Ahad, 20 Februari 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


ADAKAN PILIHANRAYA ADIL ATAU RAKYAT AKAN MEMBANTAH

Posted: 20 Feb 2011 06:44 PM PST




KERDAU- DS Anwar Ibrahim semasa berceramah di Kerdau di hadapan lebih 15000 orang yang hadir telah memberi amaran kepada PM Najib Razak berhubung dengan kejatuhan kerajaan di Mesir dan Tunisia.Beliau mengingatkan kepada pimpinan Umno bahawa jangan ingat rakyat tidak sedar dan mengambil iktibar sebagaimana kejadian yang berlaku di Negara arab yang sedang menuju kepada perubahan.

Turut hadir dalam ceramah berkenaan ialah Dato Chua Jui Meng,Dato Fauzi Abdul Rahman ,YB Tian Chua,Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,YB Syed ADUN Semantan,YB Leong Ngah-Ngah ADUN Triang, dan Timbalan PKR Negeri Sdr Mohd Nizam Hamid, serta Tn Hj Suhaimi Said,serta pimpinan PAS negeri dan kawasan..

"Umno harus melihat bahawa ada dikalangan pimpinan Umno yang hanya tahu mengganguk tetapi tidak mahu membela rakyat. Malahan kejadian rasuah, system kehakiman yang semakin teruk,harga barang yang semakin meningkat serta tiadanya peningkatan kenaikan gaji.Sedangkan pemimpin di berikan kontrak berbillion ringit.

Menurut Anwar , bulan lalu Mubarak di sanjung . Pemerintah hanya ingin supaya kuasa terus berada di tangan mereka. Maka langkah demi langkah di buat bagi mengatasi masalah yang berlaku. Bermula dengan pemecatan menteri, perlantikan naib presiden dan sebagainya diambil regime Mubarak ,bagi membolehkan mereka terus berkuasa dan merompak harta kekayaan Negara.Rakyat sedar semua kejadian yang berlaku dan maka kerana itulah tercetusnya tentangan di jalanraya.

Beliau juga mengingatkan pimpinan Umno bahawa rakyat telah celik dengan perkara yang berlaku di dalam Negara ini.Ianya bukan sahaja berkaitan dengan kenaikan paras harga barangan keperluan, namun ianya juga adalah berkaitan dengan banyaknya berlaku rasuah namun tiada sebarang tindakan jelas yang di ambil.Baik isu komisyen kapal selam yang sedang di siasat di Negara Perancis dan sehinga kepada komisyen dan kematian model mongolia,namun tidak ada pun tindakan yang diambil pemerintah.Begitu juga dengan lain-lain rasuah yang terbukti di simpan dan tidak ada tindakan jelas yang diambil pmerintah.

Selain itu juga menurut Dato Sri Anwar lagi, jika pemerintah cuba memanipulasikan suruhanjaya pilihanraya dimana berlakunya kejadian penipuan dalam pilihanraya, maka pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan teragak-agak akan mengerakkan jentera rakyat secara besar-besaran.

"Saya ingin mengingatkan dan meberikan amaran keras kepada Dato Seri Najib supaya mengadakan pilihanraya yang adil dan telus ,jika kamu menggunakan suruhanjaya pilihanraya kita akan gerakkan rakyat untuk membantah habis-habisan" demikian ucapan Anwar di sambut dengan laungan takbir dan tepukan gemuruh ribuan rakyat yang hadir di markas PAS Kerdau semalam.

ANWAR: PEMBERIAN KONTRAK PETRONAS KEPADA PIMPINAN UMNO

Posted: 20 Feb 2011 03:48 PM PST

KERDAU - Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi telah mendedahkan pemberian kontrak bernilai RM2.45 bilion bagi membina pelantar minyak kepada tiga syarikat dipercayai milik kroni Umno Barisan Nasional (BN). Ketua Umum KEADILAN itu tidak menolak kemungkinan tiga syarikat itu dikhuatiri berperanan menyalur sebahagian keuntungan kepada Umno BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Saya mahukan wang itu dikembalikan kepada rakyat. Barulah kita mengangkat martabat serta taraf hidup rakyat. Saya nak jadikan Malaysia negara model, negara contoh apabila kita memerintah," katanya.

Awal Februari ini, Petronas mengumumkan pemberian kontrak Perkhidmatan Risiko (RSC) kepada Petrofac Energy Developments Sdn Bhd (Petrofac), Kencana Energy Sdn Bhd (Kencana Energy) dan Sapura Energy Ventures Sdn Bhd (Sapura Energy).Ketiga-tiga syarikat ini dikatakan mempunyai kaitan dengan pimpinan dan anak kepada bekas pimpinan Umno.

Sapura Energy, anak syarikat SapuraCrest Petroleum Bhd (SapuraCrest) dianugerah kontrak untuk membangunkan pelantar minyak dan gas berantai yang dianggar bernilai AS$800 juta (RM2.45 bilion) di persisiran pantai Semenanjung.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kencana adalah Datuk Mokhzani Mahathir, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini dinamakan sebagai antara individu terkaya di Malaysia dengan harta peribadi bernilai RM1.075 bilion.

Anwar juga mendedahkan sebuah nama syarikat yang di beri nama CARIMIN yang di katakana ada hubungan antara pemimpin dalam negera ini.

"Saya mahu hantar Najib jadi duta besar Malaysia ke Mongolia," kata Anwar disambut sorakan meriah dan tepukan gemuruh daripada hadirin.



LAGI BERITA MENYUSUL...AMARAN BUAT NAJIB ..JANGAN TIPU DALAM PILIHANRAYA ATAU KITA GERAKKAN RAKYAT KE JALANRAYA




GAMBAR ANWAR DI TEMERLOH,MENTAKAB DAN KERDAU.....

Posted: 20 Feb 2011 03:05 PM PST





KIRI: LAUTAN MANUSIA DI CERAMAH DSAI...DI MARKAS PAS KERDAU


BERSAMA PIMPINAN PKR NEGERI DI JAMUAN RAKYAT MENTAKAB






BERTEMU PENDUDUK DI MASJID BATU 1 TEMERLOH...DAN MENYAMPAIKAN TAZKIRAH

Tiada ulasan: