Addin |
- (Gambar) Nah!! Ini Dia Bukti Bumi Sarawak Di Gondol Oleh Taib Mahmud
- Datuk 'T' Suspek Utama, Bukan Saksi
- MB Jamin Kilang Proses Nadir Bumi Lynas Selamat.. Jepun Pun Janji Macam tu Jugak Tapi Sekarang Apa Dah Jadi ??
- Sah!! Datuk 'T' Dan Gerombolan Adalah Golongan Fasik..
- Kenyataan Muhyiddin Yang Paling Bodoh!!
- Indah Khabar Dari Rupa.. Skim Rumah Pertamaku Membebankan
- Taib Mahmud Semakin Lupa Dan Semakin Nyanyuk
(Gambar) Nah!! Ini Dia Bukti Bumi Sarawak Di Gondol Oleh Taib Mahmud Posted: 31 Mar 2011 09:32 AM PDT Sebuah laman sesawang alam sekitar mendakwa imej satelit yang dirakamkan tidak selari dengan dakwaan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa 70 peratus daripada hutan di negeri itu masih tidak terusik.Imej satelit Gogle Earth yang dikumpul dan diterbitkan di portal Mongabay.com menunjukkan hutan-hutan di Sarawak semakin jarang jika dibandingkan dengan jirannya di Kalimantan, Indonesia dan Brunei. Menurut laman sesawang itu yang dipetik oleh penerbitan Universiti Yale environment360 berhubung topik yang sama, imej-imej itu diperolehi daripada GeoEye, TerraMetrics, Tele Atlas, Europa Technologies dan program satelit yang lain. "(Imej itu) menunjukkan jalan balak ke kawasan hutan Sarawak. Hutan sekitar sempadan antarabangsa pula kurang impak," lapornya.Ketika diakses oleh Malaysiakini, aplikasi Google Earth yang boleh juga dilihat oleh semua didapati selaras dengan penemuan di Mongabay. Kerajaan Taib sejak kebelakangan ini dibidas oleh pelbagai pihak yang mendakwa imej satelit hanya menunjukkan kira-kira 10 peratus hutan di negeri itu masih tidak diusik.Ini termasuk kumpulan Bruno Manser Fund (BMF), yang berpangkalan di Switzerland./mk Addin : Aku pun dah tinjau-tinjau kat google earth sepertimana yang dilaporkan oleh portal Mongabay.com. Memang sah telah di gondol oleh Taib Mahmud dan kroni-kroninya yang rakus dan kejam. Pada PRN Sarawak ke 10 ini, wajib bagi rakyat Sarawak untuk menolak Taib Mahmud yang telah menjarah kekayaan negeri untuk keluarga dan kroninya. Di bawah ini aku sertakan gambar-gambar imej satelit untuk tatapan semua. Kalau nak imej lebih jelas download lah google earth kat sini dan follow imej-imej kat sini...
| ||||||||||||
Datuk 'T' Suspek Utama, Bukan Saksi Posted: 31 Mar 2011 07:00 AM PDT SHAH ALAM - Wanita KEADILAN menegaskan trio 'Datuk T', yang mendalangi tayangan seks palsu di Hotel Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu, adalah suspek utama yang perlu disiasat dan bukan saksi, kata Timbalan Ketua Wanita Pusat KEADILAN, Rodziah Ismail. Menurutnya, beliau mengulangi gesaan Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa penayangan video seumpama itu adalah jelas bertentangan peruntukan undang-undang sedia ada kerana kesalahan memiliki, menyebar dan menayangkan filem lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam. "Berikutan sidang video lucah mereka (trio 'Datuk T'), mereka sepatutnya disabitkan dengan kesalahan undang-undang tersebut," ujarnya. Beliau seterusnya mendesak pihak berkuasa menahan trio tersebut, yang didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah. "Justeru, Wanita KEADILAN menuntut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menangkap ketiga mereka di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan," katanya sambil mengingatkan pihak polis supaya bersikap profesional dan tak menyebelahi Umno Barisan Nasional (BN) dalam isu itu. "PDRM harus tidak menyebelahi mana-mana parti politik, bersikap profesional dan adil terhadap rakyat. "Ingatlah, rakyat sedang melihat dan menilai integriti dan kecekapan polis dalam menangani isu ini," tegasnya. Sementara itu, Rodziah mengajak rakyat supaya bersama menolak politik kotor dan jijik yang dimainkan Umno-BN. "Ia (rakaman video) adalah dangkal, malah membuktikan bahawa UMNO terlibat secara terang-terangan berusaha mengheret rakyat ke dalam permainan politik kotor Umno BN," ujarnya. Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Pedana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyebut bahawa Akta Perlindungan Saksi dan Pemberi Maklumat boleh digunakan untuk melindungi individu berkenaan, sebelum menarik semula kenyataan tersebut./Keadilan Daily | ||||||||||||
Posted: 31 Mar 2011 05:00 AM PDT Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memberi jaminan bahawa pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi milik Syarikat Lynas Corporation Ltd. dari Australia di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan, adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar.Katanya, kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan dan pandangan daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut sebelum bertindak meluluskan tapak pembinaan kilang itu. "Pembinaan kilang itu sengaja dijadikan isu politik oleh pihak tertentu yang didalangi pihak parti pembangkang," katanya kepada pemberita di Kuantan.Terdahulu, beliau dan semua pengerusi jawatankuasa kerajaan negeri diberikan taklimat kali kedua daripada LPTA dan pakar tenaga atom yang diketuai Ketua Pengarah LPTA, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan. Menurut Adnan, sebelum meluluskan permohonan daripada syarikat berkenaan pada tahun lepas, ia telah melalui beberapa proses yang ketat dan membabitkan beberapa badan teknikal daripada LPTA dan pihak-pihak yang berkaitan dengan nuklear. "Kita berharap penduduk terutamanya di Kuantan tidak merasa panik atau gusar apabila kilang itu yang dijangka beroperasi pada September ini kerana ia tidak akan membebaskan radiasi dan membuang sisa-sisa air yang digunakan untuk memproses bahan tersebut tetapi air itu akan dikitar semula," katanya.Semalam, kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan Parlimen kerana membantah pembinaan kilang pemprosesan bahan radioaktif itu. Mereka yang mendakwa terdirinya daripada beberapa penduduk sekitar Kuantan dan aktivis termasuk dari badan-badan bukan kerajaan bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi kelak.Bernama | ||||||||||||
Sah!! Datuk 'T' Dan Gerombolan Adalah Golongan Fasik.. Posted: 31 Mar 2011 02:00 AM PDT Dalam menghadapi keadaan politik mengeksploitasi isu peribadi, seperti dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan dakwaan itu. Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya"Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti." Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Juanda berpendapat isu melibatkan keaiban peribadi tidak boleh dijadikan modal politik, apatah lagi jika perkara berkaitan seks yang amat memalukan."(Kalau betul pun), kita tak tahu, mungkin dia sudah bertaubat. Kenapa perlu dedahkan perkara itu? Siapa tak ada aib di masa lalu?" soal Dr Juanda lagi. Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong oleh empat saksi yang adil kerana kesalahan zina amat berat dan hukuman yang dijatuhkan hendaklah bebas daripada sebarang prasangka."Kalau ada (hanya) tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat," katanya. Semalam, ulama terkenal Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, para mufti wajar menyatakan pendirian berhubung isu "politik selak kain" susulan tayangan video kontroversi minggu lalu./mk | ||||||||||||
Kenyataan Muhyiddin Yang Paling Bodoh!! Posted: 31 Mar 2011 12:00 AM PDT Kenyataan Timbalan Perdana Menteri menggelar parti selain BN, yang akan berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang', mencerminkan ketakutan pemimpin BN itu. Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menutup kelemahan BN setelah lebih 46 tahun menguasai negeri Bumi Kenyalang itu namun masih ketinggalan. "Tak payah komen la...bodoh sangat. "46 tahun lebih mereka di Sarawak, apa yang dibuat?" soalnya yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa. Katanya, rakyat harus sedar bahawa BN telah menganaktirikan Sarawak sejak sekian lama. Walaupun Sarawak kaya dengan hasil mahsyur jelasnya, namun rakyat dan negeri itu sendiri masih ketinggalan dari arus pembangunan. Dan tidak pelik katanya jika Muhyiddin menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan mereka apatah lagi berdepan pilihan raya negeri itu 16 April ini. "Baru sekarang nak buat itu, buat ini," tambahnya. Muhyiddin semalam menyifatkan parti selain BN yang akan menyertai pilihan raya Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang' dan perlu ditolak rakyat. Katanya, sebahagian 'hantu' dan 'jembalang' itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini dan akan menawarkan janji-janji manis. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di Kampung Boyan-Gersik di Kuching semalam./Harakahdaily | ||||||||||||
Indah Khabar Dari Rupa.. Skim Rumah Pertamaku Membebankan Posted: 30 Mar 2011 09:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenal kerajaan Persekutuan tidak memberi keuntungan kepada golongan muda, sebaliknya akan menyebabkan golongan ini terjebak dengan hutang piutang diusia yang muda. Skim ini juga dalam diam bakal menambah golongan bankrap dinegara ini. Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan Pusat disaran membentuk satu tabungan dengan kerjasama institusi-institusi kewangan kepada golongan muda yang berhasrat mahu membuat pinjaman perumahan dengan kadar dan syarat yang tidak membebankan. Dr Dzulkefli menjelaskan, tawaran pinjaman 100 peratus untuk golongan muda dan baru bekerja berpendapatan RM3,000 ke bawah itu akan membebankan golongan muda dalam meneruskan perbelanjaan harian. Ini kerana golongan ini juga perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan lain seperti sewa beli kenderaan, pakaian, makanan, membantu keluarga dan sebagainya. Dr Dzulkefly menambah trend membeli rumah tanpa sebarang bayaran muka mendedahkan pembeli kepada risiko yang tinggi jika berlaku kemelesetan ekonomi. "Saya dan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat merasakan perlu disemak dan dikaji oleh kami. Perkara mengenai tanah atau rumah bukan perkara yang mudah seperti membeli motor, membeli baju baju atau membeli peralatan di rumah. Lalu kerana itu tidak ada jalan pintas dalam memiliki hartanah atau rumah," "Sebabnya kerana dalam skim 100 peratus pinjaman sehingga tiada bayaran akan membebankan pembeli Dengan tiada downpayment bererti umah itu 100 peratus milik bank, maksudna pembeli tiada ekuiti langsung dan seandainya berlku kebejaan ekonomi , merudumnya ekonomi maka pemilik akan menghadapi hutang melebihi esetnya." Beliau menambah pinjaman 100 peratus bukan bererti pembeli tidak perlu membayar kos lain. Urusan guaman dan yuran perpindahan secara sembunyi perlu dibayar pembeli. Skim Rumah Pertamaku diumum Najib dalam pembentangan Bajet 2011, tahun lalu. Skim ini mendapat kerjasama 25 institusi kewangan untuk rumah berharga antara RM100,000 dan RM200,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 30 tahun./Tvs News | ||||||||||||
Taib Mahmud Semakin Lupa Dan Semakin Nyanyuk Posted: 30 Mar 2011 07:00 PM PDT Taib Mahmud kini kelihatan terdesak dan terpaksa memilih untuk mempertahankan maruah dirinya menjelang kempen pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi. Ini adalah kerana dia cuba membidas tohmahan dan dakwaan pihak pembangkang mengenai pelbagai kesalahannya seperti rampasan tanah, rasuah, nepostism dan menyalur keluar kekayaan Sarawak kepada bank-bank, perniagaan-perniagaan dan syarikat-syarikat hartanahnya di luar negara. Para penasihatnya telah membuatnya menghadapi dan menjawab segala isu yang dibangkitkan bagi memulihkan kepercayaan para pengundinya yang kini kian marah. Suatu dari kaedah yang telah mereka laksanakan, yang dikenali sebagai 'perang cyber', adalah mempersembahkan beberapa siri tayangan video (yang disunting semula sebegitu rupa) temubual di mana dia menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu oleh beberapa orang pemberita (termasuk seorang pemberita yang dibawa khas dari luar negara oleh syarikat PR). Kemudian liputan itu diterbitkan di dalam kebanyakan laman-laman web baru BN dalam usaha mereka untuk memenangi hati rakyat. Lebih baik mendiamkan diri? Namun si atuk ini sering kelihatan tidak selesa dengan peranannya semasa menjawab soalan-soalan yang 'sukar yang menyentuh perkara-perkara yang sepatutnya dielakkannya seperti penghutanan semula, kekayaannya dan masalahnya dengan pemilik-pemilik tanah orang-orang peribumi – dan apa yang kita dapati akhirnya, adalah suatu kesilapan yang amat memalukan. Dalam pengakuannya yang terkini Taib sekali lagi telah kelihatan berusaha untuk menamatkan dakwaan-dakwaan terhadapnya bahawa anaknya telah memperolehi segalanya hasil dari wangnya sendiri dan juga dari peluangnya selaku seorang ahli politik. Namun alasan-alasannya yang tak masuk akal ini telah menimbulkan keraguan bahawa dia seorang yang pelupa dan semakin nyanyuk: "Anak-anak saya semuanya berpelajaran tinggi, mereka telah menjalankan perniagaan mereka di luar negara. Saya terpaksa melakukan perniagaan di luar negara sejak 30 tahun lalu. Alasannya mudah sahaja kerana saya tidak mahu perniagaan saya itu bercanggah dengan kepentingan tugas harian saya, yang akan menghantui saya. [Jika] saya berniaga di dalam negeri, orang akan mengatakan saya menggunakan pengaruh saya untuk menambahkan kekayaan saya, maka kami berniagalah di luar negara" Apa yang orang tua itu telah lupa, tetapi kebanyakan penduduk Sarawak tidak, bahawa keluarga, khasnya anak-anaknya, SEMEMANGNYA memiliki bilangan perniagaan yang terbanyak di negeri Sarawak. Kebanyakan dari perniagaan mereka adalah merupakan perniagaan yang 'diswastakan' dari kerajaan Negeri Sarawak yang diberikan oleh Taib Mahmud sendiri dan beliau sentiasa mempastikan bahawa kontrak-kontrak besar kerajaan akan 'dilaksanakan' oleh perniagaan keluarga beliau! Bermula dengan CMS, dan kini ke Titanium Management! Penemubual yang 'jinak', yang diterbangkan khas dari UK itu, bukan diupah untuk bertanyakan soalan-soalan susulan, jika tidak, maka dia akan bertanya, "Bagaimana pula dengan CMS dan Titanium Management?!" Cahya Mata Sarawak kini merupakan syarikat terbesar di Sarawak dan merupakan perniagaan utama di Malaysia – terlibat dalam urusniaga dari pembinaan bangunan hingga ke perbankan. Siapakah pemegang utama saham-saham mereka? Mereka sebenarnya, adalah, ahli-ahli keluarga Taib Mahmud sendiri. Sebenarnya menurut Laporan Tahunan bagi tahun 2009 yang diterbitkan secara on-line, pemegang terbesar ke atas saham-saham dalam CMS yang telahpun meninggal dunia – adalah mendiang isterinya, Laila! Laila memegang 11.23% saham-saham di syarikat itu yang bernilai RM94 juta. Dua orang lagi pemegang saham-saham terbesar adalah anak-anak lelakinya, Abu Bekir dan Sulaiman, diikuti anak-anak perempuannya, Jamilah dan Hanifah, yang sama-sama memiliki syarikat Majaharta. Apakah maksud Taib dengan menyatakan bahawa beliau dan anak-anaknya hanya berniaga di luar negara sahaja? Dan adakah beliau mengharapkan bahawa para pengundinya menganggap arwah isterinya yang pernah memegang saham terbanyak dalam CMS dahulu itu hanya dongeng atau fitnah semata-mata? Taib telah 'menswastakan' banyak perniagaan milik negeri ini kepada CMS miliknya itu sebaik sahaja beliau memerintah. Begitu juga, beliau telah menswastakan suatu monopoli perniagaan kerajaan negeri yang melibatkan pengeluaran lesen-lesen perkapalan kepada sebuah lagi syarikat keluarganya, Achi Jaya (yang dikendalikan oleh adiknya, dan juga selaku rakan-niaganya, Onn Mahmud). Salahguna kuasa beginilah merupakan sebahagian dari asas kekayaan keluarganya disamping kegiatannya mencari kenalan niaga yang berlumba-lumba mendapatkan konsesi-konsesi pembalakan dan perladangan. Taib telah menyalagunakan kuasanya untuk menambahkan kekayaan CMS Jauh dari mengelakkan konflik kepentingan terhadap tugas dan tanggunjawabnya sebagai seorang menteri atau penjawat awam, para pembaca hanya perlu membaca secara imbasan Laporan Tahunan CMS bagi tahun 2009 yang diterbit secara on-line untuk mengetahui bagaimana Taib telah mengeksploitasi kedudukan-kedudukan tingginya sebagai Ketua Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pembangunan Sumber bagi mempastikan wang negeri dimasukkan ke dalam syarikat keluarganya. Taib telah mempersembahkan video on-line yang berjudul "Financial Transparency in Sarawak" [Ketelusan Kewangan di Sarawak], tetapi beliau telah sebenarnya 'merundingkan' semua kontrak-kontrak mewah secara tertutup dan penuh rahsia. Sekali lagi, ini kerana, sebagai mana yang dilaporkan dalam Laporan Tahunan bagi tahun 2009 syarikat CMS, Taib telah merundingkan semuanya pada dirinya sendiri! Dalam masa setahun sahaja, kontrak-kontrak besar dari negeri Sarawak telah diberikan kepada CMS, termasuk pembinaan Bangunan Parlimen Negeri yang baru, bernilai RM296.5 juta; Pusat Konsvensyen Borneo (BCCK) yang baru, bernilai RM195 juta; Ibupejabat Sarawak Energy Berhad yang baru, bernilai RM232 juta dan sebuah jambatan yang merentasi laluan Batang Strap, bernilai RM20 juta. Macam mana Taib boleh lupa semua ini apabila beliau mengaku di hadapan penemubual (pemberita) dari luar negara bahawa beliau sentiasa mempastikan untuk tidak berniaga di dalam negeri Sarawak bagi mengelakkan konflik kepentingannya?! Seorang anaknya ahli perniagaan terkemuka di Sarawak! Sehingga Taib bercadang untuk mencalonkan anaknya, Abu Bekir, bertanding dalam pilihanraya negeri yang akan datang ini, dia tetap mempastikan bahawa anak sulungnya itu terlalu sibuk dengan perniagaannya dan tidak mempunyai masa berpolitik. Tetapi, di manakah perniagaannya dijalankan? Sila biarkan salinan Laporan Tahunan CMS bagi tahun 2009 itu yang diterbitkan secara on-line untuk mengesan. Abu Bekir mungkin memiliki perniagaan di luar Sarawak, tetapi kepentingan-kepentingannya di dalam negeri Sarawak juga amat menakjubkan. Bekir bukan sahaja berada di dalam Lembaga Pengarah CMS, malah dia memiliki banyak perniagaan, kesemuanya menikmati habuan dari ayahandanya, Taib, sebagai Ketua Menteri. Abu Bekir bukan sahaja Timbalan Pengerusi Kumpulan bagi CMS (Pengerusi adalah iparnya, iaitu suami kepada Hanifah), malah Bekir juga Pengerusi dan juga pemegang saham terbesar dalam syarikat Sarawak Cable. Dia juga Pengarah dan pemegang saham terbesar dalam syarikat persendiriannya Titanium Management, iaitu sebuah syarikat yang pernah menimbulkan kemarahan kerana menerima kontrak-kontrak besar daripada bapanya, Ketua Menteri Abdul Taib bin Mahmud, sebaik sahaja dikorporatkan, walaupun tanpa memiliki apa-apa rekod. Skandal terbesar adalah kontrak biayaan negeri untuk membina 384 buah jambatan dengan kos sebanyak RM551 juta. Titanium Management bukan sahaja gagal menyiapkan kesemua jambatan itu, malah ianya juga telah terjerumus dalam 76% lebihan perbelanjaan berjumlah RM947.8 juta, di mana bapanya Taib telah dengan baik hatinya bersetuju agar kerugian itu ditanggung oleh Negeri Sarawak! Rampasan tanah juga Titanium Management dan anak-anak syarikatnya juga merupakan peraih tanah-tanah yang dirampas kerajaan BN pimpinan ayahandanya Taib Mahmud. Abu Bekir telah menerima tanah-tanah itu (kebanyakannya tanah NCR) yang jumlah kesemuanya sebesar kepulauan Singapura, berdasarkan siasatan kami ke atas rekod-rekod yang kami perolehi dari pejabat pendaftar tanah. Keputusan-keputusan untuk menyerahkan tanah-tanah itu kepada syarikat-syarikat milik Abu Bekir dilaksanakan secara tertutup dan bukannya secara tender terbuka, dan kesemuanya dilakukan oleh Taib Mahmud. Si anakanda Abu Bekir pula tidak dipaksa menjelaskan apa-apa premium tanah itu, kerana dia menerimanya sebagai 'payment in kind'. Maka, apakah yang telah difikirkan oleh orang tua itu, apabila beliau mengaku bahawa tidak berlaku sebarang konflik kepentingan ketika beliau dan keluarganya berurusniaga di Sarawak? Setiap orang di seluruh negeri Sarawak tidak mengetahui hakikat ini! Pengharap habuan, seperti Awang Tengah Sementara itu, terdapat juga skandal-skandal lain yang berterusan yang melibatkan penganugerahan-penganugerahan ladang untuk mendapatkan sokongan dari kalangan menteri-menteri (pilihannya) dan juga para kroninya. Berdasarkan kajian terkini kami, konflik kepentingan yang melibatkan rakan-rakan politik Taib adalah merupakan kawasan tanah yang luas yang diserahkannya kepada Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Ke-duanya, Awang Tengah. Awang Tengah, yang telah mengeluarkan banyak kenyataan tegas mengenai hak-hak Kerajaan Negeri untuk 'menyukat dan membahagikan' tanah-tanah NCR pada minggu-minggu yang lalu, merupakan peraih yang bertuah ke atas 6,000 hektar tanah di kawasan balai Ringin. Orang yang didaftarkan selaku penerima tanah tersebut seperti yang terdapat dalam rekod pejabat pendaftar tanah adalah timbalannya, Awang Matusin Awang Drahman./Sarawak Report |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan