sepenuhnya sila baca di SINI Hari ini pula menurut Zahid Hamidi , melalui kata-kata Erdogan yang ditemuinya itu beliau melakukan siasatan dan mendapati wujud arahan untuk melindungi Anwar atas dasar 'simpati'. Beliau melakukan siasatan? Kah..kah..kah.. enjin jet yang macam tu besarpun bertahun-tahun dah hilang baru nak sedar macam mana pula siasatan mengenai Anwar ni cepat sangat hasilnya.. Ada arahan untuk melindungi Anwar atas dasar 'simpati' - dakwa Zahid Hamidi MERLIMAU: Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengaku bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah tinggal di kediaman duta Turki ke Malaysia serta cuba mendapatkan suaka (perlindungan) politik di negara itu. Perkara itu didedahkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika program ceramah di Merlimau Pasir malam tadi. Menurut Zahid, melalui kata-kata Erdogan itu beliau melakukan siasatan dan mendapati wujud arahan untuk melindungi Anwar atas dasar 'simpati'. Sedangkan Zahid mendakwa, Anwar membohongi kepimpinan tertinggi Turki itu dengan kes liwat membabitkan pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu. Anwar turut memberitahu kerajaan Turki bahawa kes liwat dihadapinya kini hanya ulangan kes seperti yang berlaku pada tahun 1998. Namun melalui pertemuannya bersama Menteri Luar Turki Dr Ahmet Dovutoglu yang juga bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pula mendedahkan perkara sebaliknya. "Pertemuan saya bersama Perdana Menteri Turki baru-baru ini, beliau akui Turki memberi sokongan moral kepada seorang tokoh pembangkang. Beliau kata Anwar pernah mahu terbang ke Turki dan pernah duduk di kediaman duta beliau ke Malaysia. "Allah Maha adil…ketika satu majlis makan malam saya duduk sebelah Menteri Luar Turki dan tanya adakah Anwar kawan beliau? "Dia kata ya, saya tanya selalu hubungi Anwar? Beliau kata ya tapi sekarang tidak selalu dan kali terakhir berhubung setengah tahun yang lalu. Tapi Anwar kata tiap-tiap bulan beliau hubungi Menteri Luar tersebut," kata Zahid. Kira-kira 150 penyokong hadir di ceramah itu yang turut disertai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan,Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan bekas Imam Besar Masjid Negara Datuk Firdaus Ismail. Pada 2008, Anwar dipercayai berlindung di Kedutaan Turki selepas dituduh meliwat Saiful dan mendakwa mendapatkan perlindungan di situ. Menurut Anwar, beliau mendapat maklumat daripada sumber kerajaan dan risikan kononnya Barisan Nasional (BN) merancang untuk mencedera atau mungkin membunuhnya serta mencederakan ahli keluarga atau penyokongnya. Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata kes yang dihadapi Anwar kini bukan kes lama sebaliknya ia gangguan seksual yang dibuat ke atas seorang pekerja. "Saya terangkan ini kes baru bukan kes lama, Najib juga tiada hasrat untuk aniaya Anwar. Ini kes yang beliau buat sendiri, yang melapor adalah Saiful bukan Saiful yang diarahkan…..dia (Saiful) jadi imam, Anwar Ibrahim jadi makmum," katanya. |
Ummi Hafilda tak laku, BN bawa Daud Kilau pula... Posted: 04 Mar 2011 08:23 PM PST Sorak menyorak dan jerit-menjerit antara satu sama lain di Kerdau berlaku lagi apabila PAS dan BN sekali lagi mengadakan ceramah di tempat berdekatan di Felcra Rumpun Makmur pada Jumaat malam. Bagaimanapun, kehangatan kini beralih ke pihak BN apabila mereka menggandingkan tiga 'selebriti' dalam bidang masing-masing, iaitu Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali, Senator Ezam Mohd Nor dan Raja Gelek Datuk M Daud Kilau. Cuma dipisahkan sebatang jalan, Pakatan Rakyat menampilkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang kemudiannya berulang kali diperlekehkan oleh Ezam yang juga bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengan gaya berpidato mirip Anwar, Ezam dilihat berjaya menarik tumpuan dan menaikkan semangat kira-kira 200 anggota Umno di samping memperlekehkan pemimpin PKR yang didakwanya "tidak pernah lihat gari dan pintu penjara." Beliau mengulangi beberapa kandungan ceramahnya sebelum ini, antaranya berhubung penjualan bir di Shah Alam, penyebaran gambar intim exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan 'hubungan'Anwar dengan pemimpin Yahudi. Bagaimanapun, penampilan kali pertama Ibrahim ke Kerdau terus menaikkan semangat dan mengikat penonton BN dengan penyampaiannya yang mencuit hari walaupun melalui penggunaan kata-kata keras seperti "balaci". Majoriti sehingga 3,000 Malah, secara berjenaka, sekiranya tidak percaya, beliau meminta penonton bertanyakan Ezam (bawah, kanan) yang disifatkannya sebagai bekas "balaci nombor satu Anwar", menyebabkan penonton terus ketawa. Penampilan Ibrahim, walaupun dinafikannya atas nama PERKASA, bagaimanapun dilihat berjaya memberi momentum baru kepada BN yang kebiasaannya asyik tewas dengan sorakan penyokong Pakatan dalam ceramah-ceramah sebelum ini. Keadaan ini secara kebetulan tergambar dalam ucapan pembuka kata anggota parlimen Pasir Mas itu bahawa beliau datang untuk "menjual ubat yang lebih mujarab (daripada Pakatan), yang tahan lama dan keras". Mengambil kesempatan menjelaskan sebab beliau tidak lagi bekerjasama dengan PAS, Ibrahim berkata beliau mahu memastikan kepentingan agama, bangsa dan negara terjaga. Sehubungan itu, Ibrahim menyeru agar pengundi di Kerdau dapat memastikan supaya BN dapat memperoleh peningkata majoriti sehingga 2,000 hingga 3,000 undi bagi memastikan Pakatan tidak boleh menjaja isu itu di kemudian hari. "Mereka cuma hendak peningkatan majoriti. Kalau satu undi pun tak apa," katanya lagi. Perolok hasrat ke Putrajaya Memilih terus menyerang Anwar, beliau memperlekehkan hasrat Pakatan mahu menuju ke Putrajaya yang sering diulang-ulang kebelakangan ini. "Nak pergi, pergilah. Naik bas boleh, naik teksi boleh. Nak suruh saya hantar pun boleh. Tetapi tak boleh duduk dua-dua oranglah. Bahaya," katanya disambut gelak ketawa dan tepukan penonton. Ketika itu, kira-kira 200 lagi penonton di sebelah kawasan Pakatan mula melaungkan perkataan "lompat, lompat" sebagai mengejeknya yang banyak bertukar parti sebelum ini. Di kemuncak ceramah, ramai yang tidak menyangka M Daud juga turut berkongsi pentas malam itu dengan sebuah lagu popularnya. Beliau diiringi pasukan kugiran lengkap. Tampil dalam pakaian hijau labuh berkilat-kilat, M Daud menarik perhatian menyebabkan penonton sesekali tampil mengikutinya menyanyi. Penonton BN ketika itu bertambah ke angga 300 orang, pertama kali melebihi jumlah penyokong pembangkang ketika itu. Malaysiakini |
Najib Dicabar Dedah Skandal PKFZ Posted: 04 Mar 2011 08:00 PM PST PETALING JAYA 5 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengakui mengetahui laporan Kabinet daripada Kementerian Kewangan dan Peguam Negara yang menolak projek 'Zon Bebas Pelabuhan Klang' kerana kosnya terlalu tinggi. Cabaran Anwar ini dipercayai berkaitan dengan dakwaan beberapa media dan blog mengenai Najib, Perdana Menteri dan semua menteri dalam kabinetnya bertanggung jawab ke atas kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ dari RM1.088 bilion kepada lebih RM4 Billion dua tahun lalu. "Saya cabar PM, Peguam Negara dan Kementerian Kewangan bahawa dalam laporan kertas kabinet berkenaan, bahawa Kementerian Kewangan dan Peguam Negara telah menolak kos projek tersebut." "Saya cabar mereka, yang mereka nampak laporan itu , dan laporan itu menyatakan secara kategorikal bahawa cadangan Kementerian Pengangkutan itu tidak boleh dipertahankan. Maknanya masa itu telah ada tiga pihak menyanggah dan menolak. Bahawa pada masa itu, sudah ada dari tiga-tiga menyanggah dan menolak. Saya nak tanya macam mana Perdana Menteri boleh setuju? Macam mana boleh kata dia tak tau,"Anwar berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Umum kepada lebih 500 rakyat di Petaling Jaya semalam. Minggu lalu, bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chang Kong Choi, telah dihadap ke mahkamah atas dakwaan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai projek ini yang mirip tuduhan sama kepada juga bekas rakan sejawatnya sebelum ini Tun Ling Liong Sik yang turut didakwa sebelum ini kerana menipu Tun Mahathir. Pendakwaan ke atas kedua-dua bekas Menteri Pengangkutan itu mengundang persepsi apakah Perdana Menteri Malaysia begitu senang ditipu tatkala memiliki pegawai-pegawai di Jabatan Perdana Menteri, khususnya Unit Perancang Ekonomi selain pelbagai penasihat serta pemimpin Umno yang sering mendabik dada mereka cekap menguruskan ekonomi. Anwar bagaimanapun menganggap hal ini sebagai hanya wayang sahaja kerana hanya pemimpin yang telah bersara dan daripada parti selain UMNO didakwa sedangkan keputusan dibuat oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Anwar membayangkan kes ini bakal menjadi seperti kes Perwaja Steel dahulu ketika beliau memegang jawatan Menteri Kewangan di mana Perdana Menteri ketika itu keberatan untuk mendakwa Eric Chia. "Macam PKFZ dia buat senang aja, dakwa Ling Liong Sik. Sebelum dia berhenti kita dah tau dia terlibat dengan PKFZ, curi duit orang bawah, berbillion dapat. Lepas tu angkat jadi Tun, Tun sebab apa? Sebab curi duit rakyat?. Sistem apa yang mereka gunakan?!Perwaja, semasa saya Menteri Kewangan, saya lantik Price Waterhouse Coopers siasat.PM rasa tak senang waktu itu, tapi saya mintak siasat. Dia bagi bukti, Yang salah Eric Chia. Lepas tu tutup kes. Lama-lama bukak balik, pertuduhan sikit sahaja, sampai Eric Chia meninggal dunia. Justeru Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat menganggap kerajaan UMNO BN sudah tidak yakin lagi dengan tempat mereka di Putrajaya. "Adakah UMNO belajar dari pengalaman ini. Saya nak sebut, kalau parti biasa dengan kejutan 2008 tewas undi popular di Semenanjung Malaysia. Biasanya dia akan sedar dan buat perubahan. Ini tak, dia (UMNO) pilih untuk rompak lebih cepat sebab takut tak bertahan di Putrajaya," tegas Anwar. TVS News |
Video : Ucapan Anwar di Kerdau Posted: 04 Mar 2011 11:16 AM PST |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan