Ahad, 20 Februari 2011

SOKONG PAKATAN RAKYAT

SOKONG PAKATAN RAKYAT


KITA MAHU SUHAIMI SAID CALUN KERDAU

Posted: 20 Feb 2011 03:12 AM PST

Kalau saya ada kuasa, saya akan letakkan Saudara Suhaimi Said sebagai calun PR di Dun  Kerdau.

Bukan apa, Adun PR yang ada di Dewan Undangan Negeri semacam "tak ada" nampaknya. Kita mahu menamatkan zaman sunyi di Dewan Undangan Negeri Pahang. Suhaimilah bakal membisingkan Dewan.

Kita mahu seorang yang mampu  mengaum di Dewan. Calun pilihan yang terbaik di Pahang ialah SUHAIMI SAID.

Tanpa ada sentimen parti Pas atau PKR, Suhaimilah orangnya. Suhaimi bukan tokoh tempatan tetapi tokoh global. Bilakah Pas dan PKR mahu berjiwa besar?

REVOLUSI RAKYAT

Posted: 19 Feb 2011 10:15 PM PST

Penentangan kepada sang pemerintah adalah kerana rakyatnya kehilangan sumber untuk hidup. Keperluaan utama hidup ialah makan dan tempat tinggal. Tak kiralah samada sistem ekonomi Islam atau sekular, isu keperluan asas adalah merupakan subjek utama dalam penyelesaiaan ekonominya.

Peranan kerajaan, tak kiralah sistem apa yang diamalkan, mesti melihat keperluan asas rakyat diselesaiakan. Tumpuan utama perbelanjaan negara ialah menyelesaikan masalah asas rakyat - makanan, tenpat tinggal, pendidikan  dan  kesihatan. Jika kerajaan berbelanja berbilion untuk "orang atasan, orang asing, dan orang feudal'  sahaja dengan mengabaikan keperluan asas rakyat, tunggulah masanya revolusi rakyat akan muncul jua...

Panggilan perut menyebabkan seorang itu akan gila sehingga sanggup membunuh.

Tiada ulasan: