Sabtu, 5 Mac 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Jangan kerap sangat makan Maggi..

Posted: 04 Mar 2011 08:13 PM PST



Oleh : AdukaTaruna

Pertamanya, tahniah kepada Pakaq kerana berani dalam menyatakan kebenaran. Keduanya terima kasih kepada semua rakan, terutama bro MSK dan ISA. Ketiganya, jangan makan Maggi secara kerap, Pakaq.

Entahlah... nak berikan bukti saintifik, gua takda. CAP pun, yang pernah gua baca ialah dakwaan kajian mereka terhadap racun kulat yang tinggi digunakan oleh syarikat pembuat roti Gardenia.  Tapi gua story bose on cerita2 rakyat jer la.

Yang pasti, kerajaan tahap Melayu Malaysia, nak haramkan produk syarikat2 kapitalis pro US dan Israel, memang bacul lah. Mujur Maggi bawah Nestle. Kalau Al-Arqam yang keluarkan Maggi, gua ingat laju jer kena haram. Media no 1 yang buat liputan ialah Utusan Malaysia.

Kes 1.

Adik kepada rakan gua yang sama2 berniaga baju dengan gua. Kedua-dua buah pinggangnya rosak sejak darjah 6. Bergantung hidup kepada mesin 2 kali seminggu. Kini berumur 20 tahun. Bila gua tanya, sebab2, dengan yakin member gua cakap amalan makan Maggi, oleh adiknya itu.

Kes 2.

Bekas bos kepada bini gua. Sama cam di atas. Buah pinggang rosak dan terpaksa bergantung kepada mesin. Bezanya, mujur dia ni kaya. Bila ditanya bini gua, dengan yakin dia mengatakan amalan memakan Maggi. Malah menasihatkan mana-mana orang yang bertanya tentang keadaan didrinya, supaya, jangan amalkan memakan Maggi.

Kes 3.

Seorang pakcik penjual pisang goreng, yang juga rakan kepada abah gua, bersunguh2 meminta gua mencuba satu eksperimen. Yakni, meletakkan Ajinomoto ke rumput. Dan rumput akan mati. Gua tak sempat cuba, sebab berlaku peristiwa dituduh oleh Melayu Jakun, berbaka IQ rendah, menghina Sultan Johor dengan word mampos.

Kalau gua ingat, lepas taip ni, gua nak test la. Heee...

Nota Kaki.

Pasal banyak pembaca tahap Rusila dan UMNO, terpaksala gua buat nota kaki. Istilah Maggi n Ajinomoto tu gua ambil atas premis jenama lah. Bukannya pembolehubah. Maybe pembolehubahnya ialah MSG. Kang dia soal pulak gua untuk makan Cintan ganti Maggi pulak. Kalau gua malas nak jawab, terus dia ijtihad yang bukan2..

Tiada ulasan: