Khamis, 24 Februari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


FOTO PENGUMUMAN CALON PAS DI KERDAU, CALON UMNO JIKA `SYEIKH AL AZHAR' PUN KITA AKAN LAWAN

Posted: 24 Feb 2011 08:00 PM PST

GAMBAR PENAMAN CALON PAS KERDAU.PULUHAN RIBU HADIR DI PENAMAAN CALON KERDAU











(Foto: Ihsan dari Wartawan Rasmi Laman Reformasi)

Oleh: WFAUZDIN NS

HASSANUDDIN Salim akhirnya menjadi pilihan PAS untuk mewakili PR di dalam PRK Dun Kerdau pada 06 Mac nanti. Pada penamaan calon 26 Feb nanti, kemungkinan besar pertandingan dua penjuru di antara beliau dengan calon Umno/Bn iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad yang merupakan Penasihat Agama kepada MB Pahang.

Kita tidak memperdulikan samada benar atau tidak bahawa dakwaan sesetengah pihak bahawa calon Umno tersebut memiliki sijil Al-Azhar yang palsu, walaupun dinafikan oleh Adnan Yaakob selaku MB Pahang. Pada kita, walaupun Syed Ibrahim adalah Syeikh Al-Azhar sekalipun, selagi beliau bersekongkol dengan parti sekular dan menentang Islam, zalim, tidak berlaku adil, meneruskan kerja-kerja mungkar maka kewajipan kita adalah menentangnya. Soal kalah menang kita letakkan di nombor dua.

Apa yang penting, PAS bersama PR mestilah berusaha memperbetulkan tanggapan rakyat yang masih percaya bahawa Umno/Bn adalah sebuah parti yang benar, adil dan sentiasa menjaga kebajikan rakyat. Rakyat di Kerdau khususnya mungkin terpedaya dengan kebaikan Umno sepanjang kempen ini nanti kerana Umno akan melakukan apa jua yang dikehendaki oleh rakyat di saat itu hanya kerana mereka mahukan kuasa. Umno akan menaburkan peruntukan demi peruntukan ketika itu, pemimpin Umno tidak lagi berat kaki untuk mengharung semak samun, sungai dan bukit untuk menemui pengundi. Jika diminta mencuci kain hatta mencuci tandas sekalipun mereka sanggup lakukan.

Rakyat di Kerdau mungkin ramai yang tidak tahu berapa duit yang masih ada dikantung Kerajaan Negeri Pahang sekarang. Mereka juga mungkin tidak perasan bahawa di negeri mereka tersergam di atas bukit sebuah Pusat Perjudian terbesar di rantau ini. Ada di antara mereka tidak tahu ke mana hilangnya kawasan balak yang suatu ketika dahulu adalah aset amat berharga di Pahang. Bukan sedikit yang tidak mengetahui betapa warga Felda sebenarnya mampu hidup lebih mewah sekarang ini jika tidak kerana adanya penyelewengan di dalam felda.

Itu semua mesti diterangkan kepada mereka. Hampir 90 % pengundi di Dun Kerdau adalah terdiri dari kaum Melayu. Kesihan lah kepada mereka yang sejak dulu, kini dan mungkin selamanya akan terus diperbodohkan. Mereka bukan seperti ayam daging yang diberi makan sehingga kenyang, kemudiannya akan disembelih. PAS bersama PR berkewajipan untuk menyelamatkan mereka dari terus diperhambakan./wfauzdin.blogspot.com

PERAK - `JANGKA HAYAT' ZAMBRY SEMAKIN HAMPIR

Posted: 24 Feb 2011 06:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

BEKAS Ketua Penerangan PKR Perak, Fauzi Muda yang dikatakan oleh Adun PAS Titi Serong, YB Idham Lim adalah sebagai orang yang pernah membuat akuan sumpah dan melapor kepada SPRM bahawa beliau (Fauzi) pernah mahu dibeli oleh Umno dengan harga RM 50 juta sewaktu beliau berada di dalam PKR. Fauzi ini lah yang kini mendakwa terdapat jutawan segera di kalangan pemimpin PR sewaktu PR memerintah Perak.

Adakah tuduhan orang seperti ini boleh dipercayai? Baru-baru ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Datuk Ngeh Khoo Ham mencabar beliau agar membuktikan tuduhan tersebut dengan menamakan jutawan segera seperti dakwaannya itu. Nampaknya mereka masih tidak puas hati dengan PR walaupun mereka telah berjaya meruntuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat di Perak itu. Ini lah gangguan mental di kalangan mereka yang Allah tidak akan memberikan ketenangan di jiwa mereka setelah merampas kerajaan pilihan rakyat dengan mendirikan kerajaan melalui proses mahkamah.

Bagaimana mungkin wujudnya jutawan segera sepanjang PR memerintah di Perak, sedangkan tiada satu kes pun yang melibatkan rasuah ketika itu. Tuduhan bahawa semua MP dan Adun PR menerima balak ketika Nizar menjadi MB Perak adalah satu tuduhan yang tidak masuk akal samasekali. Mereka sengaja untuk memberikan imej yang tidak baik kepada PR kerana mereka sedar bahawa di dalam PRU Ke 13 nanti, jangka hayat Umno/Bn di Perak pasti berkubur. Rakyat di Perak tidak sabar lagi untuk mengembalikan kuasa kepada PR. Justeru itu, walaupun dicabar banyak kali Zambry masih enggan membubarkan Dun Perak untuk menyerahkan semula kepada rakyat kerajaan negeri yang mereka mahukan.

Fauzi mendakwa terdapat 8 pemimpin kanan PR menjadi jutawan dalam tempoh 11 bulan PR memerintah Perak. Lantaran itu, 8 NGO telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak pada 20 Februari lalu meminta pihak berkuasa menyiasat pendedahan Fauzi. Kita akan menanti apakah hasil siasatan itu nanti. Di samping itu, kita jangan lupa bahawa PR juga telah membuat laporan kepada SPRM sebelum ini tentang 4 Adun dari PR yang telah keluar parti menjadi Adun Bebas yang didakwa menerima wang. SPRM mesti menyiasat kesemua aduan tersebut dengan adil dan telus.

Percayalah, tempoh hayat kerajaan yang dibenarkan oleh mahkamah ini akan tumbang selepas PRU Ke 13 nanti dan Perak akan kembali berada di bawah kerajaan baru yang dipilih oleh rakyatnya sendiri. Mereka tidak boleh selamanya berada di kerusi `haram' tersebut kerana bahangnya teramat panas. Jika tidak, masakan sampai sekarang mereka masih takut kepada bayang-bayang mereka sendiri./wfauzdin.blogspot.com

PENANTIAN DI KERDAU SUDAH TERJAWAB

Posted: 24 Feb 2011 07:30 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

KITA telah menemui jawapan di Kerdau. Di sebalik ramai yang meramalkan Pesuruhjaya PAS Pahang Us Tuan Ibrahim Tuan Man bakal dicalonkan sebagai calon PAS di PRK Dun Kerdau 06 Mac nanti, Mursyidul Am PAS telah mengumumkan sebentar tadi bahawa Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim sebagai calon PAS di kawasan tersebut.

Pengumuman tersebut dibuat di dalam ceramah yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, sebentar tadi. Saya menerima maklumat ini melalui Face Book rakan-rakan yang turut menghadiri ceramah tersebut. Hasanuddin berasal dari Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Sewaktu artikel ini saya siapkan, saya masih menanti siapakah pula calon PAS yang terpilih di PRK Dun Merlimau. Saya tidak risau sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh PAS kerana saya tahu PAS mempunyai ketetapan yang tepat di dalam memilih calon. Inilah kelebihan PAS jika dibandingkan dengan mana-mana parti politik lain di negara ini. PAS sentiasa mementingkan calon yang bersih, berwibawa dan berakhlak tinggi.

Kita tunggu pula siapakah calon PAS di PRK Dun Merlimau./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: