Addin |
- Siapa Pemilik Penthouse AUS 20Juta Ini?
- Wujudkah Lagi Proton Dan Perodua Selepas AFTA?
- Pecah Tembelang..Rupanya Nazri Aziz Takut Dengan Rosmah ..Ha..Ha..Ha..!!
- Akibat Desakan Rakyat, Taib Mahmud Terpaksa Berundur
| Siapa Pemilik Penthouse AUS 20Juta Ini? Posted: 19 Mar 2011 11:00 AM PDT ONN MAHMUD BERSAMA RUMAH PENTHOUSENYA YANG TERMAHAL DI AUSTRALIA! Sebuah rumah penthouse yang mempunyai pemandangan yang amat menakjubkan merupakan premis kediaman yang paling mahal di Australia terletak di Sydney. Pihak pemberita kami telah mendapatkan maklumat tentang penjualan rumah itu pada tahun 2008 yang merekodkan harga jualan AUS$20 juta. Siapakah 'ahli perniagaan bermisteri' yang telah mampu membeli premis yang paling mahal di Australia itu, dan siapakah yang telah menjualnya? Apa yang kita tahu bahawa premis mahal itu telah melibatkan keluarga yang terkaya di Sarawak, khasnya Onn Mahmud, saudara kepada Ketua Menteri. Kita telah mengetahui mengenai penglibatan Onn Mahmud dalam perkembangan atau pembelian apa yang dinamakan sebagai Ten Wylde Street, yang terletak kawasan perdana pelabuhan Sydney di lokasi Potts Points, kerana bukti-bukti tersebut telah dibawa ke mahkamah beberapa bulan sebelum berita sebenar didedahkan. Onn telah disaman berjuta-juta dollar Australia oleh sebuah syarikat perunding yang memasukkan yuran-yuran "pembangunan dan pengurusan" ke dalam bilnya berkaitan dengan Ten Wylde Street itu. Kes mahkamah itu diketahui umum serentak dengan pendedahan berita mengenai keraguan ke atas kekayaan luar-biasanya oleh akhbar-akhbar di Jepun, yang sedang mengikuti pendakwaan pihak percukaian negara itu menentang sebuah kartel perkapalan. Dalam tahun 2007 terdapat satu berita mengenai syarikat-syarikat perkapalan yang dikehendaki membayar sebahagian dari keuntungan pengangkutan kayu balak yang tidak diikhtiraf, kepada sebuah syarikat misteri di Hong Kong yang dikaitkan dengan Onn Mahmud. Onn yang berpengkalan di Sydney dan telah mengembangkan beberapa kepentingan perniagaan atas nama Kesuma Holdings, sebuah syarikat yang dikendalikan oleh beliau dan isterinya, anak-anak mereka, tetapi operasi syarikatnya itu telah berhenti pada 2009. Apabila harta tersebut diketengahkan untuk dijual dengan harga yang amat mahal menerusi internet ia seterusnya dijual begitu sahaja. Sebenarnya perkembangannya adalah pengubahsuaian sebuah premis yang lama dan kerja-kerja pengubahsuaian masih dijalankan. Hanya beberapa hari yang lalu usahasama itu telah diumumkan di akhbar-akhbar yang melaporkan bahawa rundingan jualan itu telah dilakukan melalui pihak pemaju, yang menjualnya semula dengan harga yang sama semasa ianya dibeli – sekitar AUS$17.5 – 20 juta. Siapakah yang mempunyai wang sebanyak itu semasa harga harta itu berada di tahap yang tinggi? Para pemberita Sarawak Report yang berpangkalan di Sydney telah memberitahu kami bahawa Ten Wylde Street masih dalam peringkat dibangunkan. Laman web yang mengiklankan gambar-gambar rumah cantik lagi mewah itu, yang berharga AUS$20 juta pada masa itu, kini telah ditutup. Nama Onn Mahmud tidak pernah dikaitkan dengan projek itu. Inilah yang menjadi tanda-tanya, sama ada dia sendiri yang bertindak sebagai pembangun keseluruhan projek itu, atau bertindak sebagai pembeli bermisteri itu? Apa yang gagal dinafikan oleh Onn Mahmud adalah apabila kes ini dibawa ke mahkamah pertengahan 2007 dan 2008, sebenarnya terdapat kerja-kerja pengubahsuaian ke atas Ten Wylde Street, Potts Points itu dilaksanakan bagi pihak dirinya. Persoalannya di sini, dari manakah beliau memperolehi wang sebanyak itu?/Sarawak Report |
| Wujudkah Lagi Proton Dan Perodua Selepas AFTA? Posted: 19 Mar 2011 01:00 AM PDT Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mempersoalkan nasib yang bakal menimpa pengeluar kereta nasional Proton dan Perodua, menjelang pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) pada 2015. Menurutnya, persaingan selepas penguatkuasaan AFTA tidak lagi mengizinkan dasar perlindungan untuk kereta nasional diteruskan samada melalui kaedah tarif, eksais, pemberian geran dan pelbagai cara lagi oleh kerajaan. "Umum tahu bagaimana selama ini kerajaan telah melindung kereta nasional dengan mengenakan regim tarif dan eksais yang tinggi atas kereta-kereta impot dan tempatan sehingga harga kereta-kereta import termasuk kereta nasional kita, contohnya model Waja tempatan adalah dua kali ganda berbanding di saudi Arabia. "Perlindungan itu juga datang dalam bentuk geran R&D dari kerajaan," ujar beliau dalam satu tulisan yang disiarkan dalam blognya semalam. Dr Dzulkefli berkata, berdasarkan tinjauan laporan kewangan untuk tiga tahun terakhir Proton mendapati, sekiranya pengeluar kereta tempatan itu tidak dibantu dengan pemberian geran, Proton berada dalam keadaan defisit dan kerugian. Jelas beliau, pada 2008, laporan tahunan yang menyebut keuntungan bersih Proton sebanyak RM184.5 juta sebenarnya dibantu pemberian geran R&D daripada kerajaan iaitu sebanyak RM289 juta bagi mengelak kerugian ditanggung sebanyak RM9.2 juta.Bagi tahun 2009, keuntungan bersih yang dicatatkan sebanyak RM301.8 juta juga dibantu pengeluaran geran R&D sebanyak RM80.7 juta. Begitu juga bagi 2010 di mana keuntungan diperoleh RM289 juta disebabkan bantuan sebanyak RM143 juta daripada kerajaan iaitu setengah daripada keuntungan bersih Proton. Sehubungan itu katanya, kerajaan diingatkan bahawa negara jiran seperti Thailand misalnya, bakal menjadi pengeluar kereta terbesar Asean menjelang 2015 dengan menyasarkan pengeluaran 2 juta unit kereta bagi tujuan eksport dan 1 juta untuk keperluan domestik. Begitu juga Indonesia yang telah merangka langkah-langkah konkrit untuk berdepan dengan persaingan yang lebih sengit selepas penguatkuasaan AFTA dengan meningkatkan pengeluaran sebanyak 2 juta unit setahun. "Malaysia diingatakan bahawa kita hanya mampu menjual sejumlah 620,000 unit tahun lalu. Tuntutan 'economy of scale' menuntut supaya kita mengeluarkan paling tidaknya 10,000 unit sebulan," "Kalau benar-benar kita mahu mendayasaingkan kereta nasional kita selepas AFTA 2015, maka tidak ada caranya untuk kita lakukan kecuali dengan mendapatkan rakan strategik yang hebat sekaligus menyelamatkan 250 syarikat vendor dan 'dealers' dalam sektor automobil nasional ini," ujar beliau. Bagaimanapun katanya, PAS dan Pakatan Rakyat, tidak melihat langkah-langkah konkrit yang diambil kerajaan bagi mendepani cabaran AFTA-2015. Justeru kerajaan digesa memberi fokus kepada penyelesaian ini termasuk menganjurkan kaedah penggabungan samada di antara Proton dan Perodua serta di antara syarikat pembekal dan pengedar kereta bagi meningkatkan dayasaing. |
| Pecah Tembelang..Rupanya Nazri Aziz Takut Dengan Rosmah ..Ha..Ha..Ha..!! Posted: 18 Mar 2011 10:00 PM PDT Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sebagai pengecut kerana mengelak bercakap benar mengenai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau berkata, Nazri berdolak-dalik ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff parlimen baru-baru ini mengenai bidang kuasa Rosmah yang didakwa mencampuri urusan negara. Ia termasuk kenyataan Rosmah berhubung kejadian tsunami di Jepun baru-baru ini. "Beliau (Nazri) tidak menjawab soalan yang ditanya Siti Zailah, tetapi banyak berdolak-dalik mengenai pertanyaan itu. "Nazri sebenarnya takut untuk bercakap benar mendedahkan penglibatan Rosmah sebagai wanita pertama, penganjuran Festival Fesyen Islam (IFF) dan kenyataan memalukan daripada Rosmah mengenai Tsunami di Jepun," kata Zuraida ketika dihubungi Keadilandaily.com. Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang turut menganggap kenyataan Nazri yang mengatakan lawatan Rosmah sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), sebagai tidak berasas. "Rosmah sama sekali tidak berhak menjadi wakil wanita pertama dengan mencampuri urusan negara. "Kita dapat tahu yang beliau bukan dijemput, tetapi pergi dengan alasan hubungan negara. Malah duit yang digunakan sepanjang lawatan itu sudah pasti duit rakyat. Sementara itu Zuraida turut mengungkit semula penganjuran IFF yang menyimpang jauh daripada landasan ajaran Islam anjuran Rosmah tahun lalu. "Kita tidak mempersoalkan siapa yang pergi menonton, tetapi rekaan pakaian yang dipertontonkan sebagai Islam. Perkara ini juga Nazri cuba mengelak daripada menjawab tetapi banyak memburukkan kita yang dikatakan sengaja menabur fitnah kepada Rosmah," ujarnya. Rosmah yang sebelum ini merampas gelaran wanita pertama daripada Permaisuri Agung, mempunyai pejabatnya sendiri di Jabatan Perdana Menteri, menerima kecaman pelbagai pihak atas sikap borosnya membelanjakan wang rakyat sewenang-wenangnya.Antaranya mengadakan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Kuala Lumpur dengan belanja RM4.5 juta hanya dalam masa tiga hari. Beliau juga disifatkan sebagai 'Imelda Marcos' Malaysia kerana banyak menghabiskan wang rakyat melancong ke luar negara seperti membelanjakan RM100,000 hanya untuk menginap semalaman di hotel mewah Atlantis di Dubai. |
| Akibat Desakan Rakyat, Taib Mahmud Terpaksa Berundur Posted: 18 Mar 2011 06:00 PM PDT Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka membuat pengumuman penting, yang bakal mengejutkan banyak pihak hujung minggu ini. Dijangkakan beliau tidak akan kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri. Keputusan itu dilihat sebagai sebahagian usaha Barisan Nasional (BN) bagi mengurangkan kemarahan dan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin veteran itu selain mahu menggunakannya sebagai peluang memperoleh kemenangan mudah kali ini. The Malaysian Insider difahamkan pegawai-pegawai dalam kerajaan dan pentadbiran Najib percaya tindakan Taib, Ketua Menteri Sarawak paling lama berkhidmat, akan menggugat momentum pembangkang di negeri Malaysia Timur itu, yang hampir sama besar dengan Semenanjung. Taib belum membayangkan tarikh pilihan raya negeri tetapi hari ini memberitahu pemberita di Kuching bahawa "tunggu hingga esok." Taib akan menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan berada di Sarawak — di mana beliau dijangka mengumumkan bahawa akan melepaskan jawatan ketua menteri dan juga keputusan mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri, yang bakal membuka laluan kepada pilihan raya negeri. The Malaysian Insider juga difahamkan Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 71 kerusi akan dibubarkan seawal Isnin ini dengan penamaan calon dan pengundian dijangka bulan depan, tiga bulan sebelum mandat semasa berakhir pada 23 Julai. Kepimpinan Taib sejak kebelakangan ini telah mengundang banyak kritikan ekoran keengganannya untuk meletakkan jawatan atau melahirkan pengganti beliau. Selain itu beliau juga berhadapan dengan gelombang dakwaan rasuah dan nepotisme termasuk Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segala tuduhan terhadap pemimpin berambut putih itu. Ada juga pandangan bahawa Taib tidak harus bertanding lagi kali ini tetapi ada juga pendapat yang mengatakan pemimpin itu mampu untuk mengekalkan kesepaduan perikatan mereka dan menyumbang kepada kemenangan BN. Sarawak dan Sabah dilihat sebagai negeri "deposit hayat" bagi BN. Bagaimanapun sebagai kompromi, Taib dikatakan bersetuju kepada syor bertanding tetapi meletakkan jawatan sebagai ketua menteri sebagai pilihan raya. Penggantinya kemungkinan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Datuk Amar Abang Johari Abang Openg atau Naib Presiden Datuk Amar Awang Tengah Awang Ali Hassan. Nama Abang Johari sudah lama muncul dan kali pertama menamakan beliau sebagai kemungkinan penggantinya pada 1992. Semalam, Taib mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri. Pada pilihan raya negeri 2006, BN memenangi 62 kerusi, DAP enam manakala PKR, SNAP dan Bebas masing-masing satu. DAP dan PKR telah membentuk Pakatan Rakyat (PR) dengan gandingan PAS selepas pilihan raya negeri 2008 dan akan bertanding pada pilihan raya negeri bersama SNAP meskipun empat parti itu belum merumuskan pembahagian kerusi. Sumber-sumber PR berkata perikatan itu berharap untuk menafikan majoriti dua pertiga BN tetapi BN yakin akan mengekalkan prestasi lima tahun lalu. "Kami harus mempertahankan majoriti kami walaupun kami kemungkinan hilang tambahan beberapa kerusi," kata satu sumber BN kepada The Malaysian Insider. Katanya, BN Sarawak terjejas ekoran isu Alkitab selain dakwaan rasuah membabitkan Taib dan keluarganya. Awal minggu lalu bekas perdana menteri Britain Gordon Brown memberi sokongan kepada adik iparnya yang memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak dan hutan negeri itu, yang didakwa telah dieksploitasi oleh Taib. Menulis dalam akhbar The Independent, Brown menggambarkan penebangan hutan Sarawak sebagai "jenayah alam sekitar paling buruk pada zaman kita." Clare Rewcastle-Brown, yang mengakui bertanggungjawab atas kelahiran Radio Free Sarawak dan blog Sarawak Report dua minggu lalu, kritikal dengan kepimpinan Taib sambil mendakwa wujudnya amalan-amalan rasuah yang berleluasa dan kegiatan politik tidak sah. Rewcastle memulakan operasi kedua-dua saluran itu akhir tahun lalu dan mendedahkan identiti bulan lalu ketika pilihan raya negeri disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat./TMI |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan