Addin |
- DUN Sarawak Di Bubarkan 21 Mac Ini?
- Pejabat Tanah Di Saman Kerana Menipu
- Video Tsunami Jepun Paling Mengejutkan!!
- Projek Berbillion Ringgit Hanya Untuk Kroni-Kroni Be End..
DUN Sarawak Di Bubarkan 21 Mac Ini? Posted: 17 Mar 2011 06:00 PM PDT Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak kemungkinan dibubarkan pada 21 Mac ini bagi membolehkan pilihan raya negeri kesepuluh diadakan. Jika desas-desus itu menjadi kenyataan, ada kemungkinan pilihan raya dilangsungkan pada 16 April sementara 9 April adalah hari penamaan calon. Siang tadi, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak memberikan sebarang ulasan kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini. Pada sebelah pagi, beliau mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Beriang di Astana Negeri. Sementara itu, lawatan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri ini pada Sabtu ini dikatakan mempunyai kaitan dengan pilihan raya negeri. Sarawak mengadakan pilihan raya negeri kesembilan pada 20 Mei 2006 bagi memilih 71 Adun di mana 9 Mei ialah hari penamaan calon. Ketika itu, Dun Sarawak dibubarkan pada 24 April 2006 oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng atas nasihat Taib./Harakahdaily |
Pejabat Tanah Di Saman Kerana Menipu Posted: 17 Mar 2011 08:21 AM PDT BERA, 17 Mac - Seorang anak peneroka Felda Bukit Mendi, Roslan Abu Bakar, hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh terhadap Pejabat Tanah Bera kerana mendakwa berlaku penipuan dan tuntutan palsu terhadap tanah arwah ayahnya. Roslan, 50, yang kini menetap di Kula Lumpur, berkata ayahnya Mohamad Nor @ Abu Bakar Sulaiman telah beberapa kali menerima surat amaran tuntutan cukai tertunggak dan notis 6 A berjumlah sehingga RM3,000 "Beberapa bulan sebelum kematian ayah saya, arwah juga ada menerima surat yang sama dari Pejabat Tanah Bera sehingga dia merasa sangat takut dan sanggup menjualkan tanah pusaka arwah ibunya yang terletak di Negeri Sembilan. "Apabila semakan dibuat melalui penyata pada tahun 2004, iaitu pada kali terakhir ayah saya membayar cukai, ia tertunggak hanya RM1,309. Saya syak berlaku penipuan kerana cukai tanah sebelum itu hanya RM205," ujarnya. Menurut Roslan, ada kemungkinan wang cukai yang dibayar ayahnya cukai tanah yang dalam proses tanam semula pada tahun 1998 hingga beliau bersama ayahnya mengambil alih dan memulihkan ladang yang diberikan Felda itu pada 2003. Tambahnya, dalam tempoh itu (1998 hingga 2003) Felda hanya membayar cukai sebanyak RM199 sebulan. "Saya mahu penyiasatan dans eterusnya tindakan undang-undang diambil terhadap penipuan dan tuntutan palsu oleh Pejabat Tanah Bera selain daripada menebus maruah ayah saya yang kononnya cuai dan culas untuk membayar cukai. "Tindakan salah itu bagi kami amat menyusahkan dan memalukan juga menyebabkan kami sekeluarga tidak dibenarkan untuk mengadakan bicara kuasa sejak 2008," jelasnya./Harakahdaily |
Video Tsunami Jepun Paling Mengejutkan!! Posted: 17 Mar 2011 06:45 AM PDT Terlalu banyak tanda-tanda kiamat telah berlaku di depan mata kita, moga menjadi pengajaran dan pengiktibaran kepada kita semua. Dunia ini sudah hampir ke penghujungnya....sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar terhindar fitnah di akhir zaman.. |
Projek Berbillion Ringgit Hanya Untuk Kroni-Kroni Be End.. Posted: 17 Mar 2011 12:00 AM PDT Berbillion-Billion Ringgit Untuk Pelihara Dinasour Ekonomi Di Malaysia, industri pertahanan dalam bidang ekonomi pada hakikatnya merupakan "dinosaur" yang harus disingkirkan sejak awal lagi. Berbilion-bilion ringgit diperuntukkan kerajaan kita untuk menggerakkan sektor yang berorientasikan kecanggihan teknologi ini, namun tidak membawa apa-apa kesan ekonomi secara langsung mahupun tidak langsung sebaliknya.Perbelanjaan pertahanan adalah antara perbelanjaan kerajaan yang tertinggi, menelan bilion, malah belasan bilion ringgit setiap tahun. Menurut statistik daripada Stockholm International Peace Research Institute, perbelanjaan pertahanan Malaysia mencatat USD 4.078 bilion (lebih RM12.5 bilion) pada tahun 2009, bersamaan 2% daripada GDP. Sejak Jun 2010, kerajaan Malaysia telah memberi kontrak dengan jumlah nilai RM9 bilion sekurang-kurangnya untuk pembelian aset pertahanan baru dan pemeliharaan aset yang sedia ada. Kontrak yang bernilai kira-kira RM6 bilion dianggarkan akan diberikan seterusnya, dan kedua-duanya membawa kepada jumlah RM15 bilion. Selain itu, dalam Defence Fair pada tahun lalu, kerajaan telah menandatangani kontrak pertahanan negara yang nilai keseluruhannya berjumlah lebih RM10.4 bilion. Kerajaan telah memperuntukkan bajet RM 21 bilion kepada pertahanan di bawah Rancangan Malaysia kesembilan (tahun 2006-2010), bersamaan 10.6% perbelanjaan pembangunan. Bajet peruntukan ini melonjak kira-kira 10%, kepada RM 23 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (tahun 2011-2015). Daripada perkiraan di atas, purata perbelanjaan tahunan untuk pertahanan mencatat RM4.4 bilion, dalam tempoh tahun 2006 hingga 2015. Industri pertahanan bercanggah dengan logik ekonomi Jika mengikut teori ekonomi, peruntukan kerajaan Malaysia yang mencecah bilion ringgit ke dalam bidang yang berorientasikan kecanggihan teknologi, seharusnya menikmati peningkatan produktiviti dan penurunan kos daripada ciptaan teknologi baru. Namun, mengapa sektor industri pertahanan Malaysia gagal mengecapi manfaat ini daripada teknologi yang canggih, sebaliknya terpaksa memperuntukkan perbelanjaan yang semakin tinggi dari tahun ke tahun?Persoalannya, mengapa sektor pertahanan ini bercanggah dengan logik ekonomi? Terdapat dua masalah pokok di sini. Pertamanya, bidang pertahanan adalah sebahagian daripada dasar afirmatif bumiputera. Atau lebih tepat, merupakan salah satu saluran penting kerajaan untuk menyokong kroninya. Keistimewaan sektor ini adalah, hampir kesemua syarikat yang terlibat dimiliki bumiputera, malah tiada "persaingan pasaran". Semua kontrak pertahanan diberikan secara terus. Kontrak yang diberikan bertujuan untuk memanfaatkan usahawan bumiputera, terutamanya kroni. Lantaran daripada itu, dengan syarat "tidak kira apa pun harga yang perlu dibayar", maka nilai kontrak semakin melonjak. Misalnya, kerajaan memberi satu kontrak pembinaan enam buah patrol vessel kepada PSC Industries Bhd, yang dikuasai korporat bumiputera terkenal, Amin Shah Omar Shah. Harga asal pembinaan adalah RM5.35 bilion, tetapi tundaan yang berlaku telah melonjakkan kosnya kepada RM6.75 bilion pada Januari 2007. Tiada perpindahan teknologi Keduanya, perbelanjaan pertahanan negara lebih kepada pembelian aset ketenteraan seperti Armored Personnel Carrier (APC), kapal selam, patrol vessel; atau perbelanjaan untuk memeliharanya, hampir tidak melibatkan kajian dan penyelidikan teknologi yang canggih, malah tidak melibatkan perpindahan teknologi. Dalam pembangunan industri pertahanan, penguasaan kemahiran teknologi adalah kuncinya, dan juga aset yang paling bernilai. Semakin canggih, semakin kompleks malah semakin kuat kuasanya senjata ketenteraan, maka semakin tinggi harga produknya.Untuk Malaysia yang ketinggalan dari segi kecanggihan teknologi, kita hanya bergantung kepada teknologi alat pertahanan negara lain, dan kemudian memasang di tempatan (misalnya APC), atau terus import dari luar negeri (misalnya kapal selam). Kesemua ini tidak melibatkan perpindahan teknologi dari luar ke dalam negeri, malah juga tidak melibatkan penyelidikan yang bakal berakhir dengan penemuan atau ciptaan baru. Dalam perkara ini, pengalaman PROTON menjadi pengajaran terbaik. Sungguhpun industri otomobil Malaysi telah mempunyai sejarah 25 tahun, namun PROTON tetap gagal bersaing di pasaran antarabangsa - kerana selama ini kita hanya tumpu kepada kerja pemasangan - tiada penyelidikan, atau perpindahan teknologi. Selain itu, industri pertahanan adalah sektor industri dengan sensitiviti yang tinggi. Apabila pelabur mencurah wangnya untuk penyelidikan teknologi senjata tercanggih, ia berkemungkinan besar melibatkan rahsia ketenteraan, yang sudah pasti tidak akan dikongsi teknologinya. Dalam suasana dan keterbatasan sedemikian, bidang pertahanan di Malaysia bukan satu sektor ekonomi yang "produktif", malah cenderung sebagai sektor "belanja" atau "tidak produktif". Keadaan ini menjelaskan mengapa peruntukan bilion, malah belasan bilion ringgit ke dalam bidang ini tidak mendatangkan manfaat ekonomi secara langsung atau tidak langsung. Malah, ia tidak mendatangkan manfaat dalam hal civilian use yang menggerakkan tamadun manusia. Pertahanan vs Keselamatan vs Ancaman Pada dasarnya, perbelanjaan pertahanan mempunyai hubungan yang langsung dengan keselamatan negara dan ancaman luar. Perbelanjaan pertahanan akan melonjak apabila keselamatan negara hendak dipertingkatkan, atau ketika kita berdepan dengan ancaman luar. Peningkatan keselamatan atau penangkisan ancaman luar melalui pertambahan peruntukan pertahanan negara akan membawa kesan positif external (luaran) terhadap ekonomi negara, termasuk produktiviti ekonomi, pertumbuhan ekonomi yang stabil dan mengukuhkan keyakinan pelabur asing. Namun demikian, 54 tahun sejak kemerdekaan Malaysia (Tanah Malaya) - selain ancaman daripada Parti Komunis Malaya dan Konfrontasi Indonesia pada peringkat awalnya, kita tidak berdepan dengan peperangan atau ancaman serangan luar untuk 40 tahun yang lalu. Kekuatan pertahanan atau ketenteraan Malaysia bukan pertimbangan pelabur asing sejak permulaannya. Sebaliknya, pelabur asing lebih mementingkan pasaran yang bebas, struktur ekonomi dan politik yang sarat dengan amalan rasuah, struktur dan kerenah biroktasi, sumber manusia yang tidak berdaya saing, kadar penjenayahan dan sebagainya. Oleh itu, peningkatan perbelanjaan pertahanan langsung tidak mencerminkan, malah memenuhi keperluan realiti yang sebenar. Dengan erti kata lain, peningkatan perbelanjaan pertahanan untuk melindungi negara dari serangan luar langsung tidak berfungsi untuk memantapkan pembangunan ekonomi dan mengukuhkan keyakinan pelabur asing, sebaliknya menimbulkan masalah "perbelanjaan yang terlebih". Lebih tepat, bidang industri pertahanan yang didukung dengan wang berbilion-bilion ringgit ini sekadar untuk menyokong aktiviti merentir (rent-seeking) kroni, untuk mengekalkan politik naungan (patronage), dan tidak membawa apa-apa kebaikan ekonomi./Merdeka Review |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan