Ahad, 6 Mac 2011

Addin

Addin


PRK Merlimau : (Gambar & Video) Kehangatan Di SKJC Merlimau

Posted: 06 Mar 2011 05:00 PM PST

Modal kempen lapok.. tapi masih laku di Melaka..ha..ha..





Perhatikan muka budak ni, budak bawah umur..jelas Be eNd sanggup lakukan apa sahaja..








PRK Kerdau : Be eNd Menang Majoriti 2,724

Posted: 06 Mar 2011 05:15 AM PST

TEMERLOH, 6 Mac - Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kemenangan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dengan majoriti 2, 724 undi. BN yang diwakili Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau berjaya memperolehi 5,060 undi sekaligus menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336undi.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau,Datuk Tarif Abdul Rahman di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh(MPT) di sini, Ahad. Pada pilihan raya umum 2008, BN yang diwakili Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim memenangi kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi.

PRK Merlimau : Keputusan Rasmi..Be eNd Menang Majoriti 3,643

Posted: 06 Mar 2011 04:48 AM PST

Kemaskini - Proses pengundian bagi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasanMerlimau bermula sebaik sahaja pusat pengundian mula dibuka pada pukul 8 pagi dan akan berakhir pukul 5 petang, Ahad. Sebanyak tujuh pusat pengundian telah dibuka iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Jasin Lalang, Sekolah Kebangsaan Chin Chin, SJK Tamil Ladang Jasin Lalang, Sekolah Kebangsaan Merlimau 2, Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, Sekolah Kebangsaan Merlimau dan SJKC Merlimau dengan 21 saluran tempat mengundi.

Seramai 10,679 pengundi DUN Merlimau bakal menunaikan tanggungjawab mereka. Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, di sini. Pengundian pos diadakan pada 2 Mac membabitkan 36 pengundi melibatkan anggota polis. Calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38 berdepan satu lawan satu dengan Calon Be eNd, Roslan Ahmad, 44.

Berikut adalah kronologi proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau bermula pada pukul 8 pagi Ahad dan djangka berakhir pada pukul 5 petang :-

8.20 pm - SPR mengumumkan BN menang dengan majoriti 3643 undi.

8.10 pm - Rasmi Dari 22 peti undi: BN 5962, PAS 2319

8.00 pm - 5 peti undi belum diterima. Tapi dari 17 peti undi dah perolehi keputusan rasmi BN 4533, PAS 1671.

7.48 pm - Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Azman Shapawi menyampaikan ucapan penutup sebagai pembakar semangat kepada penyokong dan petugas PAS di markas induk PAS. Dalam ucapannya beliau berkata, PRK ini bukan menentukan masa depan Pakatan Rakyat tetapi apa yang harus diberi perhatian ialah pilihan raya umum akan datang. "Semua kena balik ke negeri masing-masing,ke kawasan masing-masing dan menyampaikan maklumat mengenai Pakatan Rakyat"

7.15 pm - Jumlah peti undi kesemuanya termasuk undi pos 22, tetapi kini hanya 6 peti yang dah diterima dan 16 belum.

7.14 pm - Keputusan tidak rasmi - BN 5962, PAS 2339, majoriti 3623

6.56 pm - Orang ramai mula memenuhi markas induk PAS untuk melihat keputusan terkini yang dipaparkan di skrin.

5.40 pm - Selepas pengundian ditutup jam 5 petang, 78.98 peratus atau 8,435 daripada 10,679 pengundi di Merlimau keluar mengundi. Jumlah ini lebih tinggi daripada 76.18 peratus atau 7,977 orang dalam pilihan raya umum 2008. 

4.56pm - Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, projek mee segera Umno BN sangat ketara pada PRK Merlimau."Mafrel daripada awal lagi membantah projek mee segera.Sebelum ini memang ada projek segera tapi kita tengok kali ini semakin menjadi-jadi," katanya. Beliau yang membantah perkara itu berkata, Umno BN tidak ada hak menggunakan wang rakyat untuk melakukan projek-projek semata-mata untuk memenangi hati rakyat. Seramai enam orang wakil Mafrel Pusat dan tujuh wakil negeri memantau PRK Merlimau.

4.52 pm - Cuaca di merlimau semakin redup dan hujan hanya turun di sesetengah kawasan. Ini membolehkan pengundi yg belum mengundi keluar membuang undi tanpa sebarang halangan hingga saat akhir.

4.39 pm - 76.7 peratus atau 8,181 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 4 petang.

4.00 pm - Sehingga jam 3 petang, 72.6% atau 7,722 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi. 

3.35 pm - Suasana di tempat pembuangan undi di SJKC Merlimau agak panas.

3.15 pm - Penyokong-penyokong BN melakukan provokasi berterusan sehingga memaksa penyokong-penyokong PAS dan PR membalasnya dengan laungan reformasi dan takbir. Anggota polis dikerahkan lebih ramai di kawasan ini untuk mengawal keadaan. Jeritan penyokong Umno BN dengan perkataan 'bodoh' kepada para penyokong pakatan rakyat lebih memanaskan keadaan.

3.00 pm - 66.8 peratus atau 7,133 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 2 petang.

2.00 pm - 61.38 peratus atau 6,555 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 1 tengahari.

Kumpulan Pekida berbaju oren yang membuat kecoh
1.50 pm - Kumpulan lelaki berbaju oren yang menambah kekecohan di bilik gerakan DAP UPU Pengkalan Samak.

1.40 pm  SJK(C)Merlimau: Kehadiran sekumpulan lelaki berbaju oren dipercayai daripada Perkasa menambahkan kekecohan namun polis hanya membiarkan keadaan itu.

1.34 pm - SJK(C)Merlimau: Penyokong PR melaungkan 'rasuah...rasuah...curi enjin...kapal selam'.Seorang penyokong DAP, Lester berkata, Umno BN menggunakan remaja untuk berbalas sorakan. Keadaan semakin kecoh apabila penyokong BN mula membuat aksi tidak sopan.Seorang pimpinan MCA datang menyokong penyokong BN berbalas sorakan dengan menyebut 'Anwar liwat'.

1.11 pm - Sek Keb Permatang Serai: masih kelihatan pengundi-pengundi menunaikan tanggungjawab mereka namun perayu undi sudah berkurangan.

12.54 pm - Sehingga jam 12 tengahari, 54 peratus atau 5,746 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

12.38 pmDi Sek Keb Permatang Serai, polis tidak sempat mengejar remaja-remaja bermotor membawa bendera BN yang masuk ke tempat mengundi membuat provokasi.

12.03 pm - Peratusan keluar mengundi sehingga jam 11.00 adalah sebanyak 43% iaitu seramai 4,571 orang.

11.03 am - Calon PAS, Yuhaizad ketika ini bergerak dari SJK(C) Jasin Lalang menuju ke pusat pengundian SK Merlimau 1.

10.35 pagi: Sehingga pukul 10 pagi, peratusan keluar mengundi ialah 30 peratus.

9.00 pagi: Sebanyak 14 peratus daripada 10,679 pemilih telah mengundi.

8.40 pagi: Calon BN, Roslan Ahmad dan isteri, Zalifah Omar membuang undi di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, Merlimau Pasir.

8.00 pagi: Tujuh pusat pengundian pilihan raya kecil DUN Merlimau mula dibuka.

PRK Kerdau : Tuan Ibrahim Saman Fitnah TV3 Suku Dan Utusan Meloya

Posted: 05 Mar 2011 05:06 PM PST

Ibrahim Osman menunjukkan bukti bahawa tanah adalah milik beliau melalui syarikatnya
TEMERLOH, 6 Mac -  Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  akan memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia dan TV3 kerana didakwa memfitnah beliau membeli tanah peneroka Felda yang sebenarnya dibeli oleh pihak lain. Berdasarkan laporan blog-blog Umno, semalam Utusan menyiarkan tiga artikel berturut-turut yang menuduh Tuan Ibrahim mengambil kesempatan daripada peneroka tanah rancangan yang kesempitan hidup dengan membeli tanah mereka.

Malah Utusan turut menuduh disebabkan pembelian tersebut, tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan. Pertuduhan terhadap Tuan Ibrahim turut dilaporkan Buletin Utama di TV3 pada sebelah malamnya walaupun selepas pembeli sebenar tanah tersebut, Ibrahim Osman membuat pendedahan sebenar dalam satu sidang akhbar di markas induk PAS Kerdau dengan menafikan perkara tersebut.

"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau."Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang semalam.

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya."Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu.

"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak Mara atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd," katanya sambil menambah bahawa soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja. "Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," katanya. Harakahdaily difahamkan Tuan Ibrahim akan berbincang dengan peguamnya untuk memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia dan TV3 serta beberapa pihak lain dalam masa terdekat./Harakahdaily

Tiada ulasan: