Sabtu, 5 Mac 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Perutusan Khas Buat Pengundi DUN Merlimau Dan Kerdau

Posted: 05 Mar 2011 10:33 AM PST

1. Segala puji bagi Allah swt Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penerima Taubat. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasul saw. Nabi akhir zaman yang telah menyelamatkan manusia dari kegelapan jahiliyyah menuju cahaya hidayah Allah swt. Salam persaudaraan dan salam perjuangan jua saya hulurkan buat semua pengundi di dalam N 27 DUN Merlimau dan N 28 DUN Kerdau.

2. Tidak sampai 13 jam lagi menanti detik pembuangan undi serentak di DUN Merlimau dan Kerdau. Ia juga menjadi detik penentuan antara Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS dan Barisan Nasional yang diwakili oleh UMNO.

3. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan kejayaan berpihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat di kedua - dua DUN Merlimau dan Kerdau meskipun menyedari PR menghadapi laluan sukar untuk memenangi pilihanraya kecil ini. Namun ia bukanlah misi mustahil untuk PR membuat sebarang kejutan dengan memenangi pilihanraya ini ataupun mengurangi majoriti yang telah dimiliki oleh BN melalui pilihanraya umum 2008 yang lalu.

4. Kedua - dua calon PAS, Sdr Hasanuddin di Kerdau dan Sdr Yuhaizat di Merlimau turun dengan yakin dan optimis untuk membawa pulang kemenangan dengan harapan pengundi memberi peluang kepada PAS untuk menghantar seorang lagi wakil rakyat ke DUN Pahang dan wakil tunggal PAS di DUN Melaka.

5. Saya percaya kepada kebijaksanaan pengundi dalam menilai erti pilihanraya sebagai peluang untuk memilih pemimpin yang amanah, bertanggungjawab serta mampu membawa suara rakyat yang diwakili ke DUN. Pemimpin yang mampu mendokong dasar yang baik dan berani menegur penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa jika berlaku dan dilakukan oleh pihak pemerintah.

6. Calon yang mewakili PR tentunya tidak akan menjadi "Pak Angguk" atau "Mr. Yes Man" kepada pemerintah sebaliknya tegas membawa suara rakyat dan memperjuangkan hak mereka yang diwakilinya sekaligus berperanan sebagai "check and balance" di dalam DUN.

7. Pilihanraya bukan soal jalanraya dan pilihanraya juga bukan soal projek mee segera tetapi pilihanraya adalah untuk masa depan bangsa dan negara dengan membuat pilihan yang betul, memilih pemimpin yang berwibawa.

8. Akhirnya saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia merayu kepada semua pengundi agar memberi satu peluang kepada PAS mewakili PR untuk memainkan peranan penting sebagai pemimpin yang diamanahkan membawa dan memperjuangkan hak dan nasib rakyat setelah rakyat telah menilai peluang yang diberikan sejak 53 trahun lalu kepada UMNO dan BN.

9. Dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS insyaallah akan menjadi sandaran penting untuk wakil rakyat kita berfungsi sebagai pemimpin harapan ummah dengan memikul segala tanggungjawab dan amanah dengan baik dan jayanya.

10. Saya ucapkan selamat mengundi buat semua pengundi yang budiman. Hadhirlah mengundi dengan tenang dan sikap yang positif tanpa memberi ruang kepada pelbagai pihak mempengaruhi pemikiran pengundi secara ugutan dan sogokan material justeru maruah dan prinsip pengundi tentunya tidak boleh ditimbang jual semurah nilai ringgit. sumber

Fitnah Tuan Ibrahim Beli Tanah Peneroka - Umno/BN Dan Medianya Kantoi

Posted: 05 Mar 2011 05:10 AM PST

TEMERLOH 5 MAC : Para pemimpin dan media Umno terbukti berbohong ketika mereka memfitnah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membeli tanah peneroka Felda kerana ianya sebenarnya dibeli oleh pihak lain.

Ia sebenarnya dibeli oleh Ibrahim bin Osman (gambar kiri) , seorang guru yang hanya meminjam duit dari Tuan Ibrahim dan kini tanah itu dicagarkan oleh Ibrahim kepada MARA untuk satu pinjaman lain lapor Harakah Daily.

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.

"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya
menjelaskan kesemua pinjaman itu.

"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd (gambar)," kata Ibrahim dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini disini

Ibrahim menjelaskan fitnah yang dibuat Umno dan medianya terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau Datuk Tuan Ibrahim dengan mendakwa beliau membeli tanah peneroka Felda yang dalam kesempitan bukannya membantu beliau.

Bukti yang menunjukkan tanah itu adalah milik syarikat Cikgu Ibrahim, Pintar Kesuma Sdn Bhd. Ini adalah borang permohonan cagaran tanah kepada MARA.

Beli Tanah Peneroka - Tuan Ibrahim difitnah Umno/BN

Posted: 05 Mar 2011 04:49 AM PST

Naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man didakwa membeli tanah peneroka rancangan Felda di sini

Berita tersebut belum dapat disahkan oleh Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob yang hanya berkata :

"Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka saya akan mengetahui mengenainya,"

Blogger pencacai Umno bukan main lagi ambil kesempatan menyibarkan fitnah tersebut.Tetapi mengapa pula Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut heboh memperkatakannya? Dah tak ada modal nak cakap?

Isu beli tanah ini apa masalahnya? Kalau penjual dan pembeli sudah setuju maka dimana haramnya?

Tetapi isu rasuah puak-puak Umno/BN ni main tutup mata sahaja!

Orang Umno sendiri berasa kecewa .....

Posted: 04 Mar 2011 11:33 PM PST

Wahai Ali Rustam, tolonglah selesaikan masalah mereka yang di Lancang ini.

Dan Mahathir, engkau tolong tengok-tengokanlah masalah mereka ini. Janganlah hanya pandai bercakap yang kononnya Orang Melayu masih memerlukan bantuan kerajaan di sini

Empat puluh pengusaha penternakan lembu feedlot berkelompok di Lanchang, Melaka kecewa apabila pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) menahan sebahagian besar wang pinjaman mereka daripada nilai keseluruhan kira-kira RM1.2 juta, meskipun ia sudahpun diluluskan pihak terbabit.

"Sikap TEKUN yang jelas mahu membunuh kami amat dikesali bagaikan sengaja membina kapal di tengah lautan tetapi tidak menyiapkan layarnya dan kami terus hanyut," katanya.
Baca lagi di sini.

Malaysia Bukan Mesir atau Tunisia

Posted: 04 Mar 2011 06:55 PM PST

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya jangan bermain api dengan terus melakukan provokasi terhadap rakyat, katanya di sini

Amaran Muhyiddin itu menggambarkan bahawa UMNO/BN mulai gentar dan deman kura dengan kebangkitan rakyat seluruh dunia yang dicetuskan oleh revolusi Mesir.

Beliau senada sebagaimana yang pernah diucapkan oleh Gaddafi yang mengancam rakyatnya sendiri.

Menurut Muhyiddin, provokasi pembangkang tidak demokratik dan sengaja mahu membuat huru-hara.

"Pembangkang lebih seronok melihat negara hancur dan seronok jika ada krisis pertembungan kaum,"kata anak Pak Yassin itu lagi.

Gaddafi pernah menakut-nakutkan rakyatnya dengan ancaman bahawa sekiranya berlaku revolusi, Libya akan berpecah dua, akan papa kedana, kehabisan minyak, dan harga makanan akan melambung naik.

Berulang kali Gaddafi menyatakan bahawa Libya bukan Mesir atau Tunisia.

Maka begitu jugalah para pemimpin UMNO/BN berulangkali mengancam dan mengatakan perkara yang bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam Negara.

Muhyiddin berkata, ''Tujuan lain tiada kecuali mahu menimbulkan porak-peranda. Mereka (pembangkang ) lebih seronok melihat negara hancur dan seronok jika ada krisis pertembungan kaum."

Betapa rakyat umumnya menyedari bahawa UMNO/BN yang memainkan sentiment agama dan perkauman.UMNO/BN berusaha keras siang malam untuk memecahkan PAKATAN RAKYAT, satu permuafakatan dan merupakan penyatuan kaum; antara DAP, PAS dan PKR – tiga parti yang mewakili sejumlah besar warga Malaysia yang berbilang kaum.

Ingatan kepada Pengundi Merlimau - Jangan terkeliru macam Ali Rustam

Posted: 04 Mar 2011 05:12 PM PST

Para pengundi di DUN Merlimau diingatkan supaya jangan jadi macam Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tidak tahu membezakan antara 'Biawak' dengan 'Ayam' di sini

Maka berhati-hatilah apabila membuang undi hari Ahad nanti; jangan tersalah pilih kerana besar kemungkinan Roslan Ahmad, calon yang ditaja UMNO/BN itu hanya indah khabar dari rupa .

Saya bukanlah mahu mengatakan bahawa Roslan itu adalah 'Biawak' yang disangka ayam oleh Ali Rustam. Cuma mahu mengingatkan para pengundi semua supaya lebih cerdik sedikit dalam membuat pilihan.

Pepatah Melayu juga ada mengingatkan kita semua supaya jangan memikul biawak hidup!Habis nanti dicakarnya belikat kita.Demikianlah padahnya kalau kita tersilap pilih pemimpin.Masa berkempen bukan main manis segala janji-janji ditaburkan, bila dah terpilih, batang hidung pun tidak nampak entah kemana!

Tidak hairanlah jika Ali Rustam tidak kenal antara 'dosa' dan pahala kalau antara 'biawak' dengan 'ayam' pun beliau keliru! Beliau yang suatu ketika dulu didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya hanya dihukumi tidak dibenarkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno; tetapi Saadon, Setiausaha Politiknya yang menjadi ejennya di gantung 3 tahun keahliannya. Dan Ali Rustam tanpa tahu malu, terus kekal jadi KM Melaka hingga kini.

Jangan disangka yang bercahaya itu permata, tetapi rupanya hanyalah sebutir kaca!

Tiada ulasan: