Jumaat, 25 Februari 2011

SharpShooter

SharpShooter


Siannyer wanita umno merajuk sampai tutup bilik gerakan

Posted: 25 Feb 2011 12:05 AM PST

Menjelang hari penamaan calon PRK Merlimau esok, Umno mengalami tsunami politik apabila Wanita Umno Jasin, Zaleha Bujang menutup bilik gerakan mereka di Taman Merlimau Jaya. Tindakan ini diambil kerana kecewa wakil Wanita Umno tidak dipilih menjadi calon untuk PRK Merlimau.

Sebaliknya Umno memilih Roslan Ahmad sebagai calon BN yang kurang dikenali dan popular di kalangan pengundi di situ. Perkara ini disahkan oleh Ketua Wanita Umno Jasin yang mengatakan bahawa beliau merasa tersinggung kerana pemilihan Roslan Ahmad menunjukkan pucuk pimpinan Umno mengenepikan sumbangan dan peranan wanita.

Menurut beliau lagi ini menunjukkan bahawa suara Wanita Umno tidak didengari oleh pimpinan Umno berbanding dengan Pakatan Rakyat seperti di PRK Tenang yang mengangkat martabat wanita dengan memilih bekas guru Normala Surdiman sebagai calon.

Beliau juga tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila kesungguhan Wanita Umno Jasin melancarkan "Gelombang Merah Wanita' yang menyasarkan 5000 petugas Wanita di Merlimau tidak dipedulikan oleh pimpinan Umno. Menurut beliau lagi sepanjang 15 PRK pasca pilihanraya ke 12 tidak ada seorang pun wakil di kalangan Wanita Umno dipilih menjadi calon berbanding dengan Pakatan Rakyat.

Kepada pengundi Merlimau, inilah watak sebenar Umno yang bercakaran dan berebut sesama sendiri untuk menjadi calon yang lebih kepada kepentingan peribadi dan mempunyai agenda tertentu. Inikah tradisi membela rakyat yang mereka slogankan selama ini? Adakah ini yang dinamakan rakyat didahulukan? Berbeza dengan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat sama ada sayap Pemuda dan Muslimat dan komponen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR dan DAP yang sentiasa meletakkan agenda membela nasib rakyat dan keadilan serta membawa perubahan politik dan ekonomi sebagai teras perjuangan. Pendedahan Ketua Wanita Umno Jasin ini sekali gus mendedahkan tembelang sebenar Umno/BN yang kononnya sentiasa berganding bahu dan berpegang teguh kepada pucuk pimpinan.

Walau bagaimanapun kepada semua petugas PAS dan Pakatan Rakyat tidak mudah leka dan terbuai-buai dengan pergolakan yang berlaku dalam Umno di Merlimau sebaliknya terus meningkatkan momentum dan gerak kerja untuk menwan hati pengundi serta membawa mesej yang lebih besar bukan sahaja untuk PRK Merlimau tetapi dalam gagasan yang lebih besar dalam Pilihanraya Umum ke 13. - dari Blog Angkasanuri.

Sharpshooter - Siannyer...dah termimpi jadi YB tiba-tiba nama lain pula yang naik. Tapi merajuk tu sekejap saja, ini strategi namanya..maka akan datanglah kepadanya wakil najib atau wakil mat sembab atau wakil wira ali...akan bagi sesuatu yang menarik dan maka selepas itu terbuka lah balik bilik gerakan tu...dengan jampi ....niat eng son mata kaji semarti seng....

kita dah lama jangka stail wanita umno ...hahaahaha


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

edyesdotcom: Dua Kawasan Pulau Pinang Akan Di Serang Malam Ini ...

Posted: 24 Feb 2011 10:49 PM PST


edyesdotcom: Dua Kawasan Pulau Pinang Akan Di Serang Malam Ini ...: "Salam Jumaat,Malam ini che'GuBard akan menyerang dua kawasan di Pulau Pinang masing-masing satu di dalam pulau (Sg Ara Bayan Baru) dan s..."


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kebesaran Hari Jumaat

Posted: 24 Feb 2011 09:36 PM PST

Apabila ALLAH berkata kepada para malaikat yg Ia akan menjadikan Khalifah di muka bumi maka sekalian para malaikat pun membangkang. Tindakan malaikat ini telah menimbulkan kemurkaan ALLAH.

Maka para malaikat pun segera memohon ampun dari ALLAH dngan mengelilingi 'Arasy sebanyak 7 kali sehinggalah ALLAH mengampunkan mereka.

Setelah itu ALLAH memerintahkan malaikat agar mendirikan sebuah rumah di bumi yg andainya anak-anak Adam melakukan dosa maka mereka bolehlah mengelilingi rumah itu sebanyak 7 kali ( Baitullah-Kaabah ).

Maka turunlah malaikat ke bumi membina Kaabah. Setelah siap ALLAH mengangkatnya ke angit yg keempat ketika DIA menjadikan banjir.

ALLAH juga menjadikan sebuah menara disamping Kaabah yg dinamakan Baitul Makmur.Panjang menara ini 500 tahun perjalanan.Bila tiba setiap hari Jumaat akan naiklah malaikat Jibrail a.s. ke menara Baitul Makmur itu lalu melaungkan azan.

Manakala malaikat Israfil a.s. naik ke atas mimbar dan berkhutbah sementara malaikat Mikail a.s. menjadi imam bagi sekalian para malaikat.

Setelah selesai solat berkata malaikat Jibrail a.s. "Pahala yg aku dapati dari solat berjemaah ini aku berikan kepada pembaca khutbah yg berada di bumi."

Berkata malaikat Mikail pula,"Pahala yg aku perolehi sebagai imam ini kuberikan kepada mereka yg menjadi imam di bumi pada hari Jumaat."

Berkata sekalian para malaikat,"Pahala yg kami dapati dari solat berjemaah ini kami berikan kepada mereka yg menjadi makmum di belakang imam."

Berkata ALLAH, "Wahai sekalian malaikatKU! Adakah kamu lebih pemurah kepada hambaKU dariKU,sedangkan AKUlah Yang Maha Pemurah dari segalanya.

Bersaksilah wahai para malaikatKU, AKU telah mengampuni mereka semua khususnya untuk umat ini dan umat yg terdahulu tidaklah mendapat keistimewaan ini."

 
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PAS letak harapan pada wajah baru, pengalaman bekas calon

Posted: 24 Feb 2011 08:25 PM PST



Nik Aziz Nik Mat menjulang tangan bakal calon PAS bagi kerusi Kerdau, Hassanuddin Salim (dua kiri) di Temerloh semalam.
TEMERLOH, 25 Feb — Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim hari ini diumumkan sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.

Pencalonan Hassanudin dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di hadapan kira-kira 2,000 penyokong parti itu di Markas Induk PAS Kerdau di sini malam tadi.

Pengarah pilihan raya kecil PAS bagi DUN Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam sidang media, menyifatkan Hassanuddin, 43, sebagai calon terbaik parti itu.

Hassanuddin merupakan bekas calon bagi DUN Lanchang pada pilihan raya umum 2004 dan DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008.

"Beliau lebih dikenali di DUN Kerdau dan saya percaya rakyat akan memberikan undi kepadanya," kata Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS.

Sementara itu, Hassanuddin berkata beliau akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di Kerdau sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.

Di JASIN, Melaka, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizat Abdullah, dipilih sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Pengumuman dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Merlimau, dekat sini.

Yuhaizat Abdullah, 38, diumumkan sebagai bakal calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau malam ini.
Yuhaizat, 38, seorang ahli perniagaan, berkata pemilihan beliau sebagai wakil golongan muda dan berharap pengundi di kawasan itu akan memberi sokongan kepadanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kedua-dua pilihan raya kecil itu diadakan serentak pada 6 Mac manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada Sabtu ini.

Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, akibat serangan jantung pada Sabtu lepas.

Pada pilihan raya Umum 2008, Zaharuddin dari Barisan Nasional (BN) menewaskan calon PAS, Hassanuddin dengan majoriti 1,615 undi.

Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, daripada BN meninggal dunia pada 20 Januari lalu kerana diserang sakit jantung.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang. — Bernama

Sharpshooter - Semoga PAS menang..InsyaAllah..takbir



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Jom demo sokong rakyat Libya

Posted: 24 Feb 2011 08:15 PM PST


Pakatan Rakyat akan membuktikan solidariti bersama rakyat Libya yang menentang pemimpin diktatornya, Muammar Gaddafi dengan mengadakan perhimpunan aman di luar kedutaan Libya di Jalan Madge, Ampang, Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat hari ini

NONESekurang-kurangnya 500 penyokong, termasuk pelajar Libya yang menuntut di negara ini dan kakitangan kedutaan berkenaan akan mengambil bahagian.

Ketua biro antarabangsa PAS, Syed Azman Syed Ahmad berkata satu memorandum juga akan dihantar kepada duta Libya bagi menuntut pemberhentian serta merta pembunuhan orang awam.

"Kami berpendapat ada keperluan mendesak bagi menyokong rakyat Libya, sebab pembunuhan beramai-ramai rakyat yang tidak berdosa tidak harus dibiarkan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

NONEPerhimpunan itu dijadualkan pada jam 2.30 petang selepas solat Jumaat dan dijangka berlangsung selama sejam. Beberapa NGO juga dijadualkan akan mengambil bahagian.

Menurut Syed Azman, duta Libya ke Malaysia juga kemungkinan besar akan menyertai perhimpunan di luar kedutaannya itu.

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu pula meminta semua rakyat Malaysia mengambil bahagian dengan berkumpul di luar pejabat kedutaan Libya.

NONE"Semua orang patut hadir hai ini bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap keganasan dan pembunuhan penunjuk perasaan yang tidak berdosa," kata Mohamad.

Selasa lalu, pegawai kedutaan Libya di Kuala Lumpur menyertai rakan-rakan mereka di seluruh dunia membidas Gaddafi kerana pembunuhan ramai rakyat yang mengambil bahagian dalam protes di negara itu.

Mereka membakar potrait diktator yang telah berkuasa lebih empat dekad lalu pada protes lebih dua jam itu sebelum diarahkan oleh polis supaya bersurai.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: