Rabu, 9 Mac 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Pembedahan gigi.

Posted: 09 Mar 2011 08:57 AM PST

Oleh : AdukaTaruna
Sambungan Dari : Cerita Untuk Orang Gomen

Petang tadi, jam 2 petang gua dah sampai ke klinik gigi. Untuk menerima kesakitan kali ke 3. Minta2 settle la kali nih. Macam trauma plak gua nak hadap benda alah nih. Tengok signboard klinik gigi pun gua dah lemah dah. Ah... langgar tetap langgar beb.

Selepas dipanggil masuk, gua diminta ke sudut x-ray. Gigi gua di x-ray. Then, gua diminta baring kat kerusi pesakit tuh. Dr terus buat persiapan nak bedah.

"Tanya Dr... ni Dr nak bedah la nih?"

"Ya.."

"Tak perlu rujuk x-ray?"

"Tu dah siap."

Rupa2nya pilem x-ray dah siap. Dr tu tampal kat lampu, dan tunjuk kat gua keadaan gigi gua. Sepatah haram gua tak tahu. Ntah mana gigi, ntah mana tulang rahang, ntah mana medula oblongata.

"Ok dik. Pembedahan ni akan dikenakan caj RM50, yer."

"Ok.. (terima kasih BN)."

Then, gua dibius. Gusi bahagian depan dan bahagian belakang. Kat lelangit gua. Sakit wooo.... Gua dibiarkan kejap. Pastu Dr check gua sama ada sakit atau tidak dengan menekan 1 benda alah ke gusi gua.

"Sakit?"

"Tak. (alhamdulillah)."

"Sini? Sakit?"

"Tak."

Tangan gua pun merayap ke beg pinggang gua. Keluar hp China gua, dan rakam. Risau gak kampung Dr tu kat Rusila. Mau kena rampas hp gua nih. Mujur, Dr tu cool. Gua pun angkat gua punya ketiak, dan rakam. Seb baik hp China gua ada cermin kat bawah lensa. Nampak gua kat cermin tu, bermakna lensa tu tepat kat gua la tuh.

Rakam punya rakam, tarik punya tarik, gigi gua takmo berhijrah keluar dari sarung tulang rahang. Maybe Dr ni sopan sebab rakaman nih. Gua mula mencari pembolehubah.

"Gigi adik ni, macam dah sebati dengan tulang la."

"Sepatutnya, masa eksiden dulu, buang terus gigi ni." Sampuk nurse.

"Kita terpaksa trim tulang rahang adik."

"Kita potong sket tulang gusi ni."

Ah... sudah. Gua lelap mata. Takut tengok peralatan untuk potong. Dengar bunyi dah macam mesin grander dah. Bila kena jer tulang gusi gua.... tu dia.... sakit + ngilu+ Sembilu+Janji Diana. Semua ada lah. Sodap lak ai... Terus gua tak mampu nak rakam dah. Simpan hp dalam beg balik. lelap mata, bina AI otak gua bahawa gua di pantai bersama gadis2 seksi. Weeeee.....

Adakala teringat saat2 Man U dibelasah...
Adakalanya imbas semula saat2 Barcelona menganjingkan pasukan EPL, Arsenal.

Pendek cerita, gigi gua berjaya dibuang. Dr cakap, yang tajam2 ni bukan gigi, tapi tulang.

"Ok. Gigi dah dibuang. Yang tajam2 ni bukan gigi yer. Tapi tulang."

Ah.. sudah.. jangan tajam tulang tu menyebabkan gusi gua bengkak sudah... satu lagi episod sakit. Fobia bai...

"Skang kita jahit. Nurse.. bawakan mesin jahit Singer."

Tak lah. Gua plawok jer. Then, proses jahit. Sempat gua nampak mata kail. Sah.. Dr ni jahit gua guna mata kail. Ni kalau mata kail ni lekat kat bibir gua, mau Dr ni kena jackpot kek owner kolam pancing nih. Settle jahit, Dr bagi gua date untuk buka jahit.

"MC nak?"

Gile ke apa tak mau. Gua angguk. Mulut tak bleh cakap. Gua rasa ada api duduk dalam. Mata dah berair dah. Tahan sakit. Ada sedikit naluri untuk menari shuffle kat situ.

"Tunggu kat luar. Bayar kat kuanter. Nanti ubat ambil kat farmasi sana, yer."

Gua angguk lagi. Mulut penuh dengan 'gos'. Cam tu kot ejanya. Ala... mcm kapas la. Dalam bentuk kain.

Gua seluk beg, keluarkan 3 set artikel gua. Letak kat atas meja Dr. Masing2 ambil la sorang 1. Mudah2an ianya membantu kita mempunyai sudut fikiran kedua.

"Apa ni?"

"Ha hi hal."

"Ha?"

"Ha hi hal."

"Apa tu?"

"HA HI HAL!"

"Oooo... artikel."

MC tak MC... walau dapat 2 hari, gua datang kerja gak. Sekali check temujanji, 15 Mac. Bongok punya Aduka. 15 Mac lu dekat Mahkamah Seremban la.....

Tiada ulasan: