Addin |
- Mahathir Jahil Perlembagaan
- Rupanya Taib Mahmud Dan Kroni Bolot Projek Jutaan Ringgit Di Sarawak
- Syarikat Papan Utama BSKL Memperdagangkan Orang?
- Kini Masyarakat Dunia Ingin Menjatuhkan Regim Taib Mahmud
- Kempen 'DNA Najib - Altantuya' Di Lancar
Posted: 15 Mar 2011 08:31 AM PDT Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar) menyifatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jahil perlembagaan kerana mempersoalkan peruntukan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Beliau mengulas demikian merujuk kepada blog Mahathir tahun lalu yang boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana merpertikaikan peruntukan tersebut di bawah Perlembagaan Persekutuan. "Tulisan Tun Mahathir dalam blognya adalah salah apabila mempersoal sekolah Rendah Jenis Cina (SRJC) dan Tamil (SRJT) untuk dapat peruntukan. Beliau boleh ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan. "Hak kaum Cina dan India dijamin di bawah Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan manakala bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Federalisme: Keadilan Dalam Mengagihkan Kekayaan Negara' pada program Wacana Ekonomi di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini hari ini.Aziz berkata, Artikel 152 menyatakan bahawa kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam tidak akan dinafikan. "Di bawah Artikel 152 memberi jaminan dan mekanisma yang memastikan semua orang mendapat hak masing-masing dan kerajaan boleh memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah ini," ujarnya. Aziz turut menyifatkan isu-isu yang dibawa oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah tidak logik kerana pernah menentang peruntukan kepada SRJC dan SRJT tahun lalu."Apa yang diperjuangkan Perkasa itu tidak logik dan masuk akal kerana melanggar perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agong KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli; Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Melawati, P Muthiah dan Adun Taman Medan, Haniza Talha. Majlis itu turut diserikan dengan ucapan pembukaan daripada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Mohd Nor./KL-Today | ||
Rupanya Taib Mahmud Dan Kroni Bolot Projek Jutaan Ringgit Di Sarawak Posted: 15 Mar 2011 05:30 AM PDT YB BN SI TAUKAY PROJEK-PROJEK BINAAN MEGA! Pada temubual secara online bersama YB Peter Nansian, Menteri Muda Alam Sekitar dalam cabinet Taib yang juga wakil rakyat kawasan Tasik Biru, pernah menulis "saya melibatkan diri dalam politik untuk membantu rakyat … jika anda datang ke kawasan saya … semua jalanraya sudah ada, dan pelbagai infrastruktur pun ada .. saya sentiasa memikirkan bagai mana saya boleh memajukan kawasan dan penduduk di situ". Namun, apa yang tidak dapat dilihat atau diketahui oleh para pembaca dan pengundi-pengundinya adalah berapa besarkah keuntungan yang diperolehi oleh YB mereka itu untuk dirinya sendiri menerusi projek-projek besar yang dibiayai oleh kerajaan negeri! Sememangnya, setelah penat bekerja di kabinet Taib Mahmud, YB itu akan bergegas pulang untuk menyelia projek-projek awam yang bernilai beratus-juta ringgit dilaksanakan oleh syarikatnya, Juara Beetuah Sdn Bhd, berjalan dengan lancar. Mungkinkah kerana dibebani kerja dan tugas hariannya sebagai menteri maka YB Nansian telah lupa bahawa adalah suatu kesalahan bagi seseorang penjawat awam sepertinya untuk memiliki syarikat-syarikat secara peribadi untuk mendapatkan keuntungan menerusi kontrak-kontrak dari kerajaannya sendiri? Kontrak-kontrak yang besar dan banyak Peter Nansian jelas dikenalpasti dalam senarai CIDB Malaysia sebagai seorang pengarah Juara Beetuah, sebuah syarikat pembinaan yang sering menerima kontrak-kontrak kerajaan bernilai beratus-juta ringgit! Malah, alamat dan butir-butir kontrak Juara Beetuah seperti yang tertera dalam laman web CIDB adalah sama dalam entri online Wikipedia YB Peter Nansian Apa yang mengejutkan kita adalah banyaknya kontrak-kontrak awam yang diterimanya daripada kerajaan BN. Juara Beetuah didaftarkan telah menerima sejumlah 10 kontrak awam sejak tahun 2000 dengan nilai terkumpulnya sebanyak RM350 juta! Para pengundi di kawasan pilihanraya yang diwakilinya, di mana YB Peter Nansian telah cuba meyakinkan bahawa dia adalah seorang menteri yang bekerja keras, mungkin ingin mengetahui bahawa tidak kesemua projek itu adalah untuk kawasannya sahaja! Kebanyakan kontrak itu telah diberikan secara tertutup oleh kerajaan BN tanpa mengambil kira konflik kepentingan tugas, adalah sebenarnya diberikan secara rawak. Ini bermakna, semasa kontrak-kontrak itu diagih-agihkan di kalangan menteri-menteri BN, para YB BN itu sebenarnya tidak pasti sama ada syarikat mereka boleh membuat pondok kecil, apatah lagi membina sebatang jalanraya. Maka, sebaik sahaja mereka menerima sebarang kontrak, mereka akan melantik kroni mereka untuk mengambil alih kerja binaan sebenarnya, seperti syarikat Hock Seng Lee, dengan nilai yang jauh lebih rendah, kerana sebahagian dari peruntukan kerajaan negeri telah 'dicabut' terlebih dahulu oleh menteri-menteri yang terlibat. Dengan ini maka kami ingin mencabar YB Peter Nansian untuk menunjukkan kepada kami bahawa dia benar-benar memiliki syarikat pembinaan dengan kakitangan, termasuklah dirinya, yang layak melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan kepadanya yang telah melibatkan peruntukan berjuta-juta ringgit. Kami ingin melihat pekerja-pekerja mahirnya melaksanakan kerja-kerja mereka dan kami ingin juga melihat sama ada syarikatnya itu mempunyai mesin-mesin yang mereka gunakan. Tanpa kerjasama dari dia, kami masih gagal menemui sebarang bukti bergambar yang menunjukkan dirinya (yang juga seorang bekas Chartered Accountant) memakai topi keselamatan atau mana-mana tempat yang berhampiran dengan kawasan binaan! Tetapi sebaliknya, kami telah menemui banyak sampel pengumuman menerusi media yang menunjukkan Juara Beetuah telah menganggotai beberapa konsortia dengan HSL di mana ianya akan menerima sebahagian 5% dari kontrak-kontrak kerajaan untuk tugas yang tidak dinyatakan secara spesifik dalam projek-projek itu. Ini juga cara yang sering dilakukan oleh Raziah Mahmud di mana syarikat-syarikat 'kaburnya' mendapatkan kontrak biayaan kerajaan negeri yang kemudiannya diserahkan kepada pihak lain, terima kasih kepada abangnya si Ketua Menteri. Dengan sedikit bukti kerja-kerja sebenar yang dilaksanakan oleh syarikat YB Nansian itu, maka kami kagum dengan kejayaannya mendapatkan jumlah pinjaman yang besar, yang didaftarkan atas nama syarikatnya. Sejumlah 13 pinjaman didaftarkan atas nama Juara Beetuah sejak tahun 2000 dan kesemuanya berjumlah RM472 juta! Tetapi sehingga kini, tiada satupun pinjaman itu telah dilunaskan. Namun, kesemua bank yang terlibat mungkin merasa selesa bahawa YB Nansian, dengan jaringan baiknya dan tidak nampak sebarang tanda-tanda untuk mengaut kontrak kerajaan, mungkin juga akan berjaya merebut peluang apabila Kerajaan Persekutuan mengumumkan pemberian projek-projek menjelang pilihanraya umum Sarawak nanti! Wang untuk pilihanraya Hanya semalam Awang Tengah Ali Hassan (Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber) mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.2 billion yang diperuntukkan untuk membina jalan-jalanraya, kemudahan bekalan air dan tenaga elektrik di bawah NKRA. Peruntukan ini sememangnya diolah sedemikian rupa untuk mengambil hati pengundi luar bandar dan pedalaman yang telah menunggu dibekalkan kemudahan-kemudahan asas selama 30 tahun di bawah kerajaan Taib. Tetapi, pengumuman sedemikian juga akan pasti menggembirakan kroni-kroni Taib yang akan meraih kontrak dan bahagian-bahagian untuk mereka. Berapakah sebenarnya yang akan digunakan untuk 'projek-projek' tersebut adalah andaian setiap orang, tetapi apa yang pasti adalah para pengundi di kawasan luar bandar dan pedalaman akan menikmati sesuatu yang amat kecil nilanya! Awang Tengah telah menafikan bahawa BN menggunakan wang kerajaan untuk meraih sokongan para pengundi, tetapi beliau juga didengar sebagai berkata: "amatlah penting untuk penduduk Sarawak turut mempastikan BN Sarawak terus memerintah pada pilihanraya kali ini untuk menikmati pembangunan yang tiada gangguan!" [Awang Tengah Ali Hasan, 12/03/2011] Pada majlis yang sama jua, Awang Tengah telah (seolah-olah memperlekehkan audiennya) meyampaikan cek-cek di khalayak ramai kepada orang-orang yang menerima 'pampasan' ke atas tanah-tanah mereka yang telah diambil dari mereka! Awang Tengah telah menggunakan peluang tersebut menyeru kepada orang-orang Sarawak supaya tidak memperdulikan "dakyah dan pembohongan" terhadap kerajaan BN. Dengan ini, maka Sarawak Report memohon jasa baik ahli-ahli politik BN untuk mengemukakan bukti-bukti bahawa dakyah-dakyah yang telah selama ini disiarkan adalah 'pembohongan semata-mata'. Kami telah menyiarkan bukti-bukti kami di sini. Mereka boleh menjawab sama ada YB Peter Nansian pernah menerima kontrak-kontrak besar dari kerajaan yang mencecah nilai berjuta-juta ringgit menerusi syarikatnya, Juara Beetuah itu?/Sarawak Report | ||
Syarikat Papan Utama BSKL Memperdagangkan Orang? Posted: 15 Mar 2011 04:30 AM PDT Walaupun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menempatkan pegawainya di Kwantas Corporation Berhad, sebuah syarikat 'bumiputera' di Papan Utama BSKL yang menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu dan mendapat taraf Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti namun syarikat ini masih memperdagang orang kerana paling banyak menggunakan tenaga kerja asing atau PATI. Mengikut rekod Sabahkini.net, pada 2010 Jabatan Imigresen Lahad Datu telah membuat serbuan dan menangkap ramai pekerja Kwantas yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, termasuk Juru Audit Kwantas, Puan Froctousa Marcoco yang bekerja secara haram dengan Kwantas. Bagaimanapun Froctousa kini kembali bekerja (tanpa perlu menjalani hukuman Imigresen) dengan Kwantas dan anak syarikatnya Fordeco dan dalam masa yang sama menjadi 'Iron Lady' untuk menindas pekerja tempatan tanpa mengenal belas kasihan. Manakala suaminya, Rodolfo Elmidolan, juga menggunakan dokumen pengenalan diri yang meragukan dan telah dipanggil untuk siasatan di Pejabat Imigresen, namun kes berkenaan ditutup begitu sahaja; namun yang menjadi mangsa ialah kakitangan yang membuat aduan terhadap mereka berdua. Difahamkan Rodolfo Elmidolan telah beberapa kali ke Indonesia untuk menjalankan tugas-tugas resmi tanpa Pas Kerja. Beliau hanya mengunakan 'Business Visa'. Selain Froctousa dan suaminya, lebih 9,000 PATI diambil bekerja dengan syarikat berkenaan di sektor perladangan, perkilangan dan pejabat; namun sehingga hari ini Kwantas masih kebal daripada penguatkuasaan dengan pengaruh wang dan demi menjaga nama baik Bursa Malaysia./Sabahkini | ||
Kini Masyarakat Dunia Ingin Menjatuhkan Regim Taib Mahmud Posted: 14 Mar 2011 10:00 PM PDT
PENINGKATAN TUMPUAN DUNIA PADA SARAWAK Kini ombak penentangan terhadap regim pemusnahan alam sekitar Taib Mahmud semakin berterusan melanda Sarawak dan semakin mendapat perhatian media luar negara. Tunjuk-tunjuk perasaan di luar premis-premis milik keluarga Taib di UK, Kanada dan US dan kini tunjuk-tunjuk perasaan yang serupa akan diadakan di Australia, Austria dan Switzerland. Akhbar perdana Britain, Sunday Times pada hari ini telah melaporkan perkembangan-perkembangan dan merumuskan sebab-sebab kenapa ramai orang di seluruh dunia kini semakin menampakkan simpati terhadap kesengsaraan orang-orang Sarawak yang terjejas akibat kerakusan dan ketamakan pemimpin-pemimpin mereka. Mesejnya amat jelas – anda tetap tidak dilupakan, malah ramai lagi orang di seluruh dunia akan membantu anda menjatuhkan Taib Mahmud dari kekuasaannya. Kami mengetengahkan artikel Sunday Times ini, kerana anda sudah pastinya tidak mengetahuinya menerusi mana-mana media berlesen di Malaysia. Isu ini juga telah mendapat tempat di dalam media bebas Britain dan akhbar Evening Standard London beberapa hari yang lalu – termasuk gambar-gambar sekali. Beritanya SERUAN UNTUK MENGUSIR PARA PEMIMPIN YANG MEMUSNAHKAN HUTAN BORNEO Para peserta kempen menuntut negara Britain untuk membekukan aset-aset keluarga pemimpin yang membenarkan Borneo menjadi padang jarak, padang terkukur menerusi kegiatan pembalakan dan pembangunan (Dilaporkan: Michael Sheridan, Far East Correspondent, diterbitkan pada: 13 Mac, 2011) Seruan tersebut merupakan usaha bersama anjuran golongan dan penyokong konservatif dan pembangkang untuk menampatkan pemerintahan 30 tahun Ketua Menteri Sarawak yang kaya, Abdul Taib Mahmud, 74. Hutan hujan tropika di bahagian barat-laut kepulauan Borneo itu telah dimusnahkan oleh kegiatan pembalakan, dan spesis-spesis hidupan jarang ditemui atau diketahui telah mengalami kepupusan. Sungai-sungai dalam hutan Borneo telah dicemari racun dari industri-industri dan ladang-ladang besar, dan udaranya pula dipenuh asap dan habuk. Suatu ketika dahulu rantau tersebut merupakan gedung khazanah alam – tempat kita menemui bunga yang terbesar di dunia, fauna dan flora eksotik, kini telah musnah sama sekali. Kemusnahannya dibuktikan menerusi kemerosotan bilangan spesis haiwan orang utan kepada separuh sejak 50 tahun kebelakangan. Bagi menggantikan hutan hujan asli ini, ladang-ladang kelapa sawit yang amat luas yang semakin diusahakan secara agresif. Pokok-pokok hutan yang bernilai tinggi telah ditebang oleh syarikat-syarikat yang mendapat lesen daripada Taib, dan ada pula di kalangan syarikat-syarikat ini mempunyai kaitan kewangan dengan keluarga beliau. Abdul Taib Mahmud dan keluarganya dikaitkan secara langsung dengan syarikat-syarikat yang rakus memusnahkan hutan hujan itu. Empangan-empangan yang besar pula dibina dan menghodohkan lagi lanskap tropika, tetapi sebaliknya telah menambahkan kekayaannya. Dalam pada itu, kaum-kaum asli Sarawak telah diusir keluar dari tanah atau kawasan sendiri, mana kala pampasan untuk mereka dinafikan. Beberapa kaum asli seperti kaum Penan kini berhadapan dengan masa depan yang tiada kepastian. "Kaum Penan mendapat dua bentuk implikasi dari apa yang dikenali sebagai tenaga 'hijau' – tenaga hidroelektrik dan bahanapi bio," kata Miriam Ross, dari Survival International. "Adalah amat menakutkan, bahawa kerajaan Sarawak telah mengumumkan rancangannya untuk menggandakan keluasan kawasan perladangan kelapa sawit menjelang 2020." Di Sarawak, terdapat sebuah sahaja keluarga yang mendominasi kerajaan dan syarikat-syarikat untuk mengekploitasi sumber-sumber alamnya. Sejak 1981, Taib telah diberikan mandat untuk menjadi ketua menteri, menteri kewangan dan menteri perancangan dan pengurusan sumber, tanpa menghadapi sebarang bantahan. Dokumen-dokumen yang difailkan di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa isterinya adalah pemegang utama saham dalam syarikat gergasi di Sarawak, Cahaya Mata Sarawak (CMS). Kemewahan keluarga Taib juga terbongkar menerusi dokumen-dokumen tuntutan cerai pada bulan lalu yang dikemukakan oleh menantu Taib, iaitu isteri kepada Mahmud Abu Bekir 48, di mana Bekir bertindak selaku timbalan pengerusi dalam CMS. Isteri Bekir, Shahnaz Abdul Majid, sedang menuntut perceraian sebanyak £82 juta, yang mendakwa dirinya telah didatangkan penderaan fizikal dan mental sepanjang perkahwinan mereka.. Saudara-mara dan para kroni Taib juga dikenalpasti sebagai pemegang saham atau menganggotai sebanyak enam buah syarikat pembalakan yang mendapat keuntungan menerusi konsesi yang diberikan oleh kerajaan. Mereka ini termasuklah sepupunya sendiri, yang mempengerusikan sebuah syarikat pembalakan, dan bomoh peribadinya, Ahmad Su'ut. Rangkaian global sebanyak 49 buah syarikat yang berkaitan dengan Taib, termasuk syarikat hartanah di Britain, Kanada dan Amerika Syarikat, telah ditemui oleh para penyelidik Bruno Manser Fund di Switzerland. Yayasan tersebut, yang dinamakan sempena seorang aktivis alam sekitar berbangsa Swiss yang telah hilang di Borneo sejak 2000, telah menyeru kepada pihak-pihak anti-rasuah dan wang haram yang berwibawa, untuk "mengenalpasti dan membekukan semua aset Taib". Yayasan tersebut juga telah menyeru kepada pihak FBI untuk menyiasat kes kematian bermisteri Ross Boyert, 60, seorang pengurus aset-aset Taib di US, yang telah bertindak sebagai pemberi maklumat, dan kemudiannya ditemui mati pada bulan September di sebuah bilik hotel di LA, dilaporkan kononnya membunuh diri dengan membalut kepalanya dengan beg plastik. Kota London telah menjadi sebuah hub para penganjur kempen Sarawak yang melarikan diri daripada ancaman di Sarawak. "Terdapat beberapa ancaman bunuh," kata Clare Rewcastle, yang mengendalikan laman web kempen, Sarawak Report, yang juga adalah ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Bown. "Dalam hidup ini, ingatan pertama saya dan rakan-rakan pertama saya adalah dari negeri Sarawak, dan saya membesar di sebuah tempat yang bersuasana hening dan menenangkan," katanya lagi. "Apabila saya kembali 35 tahun selepas itu, suasana yang pernah menambat hati saya itu telah bertukar menjadi zon malapetaka." Saingan-saingan politik Taib percaya bahawa pilihanraya kali ini merupakan masa yang paling baik untuk menjatuhkan Taib. Walau bagaimana pun, kerajaan di Kuala Lumpur amat memerlukan sokongan Taib pada peringkat parlimen untuk menentang saingannya. Menteri Dalam Negeri di Malaysia telah menyuarakan rasa marahnya terhadap kegiatan-kegiatan Rewcastle dan berjanji bahawa pihak polis "akan mengambil tindakan" terhadapnya – suatu ancaman yang dicemuh secara sinis oleh Rewcastle./Sarawak Report | ||
Kempen 'DNA Najib - Altantuya' Di Lancar Posted: 14 Mar 2011 06:00 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Rais Yatim untuk menyerahkan DNA masing-masing bagi membuktikan mereka tidak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibu dan dakwaan merogol amah. "Di Malaysia, kalau Umno buat demonstrasi, maka dibenarkan. Tapi soalnya, kalau nak bangkit soal tuntutan DNA, kenapa mereka tidak minta DNA Najib dalam kes pembunuhan Altantuya? "Kenapa tak minta DNA Datuk Rais dalam dakwaan tuduhan rogol pembantu rumahnya?" soal Anwar pada sidang media di Parlimen, ketika menjawab soalan mengenai tindakan ahli Umno yang berdemonstrasi menuntut Ketua Umum KEADILAN itu menyerahkan sampel DNA. Dalam kes Fitnah II, pendakwa raya hari ini membuat permohonan untuk mendapatkan sampel DNAnya, seolah-olah Anwar perlu membuktikan beliau tidak bersalah dan ia bertentangan dengan semangat undang-undang. Pihak yang mendakwa seseorang melakukan jenayah perlu membuktikan tuduhan, bukan sebaliknya. Namun, jika amalan 'terbalik' itu digunakan terhadap Anwar, Najib dan Rais juga perlu membuktikan mereka tidak bersalah atas semua dakwaan, selama ini.Sementara itu, Pakatan Rakyat akan menggerakkan kempen yang dinamai 'DNA Najib-Altantuya' sebagai reaksi terhadap tohmahan pimpinan dan media kawalan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap Anwar berkaitan isu sampel DNA. "KEADILAN akan menggerakkan kempen bertema 'DNA Najib-Altantuya'. Kita merancang untuk memulakan kempen itu mulai minggu hadapan," kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, hari ini. Bercakap pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, beliau berkata, kempen itu berbentuk pengedaran risalah dan ceramah penerangan di seluruh negara. "Kita kini sedang menyediakan dokumen berkaitan," katanya./KL-Today |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan