Selasa, 1 Mac 2011

Addin

Addin


PRK Kerdau : (Video) Pemuda PAS Serah Memo Pada SPR, Be End Salah Guna Masjid, Sekolah

Posted: 01 Mar 2011 08:33 AM PST

PUTRAJAYA 1 MAC : Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyerahkan memorandum mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengambil tindakan tegas dan pantas terhadap parti BN yang jelas melanggar undang-undang pilihanraya dengan menggunakan harta awam untuk berkempen di pilihanraya kecil DUN Kerdau. Naib Ketua Dewan Pemuda Pas (DPP) Pusat, Ahmad Sabki Yusof yang mewakili DPP menyerahkan memorandum tersebut berkata, tindakan terang-terangan oleh BN menggunakan masjid dan sekolah di DUN Kerdau ini juga dipercayai tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan.

"Terang-terangan tindakan ini bersalahan dengan Akta Pilihanraya 154, menggunakan kemudahan awam sebagai tempat operasi kempen mana-mana parti, dan kami percaya mereka menggunakan tanpa permit daripada pihak berkuasa awam," kata beliau. Beliau menjelaskan, antara harta awam yang 'ditakluk' oleh BN dan dijadikan pusat operasi di Kerdau adalah Padang Awam di Teluk Santang, Masjid Batu Sawar, Sekolah Rendah Batu Sawar, Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23 dan Pusat Jalur Lebar Komuniti Jengka 25.

Selain itu, beliau juga menegaskan membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana penggunaan harta awam juga melanggar peruntukkan dalam Akta Pencegahan Rasuah Malaysia. "Kami juga bercadang membuat laporan SPRM sekejap lagi kerana perbuatan ini juga satu kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM, dan jika disabitkan dalam tempoh kempen merupakan satu kesalahan rasuah sepanjang kempen," kata beliau lagi.

Memorandum yang diserahkan oleh DPP hari ini antara lain turut mendesak SPR, SPRM dan badan-badan berkuasa lain untuk mengambil tindakan tegas dan pantas serta mengeluarkan satu kenyataan media berkaitan ini. DPP juga turut mendesak agar tindakan undang-undang diambil ke atas pesalah pilihanraya dan mendakwa mereka di mahkamah agar keharmonian dan ketelusan sistem pilihanraya dapat dipelihara./Tvs News

Rosmah Gembor Tiada Beza Dengan Suzanne Dan Leila Trabelsi

Posted: 01 Mar 2011 06:31 AM PST

Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin Baharum, turut menyokong kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata, bahawa Malaysia mempunyai persamaan dengan negara Tunisia mahu pun Mesir. Badrul Amin berkata sikap Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang berbelanja sakan ketika diluar negara ketika rakyat berhadapan masalah kenaikan harga barang membuktikan sikap sebenar beliau yang tidak prihatin kepada penderitaan rakyat.

"Apa yang disebut oleh Anwar adalah betul, tidak banyak berbeza dengan pemborosan yang dilakukan oleh Rosmah Mansor, saya setuju memang perangai Rosmah yang suka menunjuk-menunjuk, membeli-belah secara melampau di tempat mahal, berderet kereta menunggu hanya untuk membawa barangan beliau. Itu yang kita dengar, belum dapat lagi laporan yang tepat, banyak mana kekayaannya, banyak mana harta yang telah dikutipnya," ujarnya.


Menurut Badrul lagi, peranan Rosmah sebagai isteri hanyalah di rumah sahaja, dan beliau disifatkan tidak layak menggalas tanggungjawab suaminya ( Najib Razak) serta menjalankan tugas-tugas sebagai sorang menteri. "Tapi persoalan di sini, apakah si isteri punya kuasa ke atas negara yang diletakkan di bahu suaminya, perlu ada batasan atau sempadan, isteri di rumah tetapi di pejabat biarlah si suami berperanan, " katanya.

Beliau ketika ditemuramah oleh TV Selangor turut mempertikaikan kewujudan Jabatan First Lady Of Malaysia yang ditubuhkan khas untuk Rosmah, jabatan ini dilihat tidak memainkan peranan yang penting tetapi hanya mengundang pembaziran wang kerajaan. "Kita difahamkan ada pula Department of FLOM (First Lady of Malaysia) di Putrajaya, apa peranannya, siapa gaji dia, berapa staff dia, ini harus dijawab. Kita nak benda ni dihentikan bahawa Rosmah mungkin mengiringi suaminya sebagai Menteri tetapi sebagai seorang isteri dan bukan pegawai negara, diplomatik dan sebagainya."

Tindak-tanduk isteri Perdana Menteri ini bakal mengundang kepada kebangkitan rakyat di negara ini seperti mana yang berlaku di Mesir dan Tunisia, tambah Badrul lagi. "Dia (Rosmah) lebih teruk daripada Leila dan Suzanne, kita tak ada fakta berapa kekayaan Rosmah, Suzanne dan Leila untuk buat perbandingan tetapi saya lihat dari tingkah laku Rosmah ini akan menghancurkan negara kita, memadailah dia mengawal suaminya di rumah tetapi jangan kawal suami dalam urusan negara." katanya.

Dr Badrul mengulas ceramah Anwar semalam, di mana Malaysia berpotensi untuk menjadi seperti negara Tunisia mahupun Mesir akibat daripada pentadbiran negara yang dikuasai oleh isteri-isteri pemerintah. /Tvs News

PRK Merlimau : Lebih RM200 Ribu DiBelanjakan Untuk Jamuan 1Malaysia

Posted: 01 Mar 2011 03:17 AM PST

Jamuan, angpow, hamper, malah hadiah istimewa seperti motorsikal, basikal, barangan elekronik dan sebagainya terus diberikan melalui cabutan bertuah oleh NGO 1Malaysia, yang bertapak di Merlimau dua minggu sebelum PRK Merlimau membuka tirai.  Setakat ini dua jamuan malam telah diadakan, dan lebih RM200 ribu dibelanjakan, mengikut anggaran kasar wartawan.

Jamuan malam diadakan pada 20 dan 28 Februari, dengan kehadiran kira-kira 1300 orang masing-masing.  Menurut seorang penduduk tempatan, Fua Yong Siong, jamuan yang disediakan kononnya berharga kira-kira RM200 semeja, dan kedua-dua jamuan menyediakan 130 meja masing-masing (semeja untuk 10 orang).  Dengan kata lain, RM52,000 telah dibelanjakan hanya untuk makanan jamuan.

Ia belum termasuk angpow yang diberikan selepas jamuan pertama pada 20 Februari.  Menurut Fua Yong Siong, penduduk hanya perlu mendaftarkan nama dan nombor kad pengenalan dirinya, untuk menghadiri jamuan bersama Perdana Menteri Najib Razak pada minggu lalu.  Berbekalkan tiket yang berwarna kuning, penduduk di situ boleh mendapat wang tunai RM100, dan berpeluang memenangi hadiah istimewa.Seandainya kesemua 1300 orang memperolehi angpow bernilai RM100 masing-masing, maka RM130 ribu telah diberikan.  Menurut Fua Yong Siong lagi, kira-kira 600 bungkusan yang mengandungi teh, susu dan sebagainya juga diedarkan, dijangka bernilai RM10 setiapnya.

Perkiraan kasar perbelanjaan NGO 1Malaysia di Merlimau setakat ini membawa kepada jumlah RM188,000 (RM52,000 + RM130 ,000 + RM6,000), belum termasuk barangan elektronik (televisyen LCD, mesin basuh, periuk nasi), basikal, pakaian, hamper dan sebagainya yang diberikan melalui cabutan bertuah.  Malah, kos lain seperti upah pekerja, upah untuk persembahan, banner dengan gambar Najib dan sebagainya belum diambil kira.

Satu lagi jamuan sebelum hari pengundian

Fua Yong Siong menambah, sebagaimana yang diketahuinya, satu lagi jamuan yang menyasarkan 3,000 orang bakal dianjurkan pada 5 Mac, iaitu sehari sebelum hari pengundian PRK Merlimau.  Bagaimanapun, Fua Yong Siong tidak pasti sama ada jamuan tersebut juga dianjurkan NGO 1Malaysia.

"NGO" 1Malaysia ini muncul buat kali pertama di PRK Galas pada Oktober 2010.  Mereka mengerah pengundi untuk menyertai perarakan dan jamuan yang diadakan oleh mereka.  "Pulangan" berharga RM100 hanya sampai ke tangan setelah hampir sebulan PRK Galas melabuh tirai.Secara umumnya, kewujudan "NGO" 1Malaysia ini dikatakan kerana MCA dan Gerakan tidak yakin terhadap kemampuan dirinya untuk memikat undi Cina.  Bagaimanapun, Barisan Nasional telah menafikan hubung-kaitnya dengan NGO 1Malaysia ini, mendakwa bahawa NGO 1Malaysia berkempen kerana menyokong idealisme BN.

*Ong Vic Kee ialah wartawan Merdeka Review

PRK Kerdau : UMNO Makin Meroyan..Lawan Ceramah PAS Dengan Karaoke Dan Rempit

Posted: 01 Mar 2011 02:00 AM PST

TEMERLOH, 1 Mac- Umno disifatkan makin terdesak dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau apabila bertindak mengganggu ceramah PAS setelah ceramah dianjurkan parti itu tidak mendapat sambutan. Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Saad, berkata sudah dua malam berturut-turut ceramah anjuran PAS di Jengka 23 telah diganggu oleh pihak parti tersebut.

"Malam kelmarin semasa ceramah Mohammad Sabu, markas Umno yang berada tidak berapa jauh dari kawasan PAS telah memasang lagu dan berkaraoke sekuat-kuatnya sehingga mengganggu kira-kira seribu pendengar yang hadir.  "Malam tadi ceramah Bob Lokman yang dihadiri kira-kira seribu orang pula diganggu oleh tidak kurang 10 orang pemuda yang bermotosikal dengan membuat bising di kawasan ceramah yang mendapat permit polis.

"Saya difahamkan di markas mereka juga ada satu ceramah oleh pemimpin Umno, tapi oleh kerana kurang mendapat sambutan berbanding program PAS, mereka arahkan anak muda datang mengganggu," ujarnya.  Menurut Suhaimi, selepas beberapa pemuda PAS menghampiri penunggang motosikal berkenaan, mereka pun lari dan kemudian datang lagi mengganggu.

DUN Kerdau mempunyai 13 pusat mengundi termasuk tiga kawasan Felda. Pemuda PAS Pahang menjadikan Jengka 23 sebagai pusat operasinya.  Tambah Suhaimi, selama ini tema kempen oleh calon PAS ialah berkasih sayang dan menolak provokasi, tetapi diambil kesempatan oleh Umno untuk menimbulkan provokasi dan suasana yang tidak selesa kepada penyokong PAS.

"Kita masih punya beberapa hari lagi untuk berkempen dan saya harap pihak berkuasa tidak berdiam diri kerana kita tidak mahu berlaku suasana yang tidak harmoni atau kekecohan dalam kempen pilihan raya ini," katanya kepada Harakahdaily.

Tukar Kerajaan Untuk Mansuhkan Saman Ekor

Posted: 28 Feb 2011 09:07 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Mac - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu rakyat sedar bahawa kesusahan rakyat akibat saman ekor hanya dapat diselesaikan dengan menukar parti pemerintah kepada Pakatan Rakyat.Katanya, dalam isu ini kerajaan Umno BN telah memperlihatkan sifat mereka yang tidak mahu memahami keperitan rakyat dengan tidak memberikan peluang untuk dibicarakan di mahkamah malah terus menghukum dengan menyenarai hitam tanpa dibuktikan bersalah.

"Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan. "PAS berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau turut memuji usaha murni NGO Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang berusaha memberi penerangan kepada rakyat dan menuntut kerajaan menghapuskan saman ekor.Bagaimanapun beliau kecewa dengan layanan kerajaan yang mengenepikan tuntutan Kase itu malah mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan "menswastakan" urusan beberapa aspek saman ini,."Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut.

"PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya," katanya.Dalam pada itu, tinjauan di beberapa kaunter bayaran saman JPJ mendapati tempoh promosi bagi bayaran saman tertunggak yang berakhir semalam dilanjutkan sehingga jam 12 tengahari ini.

Hari ini pula telah berkuatkuasa kadar kompaun baru di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang dikeluarkan JPJ, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Perubahan kadar itu membabitkan empat kategori kesalahan lalu lintas, iaitu mengikut kelas kenderaan, tahap keseriusan dan jenis kesalahan, nilai kompaun bertambah mengikut tempoh pembayaran kompaun dan kompaun berganda akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan berulang.

Mengikut penyelarasan baru itu, pengguna jalan raya yang gagal menjelaskan kadar kompaun dalam tempoh 15 hari akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200, seterusnya dinaikkan kepada RM300 sekiranya tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari.Sementara pemandu yang gagal membayar saman dalam tempoh 60 hari pula akan diheret ke mahkamah.

Bagi pemandu yang menyumbang kepada kemalangan, kesesakan lalu lintas dan kesalahan berkaitan perkhidmatan teksi, kadar kompaun maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan dan ia tidak akan dikurangkan walaupun dijelaskan lebih awal./Harakahdaily

PRK Merlimau : UMNO Terdesak, Muhyiddin Terpaksa Tiru Buku Jingga

Posted: 28 Feb 2011 07:42 PM PST

JASIN, 1 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba meniru Buku Jingga Pakatan Rakyat, apabila berjanji memberi ganjaran Anugerah Tawaran Baru serta-merta sebanyak RM7,500 seorang kepada 586 guru besar yang mencapai prestasi cemerlang dalam membangunkan kualiti murid dan sekolah. "Pengumuman ini dibuat sebagai langkah untuk menarik sokongan warga pendidik di negara ini, khususnya sempena pilihan raya kecil Merlimau dan pilihanraya umum akan datang," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pada sidang media Pakatan Rakyat di Markaz PAS PRK Merlimau di Taman Muhibbah, Merlimau dekat sini pagi ini.

Pemberian berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM18.4 juta di mana skim baru iitu sebahagian daripada dana RM2.492 bilion yang disalurkan kepada sekolah dan jabatan-jabatan pelajaran di seluruh negara.Seramai 12,141 guru yang mencatat prestasi serupa di semua sekolah berkenaan turut menikmati ganjaran RM1,800 seorang, manakala guru selebihnya menerima RM900 seorang.

Menurut Idris, keputusan itu dibuat sebagai langkah untuk menarik sokongan warga pendidik di negara ini, khususnya sempena PRK Merlimau dan pilihan raya umum akan datang. Katanya, Muhyiddin adalah orang yang paling lantang mengkritik PR mengenai janji 100 hari PR dalam Buku Jingga yang akan memberi RM500 sebulan elaun khas  kepada guru-guru sehingga mengatakan bahawa ia akan membawa implikasi kewangan negara dan mencabar supaya negeri PR menaikkan gaji guru di negeri PR.

"Sedikit kelainan dengan janji 100 hari PR ialah melibatkan hampir 500,000 guru, sedangkan janji kerajaan BN hanya melibatkan sebahagian kecil komuniti guru-guru," tambahnya.Beliau berkata, PAS merasa bangga idea yang baik itu sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan walaupun tidak secara keseluruhan. "Rakyat akan beruntung sekiranya parti kerajaan mempunyai saingan yang kuat dalam politik. 

Maka sudah semestinya mereka akan mengikut rentak saingan mereka, contohnya anugerah kepada guru besar," katanya. Idris berkata, pengundi yang terdiri dari pelbagai latar belakang di Dun Merlimau perlu mempunyai seorang wakil pembangkang yang kuat, barulah pembangunan akan mencurah-curah seperti di bandar-bandar besar yang diwakili pembangkang./Harakahdaily

PRK Kerdau : Najib Bohong Lagi...Kini Isu Kemiskinan

Posted: 28 Feb 2011 07:02 PM PST

Sekolah Menengah Agama At-Tarbiah Kerdau
TEMERLOH, 1 Mac - Selepas membawa media meninjau pekan Kerdau, stesen keretapi dan projek kuarters polis terbengkalai kelmarin, semalam wakil-wakil media dibawa ke dua lagi lokasi  lain yang membuktikan kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau tidak lekang dengan isu kemiskinan dan kemunduran. Sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Kerdau, pemimpin Umno mendakwa daerah itu tidak pernah diabaikan malah Presiden Umno sendiri bertegas tiada isu kemiskinan di Kerdau.

Wakil PAS membawa pihak media ke lokasi sebuah sekolah menengah agama di tepi jalan utama Temerloh-Jerantut berdekatan Simpang Empat Kerdau (gambar atas).Sekolah Menengah Agama At-Tarbiah Kerdau merupakan satu-satunya sekolah aliran agama di sini dan telah beroperasi sejak tahun 60-an lagi. Bermula dengan menumpang di sebuah surau, Sekolah Agama At-Tarbiah akhirnya mempunyai bangunan sendiri. Bagaimanapun lebih 20 tahun lalu sekolah ini tidak beroperasi sebagai sekolah menengah lagi, dipercayai tiada usaha-usaha dari pihak kerajaan untuk menjadikan sekolah tersebut terus berkembang. Kini bangunannya hanya digunakan untuk kelas agama dan fardu ain (Kafa) kepada anak-anak penduduk di situ dan dibuat pusat tahfiz Quran.

"Bagaimana kerajaan BN Pahang dakwa tidak pernah mengabaikan pembangunan di Kerdau, sekolah agama yang menjadi keperluan kepada penduduk untuk anak-anak mereka dibiarkan," kata Abdul Wahid Endut, Timbalan Pengarah PRK PAS Dun Kerdau yang mengetuai tinjauan besama media itu.Kata beliau, BN tidak pernah mahu mengambil berat keperluan pendidikan agama."Kita boleh lihat bagaimana sebuah sekolah agama akhirnya terpaksa ditutup, kerana tiada usaha pihak kerajaan untuk memajukannya, sedangkan permintaan untuk sekolah aliran agama semakin meningkat" ujar beliau.

Menurut Abdul Wahid, beliau dimaklumkan sekolah ini berkembang dengan baik pada peringkat awal, malah satu ketika pernah menjadi antara sekolah yang mencatatkan keputusan peperiksaan cemerlang di seluruh Pahang. "Daripada sebuah sekolah yang beroperasi kemudiannya ditutup, apakah ini tidak bermaksud kemunduran," ujarnya. Menurut penduduk di situ, sekarang ini, penduduk Kerdau yang mahu memasukkan anak mereka ke Sekolah Agama terpaksa pergi ke sekolah Al-Khairiah, Temerloh.

"Kalau sekolah agama di Temerloh penuh terpaksalah memilih sekolah aliran biasa, atau bagi yang berkemampuan mereka hantar anak ke sekolah agama yang lebih jauh. Tetapi kata beliau, biasanya terlalu sukar untuk mendapat tempat di Sekolah Agama Al-Khairiah kerana permintaan terlalu ramai dan tempat amat terhad. "Pada saya tiada sebab sekolah ini ditutup, tetapi kerajaan tidak pernah ambil peduli," katanya.
Siri tinjauan bersama media yang dikelolakan oleh PAS akan diadakan setiap hari sepanjang kempen PRK Kerdau berlangsung.

Selain meninjau sekolah agama, pihak media juga dibawa melawat sebuah rumah penduduk miskin di Kampung Paya Taram (gambar) sekaligus untuk membuktikan dakwaan Perdana Menteri yang mengatakan tiada isu kemiskinan di Kerdau tidak benar sama sekali.Di kampung tersebut, pihak media ditemukan dengan Jusoh Abdullah, 61, yang hidup dalam keadaan menyedihkan.

Jusoh mengidap penyakit lelah yang serius tinggal di sebuah rumah usang, sebahagian atap rumahnya bocor tetapi tidak mampu menukar bumbung baru dengan pendapatan RM200 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat."Anak saya berumur 14 tahun tidak pernah mendapat bantuan persekolahan walaupun berkali-kali saya mohon," kata Jusoh kepada rombongan wakil PAS dan media yang mengunjunginya.Beliau mempunyai seorang isteri, manakala anak lelakinya yang sudah berkeluarga turut tinggal bersama dalam rumah usang itu kerana tidak mampu mencari kediaman lain.

Ahmad Mohd Yaman, Imam masjid kampung Paya Taram yang turut sama melawat Jusoh mengesahkan terdapat ramai keluarga miskin di sekitar kampung tersebut."Saya tengok orang miskin tidak pernah diberi perhatian oleh kerajaan atau wakil mereka di sini. Malah saya sebagai Amir di sini pernah berjumpa dengan orang miskin yang tidak pernah mendapat agihan duit zakat," kata beliau./Harakahdaily

Tiada ulasan: