AKU INGIN BEBAS |
LANJUT SAMAN HANYA UNTUK PANCING UNDI Posted: 02 Mar 2011 05:44 AM PST Tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi bayaran kompaun kesalahan trafik yang tamat kelmarin dilanjutkan sehingga 10 Mac ini. Seperti yang dilaporkan di dalam Berita Hairan. Sebelum ini, Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, "Tempoh enam bulan sejak Ogos tahun lalu yang diberikan oleh kerajaan sebagai kelonggaran untuk pengguna yang mempunyai saman tertunggak menjelaskan saman mereka sudah memadai," seperti yang dilaporkan oleh Utusan Meloya. Dah agak dah!... Kerajaan Barisan Nazional yang ditunjangi oleh UMNO hanya ingin mengugut rakyat. Mereka paksa rakyat membayar denda kesalahan trafik yang belum pasti 100% dilakukan oleh pemilik kenderaan berkenaan. Nescaya, selepas 10 Mac ini, tarikh akhir pembayaran saman akan dilanjutkan lagi jika kutipan tidak memberangsangkan sepertimana yang dirancangkan. Negara 1Malaysia mana pernah konsisten dengan undang-undang. Ia akan sentiasa bertukar bentuk dan warna mengikut selera. |
PRK MERLIMAU: PECAHKAN CERMIN KENDERAAN BUKAN PERBUATAN UMNO Posted: 01 Mar 2011 10:31 PM PST Kempen pilihan raya kecil dewangan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan. Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam. Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin di Permatang Pasir. Menurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut. Beliau kemudiannya terus membuat laporan polis. Nor Azhanizam berkata keretanya itu dipecahkan kerana ia mempunyai pelekat gambar mursidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau adalah penyokong parti itu. Namun sebuah kereta lagi, yang langsung tidak mempunyai sebarang pelekat juga dipecahkan. "Saya fikir kerana ia diletakkan di tempat gelap yang orang tidak nampak," katanya. Menurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis terbut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan. Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya pada 4 Mac ini juga dibakar. Pada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir. Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN. "Kami difahamkan gangguan ini berlaku pada hampir setiap malam ketika kami mengadakan majlis. "Terdapat ramai anggota polis di sini dan sayapasti perbelanjaan mereka mungkin sehinga berjuta-juta ringgit tetapi mengapa mereka tidak boleh menghentikan tindakan sekupumpulan remaja nakal itu?" kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini. Katanya, beliau akan menghubungi ketua polis Melaka jika kejadian seumpama itu terus berulang. Pada sidang media itu, Salahuddin juga berkata ahli Pakatan dihalang daripada memasuki estet kelapa sawit Sime Darby. "Kita telah hubungi Sime Darby dan mereka kata tidak ada masalah atau isu dengan kita tetapi ditekan daripada beberapa pihak. "Kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilih Raya tetapi mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah tanah persendirian," katanya. Sebelum ini, pemimpin BN dilaporkan sibuk berkempen di estet-estet berkenaan. |
You are subscribed to email updates from AKU INGIN BEBAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan