Jumaat, 18 Mac 2011

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


REVOLUSI TIMUR TENGAH [KOMENTAR FORUM]

Posted: 18 Mar 2011 10:59 AM PDT

17 mac, diadakan forum yg membincangkan tentang revolusi timur tengah. Ia dilakukan di Dewan Masjid UIA, PJ. Aku turut hadir, walau agak lambat sampai.

Menarik juga dengan forum sebegitu. Ia kerana, ditampilkan wakil dari gerakan yg sering disebut-sebut. PAS, IKRAM, ABIM dan HT menampilkan wakil masing-masing.

Apabila penampilan golongan islam, sudah pasti perbincangannya dilihat dalam kerangka fikrah islamic group. Ia mungkin tidak tepat seratus peratus dengan realiti yang berlaku. Ini kerana, kebangkitan di timur tengah itu, bukan orang Islam sahaja yang bangkit, tetapi melibatkan juga orang bukan Islam.

Dalam mendengar celoteh sidang yang bertanya, banyak soalan-soalan yang tertimbul yang menyebabkan aku berfikir. Aku simpulkan, ia berkisar tentang dua perkara besar, iaitu perubahan sistem dan kebebasan.

PERUBAHAN SISTEM

Tidak dinafikan, sistem perlu untuk mengubah cara hidup rakyat selepas berlaku revolusi. Tanpanya, kehidupan rakyat akan kekal seperti sebelum revolusi.

Tetapi, jika dikatakan berpunca sistem rakyat melakukan revolusi, aku mengira ia tidak tepat. Padaku, rakyat bangkit kerana kezaliman sudah melampau. apabila kezaliman mendominasi, perut rakyat sudah lapar, anak-anak rakyat sudah tidak ke sekolah dan banyak lagi kesusahan, tidak hairan akan berlaku kebangkitan.

Cuma, dalam keadaan sebegini, kesempatan untuk menawarkan kepada rakyat sistem yang baik adalah perlu. Tawaran tersebut, hendaklah dalam kerangka rakyat bakal menerimanya dengan hati yang terbuka, bukan melahirkan kebangkitan kali kedua ekoran tidak mahu menerima sistem yang ditawarkan.

Nabi SAW datang ke Madinah, tidak membawa bendera hudud dan qisas, tetapi membawa bendera ukhuwwah antara aus dan khazraj yang berperang sejak sekian lama, membawa bendera keadilan yang berasaskan islam, membawa bendera penawaran kebajikan hidup rakyat. Dengan itu, Nabi SAW dilantik sebagai ketua kerajaan, seterusnya berlaku penurunan hukum bertahap-taahap sehingga Islam menjadi sempurna.

Penurunan hukum-hukum itu pula, bersifat kesesuaian masa dan ketika. Ia dikenali sebagai asbab an-nuzul. Ia juga dikenali dengan ayat makkiyyah dan ayat madaniyyah.

KEBEBASAN

Kebebasan ini ada dua, iaitu, 1- kebebasan dari cengkaman kezaliman. 2- kebebasan yang bersifat mutlak.

Apabila berlaku revolusi, ia bukan kerana rakyat mahukan kebebasan mutlak. Tapi, yang dikehendaki oleh rakyat adalah kebebasan dari cengkaman kezaliman.

Islam bukan agama yang menyengkam rakyat. Malahan, Islam memberikan ruang kebebasan kepada manusia. ekoran itu, apabila kita membaca hadis, kita akan berjumpa sabda nabi SAW yang bermaksud, "berikan hak bersuara bagi orang yang berhak".

Apabila berlaku penindasan, Islam membenarkan kepada manusia bangkit menentang penindasan, hatta dalam keadaan tertentu, terpaksa mengangkat senjata. Ini merupakan dalil, bahawa islam memberi kebebasan untuk menyelamatkan diri dari penindasan.

Dari sudut kebebasan mutlak pula, islam tidak menafikannya. Namun, kebebasan yang diberikan oleh Islam hendaklah diikat dengan tanggungjawab. Ekoran itu, islam mengharamkan melakukan penindasan kepada orang lain, sama ada secara zahir dan batin.

Bertelanjang bukan lambang kebebasan, tetapi lambang penindasan. Kerana, ia menganggu gugat batin manusia yang melihat. Ia melahirkan gangguan seksual, yang menyebabkan berlaku kerosakan yang lain, seperti kejadian rogol.

Aku tidak fikir, orang yang mahu kebebasan sanggup dirompak. Maka begitujuga, kebebasan yang dicadangkan oleh Islam.

Jika kita menilai ini, tidak hairan kita akan memahami kandungan sebenar disebalik kenyataan Dr Yusuf Al-Qaradhawi sejurus berlaku revolusi mesir. Beliau mengatakan, dahulukan kebebasan berbanding perlaksanaan syariah.

Dari segi logik, bagaimana syariah hendak dilaksana, jika tidak ada kebebasan. Walhal, perubahan sistem tidak akan berlaku, tanpa ada kefahaman kepada sistem. dan kefahaman itu tidak akan tercapai kecuali dengan perubahan pendidikan.

Memahami ini, kita akan memikirkan maksud yang diungkap oleh Dr Nuqaib Al-Attas yang berkata, "perubahan boleh berlaku, bermula dari perubahan pendidikan".

Jadi, perubahan sistem bermula dengan perubahan pendidikan. Perubahan pendidikan, akan tercapai dengan kebebasan. Tanpa kebebasan, masakan sistem, pendidikan juga tidak mampu dilakukan perubahan.

Sekian.

Wallahu 'Alam.

Bandar Sri Damansara
19 Mac 2011 * 1:15 pagi

BIBLE DALAM BAHASA MELAYU

Posted: 18 Mar 2011 02:17 AM PDT

bible dalam bahasa melayu?

jawapanku, hanya seperti berikut;

kalau ia adalah hak orang kristian, maka hendaklah berikan hak itu kepada mereka.

sabda Nabi SAW;

فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ

maksudnya;
"berikan kepada setiap orang yang mempunyai hak, akan hak mereka" [Al-Bukhari : 1832]

Dan jika yakin bahawa bible telah diselewengkan seperti yang Allah SWT sebut dalam Al-Quran, maka kena galakkan lagi kristian baca bible, supaya mereka akan nampak penyelewengan itu.

firman Allah;

فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ

maksudnya;
"kecelakaan bagi mereka yang menulis kitab dengan tangan-tangan mereka sendiri, kemudian mendakwa ia datang dari Allah"

[Al-Baqarah : 79]

dan lagi, kenyataan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib;

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Dewan Ulama PAS tidak membantah atau menghalang penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia sambil menyifatkan ia tidak menjejaskan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Ketuanya Datuk Harun Taib berkata, penganut Kristian tidak sewajar dihalang untuk menggunakan Al Kitab memandang Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara, milik semua rakyat Malaysia.

"Bagi saya tiada masalah kalau kitab Injil digunakan dalam Bahasa Malaysia ... bukan sahaja dalam Bahasa Malaysia kalau dalam bahasa lain juga tiada masalah.

"Adakah akidah orang Islam akan terjejas dengan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia ini? Tidak, ia hanya sekadar kitab yang dibaca penganut Kristian ... itu sahaja. Jadi, kenapa mesti nak halang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata kitab Injil itu hanya diedarkan di kalangan penganut Kristian jadi orang Islam tidak perlu bimbang mengenai perkara itu.

"Tiada masalah, cuma ia tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam ... itu sahaja, kalau nak guna dalam Bahasa Malaysia memang tiada masalah.

"Saya tiada bantahan dalam perkara ini," katanya.

Ditanya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia, Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, penganut Kristian boleh menggunakan istilah itu dengan syarat hanya di kalangan masyarakat itu.

"Kalau orang Kristian nak guna istilah Allah bagi merujuk Tuhan mereka tiada masalah, kalau mereka yakin Allah adalah Tuhan bagi mereka, biarkan sahaja," kata beliau lagi.

"Lagipun ia berbeza dengan orang Islam kita 'Allah s.w.t' tapi orang Kristian 'Allah' sahaja, jadi itu ada beza. Kalau mereka yakin itu hak mereka.

"Saya tak bantah kalau orang Kristian nak gunakan Allah tapi hanya di kalangan mereka sahaja. Jadi orang Islam kena berhati-hati dalam perkara ini," katanya.

baca lagi di sini

sekian

Wallahu 'Alam

KENYATAAN MEDIA ISU JUD DI KELANTAN : SU AKHBAR TGNA

Posted: 18 Mar 2011 01:56 AM PDT

.....

Tiada ulasan: