Ahad, 27 Mac 2011

Addin

Addin


Taib Mahmud Pencuri Elektrik ?

Posted: 27 Mar 2011 05:00 PM PDT

Pada ketika kebanyakan orang sedang berjimat untuk mengatur perbelanjaan bagi menghadapi kenaikan bayaran bil elektrik, Sarawak Report mendapati Ketua Menteri sedang mengguna bekalan elektrik yang dicurinya untuk berjimat! Maklumat yang mengejutkan ini datangnya dari seorang sumber dalaman yang mengetahui segala-galanya dalam rumahtangga Taib Mahmud.

Kami juga telah mendapat tahu mengenai perkara ini daripada ketua juruteknik yang dilantiknya untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kediamannya di Demak Jaya.

Kami diberitahu bahawa Ketua Menteri telah memasang kabel bawah tanah secara rahsia, yang melewati meter elektrik di luar rumahnya. Kabel bawah tanah itu dihubungkan terus ke wayar-wayar dalam rumahnya. Ini bermaksud, sekurang-kurangnya separuh dari arus elektrik masih melalui meter bagi membolehkan beliau menjimatkan bayaran elektriknya!

Ketamakan yang keterlaluan?

Taib telah menunjukkan bahawa beliau tidak biasa membelanjakan wangnya. Semua urusan keluarganya dibiayai oleh orang lain. Memandangkan keluarga Taib sudah terbiasa mengambil, bukannya memberi, mereka harus mempastikan bahawa bil-bil mereka adalah serupa dengan kadar yang dikenakan kepada kita

Walau bagaimanapun, kita harus ingat bahawa Taib sememangnya membayar bil elektrik yang lebih. Beberapa tahun lalu kita telah diberitahu mengenai Dewan Undangan Negeri Sarawak telah sebulat suara bersetuju membawa elaun tahunan yang amat lumayan perlu diadakan untuk Ketua Menteri bagi membantunya membayar bil-bil elektriknya, yang kita faham bahawa beliau banyak mengadakan hiburan dan melayan tetamunya di kediaman mewahnya itu.

Secara kontranya, Sarawak Report berasa simpati dengan kebanyakan rakyat Sarawak yang menjadi mangsa dasar keras syarikat Sesco milik kerajaan, yang sering memotong bekalan pelanggannya yang tidak mampu membayar kos elektrik yang kian meningkat.

Pada dasar berkenaan, khasnya yang berhubung dengan keluarga yang telah ditempatkan semula untuk memberi laluan kepada pembinaan empangan-empangan hidro-elektrik. Salah satu dari insentif yang dijanjikan agar masyarakat-masyarakat Batang Ai (Lubok Antu) dan Bakun (Belaga) berpindah ke penempatan yang baru, adalah mereka akan mendapat bekalan elektrik secara percuma. Namun, kedua-dua komuniti itu telah dikehendaki membayar bil eletrik mereka sepenuhnya, dan ramai di kalangan orang-orang itu telah dipotong bekalan elektrik mereka kerana mereka tidak mampu menjelaskan bil kepada Sesco.

Pengerusi Lembaga Pengarah Sesco Bhd adalah sepupu mewah Taib, iaitu Hamid Sepawi. Turut menggotai Lembaga Pengarah Sesco juga adalah anak lelaki Timbalan Ketua Menteri Alfred Jabu. Kedua-dua Hamid dan Jabu sama-sama menikmati banyak pekerjaan dan konsesi dari Ketua Menteri justeru itu mereka tidak perlu bimbang akan bil-bil mereka itu. Ketika dia bertegas terhadap pelanggan-pelangggannya yang kebanyakannya miskin, Sepawi dikatakan boleh berlembut terhadap bosnya yang mewah itu!

Apa yang disahkan oleh pengurus juruteknik

Bagi mengesahkan maklumat yang sukar dipercayai itu, kami mengambil keputusan untuk bertanya kepada orang yang telah memasang sistem untuk melewati meter itu untuk Ketua Menteri.

Orang tersebut merupakan ketua juruteknik yang menguruskan kerja-kerja teknikal di kediaman Taib di Demak Jaya, Jong Ka Ching. Kami juga mendapat tahu bahawa adik Taib yang tinggal bersebelahan dengan Taib, iaitu Raziah Mahmud, yang mendengar mengenai sistem tersebut dan menunjukkan minatnya juga! Raziah juga kaya-raya, tetapi kenapa dia enggan membayar bil-bil elektrik seperti kebanyakan pengguna biasa yang lain.

Maka kami telah menghubungi Jong Ka Ching sama ada dia boleh memasang sistem yang serupa untuk anak lelaki Taib, Abu Bekir. Kami pasti Abu Bekir amat memerlukan sistem yang serupa memandangkan dia baharu saja bercerai dengan isterinya dengan tuntutan cerai berjumlah RM400 juta, maka Bekir sudah tentunya ingin menjimatkan wangnya! Kami menghubungi ketua juruteknik, Jong Ka Ching, pada telefon bimbitnya di mana kami telah menyamar sebagai setiausaha Abu Bekir dan menyuruhnya datang dan membincangkan perkara berkenaan dengan Datuk itu.

Berdasarkan perbualan melalui telefon itu maka sahlah Encik Jong Ka Ching itu yang melakukan kerja-kerja tersebut untuk kediaman Taib di Demak Jaya. Dalam perbualan itu, Jong telah berkali-kali mengakui dialah yang telah memasang sistem itu untuk rumah Pehin Sri.

Apabila kami menceritakan keadaan itu kepada pengurus senior dalam Sesco, reaksinya adalah "jadi, kamu tahu mengenai perkara itu, kan?!" Tidak lama dahulu Sesco pernah dikritik mengenai urusan mereka mengambil penguru-pengurus luar negeri yang dibayar gaji yang tinggi. Ketua Pegawai Eksekutif yang baru mereka, Torstein Dale Sjotveit, dibayar RM4 juta setahun dan dibiayai 10 tiket penerbangan balik ke Norway setiap tahun. Terdapat 20 orang jurutera dari luar negera yang berkhidmat di bawah Sjotveit, kesemuanya dibayar gaji melebihi kadar gaji normal di Sarawak.

Baru-baru ini YB Chong wakil DAP Kuching telah mengadu kepada parlimen mengenai bayaran pemasangan meter yang diwajibkan oleh Sesco terhadap pelanggan-pelanggannya.

Para pelanggan mereka dikehendaki membayar RM650 untuk pemasangan meter yang dikatakan yang terkini, dan sesiapa di kalangan pelanggan mereka yang tidak mampu menjelaskannya, maka mereka terpaksalah bergelap!

Namun, aduan terhadap Sesco yang paling mengejutkan adalah majoriti penduduk Sarawak, sebuah negeri yang terkaya di Malaysia, 80% rakyatnya yang tinggal di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman tiada bekalan elektrik sama sekali!

Bagi pihak Encik Jong, Sarawak Report ingin mengesahkan bahawa apabila kami memanggilnya semula untuk bertanyakan progress kerjanya, dia menjawab dengan mengatakan dia belum bercakap dengan Abu Bekir, dan dia juga menyatakan bahawa Abu Bekir tidak berada di Kuching atau tidak memerlukan sebarang perkhidmatan pemasangan sistem yang dibincangkan itu. Dia, kemudiannya, menafikan bahawa dia pernah memasang sistem tersebut. Mungkin Taib Mahmud ingin menjelaskan keadaan dan mengesahkan atau menafikan maklumat yang tersangat sahih pernah kami terima itu?

Mangsa perang-cyber

Sebagai tambahan kepada artikel ini kami ingin melahirkan kebimbangan dan simpati kami terhadap kes perlucutan jawatan seorang kakitangan penting kepada akhbar the Borneo Post. Perlucutan jawatan itu dilaksanakan berdasarkan arahan yang datangnya terus dari pejabat Ketua Menteri. Alasan perlucutan jawatannya itu, sebagaimana yang kami tahu, adalah kerana proof-reader itu telah melakukan kesilapan yang telah dianggap mempersendakan cubaan Ketua Menteri menangkis serangan-serangan media internet menerusi 'Perang-cyber'.

The Borneo Post telah mengarang sebuah artikel untuk mempromosikan salah sebuah dari berbelas-belas buah laman web yang dibiayai oleh Ketua Menteri itu. Nama laman web tersebut yang hampir serupa dengan nama laman web kami ini, Sarawak Report, sebenarnya mempunyai huruf yang ekstra! Si proof-reader yang malang itu telah berkali-kali membaca draf artikel itu dan menganggap dia telah terserempak dengan kesilapan ejaan, yang kemudiannya memutuskan untuk membetulkan supaya menjadi www.sarawakreport.org, yang sememangnya alamat laman web ini!

Akhirnya, artikel the Borneo Post yang telah diletakkan secara strategik itu telah mempromosikan kami, dan bukannya mempromosikan 'senjata-cyber' tajaan Ketua Menteri, dengan mengeksploitasi nama kami!

Kami amat bersimpati dengan nasib malang yang menimpa proof-reader itu, yang amat setia kepada majikannya, yang, seperti kita juga, bergantung hidup pada gajinya. Kenapakah seorang yang professional sepertinya harus diperlakukan sedemikian kerana kesilapan kecil ketika melayan kehendak dan nafsu Ketua Menteri? Kini sudah tiba masanya bagi negeri Sarawak telah mendahului negara-negara yang lain di dunia mencipta atau menggubal undang-undang untuk melindungi rakyatnya daripada dilucutkan jawatan sesuka hati oleh seorang dictator seperti Taib Mahmud.

Jangan lupa, anda tak dapat melucutkan jawatan seseorang sesuka hatimu, Taib Mahmud … tetapi mereka boleh melucutkan jawatan anda dalam masa 3 minggu lagi!/Sarawak Report

Adakah Shafie Afdal Terlibat Video Seks Fitnah ?

Posted: 27 Mar 2011 07:27 AM PDT

Teori kemungkinan kebarangkalian yang dijaja dari mulut ke mulut di Kota Kinabalu, ada asasnya untuk mendakwa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terlibat dalam Skandal Video Seks yang dikatakan melibatkan pemimpin pembangkang; memandangkan bapa mertuanya, Datuk Shuib Lazim dan C.E.O kanan sebuah agensinya, RISDA, Datuk Rahim Thambi Chik dikatakan terlibat secara langsung dengan isu berkenaan.

Saya tidak bermaksud untuk menuduh Shafie terlibat secara langsung, namun penglibatan bapa mertuanya dan pegawai kanan agensi di bawah Kementeriannya, tanpa 'RESTU' beliau bagaikan lagu tanpa irama atau ibarat keris tanpa ulu. Isu video seks berkenaan bukan sahaja memalukan rakyat Malaysia, malah membuktikan tidak ada kebebasan hak asasi manusia di Malaysia kerana hak peribadi seseorang begitu mudah diceroboh dan dirakam; setelah insiden yang serupa berlaku ke atas Datuk Chua Sooi Lek.

Bukankah isu yang digembar gemburkan ini akan menyebabkan pelancong takut untuk datang ke Malaysia kerana bilik hotel begitu mudah dipasang CCTV atau kamera tersembunyi tanpa sebarang sistem keselamatan peribadi? Isu video lucah yang dikatakan melibatkan pemimpin pembangkang bukanlah isu penting tetapi sengaja digembar-gemburkan; apatah lagi dengan penyerahan jam Omega (kononnya mempunyai DNA pemimpin pembangkang) dan VCD rakaman CCTV kepada pihak polis, namun tidak akan dapat membuktikan apa-apa kerana dua barang tersebut saksi bisu dan kaku.

Pelacur China dalam video berkenaan mungkin salah seorang daripada 50,000 GRO dan warga China yang gagal dikesan oleh Jabatan Imigresen kerana masuk ke Negara ini secara sah; tetapi tidak ada rekod mereka meninggalkan negara ini kerana 'Ada wang Semua Boleh Jadi'; buktinya Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen ditangkap SPRM kerana mendalangi semua kegiatan ini.

Penglibatan 'Datuk T' iaitu singkatan bagi 'Trio' Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim dalam skandal video seks berkenaan tidak menarik minat saya, tetapi kemungkinan penglibatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menjadi tumpuan rakyat kerana melibatkan maruah UMNO disebabkan kedudukannya sebagai Naib Presiden. Saya tidak ingin mengganggu siasatan polis, namun ada baiknya Datuk Shafie turut dipanggil sebagai saksi kerana penglibatan bapa mertua dan C.E.O agensi di bawah kementeriannya mirip kepada perkenan Shafie; sebelum video ini didedahkan kepada media.

Kedudukannya sebagai 'Blue Eye Boy' kepada Najib, Shafie telah memalukan Najib apabila Anwar tanpa ragu menuduh Najib dalang di sebalik skandal video seks berkenaan kerana dua Datuk yang mengaku menjadi dalang adalah berkait rapat dengan Shafie.Tidak mungkin Shuib tidak meminta restu atau tidak menunjukkan video berkenaan kepada Shafie kerana Shuib telah menunjukkan video tersebut kepada anak saudaranya, Datuk Johari Abdul.

Memandangkan hubungan Shafie dengan bapa mertuanya dan Rahim agak rapat, maka adalah tidak mungkin mereka membelakangkan Shafie, melainkan jika Rahim tidak lagi mahu menjadi Pengerusi RISDA dan Shuib sudah bosan menjadi bapa mertua Shafie. Shafie sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kepercayaan Najib setelah gagal beberapa kali dalam percubaannya untuk merampas kuasa politik daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; namun sehingga kini beliau gagal dan akan terus berusaha sehingga berjaya dalam konspirasinya./Sabahkini

Yang Perlu Dipastikan Bukan Ketulenan Video Tetapi Adakah Itu Anwar

Posted: 27 Mar 2011 02:00 AM PDT

Isu kesahihan video klip lucah bukan berpaksi kepada sama ada ia adalah rakaman asal dan tidak diolah tetapi sama ada orang yang dirakamkan itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim atau hanya individu yang mirip iras wajahnya. Itu adalah pokok kepada segala- galanya. Justeru kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pemeriksaan forensik akan menentukan kesahihan video itu sebenarnya tersasar daripada kebenaran yang dicari.

Pemeriksaan forensik hanya akan menentukan sama ada video itu adalah rakaman asal dan tidak diolah atau disunting dalam apa cara pun. Ia sebahagian daripada proses penyiasatan. Ia tidak boleh menjadi hasil muktamad siasatan.

Keyakinan Najib, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shazyrl Eskay bahawa video itu adalah "ori" dan tidak disunting tentunya berpaksi kepada pengetahuan tertentu yang dikongsi bersama oleh mereka.

Namun adakah pelakon dalam video itu Anwar sendiri? - itu persoalan pokok untuk mereka yang mahukan kebenaran dan tidak terikat dengan telunjuk mana- mana parti politik.

Soal jam Omega atau kemasukan log Twitter Anwar dan macam- macam lagi akan sentiasa terbuka kepada pelbagai tafsiran pihak bertelagah. Bagaimanapun isu adakah Anwar yang dirakamkan dalam video itu – tetap akan menjadi persoalan utama.

Setakat ini dua orang yang menyaksikan video itu tampil memberi penjelasan kenapa mereka seratus peratus yakin orang itu bukan Anwar. Seorang daripada mereka – Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani, adalah orang yang cukup rapat dengan Anwar.

Mengikut sifir politik Rahim dan Eskay, jika Johari boleh diyakinkan bahawa "Itu Anwar" tentunya ia akan mencetuskan proses lompat keluar beramai- ramai wakil rakyat PKR dari parti itu.

Namun Johari tidak percaya orang itu adalah "bosnya", BUKAN kerana beliau percaya video itu diolah atau disunting untuk memasukkan wajah Anwar, tetapi kerana susuk tubuh dan perlakuan pelakon itu jelas berbeza dari Anwar.

Johari bersetuju bahawa sekali imbas, pelakon itu memang seiras Anwar. Namun sebagai orang yang mengenali setiap gerak geri (mannerism) Anwar dan susuk tubuhnya, Johari yakin Ketua Pembangkang itu sekali lagi menjadi sasaran fitnah yang dahsyat.

Selepas menontont video itu, Johari menawarkan kepada Rahim Thamby Chik untuk membawa lima pemimpin kanan PKR yang lain untuk menyaksikan video itu pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Rahim. Setelah bersetuju pada mulanya, Rahim membatalkan rancangan itu dan "terlepas"lah peluang keemasan untuk meyakinkan pimpinan kanan PKR bahawa Anwar adalah kaki pelacur.

Tentunya antara lima tokoh yang dinamakan oleh Johari itu, sekurang- kurangnya Rahim tentunya mengenali Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota. Azan mempunyai kewibawaan, integriti dan intelek tinggi yang diperakui bukan sahaja oleh PKR malah UMNO Barisan Nasional sendiri.

Jika Azan berpeluang menonton video itu dan beliau yakin ataupun jika benih kesangsian dapat ditanam dalam minda beliau bahawa pelakon itu adalah Anwar, ia sudah tentu memberi tamparan hebat kepada Anwar dan PKR sendiri.

Namun jika beliau sangsi orang itu adalah Anwar, maka UMNO pula akan terjejas. Bagi Rahim Thamby Chik, lebih selamat jika batalkan saja niat untuk tujukkan video itu kepada Azan dan rakan- rakannya selepas kegagalan meyakinkan Johari. Maka pada petang Isnin itu, seorang lagi cuba dijadikan umpan untuk mencetuskan penghijrahan keluar ahli- ahli PKR.

Orang yang dipilih adalah Badrul Hisham Shaharin – beliau mempunyai kredibiliti tinggi sungguhpun tidak sehaluan dengan pimpinan PKR atas beberapa isu penting. Beliau adalah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan dilihat antara pemimpin muda yang berani dan lantang berhujah.

Malangnya bagi Rahim dan Eskay, Badrulhisham, atau lebih dikenali sebagai Chegubard juga menolak bahawa orang dalam video itu adalah Anwar. "Ya,video itu tidak nampak seperti disunting atau diolah. Sekali pandang, orang dalam video itu memang macam Anwar. Tapi jika anda mengenali Anwar, pernah duduk bersama dia, kenali peri laku (mannerism) dan pergerakan dia, anda pasti orang dalam video itu bukan Anwar," kata Badrul kepada TvSelangor.

" Contohnya, pelakon Ben Kinsley mendapat 11 anugerah kerana menghidupkan watak Mahatma Gandhi dalam filem mengenai Bapa Kemerdekaan India, namun mereka yang rapat dengan pemimpin itu tahu, itu bukan Gandhi kerana kita tidak boleh menipu bahasa tubuh," tambah beliau.

Rancangan nekad Rahim Thamby Chik, Eskay untuk meyakinkan pihak tertentu dalam PKR bahawa orang dalam rakaman itu adalah Anwar tidak menjadi. Rahim dan pihak- pihak disebaliknya telah berharap berita kewujudan video itu dan "testimoni" dari Johari dan Badrul akan melengkapkan agenda untuk menjatuhkan Anwar dan keluarganya.

Hasrat itu gagal. Namun apa yang berjaya dilakukan oleh Rahim Thamby Chik adalah mencetuskan perbahasan sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar atau tidak. Kebenaran akan hanya terserlah jika video itu diperiksa oleh sebuah badan yang berwibawa.

Siasatan TIDAK harus dibataskan kepada hanya untuk mengesahkan sama ada rakaman itu "tulen" sebagaimana yang di cadangkan oleh Rahim dan Perdana Menteri. Siasatan harus memastikan sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar atau hanya pelakon yang mirip wajah Anwar tetapi berperut buncit! /Tvs News


Kesalahan Taib Mahmud Memalukan

Posted: 27 Mar 2011 12:00 AM PDT

Para penasihat kepada Taib seharusnya berwaspada dengan keghairahannya dengan temuramah-temuramah media. Beliau bukannya baik sangat apabila berhadapan dengan media! Pada awal minggu ini beliau telah bercanggah dengan kenyataan menantunya, Hisham (Sean) Murray yang menafikan beliau terlibat dalam empayar harta keluarganya di luar negara, dengan mengakui beliau telah memulakannya dengan wangnya sendiri. Kini, beliau telah menekankan bahawa sepupunya, Hamid Sepawi, telah mengelirukan banyak pihak mengenai permohonan-permohonan untuk lesen-lesen Penghutanan Semula!


Kesilapan itu timbul di sebuah artikel muka hadapan akhbar lidah BN, the Borneo Post yang pernah disarankan oleh Taib supaya bekerja lebih keras dalam mencari berita-berita untuk membidas berita-berita rampasan tanah oleh beliau dan BN.

Dalam temuramah untuk akhbar di bawah tajuk "State Open To Forest Verification" [Negeri Terbuka Kepada Kerja-kerja Pengesahan Hutan] itu, Ketua Menteri telah mengeluarkan penerangan yang menakjubkan bahawa "70% hutan dara di Negeri Sarawak masih tidak terusik". Ketua Menteri itu, yang telah dan sering dikritik dan dikutuk oleh masyarkat seluruh dunia atas ketamakannya yang telah meranapkan Hutan-hujan Borneo, telah mencabar badan-badan NGO untuk datang ke Sarawak untuk melihat sendiri keadaan sebenar!

Kini, siapakah yang berbohong, Taib atau sepupunya Hamid Sepawi?

Bersempena rasa geram dan marah para penunjuk perasaan dan pencinta alam sekitar, mereka berusaha membersihkan nama mereka untuk mereka-reka jawapan untuk menangkis tohmahan terhadap mereka , kami ingin menarik perhatian anda terhadap apakah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh sepupunya, Abdul Hamid Sepawi.

Syarikat milik Hamid Sepawi, Ta Ann (yang terkenal dengan kegiatan pembalakan dan perladangan) telah memohon mendapatkan lesen-lesen untuk mengusahakan Hutan Tanam Semula. Kenyataan-kenyataan dalam permohonan rasmi yang mereka keluarkan itu amat bercanggah dengan kenyataan-kenyataan Ketua Menteri.

Dengan mendakwa bahawa 70% dari hutan dara Sarawak yang masih belum dieksploitasi, Laporan Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIS) yang diterbitkan oleh Ta Ann telah memberikan gambaran yang berbeza, di mana hutan semula jadi di negeri itu amat kecil saiznya dan penghutanan semula amatlah diperlukan!

Pada tahun 2006 semasa syarikat itu mengemukakan permohonannya untuk menghutankan semula kawasan yang luasnya 200,000 hektar di Kapit, situasi yang dipersembahkan itu mungkin tidak jauh berbeza dengan dakwaan yang dibuat oleh Ketua Menteri. EIS Ta Ann seterusnya menghuraikan:

"kebanyakan hutan dara di Sarawak telah ditebang sekurang-kurangnya sekali"

Jika begitulah keadaan alam sekitar pada tahun 2006, bagaimana pula rupanya 5 tahun kemudian, seandainya pembalakan diteruskan tanpa belas kasihan pada kadar yang sama di seluruh bumi Sarawak?

Kecualilah, sepupu Taib, yang merupakan Pengerusi Eksekutif dan pemegang 35% saham dalam Ta-Ann itu, telah berbohong semasa memohon lesen? Namun, dalam 2008 pihak Auditor General Malaysia telah meneliti kenyataan syarikat itu, dan mengkritik dengan mengatakan bahawa Sarawak merupakan sebuah dari 4 negeri di Malaysia yang "gagal menguruskan hutan-hutannya, menyebabkan berlakunya pencemaran sungai, hakisan, tanah runduh dan pemusnahan flora dan fauna", menurut agensi berita kebangsaan, Bernama.

Sekarang, jawablah soalan ini!

Pada awal minggu ini Taib telah bercakap kepada para pemberita mengenai integritinya:

"Lihatlah pada tabiat saya sejak 30 atau 40 tahun lalu. Saya tak pernah berbohong kepada orang, saya tak pernah bermain politik kotor – Taib Mahmud, akhbar The Star 22/03/2011 Maka, bolehkah Ketua menteri menjawab soalan sama ada sepupunya telah berbohong dengan menyebut "kebanyakan hutan dara di Sarawak telah ditebang sekurang-kurangnya sekali"? Nampaknya para pengawalnya harus memantau mulutnya di masa-masa akan datang semasa dia ditemubual oleh media!

Gempa Bumi Makin Hampiri Malaysia

Posted: 26 Mar 2011 10:00 PM PDT

Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia. Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini./Kosmo

Tiada ulasan: