AdukaTaruna |
Merong Mahawangsa : Yusri membodohkan Rom dan China. Posted: 18 Mar 2011 09:28 AM PDT Oleh : AdukaTaruna [1] 15 Mac lepas, gua sampai Seremban kul 7 pagi. Kad temujanji mahkamah gua tercatit tarikh perbicaraan adalah pada 15 Mac 2011, 2.15 pm. Sampai rumah, gua dapati surat dari mahkamah kepada bini gua as penjamin. Surat meminta bini gua hadir pada 28 Mac 2011 sebagai tunjuk sebab mengapa wang jaminan RM5k tidak boleh dirampas. Gua dituduh tidak hadir pada 28 Februari 2011. Huh! Sampai mahkamah, pihak mahkamah mengesahkan bahawa waran tangkap ke atas gua telah dikeluarkan pada 28 Feb kerana tidak hadir. malah perbicaraan pagi 15 Mac pun gua tak hadir. Tionaeng apakah ini? Kad mahkamah gua catit 15 Mac, 2.15 pm. Memandangkan gua anytime ke dalam, gua send sms ke edyes n dayat memberitahu kemungkinan itu. Kompom gua tak dapat teruskan Projek Langgar Hadi. Mujur, peguam, En Radzlan fight, dan mahkamah bersetuju dengan penjelasan yang diberikan. Lega siott.. kena buli jer gua dengan gomen nih. [2] Kelegaan itu gua terjemahkan dengan mengajak adik bongsu gua merempit untuk tengok wayang. Mampos kalau ulama tahu nih. Sampai wayang, cam biasa adik gua ditugaskan beratur. "Ngah.. tengok Kembang Siang, la.." Aiman, adik gua buat permintaan tahap ngeri. Stakat cerita tahap drama Melayu tu, baik tengok kat rumah atau beli dvd cetak rompak jer. Tu pun dah rasa rugi sangat dah tu. "Takde.. takder... Merong Mahawangsa." Gua dah cecah kaki ke wayang ni pun untung dah nih. Apabila Yusri membodohkan empayar Rom dan China. Sejak gua lahir, gua HANYA dapat tengok filem China / Hong Kong bodohkan orang lain, filem Jepun bodohkan orang lain, filem Holloywood bodohkan orang lain, filem Shah Rukh Khan bodohkan Melayu Melaka. Buat pertama kalinya gua dapat lihat filem sendiri bodohkan Rom dan China. Hua3... bukan perkauman. Tapi pes time maa... memang gile ahh.. KRU. Falsafah. Falsafah cerita yang digarap Yusri gua letakkan sebagai out. Tak menjana kepala otak gua. Asbab gabungan Rom dengan China dan berperang dengan kerajaan Garuda semata2 kerana si puteri (pompan), gua muntahkan dalam wayang itu. Tak boleh terima walaupun pernikahan itu adalah taktikal politik yang tipikal. Regular. Setakat itulah falsafahnya, buang masa gua untuk tonton. Jalan cerita [a]. Mujur jalan cerita, dan grafik yang agak kuat menyelamatkan feeling gua. Start dari hero Melayu celup itu membodohkan kerajaan India, gua dah suka akan filem ini. Menarik! Antara adengannya, Merong yang kasar dan biadap itu menolak tawaran India dan Rom dalam bahasa Inggeris. Dan apabila diasak berkali2, sampai Merong pun berbulu, Merong pun berkata : "Sudahlah hodoh, mulut busuk pulak." Wakil kerajaan India itu blurr apabila dimaki Merong. Haha. Cayalah Yusri. Ya.. 70% dialog filem ini adalah Bahasa Inggeris. Ada subtitle la.. tu pasal gua paham. Ngeee... Jalan cerita [b]. Walaupun gua anggap badan Merong masih belum siap sepenuhnya untuk karektor filem itu, tetapi Mat Saleh yang diMelayukan itu membawa watak dengan baik. Mujur Yusri mendakwa Merong adalah campuran benih Melayu (Umi Aida) dengan Iskandar Zulkarnain The Great, sebagai hujah menggunakan Melayu celup itu. Ketika di kapal, Merong sparring dengan Putera Rom. Guna pedang. Dengan arahan aksi dari pengarah aksi Hong Kong itu, Merong berjaya menjatuhkan pedang Putera Rom dan tercapak ke lantai kapal (kayu). Putera Rom dilihat sangat hina apabila cuba mencabut pedangnya kembali, tetapi tidak berjaya. Then, sambil menyindir, Merong mencabut pedang itu hanya dengan satu tangan. "Dah takda orang lain ke dari ini?" Ujar Merong. Askar2 Rom bertopi trojan buat muka bodoh. Hahaha. Yusri memang cam celako. Jalan cerita [c]. Watak yang pada gua sangat cemerlang sehingga menenggelamkan Merong sendiri pada suku ke 3 filem ialah watak orang kanan Garuda. Si botak tu. Gua tak tau nama pelakon tuh. memang ganas, cam cilake, cool, etc. Cuma badan dia tahap Melayu student U, sedangkan watak dia adalah pahlawan kumpulan Garuda. Kekebalan si botak Garuda itu terletak pada tangkal. Dan Puteri China itu berjaya mencurinya. Ketika pertarungan Putera Rom - Botak Garuda, dalam keadaan dibelasah Botak Garuda itu, Putera Rom berjaya menumbuk, dan berdarah. "Dia sudah tidak kebal lagi. Saya sudah ambil azimatnya." Gitu la kot dialog Puteri China itu kepada Putera Rom. Apabila dengan adunan muzik yang kena pada situasi Putera Rom yang tiba2 bersemangat, Putera Rom bingkas bangun dan mahu membelasah Botak Garuda yang tidak lagi kebal. Tapi, walau tak kebal, Putera Rom tetap kena belasah gak. Wakakaka. Yusri memang sial. Mau berdemo omputeh bantah filem ni gua ingat. Jalan cerita [d]. Antara gabungan hasil kerja pengarah aksi Hong Kong yang sangat baik, dan bakat oleh pelakon Botak Garuda itu adalah babak di mana, pertarungan Botak Garuda dengan Panglima Besar Armada China. Memang cun. Tetap tegak dan mara walau tanpa azimat. Walau luka silih mendatang. Tanpa Azimat, Botak Garuda membunuh Panglima Besar Armada China. Dan seterusnya babak pertarungan dia dengan unit pimpinan Merong pula. "Akan kupatah2kan sayap dan tulang Garuda." Kata Merong. "Hea?" Ejek Botak Garuda dengan mimik muka yang memang superb. Muka asal pun dah pecah rumah dah tuh. Jalan cerita [e]. Cuma ada satu adengan suku terakhir cerita itu yang mengecewakan gua. Idea menggunakan cermin sebagai pantulan cahaya matahari sebagai senjata yang boleh membakar. Gua ingat Yusri ni dulu terpengaruh dengan sains makcik Felda kot. Jangan main tembak cahaya matahari guna cermin, boleh terbakar. Cermin mekap Puteri China bukan kanta Yusri oi. Cahaya yang diperbesarkan kekuatannya menggunakan kanta baru boleh menyebabkan terbakar. Setakat pantulan dari cermin mekap, hanya menyilaukan. Bukannya membakar. Penilaian gua. 5 adalah mata penuh. Falsafah Cerita - 1 Jalan Cerita - 4 Watak Merong -3.5 Fizikal Merong -2 Watak Botak Garuda - 4 Fizikal Botak Garuda -1 Grafik - 3.5 |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan