Rabu, 2 Mac 2011

Ajijoi

Ajijoi


Hanya BN boleh masuk berkempen di Estet Sime Darby, Merlimau?

Posted: 02 Mar 2011 02:59 PM PST



Pakatan Rakyat dilarang untuk masuk berkempen di Estet Sime Darby Kempas, Merlimau. Antara yang dihalang untuk memasuki estet tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Lebih menghairankan lagi, alasan yang diberikan adalah mengikut arahan 'pihak atasan' dan juga hanya BN sahaja yang dibenarkan memasuki estet tersebut.

Kempen Dun Merlimau semakin dicemari dengan pelbagai insiden yang menidakkan proses demokrasi berjalan dengan baik.

Gambar paling menarik sepanjang PRK Dun Merlimau

Posted: 02 Mar 2011 06:01 AM PST


KETEPI FAHAMAN POLITIK ... Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad (dua kiri) dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, (tiga kanan) mengetepikan fahaman politik hanya untuk menghormati jenazah seorang pengundi Allahyarham Ali Bashah, 63, apabila mereka sama-sama mengusung keranda jenazah Allahyarham Ali ke Tanah Perkuburan Islam untuk dikebumikan di Kampung Kilang Berapi, Jasin, Rabu. Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung.

Politik terhenti seketika bila berada dibawah usungan keranda

Gegaran bakal berlaku di Taman Seri Botani Ipoh, malam esok

Posted: 02 Mar 2011 05:37 AM PST


CERAMAH PERDANA

DATUK SERI NIZAR JAMALUDDIN, SAIFUDDIN NASUTION,
SHAMSUL ISKANDAR & DR LEE BOON CHYE

3 MAC 2011 (KHAMIS)
9.00 MALAM
SERI MARGOSA, TAMAN SERI BOTANI, IPOH

Semua dijemput hadir

Umno Pahang perlu jelaskan mengenai disaman RM296 juta

Posted: 02 Mar 2011 05:15 AM PST

Sidang Media 2 Mac 2011


1. Meneliti laporan-laporan media BN hari ini, kami dapati BN khususnya menteri Besar gagal menjawab pembongkaran yang telah kami dedahkan sejak bermula hari kempen. Laporan prestasi buruk tentang pengurusan kerajaan Umno/BN Pahang oleh Ketua Audit Negara masih belum terjawab.

2. Rakyat juga menuntut kerajaan negeri menjelaskan bagaimana kerajaan negeri telah disabit kesalahan oleh Mahkamah dan di arahkan untuk membayar saman bernilai RM 63 juta oleh syarikat Seruan Gemilang Makmur. Lebih malang lagi bagi rakyat Pahang bilamana kerajaan Umno/BN kini berdepan pula dengan saman dari dua buah syarikat lagi iaitu Spag'n Plantation Sdn. Bhd [ RM 209 juta ] dan Upayapadu (M) Sdn Bhd [ RM 24 juta ] yang kesemua saman ini melibatkan kes pembalakan. Apakah ini yang dimaksudkan isu remeh yang dibangkit pembangkang?

3. PAS mengalu-ngalukan tindakan Encik Muzammil bin Muallif, 51 tahun, yang telah membuat keputusan untuk meninggalkan perjuangan Umno dengan menyertai PAS bersama 11 orang ahli-ahli Umno Jengka 25. Beliau yang merupakan pengasas Umno dan Ketua Cawangan Umno Jengka 25 selama 15 tahun adalah uga bekas Naib Pengerusi JKKR serta bekas Pembantu ADUN Sanggang, Allahyarham Abdullah Kia.


(Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man)
Naib Presiden PAS,
Pengarah Pilihanraya N28 Kerdau.

Ceramah Bob Lokman dan Ikhwan di Kuala Sentang, Kerdau

Posted: 02 Mar 2011 05:10 AM PST





N.28 Kerdau terus dijelajah, Umno kian gelabah

Posted: 02 Mar 2011 03:11 AM PST

Kempen Hassanuddin Salim, calon Pas diteruskan dengan menjelajah kesegenap pelusuk daerah Kerdau untuk bertemu dengan para pengundi di Dun tersebut. Berkereta, bermotosikal mahupun berjalan kaki, yang pastinya semua pengundi perlu ditemui.

Menziarahi kematian didalam kawasan dun Kerdau

Solat jenazah bersama ahli keluarga Allahyarham dan juga penduduk setempat


Berbincang bersama para ustaz sebelum meneruskan penjelajahan

Tidak kira dimana, pasti penduduk Kerdau akan disapa oleh calon

Calon menunjukkan kawasan perumahan yang terbengkalai

Meninjau keadaan rumah yang terbiar

Awalnya sound check untuk karaoke malam ini

Kanak-kanak juga mengharap kemenangan berpihak kepada Pas

Menziarah seorang warga emas yang uzur

Bertembung dengan calon lawan, Syed Ibrahim daripada Umno/BN. Macam muka gelisah saja lulusan Al-Azhar ini, kurang tidur agaknya. Apa yang difikirkan? Salah kem...?

Dikala bersendirian, menghadap Illahi memohon rahmat

Letih berkempen ke? Jelas kelihatan diwajah Ustaz Misbah manakala YB Drs Khalil Idham Lim sentiasa ceria dan bersemangat kemana jua

Berbincang perancangan dan bertukar-tukar pendapat sambil diperhatikan oleh Bang Mat Sabu

Pimpinan ditempat ceramah kelompok


Giliran Bang Mat berceramah

Anak-anak muda tidak mahu ketinggalan mengikuti isu semasa

Antara yang hadir diceramah kelompok, mengapa duduk jauh-jauh?

Cubaan mengganggu ceramah Pas dengan membuat bising menggunakan motosikal. Budak sekolah diperguna Umno

Hassanuddin mengambil pentas untuk menyampaikan ceramahnya

Apa benda pulak yang berlaku diseberang jalan daripada tempat Pas berceramah? Takkan ceramah BN kot? Lain macam saja lentoknya. Kalau ceramah BN, mana Ezam, mana Lokman Adam dan mana Umi Hafilda?

Bukan ceramah rupanya. Karaoke. Patut la terpekik-pekik speaker tu dihalakan ke tempat Pas berceramah. Nak berceramah, tak ada orang. Untuk lepaskan gian, ganggu orang lain berceramah. Umno, umno. Rosak budak-budak muda tu.

Umno kian gelabah di Kerdau. Pentas mereka lengang berbanding pentas Pas. Temberang mereka juga kian tempang, ditepis kemas oleh kempen Pas.

Nak kemana masa depan anak-anak muda belia ini dibawa Umno dengan senantiasa dilalaikan oleh hiburan. Mereka-mereka inilah yang hendak diselamatkan oleh Pas. Undi Pas, demi masa depan anak-anak anda.

Biarpun terdapat gangguan, namun ceramah masih tetap diteruskan oleh Pengarah Pilihanraya Pas Dun Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Muslimat juga hadir mendengar ceramah

Dikala ini, calon Hassanuddin telahpun kelokasi ceramah kelompok yang lain. Kali ini berceramah bersama-sama dengan Dr Hatta Ramli

Senyuman abang berkopiah ini menandakan Pas berada digarisan yang betul didalam perlumbaaan kerusi di Dun Kerdau

Umno tak boleh bezakan antara harta kerajaan dan Umno

Posted: 02 Mar 2011 03:09 AM PST



Yuhaizad: Buktikan kuarters sekolah milik Umno

Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.

NONEYuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAs.

"Saya mencabar Umno dan beliau (Muhyiddin) untuk buktikan kompleks (kuarters itu) dibina oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar bersama di pusat operasi pilihan raya DAP, dekat pekan Merlimau.

Katanya, jika Umno dan Muhyiddin dapat membuktikan sedemikian, beliau akan berpindah malam ini.

Jika tidak, kata Yuhaizad berkata, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarganya.

Semalam, Muhyiddin menyuarakan rasa kecewanya terhadap Yuhaizad dan keluarganya yang tinggal di kuarters sekolah tetapi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Merlimau.

Bekas Ketua cawangan Umno masuk PAS di Kerdau

Posted: 01 Mar 2011 03:52 PM PST


Suasana pilihan raya kecil Kerdau semakin rancak apabila 12 bekas ahli UMNO di Jengka 25 telah menyertai PAS semalam.

Saudara Muzammil Alif bekas Ketua Cawangan UMNO di kawasan itu, telah menyerahkan sendiri 12 borang ahli PAS itu kepada Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi pada jam 9.20 malam dirumahnya.


Majlis penyerahan borang oleh bekas pembantu ADUN tersebut, turut disaksikan oleh Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

Ajijoi ~ Bertambah pening la Umno Pahang. Nampaknya segala pendedahan kelemahan pentadbiran Umno di Pahang dan Kerdau terutamanya telah membuka hati dan minda ahli-ahli Umno sendiri tentang kebenaran yang sebenarnya.


Tiada ulasan: