:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
SELAMATKAN TOKOH ULAMA DALAM MUKTAMAR KALI INI!!! Posted: 21 Mar 2011 11:04 AM PDT Muktamar tidak lama akan bersua. kali ini, ada pemilihan. Dalam dua pemilihan lalu, aku menyokong kepimpinan Ulama. Timbalan Presiden menjadi jawatan taruhan. Dua tokoh ulama yang dipaparkan, iaitu Dato Harun Taib dan Nasaruddin Mat Isa. Aku ketika itu, berbelah pihak kepada Dato Harun Taib. Begitujuga pada kali ini. Aku mengambil sikap untuk menyokong kepimpinan ulama. Terutama sekali, ternyata dalam muktamar kali ini, banyak tokoh ulama dalam PAS yang berada dalam posisi difensif. Ditambahi lagi, ramai yang penganalisa mengatakan bahawa PR akan kalah teruk dalam PRU yang bakal menjelang tiba. ia sudah pasti, akan mengundang perubahan ketara dalam pemilihan muktamar selepas dari itu. Keadaan ini tidak boleh dibiar. Malahan, tokoh-tokoh ulama itu wajar dipertahankan pada muktamar kali ini. Tidak dinafikan, banyak tindakan beberapa orang tokoh ulama sejurus tsunami politik 8 mac, yang memberi impak buruk kepada kepimpinan mereka, malahan memberi imej hodoh pada PAS itu sendiri. Namun, ia tidak wajar dijadikan alasan untuk mereka dijatuhkan dalam pemilihan PAS buat kali ini. Jika mereka pernah mengadakan pertemuan sulit dengan UMNO dalam keadaan majoriti ahli PAS membenci UMNO. Malahan, ada penafian diperingkat awal, kemudian terbukti selepas itu. Tapi ia bukan alasan yang patut untuk menjatuhkan mereka dari takhta kepimpinan. Tidak dinafikan juga bahawa ada kalangan mereka yang menipu PKR dan DAP yang merupakan rakan dalam pakatan rakyat. Keadaan itu, sehingga Lim Guan Eng pernah menyindir dengan menyatakan, "dia kena ingat, dia bukan mahu jawab dengan DAP, tapi dia mahu jawab dengan dia punya Tuhan". Perkataan Lim Guan Eng itu, tidak wajar diambil kira, memandangkan dia tidak beragama Islam. Masakan kita ingin menerima perkataan orang bukan Islam, berbanding mereka yang bergelar ulama. Jadi, sewajarnya mereka dipertahankan. Sekian. Wallahu 'Alam. Bangi 21 mac 2011 * 11:25 malam |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan