Ahad, 20 Mac 2011

Addin

Addin


UMNO Semakin Bangang Dalam Perbicaraan Liwat 2!!

Posted: 20 Mar 2011 06:00 PM PDT

Sejak dari awal pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi jahat Umno-Barisan Nasional semata-mata.Umno-BN hanya mahu membunuh karektor peribadi Anwar, memalukan beliau dan menganiaya beliau dengan suatu pertuduhan yang jahat dan zalim.Namun selepas perbicaraan berlangsung, semua konspirasi dan kedangkalan Umno-BN terbongkar, kejahatan Saiful mula terlondeh satu persatu. Media talibarut Umno-BN menyembunyikan fakta sebenar. Menyembunyikan apa yang berlaku di mahkamah. Menutup segala ruang yang mendedahkan kejahatan pemimpin Umno dan hanya melaporkan laporan berat sebelah.

Anwar digambarkan sebagai pelaku seks songsang yang ganas. Didedah kononnya berlaku seks oral, penetrasi liwat melalui punggung dan sebagainya. Anwar dan keluarga dimalukan dalam episod jahat yang memualkan, gara-gara kerakusan kuasa pemimpin Umno-BN.

Kejahatan mereka untuk menyembunyikan fakta akhir gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah. Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan Umno-BN.

Pertama, menerusi keterangan pegawai penyiasat polis, Superitendan Jude Blacious Pereira jelas membuktikan pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.Najib dan Rosmah seringkali menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah bekas kakitangan dan majikan.

Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena mengena kata Najib. Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya?Supt Jude cuba mengelak untuk menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh, beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat.

Hari ini rakyat mahu tahu mengapa Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun?Kemudian Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008. Apa kaitan kedua mereka dalam kes ini dan apakah keduanya menjadi perancang utama untuk memerangkap Anwar?

Najib dan Rosmah harus disapina ke mahkamah untuk digrill peguam Karpal. Fakta kedua lebih mengejutkan. Dibongkar di mahkamah, terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful. Wujud persoalan, jika Saiful seorang pendakwa yang genuine, apakah penjelasan yang harus beliau berikan dengan penemuan banyak spesimen DNA yang berbeza dalam usus beliau?

Yang media talibarut Umno-BN hebohkan adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Namun segala spesimen yang didakwa milik male Y, yang diperolehi dari tuala Good Morning dan berus gigi ditolak oleh mahkamah.

Apa pula jawapan Umno-BN terhadap wujudnya spesimen male (lelaki)lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik siapa? Persoalan yang ditanya hari ini adalah, apakah Saiful seorang yang bersih atau dia memang kaki b****t?

Masalah besar yang dihadapi Umno-BN dalam kes ini antaranya adalah, apabila Saiful mendakwa membuat pemeriksaan doktor pada 28 Jun, bermakna pada waktu itulah duburnya diperiksa dan spesimen DNA yang didakwa milik Anwar diambil. Iaitu pada 28 Jun.

Tetapi mengapa sampel DNA yang dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh Superitendan Polis, Jude Blacious Prereira, ditanda pada 26 Jun 2008? Bagaimana spesimen itu boleh wujud dua hari lebih awal?

Isu yang ketiga adalah isu proforma atau laporan doktor setebal 18 muka surat, yang didakwa di dalamnya terdapat laporan mengenai dakwaan liwat.Sebelum proforma doktor ini dikemukakan di mahkamah, Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar, tetapi dalam proforma yang ditulis oleh doktor tercatat di dalamnya perkataan attempt sodomy (percubaan meliwat).

Jelas di sini, dakwaan Saiful bercanggah dengan laporan perubatan doktor.Perkara lain yang menimbulkan keraguan kepada proforma tersebut adalah tiga tulisan tangan yang berbeza. Bermakna ada kemungkinan ada tiga doktor yang menulis laporan perubatan tersebut.Namun peguam Karpal berjaya membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja.

Maka sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis secara tulisan tangan?Apabila dipadankan tulisan tangan dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi laporan proforma terbabit adalah Supt Jude.Apa punya gila sistem negara kita? Mengapa polis boleh mengambil alih tugas doktor untuk menulis laporan perubatan?

Semua keterangan ini hanya menunjukkan bahawa usaha Umno-BN untuk memerangkap Anwar, diadakan secara tergesa-gesa dan kelam kabut.Sebab itu mereka menekan hakim supaya menafikan access peguam Anwar kepada segala dokumen pertuduhan terhadap beliau. Butiran dan segala keterangan yang mendakwa Anwar disembunyikan.

Sekali lagi dipersoalkan, jika pertuduhan terhadap Anwar sahih pada Umno-BN, kenapa hendak takut berikan dokumen pertuduhan terhadap beliau? Anwar kena tuduh, beliau berhak mengetahui butiran pertuduhan. Hanya 'pondan Siam' sahaja yang 'baling batu sembunyi tangan'.

Banyak lagi aspek-aspek teknikal yang boleh dipertikaikan. Semuanya merumuskan bahawa hujah pihak Umno-BN untuk mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat sudah tumpul dan dimatikan.Sebaliknya, yang terbongkar hanyalah konspirasi jahat Umno-BN untuk menganiaya Anwar. Sekali lagi rakyat akan menyaksikan Anwar dizalimi oleh Umno-BN dan PM Najib nampaknya seolah-olah mahu mengikuti jejak Dr Mahathir Mohamad.

Hakikatnya tuduhan terhadap Anwar hanyalah palsu. Tidak ada kes. Ia harus ditarik balik dan dibakul sampahkan. Apa yang dilakukan Umno-BN terhadap Anwar hanyalah menambah kebencian rakyat dan keinginan rakyat meluap-luap untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib seberapa segera./Harakahdaily 

Addin:
ALLAH Maha Besar..makin hari makin bangang UMNO dalam perbicraan liwat 2...apa yang diaorang plan last minit makin tak menjadi dan menyerlahkan kebangangan UMNO Be End...Media pencacai UMNO pulak sentiasa keluarkan fakta kes berat sebelah..tetapi sampai bila..rakyat makin bijak...Yang bangang seumur hidup adalah UMNO..ha..ha..ha..UMNO memang bangang!!UMNO memang bangang!!

(Gambar) Bencana Chernobyl Selepas 25 tahun..

Posted: 20 Mar 2011 02:58 AM PDT

Inilah Chernobyl Selepas 25 tahun
Ini adalah di Chernobyl selepas 25 tahun. Bencana nuklear terburuk dalam sejarah manusia itu telah berlaku pada April 26, 1986 di Ukraine. Bandar tersebut terus sepi sehingga ke hari ini, dikhabarkan haiwan pun tidak sanggup menghuni disini. Peristiwa tersebut menjadi pengajaran dan pengiktibaran kepada pemimpin Be End supaya jangan menggadai nyawa rakyat dan negara. untuk projek kelangsungan politik mereka.  Sejarah telah berlaku dan kita mohon pada  Allah S.W.T supaya dapat menghindarinya sekali lagi..






lagi koleksi gambar di sini

Bongkar!! Kekayaan Adik Lelaki Taib Mahmud..

Posted: 20 Mar 2011 02:00 AM PDT

Artikel ini  aku petik bulat-bulat dari Sarawak Report, malas nak edit sebab artikel panjang sangat...Engkau orang tengoklah betapa kayanya  keluarga malaun no. 1 Sarawak ni...

MANAKAH FAROK MAJEED DAN BERAPA KAYAKAH ONN MAHMUD?

Sejak sembilan bulan yang lalu Sarawak Report telah berusaha mencari Farok Majeed, kali terakhir dia bekerja di luar Sydney untuk saudara Ketua Menteri Sarawak, iaitu Onn Mahmud. Kami gagal mengesan Encik Majeed sejak dia hilang dalam masa kes mahkamah di mana dia telah menyaman Onn Mahmud lebih $15 juta dollar Australia.

Pada laporan kami yang lalu, kami telah memperincikan bagaimana Farok telah menyerahkan bil-bil kepada Onn Mahmud bagi kerja-kerja "membangunkan dan menguruskan" projek mengenai sebuah penthouse yang termahal di Australia. Kes mahkamah itu juga memperincikan lebih banyak urusan harta yang berkaitan dengan Onn Mahmud, tetapi kes itu berhenti separuh jalan setelah kehilangan Farok Majeed.

Hakim Australia, Tuan Hakim Brereton dari Mahkamah Tinggi New South Wales, telah menangguhkan perbicaraan ke atas kes itu pada 1hb Januari 2008 atas dasar Encik Farok Majeed telah gagal menghadirkan diri ketika itu dan juga pada perbicaraan 13hb Disember 2007 yang lalu.

Memandangkan Farok Majeed gagal menghadirkan diri ke mahkamah, hakim Brereton telah mendendanya dengan mengenakan hukuman sebanyak $2,212,615 sebagai gantirugi yang harus dibayar kepada Onn Mahmud atas kerja-kerja yang belum berbayar yang dilakukan oleh syarikat Australasia Pacific milik Farok Majeed.

Hakim berkenaan juga meminta Farok Majeed membayar perbelanjaan guaman Onn Mahmud pada perbicaraan akan datang. Alangkah gembiranya hati kami mengetahui jika Onn Mahmud dapat membuktikan bahawa dia telah menerima bayaran-bayaran yang dijelaskan oleh Farok Majeed. Kes berkenaan telah ditangguhkan pada bulan Februari 2008, tetapi tiada bukti menunjukkan dia telah melakukan apa yang telah diperintahkan oleh mahkamah.

Skandal dan bukti Farok mengenai kekayaan Onn

Kes Farok Majeed menentang Onn Mahmud timbul serentak pada masa saudara Ketua Menteri itu menghadapi tekanan masalah yang begitu sensitif. Akhbar-akhbar Jepun telah mula melaporkan mengenai badan percukaian mereka sedang mendakwa syarikat-syarikat perkapalan Jepun kerana membayar berbilion-bilion dollar hasil keuntungan tak-isytihar bagi penjualan dan pengankutan kayu bergergaji kepada sebuah syarikat di Hong Kong yang diuruskan oleh setiausaha peribadi Onn Mahmud, iaitu Kin Kwok Shea.

Syarikat Regent Star yang menjalankan operasi menggunakan ruang pejabat yang sama dengan pejabat Syarikat Richfold milik saudara perempuannya, di mana Onn juga merupakan pemegang utama ke atas saham-saham di situ. Dalam masa berlakunya skandal itu Onn bertindak selaku pengarah dan juga pemegang saham di syarikat Achipelego, yang telah dilesenkan untuk mengawal ekspot kayu-kayan dari negeri Sarawak oleh saudaranya sendiri, Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud. Syarikat-syarikat perkapalan dari Jepun mendakwa mereka menghadapi kesukaran mendapatkan lesen ekspot dari Achiplego sehingga bayaran dibuat kepada Regent Star!

Harta-harta yang dinyatakan dalam dokumen Farok yang difailkan di mahkamah

Kes mahkamah Farok Majeed, pada mulanya difailkan pada bulan September 2006, jelas menunjukkan bahawa dia telah diberikan suatu kontrak kerja oleh Onn untuk membangunkan beberapa harta mewah di Sydney. Kerja-kerja itu diperincikan di dalam dokumen-dokumen mahkamah, termasuk butir-butir kediaman-kediaman eksklusif milik Onn Mahmud di Singapura dan Sydney. Farok juga pernah didengar cuba mengemukakan saman mahkamahnya ke atas kediaman-kediaman Onn yang lain, dengan memberikan alamat-alamatnya sekali. Farok juga telah mengemukakan beberapa bukti yang berkaitan dengan syarikat-syarikat hartanah milik Onn, isteri dan anak-anaknya.

Pertamanya, Farok menyebut mengenai flat keluarga Onn di 1902 Peach Gardens, Singapura. Ianya merupakan sebuah apartmen penthouse bekembar, mempunyai ruang yang luas bagi sebuah bandaraya yang sesak. Kembar apartmen tersebut yang serupa telah diiklankan dengan tandaharga sebanyak $7 juta dollar Singapura.

Namun, kemegahan Peach Gardens kelihatan kurang berbanding sebuah lagi kediaman keluarga Onn di 26 Carrara Road, Vaucluse di barat Australia, di mana Farok Majeed juga didapati cuba mengemukakan samannya. Kediaman tersebut dikatakan sebagai salah sebuah premis yang paling pintar yang dibina di sebuah kawasan paling mahal di Sydney. Premis-premis di Carrara Road secara konsistennya pernah mencatatkan harga jualan paling tinggi di Sydney, di mana salah sebuah rumah di situ telah dijual pada harga $27 juta dollar Australia pada masa pasaran hartanah sedang mengalami kemerosotan.

Luasnya harta, hasil pembalakan yang dicemari rasuah?

Para penunjuk perasaan kini menuntut agar harta-harta keluarga Taib di Australia, US, Canada, UK dan lain-lain negara seharusnya disiasat sebagai hasil jenayah rasuah yang berkisar pada industry kayu balak Sarawak. Terdapat beberapa siri tunjuk perasaan telah dirancang untuk diadakan di Australia pada minggu hadapan, mulai Isnin di Sydney. Hubungan mesra antara Onn Mahmud dengan beberapa usahawan-usahawan pembalakan Sarawak akan menjadikan harta-hartanya sasaran-sasaran siasatan.

Berdasarkan keterangan-keterangan yang didokumenkan, di mana pada tahun 1983, Onn dan isterinya telah melaburkan modal saham mereka sebanyak RM2.00 ke dalam anak syarikat Achi Jaya, iaitu Achipelego Shipping, yang kemudiannya dilantik oleh Taib secara nepotisme, untuk mengawal pengeluaran lesen-lesen mengangkut kayu-kayan dari Sarawak.

Setelah hanya beberapa tahun memainkan peranan berkenaan, walaupun di tengah-tengah skandal, kami dapat membuktikan bahawa pasangan itu telah hidup secara sederhana kepada hidup yang mampu memiliki beberapa hartanah yang menakjubkan di peringkat antarabangsa. Kami telah dapat menjejaki dan mengenalpasti harta-harta mereka di Amerika Utara, Sarawak, Malaysia dan kini beberapa harta mewah di Australia, terima kasih kepada maklumat yang diberikan oleh Encik Farok Majeed.

Malaysia

Dokumen-dokumen mahkamah yang dibuat oleh Farok menunjukkan bahawa beliau pernah cuba untuk memberikan surat-surat kepada Onn secara bersemuka di hotelnya di Kuala Lumpur. Hotyel berkenaan adalah The Coronade, sebuah hotel pencakar langit di tengah-tengah Kuala Lumpur yang telahpun dijual pada tahun lalu dengan harga RM93 juta. Setelah menjual The Coronade, Onn dikatakan melabur semula di Langkawi dengan membeli sebuah hotel bertaraf 5 bintang.

Ladang-ladang – jualan RM930 juta

Dalam konteks ini kita tidak harus mengenepikan perladangan yang diusahakan oleh Mahmud, yang boleh kita temui di seluruh bumi Sarawak yang digunakan untuk mengembangkan pelaburannya ke seluruh Malaysia dan luar negara. Pada suatu ketika Onn telah menjual ladangnya seluas 30,000 hektar dengan harga RM930 juta, iaitu pada harga RM31 ribu seekar! Para pembaca kita pastinya masih ingat akan laporan mengenai rakyat di kawasan pilihanraya Balingian yang telah dibayar RM250 untuk seekar tanah NCR mereka oleh pengusaha ladang. Nampaknya Taib dan orang-orang BN-nya tidak sedikitpun bersimpati dengan rakyat mereka yang hidup merana setelah mereka kehilangan tempat mencari makanan.

Adalah relevan bagi kita untuk perlu mengetahui hubungan perniagaan antara Onn Mahmud dan Farok Majeed. Farok, menurut maklumat dalaman kita, pada asalnya terlibat menguruskan kegiatan pengambilan tanah-tanah NCR untuk Taib Mahmud di Sarawak, dan beliau juga dikenali sebagai pakar rundingan tanah NCR.

Banyak lagi harta di Australia

Namun pada tahun 2007, Farok Majeed telah mengemukakan tuntutan saman pada Onn bagi kerja-kerja yang didakwanya telah dilakukannya untuk membantu Onn membangunkan beberapa projek di Australia. Salah sebuah projek yang dinamakan dalam kes berkenaan adalah merupakan 'hotel butik' yang masih dimiliki oleh Onn yang dikenali sebagai The Valentine yang terletak di George Street, dan yang telah dirasmikan oleh Sultan Kedah pada tahun 2007.

Pembangunan The Valentine dan dua buah lagi restoren, yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh isteri Onn, suadara, dan anak perempuannya, telah menjadi perniagaan yang berprofil. Namun, bukanlah ketinggian profil perniagaannya yang diterima di situ. Syarikat Donmastry di Australia, yang memaju dan pembangunkan harta Onn itu pernah menjadi bahan perbincangan dalam dewan parlimen di Australia berikutan beberapa siri skandal yang wujud dan dilaporkan di dalam akhbar-akhbar negara itu. Antara lainnya, adalah kes di mana para pekerjanya mengadakan tunjuk perasaan kerana tidak dibayar gaji.

Publisiti berkenaan telah ditujukan terhadap seorang pemegang saham yang juga selaku pengarahnya, James Nasmi, tetapi para pemegang utama saham-saham dalam syarikat itu adalah isteri, anak perempuan dan juga adik ipar Onn Mahmud sendiri.

Farok Majeed telah mengemukakan saman tuntutan terhadap Onn kerana telah mengeluarkan belanja untuk mengheret James Nasmi ke mahkamah mengenai kes tersebut, sebagai mana yang dinyatakan di dalam dokumen-dokumen yang difailkannya di mahkamah.

Onn telah jelas mencuba untuk memisahkan dirinya dari pelbagai perniagaan yang berkaitan dengan hartanah, di mana dia pada asalnya memegang saham di dalam syarikatnya, Kesuma Holdings. Pada awal 2009, Onn telah membubarkan Kesuma Holdings. Namun pemilikan syarikat-syarikat lain oleh isteri, anak perempuannya dan juga adik iparnya yang berpangkalan di Carrara Road telah menggagalkan cubaannya menyembunyikan identiti dan penglibatannya!

Penthouse yang paling mahal pernah dijual di Sydney!

Namun, menurut Farok lagi terdapat sebuah lagi harta yang dianggap amat signifikan yang melibatkan Onn Mahmud. Harta berkenaan, Ten Wylde Street, telah menarik perhatian akhbar-akhbar Australia yang terletak di kawasan pekan pelabuhan Potts Point, yang telah dijual dengan harga yang telah mencatatkan rekod jualan sebanyak $20 juta dollar Australia pada tahun 2008!

Penthouse berkenaan merupakan salah satu siri flat-slat yang dibangunkan semula yang melibatkan Onn. Kerja-kerja pembangunannya sebenarnya dilakukan ke atas bangunan-bangunan yang lama, yang kemudiannya mahkamah telah mendapati bahawa Onn telah membeli bangunan berkenaan dan diperbaikinya semula bertujuan untuk dijual sebagai flat-flat berkualiti tinggi. Kemudian, besar kemungkinan Onn telah bertindak selaku 'pembeli bermisteri' ke atas rumah itu dengan menyetujui harga jualannya RM20 juta dollar Australia, yang akhirnya terdedah pada pengetahuan umum. Pihak berkuasa Australia seharusnya memutuskan bahawa suatu siasatan perlu dijalankan, sama ada produk-produk hasil dari kegiatan rasuah pembalakan di Sarawak telah terjana sebagai sumber untuk mempengaruhi kuasa belian ke atas pasaran hartanah mereka!

Apakah yang terjadi kepada Farok kini?

Pihak kami ingin menjalankan siasatan selanjutnya ke atas perkara ini dan untuk mengetahui apakah aset-aset yang dimiliki oleh beberapa syarikat seperti yang terdapat di dalam dokumen-dokumen yang dikemukakan Farok kepada mahkamah.

Namun, kami masih gagal menemui Farok Majeed. Kami faham bahawa dia sememangnya telah dijadikan bankrap di beberapa peringkat, maka kami mengandaikan Farok tidak berjaya menuntut segala sesuatu bayaran balik daripada keluarga Mahmud. Namun kesemua bekas tempat kerja dan tempat pengajiannya tidak dapat memberikan kami sebarang maklumat mengenainya.

Farok Majeed merupakan pengasas dan pengerusi persatuan pengubahsuai dan pembangun bangunan di Singapura, yang dikenali sebagai RADAC. Namun, walaupun Farok telah menggunakan alamat RADAC dalam laporan tahunan bagi tahun 2010, tiada seorangpun dalam RADAC tahu akan bos mereka itu. Sebaik sahaja setelah kami bertanyakan pemergiannya, RADAC telah menggantikan Majeed sebagai pengerusi mereka dengan orang lain. Para staf dalam RADAC juga memberitahu kami bahawa mereka tidak Berjaya mengesannya sejak beberapa bulan yang lalu.

Begitu juga sebuah pertubuhan yang dikaitkan dengan Farok, Construction Dispute Resolution Services yang beribupejabat di US, telah memberitahu kami bahawa mereka juga telah gagal mengesannya "sejak dua tahun yang lalu".

Kami juga telah cuba untuk mengesannya di bekas tempat pengajiannya, University of Sydney, tetapi professornya juga memberitahu kami bahawa Farok tidak kedengaran sejak sekian lama.

Akhirnya kami cuba mendapatkan peguam kebankrapannya, namun mereka juga mengatakan bahawa mereka telah gagal mengesannya. Syarikat-syarikatnya telah ditutup dan dia tidak lagi didaftarkan menggunakan sebarang alamat dan agensi penyiasat persendirian di Australia juga gagal mengesannya. Mungkin dia telah kembali ke Malaysia? Mungkin juga dia menyembunyikan dirinya, sesuatu yang pelik dilakukan oleh seseorang jururunding perniagaan hartanah?

Mungkin Encik Farok Majeed telah Berjaya mengases artikel ini dan menghubungi kami, maka kami amat percaya dia boleh memberikan kami maklumat-maklumat yang ekstensif mengenai harta kekayaan keluarga Taib Mahmud? Sebaliknya, mungkinkah Encik Onn bin Mahmud dapat memberi kami segala maklumat yang kami perlukan? Mungkinkah Onn dapat memberitahu kami apa yang telah terjadi ke atas bekas rakan niaganya dan juga penasihat undang-undangnya, Farok Majeed?/Sarawak Report

Kejutan Akan Berlaku Di Pilihanraya Sarawak

Posted: 19 Mar 2011 11:10 PM PDT

KOTA BHARU, 20 Mac - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa berharap rakyat Sarawak boleh menerima parti lain daripada BN supaya boleh dipanjangkan tuntutan royalti petroleum dan pada masa sama mengagihkan kekayaan negeri dengan lebih saksama.

Katanya, hari ini jurang rakyat Sarawak sangat besar; yang miskin terlalu miskin sementara ketua menterinya pula dikenali mempunyai aset yang sangat besar dan sehingga hari ini dia pun tidak menafikannya. "Selain daripada mempunyai kekayaan, kalau kita lihat anaknya yang bercerai baru-baru ini bahawa tuntutan harta dia adalah beratus juta nilai harta yang dia miliki. Ini baru anak dia, dan macam mana pula dengan anak-beranaknya yang lain.

"Dan saya sangat hairan bagaimana BN masih mengizinkan beliau bertanding. Dia dah berkhidmat dan berurusan begitu lama. Ini bermakna BN tidak ada tokoh," katanya. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi , Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan berkata, PAS akan memberikan tumpuan kepada kerusi-kerusi yang ditandingi supaya mempunyai kerusi pertama di Sarawak.

Justeru, katanya petugas khas khususnya daripada kawasan Kubang Kerian dan negeri Kelantan dihantar ke Sarawak. Ini, katanya, penting agar menikmati kemenangan pertama bagi membolehkan perjuangan rakyat Sarawak diangkat dengan lebih baik termasuk dari segi kekayaan Sarawak khususnya dari segi royalti petroleum yang begitu besar.

"Tetapi masih ramai rakyat Sarawak miskin, dan kita bercadang untuk meningkatkan bayaran royalti petroleum ini daripada lima peratus kepada 20 peratus kerana rakyat tempatan harus menikmati hasil daripada petroleum tersebut lebih baik daipada pihak lain," katanya.

Menurutnya, rakyat Sarawak kini sudah bersedia untuk melaksanakan pilihan di luar dari BN. Tambahnya, dengan perkembangan yang ada pada hari ini, satu kejutan bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak akan berlaku. Katanhya lagi, rakyat Sarawak kini sudah dapat banyak maklumat yang dahulunya tidak sampai kepada mereka.

"Sekarang mereka sudah ada maklumat bahawa kekayaan Sarawak dimonopoli pihak tertentu sedangkan rakyat Sarawak masih kekal seperti biasa. Kemudahan-kemudahan dan insfrastruktur di luar bandar, bekalan air dan tanah mereka sangat mendukacitakan.

"Kalau rakyat Sarawak hendakkan perubahan, mereka tidak ada pilihan lain melainkan mereka memberikan undi kepada Pakatan Rakyat (PR) dan juga SNAP supaya ada perubahan politik di negeri Sarawak," katanya kepada media pada Majlis Makan Malam Persatuan Orang Pekak Kelantan (POPK) di sebuah hotel di sini, malam tadi./Harakahdaily

Laman Web Loyar Burok Buka Pejabat

Posted: 19 Mar 2011 10:35 PM PDT

Loyar Burok, sebuah laman sesawang yang diuruskan oleh sekumpulan peguam, akhirnya bertapak di alam benar dengan pelancaran pejabatnya, Pusat Rakyat Loyar Burok di Bangsar Utama hari ini. Lebih kurang 80 orang yang terdiri daripada aktivis sosial dan peguam menghadiri usaha mereka yang dikenali dengan nama Inisiatif Rakyat untuk Menggerakkan Aktiviti Sosial dan Pentadbiran Baru atau lebih dikenali nama Ops P.I.S.A.N.G.

Menurut salah seorang pengasasnya, Edmund Bon, "Kita mengadakan rundingan dengan organisasi-organisasi bukan kerajaan supaya kita boleh menggembeleng tenaga bersama-sama untuk memperjuangkan isu berkaitan hak sosioekonomi."Edmund turut memberitahu Ops P.I.S.A.N.G dimulakan kerana mereka berhasrat untuk memperdayakan rakyat agar dapat berbincang isu berkaitan perlembagaan dan hak asasi.

Menurut Edmund, ahli Loyar Burok akan mengajar perihal perlembagaan dan hak asasi kepada masyarakat setempat agar mereka boleh kembali kepada komuniti dan menyebarkan pengetahuan ini.Usaha secara ujikaji ini akan dilaksanakan selama setahun. Sebuah kawasan parlimen yang dimenangi dengan majoriti tipis akan menjadi kawasan tumpuan utama di mana maklumat berkaitan akan disebarkan.

Buat masa ini kawasan tumpuan akan berpusat di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan."Apabila rakyat memahami perlembagaan dan hak asasi manusia, mereka akan mempunyai kesedaran."Maka ahli politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat akan lebih prihatin dengan keperluan rakyat," jelas Edmund kepada hadirin petang tadi./KL-Today

Seorang Maut Dalam Kemalangan Bas Di Lebuhraya Utara-Selatan

Posted: 19 Mar 2011 08:41 PM PDT

TAPAH, 20 Mac - Seorang penumpang maut, manakala enam lagi parah apabila bas persiaran yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan dua buah lori di Km 341.9 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Bidor awal hari ini.


Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Ahmad berkata yang terbunuh dikenal pasti Sahad@Shariff Md Din, 74, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Polis masih mengenal pasti mereka yang parah dalam kejadian pukul 4.50 pagi itu yang turut menyaksikan 35 lagi termasuk pemandu bas cedera ringan, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata semua yang parah dihantar ke Hospital Tapah, Teluk Intan dan Ipoh, manakala yang cedera ringan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tapah. Bas itu katanya, membawa 43 penumpang terdiri daripada anggota rombongan yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Nilai, Negeri Sembilan.

"Ketika tiba di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan bahan mentah. "Pemandu kemudian memberhentikan bas itu dan menurunkan penumpang sebelum sebuah lori yang membawa muatan kertas merempuh bahagian belakang bas terbabit termasuk beberapa penumpang yang sudah turun daripada bas tersebut," katanya.

Roslan berkata pasukan bomba dan penyelamat yang dikejarkan ke tempat kejadian mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit. Punca sebenar kejadian sedang disiasat, katanya./Bernama

Semboyan Telah Berbunyi..Ayuh!! Blogger PR Kita Serang Habis-Habisan..

Posted: 19 Mar 2011 08:00 PM PDT

Taib Mahmud telah pun mengumumkan DUN Sarawak akan dibubarkan Isnin ini.. dan notis mengenainya telah dihantar kepada TYT Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Taib Mahmud juga mengumumkan akan bersara selepas pada pilihanraya ini..namun bolehkah mempercayai kata-kata orang tua yang mabuk kuasa ini selama 30 tahun ini..

Bagai sudah dirancang...Najib turun di Sarawak bagi mengumumkan projek kencing rakyat berjumlah RM253juta..dari mana lah duit datang mencurah-curah ni...cilakak punya Be End !!Kalau di tanya kenapa Be End umum projek ketika ini, pasti dijawab seperti skrip dulu-dulu "projek ini sudah lama dirancang, kebetulan terkena tarikh pilihanraya" ha..ha..ha..kau ingat..kami rakyat bahalol macam engkau ke Be End!! Kami rakyat sudah lama makan garam...

Khabar angin juga bertiup kencang kononnya pengundian jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen. Difahamkan Be End Sarawak tak mau tempoh berkempen lama dengan alasan akan berlaku suasana tidak tenteram dikalangan rakyat akibat propaganda pembangkang kononnya... atau yang sebenarnya Be End berasa kecut dengan situasi semasa politik di Sarawak yang tidak menyebelahi mereka.

Isu kekayaan Taib Mahmud dan keluarganya menghantui Be End..rata-rata rakyat Sarawak sudah bosan dengan kencing-kencing Be End Sarawak selama ini yang diterajui oleh Taib Mahmud. Kekayaan berbillion ringgit Taib Mahmud dan keluarganya serta isu penyelewengan kuasa bakal menjadi duri dalam daging buat Be End..tetapi memberi kelebihan buat Pakatan Rakyat khasnya media baru iaitu blogger-blogger pro Pakatan Rakyat. Oleh itu...ayuh!! blogger pro Pakatan Rakyat kita serang habis-habisan bagi memastikan Najib, Taib Mahmud dan para soldadunya kecundang pada pilihanraya kali ini..

Sekalung pujian buat Hanif dan Din Binjai..anda berani...teruskan perjuangan!!

Addin

Tiada ulasan: