Jumaat, 25 Mac 2011

Addin

Addin


Kemaskini, Kawan Pecahkan Tembelang Dato' Eskay..

Posted: 25 Mar 2011 07:41 AM PDT

Mohamad, kenalan Eskay pecahkan tembelang
Kemaskini - Seorang kenalan rapat Datuk Shazril Eskay Abdullah yang turut dipelawa sebagai sebahagian pasukan konspirator penayangan video seks di Hotel Carcosa Isnin lalu, hari ini mendedahkan bahawa Eskay memang berniat untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui cara kotor.


Ia didedahkan Mohamad Mahti Abd Rahim, bekas pengawal peribadi kepada Tan Sri Megat Junid selama lebih 20 tahun, yang turut mengenali Esyak sejak 1996. "Bagi saya, Datuk Eskay ini merupakan si Kitul. Dia ingin memporak-perandakan negara.

Dia memberitahu saya yang dia memang mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika membuat pendedahan itu dibuat di sebuah premis di Sungai Buloh. Beliau mengetahui penayangan video itu dan turut diajak bersama menyertai kumpulan berkenaan tetapi menolaknya.

"Dua hari sebelum tayangan video, Eskay bertanya sama ada saya boleh membantunya dengan menyediakan beberapa orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK). "Ini kerana saya bekas pengawal peribadi menteri, jadi Eskay tahu saya ramai kenalan di kalangan UTK. Tetapi saya tidak membantu," katanya ketika membuat pendedahan itu di sebuah premis di Sungai Buloh, petang ini.

The Number One

Mahti mengetahui Eskay memang bertekad mahu menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN itu dengan apa cara sekalipun dan kerap mengulangi ungkapan betapa kononnya Anwar menipu beliau dan mengambil 'hak'nya. "Sejak marahkan Anwar, Eskay mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar) dan pernah berkata: 'saya akan menjatuhkan Anwar dengan apa jua cara pun'," katanya.

Si Kitul

Mahti berkata, Eskay selepas juga pernah mahu mendedahkan suatu cerita buruk mengenai pelakuan Anwar tetapi beliau enggan mendengarnya tetapi Eskay ada menyatakan tindakan itu untuk 'the number one'. "Saya tidak mahu terlibat. Saya ingin beritahu semua ahli politik mengenai manusia bernama Eskay. Dia memang tidak boleh dipercayai dan seorang pembohong.

"Saya tidak mahu ada ahli politik lain yang 'terkena' dengannya. Saya tak mahu bersekongkol. Jadi, sebab itu saya memanggil media untuk buat pendedahan ini. "Bagi saya, Eskay adalah si Kitul. Dia ingin memporak-perandakan negara," katanya.

Apa cara sekalipun

Mengulas lanjut, Mahti berkata, Eskay mendendami Anwar berikutan keengganan Ketua Pembangkang itu memberi keterangan bagi pihaknya berhubung kes saman syarikatnya terhadap kontraktor utama projek jambatan bengkok, Gerbang Perdana Sdn Bhd.

Beliau yang turut menjadi saksi, ada bersama Eskay di  mahkamah bagi kes berkenaan pada 8 Mac lalu dan mendapati ahli perniagaan berkenaan mula bercakap buruk mengenai ketika mahkamah berhenti rehat. "Sejak marahkan Anwar, Eskay mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar) dan pernah berkata: 'saya akan menjatuhkan Anwar dengan apa jua cara pun'," katanya./Keadilan Daily



(Video) Konspirasi Monyet UMNO Gagal Lagi..Ha..Ha..Ha..

Posted: 25 Mar 2011 04:21 AM PDT

Fungsi Sebenar SPR Hanyalah Untuk Mengekalkan Kemenangan Be End

Posted: 25 Mar 2011 03:43 AM PDT

Dewan Rakyat semalam diberitahu bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang menimbang semula penggunaan dakwat kekal kerana ia dianggap tidak lagi sesuai untuk digunakan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika menggulung perbahasan titah ucapan Diraja berkata, SPR sedang berusaha mencari kaedah baru yang lebih moden dan boleh diterima oleh semua pihak untuk digunakan dan sedang meneliti penggunaan biomatrik sebagai ganti.

"Namun ia masih dalam perhatian kerana perlu melihat dari semua sudut," katanya. Nazri menambah, penggunaan dakwat kekal juga tidak sesuai kerana bercanggah dengan perlembagaan dengan memberi contoh situasi pengundi tidak mahu ibu jarinya dicalit dengan dakwat. Bagaimanapun, jawapan itu mendapat tentangan daripada Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang menyifatkan ia masalah peraturan yang boleh diselesaikan sebelum hari mengundi.

"Alasan mengenai perlembagaan itu kurang tepat. Kalau itulah yang menjadi isunya pada pilihan raya yang lepas, saya kira kita mempunyai masa yang cukup untuk meminda peraturan dalam pilihan raya itu sendiri. "Tapi kita tidak membuat usaha ke arah itu. Mungkin tidak ada political will dan perjumpaan kita dengan SPR pun, SPR kata ini adalah keputusan kabinet, ini adalah keputusan kabinet," katanya.Pada pilihan raya umum 2008, SPR menerima tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) agar dakwat kekal digunakan namun keputusan itu ditarik balik beberapa hari sebelum mengundi atas arahan kerajaan.

Siti Mariah juga menyanggah jawapan Nazri bahawa tidak berlaku pengundian dua kali dan mendakwa terdapat pendatang asing menerima kad pengenalan meskipun tidak layak. "Saya nak bangkitkan mengenai tidak ada pengundian dua kali. Mungkin kalau saya bawa perkara ini Menteri kata tuduhan tapi kita sudah banyak kali mendengar bagaimana di Sabah kad pengenalan diberikan kepada pendatang tanpa izin.

"Pengeluaran kad pengenalan ini menjadi perbualan malah di kalangan kakitangan kerajaan di jabatan Pendaftaran Negara sendiri mengatakan kad pengenalan mudah diberikan kepada rakyat termasuk pendatang tanpa izin yang dah lama beerada di sini untuk menjadi pengundi. Ini utuk kepentingan politik BN," dakwanya.
Tambahnya, tidak mungkin mereka yang menerima kad pengenalan secara tidak sah akan mengaku mengenai perkara itu.

"Menteri mungkin suruh saya bawa saksi. Tapi mana ada orang yang dapat kad pengenalan, yang tak sepatutnya dia dapat akan mengaku bahawa dia mendapat kad pengenalan."Inilah kebimbangan kita, JPN akan keluarkan kad pengenalan kepada orang yang tak sepatutnya sehingga ada yang mempunyai kad pengenanalan lebih daripada satu, boleh pergi ke dua tiga pusat pengundian,"katanya.

Nazri juga memberitahu, sistem pengundian automatik juga tidak akan dilakukan atas alasan sebahagian besar rakyat tidak tinggal di alamat seperti yang didaftar dalam kad pengenalan.

Jom Kita Turun Beramai-Ramai Lepas Jumaat Nanti!!

Posted: 24 Mar 2011 10:11 PM PDT

Kira-kira 100 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan berhimpun di Masjid Jamek Kuala Lumpur hari ini bagi membantah video seks yang dikaitkan dengan ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantahan tersebut akan bermula selepas solat Jumaat dengan diketuai ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.Ketika dihubungi, ketua AMK cabang Batu, Rozan Azen Mat Rasip berkata anggota AMK Wilayah Persekutuan dan Selangor dikerahkan menghadiri perhimpunan tersebut.

Selepas itu, katanya, mereka akan bergerak menuju ke pejabat pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Thamby Chik, yang merupakan antara individu di sebalik tayangan video seks kepada pihak media di Hotel Carcosa Negara, Isnin lalu.Dalam tayangan tersebut, mereka mendakwa lelaki yang melakukan aksi seks dalam video mirip Anwar yang juga ketua pembangkang.

Bagaimanapun, Anwar telah menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video itu dan turut membuat laporan polis.Semalam, pemimpin PKR di seluruh negara membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T' berhubung penayangan video tersebut.Di Kuala Lumpur, ahli parlimen Kelana Jaya Gwo Burne membuat laporan ke atas Datuk T kerana mengedarkan bahan lucah dan melakukan ugutan jenayah.

Beliau diiringi oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.Datuk T adalah nama samaran bagi tiga tokoh - Rahim Chik, Eskay dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.Di Alor Setar, kira-kira 30 ahli PKR Kedah mengadakan perhimpunan di luar balai polis Alor Setar semalam bagi mendesak kumpulan tiga orang yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T' ditangkap.

Perhimpunan aman selama 10 minit ini diketuai oleh ahli jawatankuasa pusat PKR, Gooi Hsiao Leung, yang juga membuat laporan polis selepas perhimpunan itu.Kumpulan itu juga membawa sepanduk dan melaungkan slogan reformasi manakala kenderaan yang berulang-alik di kawasan itu membunyikan hon sebagai tanda sokongan. Terdapat juga perwakilan dari Baling, Kuala Ketil, Alor Setar dan Kubang Pasu.

Polis diminta menyiasat perkara itu sebagai kesalahan jenayah mengikut Seksyen 292, Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002, kerana menayang bahan lucah kepada awam serta Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut dan menakut-nakutkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Semalam Rahim dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dipanggil memberi keterangan di ibupejabat Bukit Aman berhubung video tersebut

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Rahim berkata beliau telah menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.Katanya, beliau telah memberi keterangan berhubung video seks berkenaan dalam siasatan selama hampir lima jam itu.Rahim turut mengulangi tuntutannya supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

Be End Sabah Makin Bergolak..

Posted: 24 Mar 2011 10:00 PM PDT

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (gambar) sedia berjumpa dengan pimpinan tertinggi Parti Liberal Demokratik (LDP) termasuk presidennya Datuk VK Liew bagi menjernihkan keadaan berikutan pelantikan timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Yee Moh Chai sebagai Timbalan Ketua Menteri yang baru. 


"Pintu sentiasa terbuka untuk berbincang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus kerajaan negeri di Wisma Innoprise, Likas dekat sini, Khamis. "Tiada masalah kalau mereka mahu jumpa saya dan saya memang kerap berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk pemimpin LDP. 

Apa yang penting ialah sentiasa mewujudkan persefahaman yang mantap supaya apa juga masalah yang ada dapat diselesaikan dengan baik," kata beliau yang juga Pengerusi BN Sabah. Semalam, Liew dipetik sebagai berkata bahawa pelantikan Yee itu adalah satu keputusan yang kurang tepat dan dia menyerahkan kepada rakyat untuk menilainya.

Ketika mengumumkan pelantikan itu, Musa berkata Yee yang juga Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, akan mengisi kekosongan selepas Datuk Peter Pang En Yin, yang kini menyertai Gerakan, digugurkan pada 16 Mac lepas tetapi dikekalkan sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah. Sebelum ini, Pang merupakan bekas naib presiden LDP.

Sabah mempunyai tiga Timbalan Ketua Menteri, di mana presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dilantik ke jawatan itu bagi memenuhi kuota bagi kaum Kadazandusun Murut, manakala Datuk Seri Yahya Hussin bagi kaum Bumiputera Muslim, dan satu lagi kuota khusus buat kaum Cina.

Mengenai rasa tidak puas hati LDP, Musa berkata beliau menghormati pandangan Liew berhubung perkara itu. "Apa yang penting sekarang ialah untuk berbincang dan ambil kira pandangan orang-orang Cina termasuk pimpinan LDP, mungkin jawatan-jawatan yang "baik" akan diberikan kepada mereka pada masa depan," katanya. Musa seterusnya menyuarakan keyakinannya bahawa anggota komponen BN negeri akan terus bekerjasama demi memastikan BN terus kukuh dan mendapat kepercayaan rakyat.

Sementara itu, Musa berkata lebih 85 peratus projek pembangunan kerajaan dapat dilaksanakan tahun lepas iaitu tahun akhir pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9). Katanya perkembangan itu mempamerkan sistem penyampaian kerajaan yang baik dan pencapaian itu akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjayakan sasaran kerajaan.

"Kerajaan mahu supaya sistem penyampaian ditingkatkan lagi supaya mencapai satu tahap yang lebih baik. "Jadi saya minta semua pegawai kerajaan negeri dan persekutuan supaya meningkatkan usaha agar apa yang dilaksanakan dapat mencapai sasaran," katanya.


Rupa-Rupanya Najib Yang 'Berurusan' Dengan Dato' T

Posted: 24 Mar 2011 09:48 PM PDT

PKR hari ini telah menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memberi penjelasan terhadap laporan ketiga-tiga dalang video seks yang ada menyebut bertemu dengannya di Parlimen semalam. Pertemuan didakwa dilakukan semasa Najib mempengerusi mesyuarat Biro Politik Umno di pejabatnya di bangunan Parlimen.


Pakatan Rakyat mendakwa dengan keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera terhadap semua dalang itu hanya akan menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius dalam konspirasi itu sepertimana tidak ubah seperti konspirasi pada tahun 1998 dan kes Liwat II.Selain mereka, menurut Chegubard, Datuk Yusof Noor dan Datuk Aliasak juga dilapor melawat kilang baja silikon yang dikatakan membawa keuntungan besar.

"Najib selaku Presiden Umno harus tampil memberi penjelasan kerana jelas, ia permainan politik kotor ke arah menyelamatkan Umno menjelang pilihan raya," katanya. Datuk Trio atau singkatan Datuk T adalah terdiri daripada Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Sementara itu, lewat petang tadi difahamkan polis sedang merakamkan kenyataan daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung tayangan video seks. Menurut wartawan yang berkumpul di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, kedua-dua mereka dilihat tiba pada kira-kira jam 5 petang tadi.

Tiada ulasan: