Rabu, 2 Februari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MELAYU AJAK MINUM BIR, CINA AJAK MINUM TEH TARIK, MANA SATU MAHU IKUT?

Posted: 02 Feb 2011 09:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TERTARIK hati saya dengan ucapan MP Shah Alam dari PAS, YB Khalid Samad di dalam ceramahnya di Petaling Jaya malam semalam. Beliau memberi jaminan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana Umno di dalam rekodnya dipenuhi dengan amalan jahat seperti rasuah, kezaliman dan berbagai lagi unsur yang menyalahi agama.

"Umno ajak PAS kerjasama kerana kedua-duanya parti Melayu macam orang Melayu Islam yang ajak kita pergi pub untuk minum bir.

orange book forum klscah 250111 khalid samad"Tapi ada pula orang bukan Melayu bukan Islam ajak kita pergi kedai mamak minum teh tarik," katanya.

Khalid mendakwa, perbandingan itu dibuat berdasarkan realiti terhadap tindakan Umno sepanjang pentadbiran selama 53 tahun di Malaysa, termasuk rasuah dan salah guna kuasa.

"Jadi kita patut ikut Umno atau ikut orang yang ajak kita minum teh tarik?," soalnya yang disambut dengan jawapan "teh tarik" oleh kira-kira 1,000 yang hadir di ceramah berkenaan (Malaysiakini)

Inilah contoh pemimpin yang bijak menilai kawan dan lawan. PAS bertuah kerana memiliki tokoh seperti YB Khalid Samad yang berpewatakan bukan `Ulamak atau Ustaz' tetapi mempunyai komitmen yang tinggi di dalam memperjuangkan Islam. PAS tidak perlu kepada pemimpin yang bersikap seperti Umno yang tahu menyebut `perpaduan Melayu' sahaja.

YB Khalid Samad sentiasa mengamalkan pendekatan `Ud' u Ila Sabiili Robbika Bil Hikmah'. Beliau berani menjejakkan kakinya ke Kilang Carlsberg terbesar di Shah Alam hanya kerana berunding dengan tuan punya syarikat tersebut. Beliau tahu, lesen kilang Arak terbesar di situ bukan dikeluarkan oleh Kerajaan PR Selangor, bahkan kilang ini tersergam di situ bertahun lamanya sebelum Selangor diambil alih oleh PR. Arak dan kilang terbesar di situ didirikan kerana mendapat kelulusan dari Kerajaan Pusat.

Kerajaan PR Selangor juga amat sensitif dengan nasib pekerja-pekerja Islam yang terpaksa mencari makan di premis jualan arak. Justeru itu, Kerajaan Negeri menubuhkan tabung khas berjumlah RM 10 juta untuk memberi kemudahan berbentuk modal atau bantuan lain bagi pekerja-pekerja tersebut mencari kerjaya lain yang halal bagi mereka.

Adakah langkah seumpama ini pernah dilakukan oleh mana-mana negeri yang diperintah oleh Umno? Justeru itu, tepatlah seperti yang dikatakan oleh YB Khalid bahawa PAS melakukan pendekatan yang bijak apabila bersama PKR dan DAP di dalam memperjuangkan Islam. /wfauzdin.blogspot.com

ORANG TUA NYANYUK CABAR NIK AZIZ DEBAT ?

Posted: 02 Feb 2011 06:00 PM PST




Oleh: WFAUZDIN NS

SI TUA Mat Noor Deris adalah ulamak veteren Umno yang mencabar Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat berkenaan sesiapa yang tidak mengundi PAS adalah golongan Jahiliyyah. Sila lihat video di atas, begitulah lagaknya `ulamak veteren' Umno tersebut walaupun ketika itu berada di rumah orang yang dikunjungi oleh Tuan Guru Nik Aziz sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Dun Galas. Memalukan, tiada adab dan moral. Mungkin kerana terlalu nyanyuk dia menjadi `gila' apabila melihat Tuan Guru Nik Aziz.

Orang tua ini dulunya ahli PAS dan sewaktu di dalam PAS, dikatakan beliau sering mengkafirkan orang-orang Umno. Allah Maha Besar, akhirnya orang tua ini menghumbankan dirinya kepada Umno. Apa yang dia perolehi apabila berada di dalam lubang Umno? Sekadar menjadi pencacai dan pak yek upahan.

Orang tua ini mendakwa Tuan Guru Nik Aziz melakukan fitnah kerana mengatakan Malaysia bukan Negara Islam. Melucukan, kerana di dalam parti komponen Bn sendiri mengakui bahawa Malaysia bukan Negara Islam. Tidak percaya, cuba tanya pemimpin MCA, Gerakan atau MIC. Kalau sudah parti-parti komponen Bn sendiri mengaku Malaysia bukan Negara Islam, maka fitnahkah Tuan Guru Nik Aziz? Mereka mengaku Malaysia negara sekular. Sekular bukan Islam, jadi Malaysia bukan Negara Islam.

Si tua nyanyuk ini juga minta Majlis Fatwa mengambil tindakan terhadap kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyebut sesiapa yang tidak mengundi PAS adalah terdiri dari golongan Jahiliyyah. Apakah Jahilliyyah? Jahilliyyah termasuk golongan Nasionalis yang memperjuangkan suku kaum melebihi Islam itu sendiri. Umno adalah parti Kebangsaan dan memperjuangkan Nasionalis. Dasar Umno bukan Islam yakni Al-Quran dan Hadith.

Apabila Tuan Guru menyebut sesiapa yang tidak menyokong PAS di dalam konteks pilihanraya kecil di Tenang baru-baru ini adalah golongan Jahilliyyah memang tepat. Di Tenang, Umno menentang PAS. Umno parti Nasionalis menentang PAS sebuah parti yang dasarnya Islam. Maka, apabila pertembungan Nasionalis dengan Islam, siapakah golongan Jahiliyyah? Mengundi Umno atau PAS dianggap Jahiliyyah?

Justeru itu, usahlah si tua ini ingin memesongkan akidah umat Islam dengan menyebut menyokong Umno bukan Jahiliyyah. Bahkan, si tua ini pun terdiri dari salah seorang Jahiliyyah dan memang wajar beliau keluar dari PAS.

Tentang debat yang beliau mencabar Tuan Guru Nik Aziz, saya merasakan itu hanya gimik orang tua nyanyuk ini. Beliau tahu, Umno tidak akan bersetuju untuk mengadakan debat terbuka di antara beliau dengan Tuan Guru Nik Aziz kerana ini akan menjatuhkan air muka Umno. Cara beliau berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz di dalam video di atas sudah cukup untuk menunjukkan `standard' nya. Kita bimbang penyakit `gila babi'nya akan menyerang sewaktu berdebat nanti.

Dunia mungkin akan kiamat jika RTM atau TV 3 sanggup siarkan debat secara langsung di antara orang tua ini dengan Tuan Guru Nik Aziz. /wfauzdin.blogspot.com

SIRI JELAJAH ANWAR BUAT MUHYIDDIN GELABAH ?

Posted: 02 Feb 2011 10:30 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MUHYIDDIN mula terasa gelabah apabila DS Anwar kini melancarkan `Jelajah Malaysia' sebagai kempen PKR untuk menerangkan segala isu semasa. TPM menyebut bahawa suatu hari nanti DS Anwar akan keseorangan di dalam PKR kerana beberapa tokoh PKR telah pun keluar dari parti berkenaan.

Apa yang Muhyiddin lupa, semenjak beberapa tokoh yang `lapar' itu keluar dari PKR, semakin ramai muka baru menyertai parti ini. Proses pembersihan di dalam PKR ternyata berhasil, mereka yang menyertai PKR hanya untuk mencari makan dan gilakan jawatan tidak boleh lama berada di dalam PKR. Parti ini bukan eksklusif untuk pejuang-pejuang reformasi era 98 sahaja tetapi ianya terbuka kepada semua yang cintakan keadilan.

Rakyat melihat sendiri tokoh-tokoh yang keluar dari PKR semuanya tidak menjadi apa, kecuali Senatak Ezam sesumpah yang dilantik sebagai Senator atas jasanya menghentam Anwar bukan kerana jasanya memperjuangkan isu rasuah RM 500 Juta kapal selam. Manakala yang lain sekadar menjadi pencacai Umno yang sekali sekala muncul di kaca TV untuk menghentam DS Anwar. Muka-muka seperti Zahid Md Arip, Ruslan Kassim, Zahrain dan beberapa lagi pencacai hanya menjadi `pak yek' kepada Umno.

Memang wajar Muhyiddin risau dengan kebangkitan DS Anwar sekarang. Ini adalah kerana terlalu banyak rahsia penyelewengan kerajaan Bn dan Umno yang didedahkan kepada rakyat sepanjang jelajah DS Anwar. Siri jelajah Ketua Umum PKR ini terbukti mendapat sokongan hebat dari rakyat jelata dan sekaligus kenyataan Muhyiddin bahawa DS Anwar akan keseorangan adalah satu kenyataan untuk `menyedapkan' hati beliau sahaja.

Penolakan debat yang dicadangkan oleh DS Anwar oleh Najib ternyata satu pukulan hebat kepada Umno. Biar rakyat tahu bahawa Umno sebuah parti yang berlambangkan keris telanjang tetapi pemimpinnya seorang yang pengecut./wfauzdin.blogspot.com

`BN' ADALAH `BINI NAJIB' MENJADI BAHAN LAWAK JENAKA

Posted: 02 Feb 2011 09:20 AM PST

BN Adalah Bini Najib? -Datuk Seri Anwar Ibrahim


KL 2 Feb 11: "...Mereka mengatakan bahawa BN adalah kerajaan Bini Najib," kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwari Ibrahim, dalam ucapannya yang mencetuskan gelak ketawa para hadirin. Walaupun ianya adalah ceramah PKR, tetapi jelajah pertama pucuk pimpinan parti itu menyaksikan isteri perdana menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor mendapat tepukan paling banyak, atau mungkin ejekan bersopan, dari ribuan penyokong pembangkang malam tadi.

Begitu kehebatan Rosmah Mansur, pernah disebut-sebut sebagai PM wanita yang pertama di Malaysia. Nama Rosmah sering meniti di bibir lapan pemimpin Pakatan yang berucap dalam ceramah parti di Petaling Jaya, walaupun sebahagian besarnya menghentam beliau, ketika mereka mengambil giliran membidas cara perbelanjaannya, dengan disambut gelak ketawa para hadirin. Kebanyakan mereka menyindir Rosmah yang mengakui sebagai 'wanita pertama' Malaysia walaupun ia tidak sedemikian di segi protokol dan konvensyennya.

Mereka mengatakan bahawa BN adalah kerajaan Bini Najib, kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya yang mencetuskan gelak ketawa para hadirin. Teriakan beruk, kedengaran di kalangan penyokong dalam reaksi mereka ketika Anwar menyentuh abjad program seperti ETP dan NKRA, menyamakannya dengan K-E-R-A. Turut berucap ialah ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; ahli parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo; ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad; timbalan speaker DUN Selangor, Haniza Talha; ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, ahli parlimen Batu, Tian Chua .

Gambar Rosmah turut ditayangkan pada skrin di pentas (seperti gambar di atas) setiapkali mereka membuat komen mengenai dirinya. Namun, Rosmah bukan satu-satunya personaliti yang disentuh penceramah malam tadi. Turut menjadi sasaran ialah pengerusi PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga ahli parlimen Pasir Mas. /Tranungkite

Tiada ulasan: