SharpShooter |
- Utusan Meloya mata sebelah
- Sharpshooter vs Rais - 3 March fail afidavit pembelaan
- umno penang..pi mai pi ma tang tu jugak..
- Sialfool dah jadi superman?
- Libya - Terlalu zalim sanggup membunuh rakyat sendiri gunakan jet pejuang.
| Posted: 21 Feb 2011 09:49 PM PST Ikuti ceramah terkini Tuan Guru Nik Aziz. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Sharpshooter vs Rais - 3 March fail afidavit pembelaan Posted: 21 Feb 2011 08:36 PM PST Malaysiakini - 22 Feb 2011 - Pengendali blog sharpshooter.blogspot, Amizudin Ahmat memohon supaya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikannya masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan dalam kes saman fitnah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim. Ia berikutan permohonan defendan itu yang dikemukakan pada prosiding 17 Februari lalu maka permohonan injunksi inter-parte (kedua pihak) yang sepatutnya didengar hari ini oleh Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof telah ditangguhkan. Pada 2 Februari lalu, Rais selaku plaintif memperoleh injunksi yang memerintahkan supaya Amizudin mengeluarkan artikel yang memfitnah beliau dari blognya.Selain itu, Hakim Zabariah turut membenarkan permohonan Rais untuk menghalang Amizudin, 42, atau ejennya daripada terus menyiarkan artikel berbaur fitnah itu sehingga permohonan injunksi kedua pihak didengar. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Februari untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes itu didengar pada hari ini. Mahkamah yang sama juga turut membenarkan injunksi kepada Rais bagi menghalang Amizudin daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia. Sharpshooter akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat. Alhamdulillah semua proses memfailkan pernyataan pembelaan berjalan dengan lancar. Ramai saksi yang sudi tampil memberi keterangan...Lawan Tetap Lawan. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| umno penang..pi mai pi ma tang tu jugak.. Posted: 21 Feb 2011 08:18 PM PST Oleh : Hafiz Zainuddin Apabila mereka buka mulut, mereka cuba melabel diri sebagai "hero" dan pembela bangsa. Mereka menjaja nama bangsa mahupun agama demi mengemis sokongan masyarakat. Mereka menggunakan alasan "Hak Melayu yang dijamin perlembagaan" untuk mewujudkan ketidakharmonian antara kaum. Walhal hakikat sebenarnya, mereka cuma mahu mempertahankan "periuk nasi" dan keberlangsungan saki-baki kuasa yang ada. Persoalan "hak Melayu" sememangnya telah terjamin oleh perlembagaan sampai bila-bila. Persoalannya, siapa yang memperkosa hak Melayu ini selama lebih separuh abad merdeka?
myBALIKpulau oh myBALIKpulau Kali ini isunya bukan kepala lembu, bukan kandang babi, bukan "Cina" masuk surau. Kali ini, isunya adalah mengenai risalah myBALIKpulau yang diterbitkan oleh Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang (Arts-ED) yang dikatakan "menghina Melayu dan sangat berbahaya". Ada dua kekeliruan yang telah ditimbulkan mereka yang tidak berpuas hati. Pertamanya adalah berkaitan sumber-sumber sejarah yang dituduh "menghina Melayu dan berbahaya". Kedua adalah mengenai "siapa" yang bertanggungjawab menerbitkan risalah tersebut. Pada 11 Februari baru-baru ini, Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang telah mengeluarkan tiga mukasurat Kenyataan Akhbar yang menjawab semua pertuduhan mengenai sumber-sumber sejarah yang menjadi rujukan. Jelas, terang lagi bersuluh sebenarnya tiada isu panas yang boleh dimainkan.
Maka seperti biasa, Utusan Malaysia akan mula "memukul gendang" perkauman. Pada 2 Februari 2011 terpampang besar tajuk utama berita akbar tersebut "Lupa Sejarah, Hina Melayu" yang dilihat cuba memainkan sentimen perkauman. Ya. Mungkin inilah hakikat sebenar 1Malaysia yang dibanggakan Najib Razak. Jelas, wajah 1Malaysia ini kelihatan sangat capik. Isu ini tidak terhenti setakat ini. Sejurus selepas itu, pada 9 Februari 2011 sebuah badan yang menamakan diri mereka Gabungan Bela Hak Islam (Gabungan) yang terdiri dari empat NGO mendesak kuat agar Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan risalah tersebut dengan sebab yang sama. Kerajaan Negeri meminta agar Utusan dan Muhammad Farid memohon maaf tetapi tidak diendahkan. Malang sekali buat ADUN Pulau Betong ini. Pada 15 Februari, kerajaan Pulau Pinang bertindak memutuskan untuk menyaman beliau danUtusan Malaysia. Hal ini disebabkan kerana risalah itu sebenarnya ditaja oleh Kerajaan Negeri dan juga Jabatan Pelancongan Pulau Pinang bawah kepimpinan GERAKAN-BN. Ini beerti, segala tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah sesuatu yang berniat jahat. Agenda Jahat UMNO-BN Masih tidak berpuas hati dengan "sambutan hangat rakyat". Api perkauman terus-menerus ditiup sebaik mungkin. Pada 16 Februari 2011, beberapa lagi pertubuhan NGO dan individu membuat laporan polis berhubung risalah ini. Pertubuhan NGO tersebut terdiri daripada Pertubuhan Seni Silat Gayung Pulau Pinang, PERKASA, Belia 4B Permatang Pauh dan Johari Ahmad. Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia misalnya dilihat cuba mengheret Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan menyerahkan tiga sampul surat yang mendakwa mengandungi "bukti pembabitan kerajaan negeri" dalam penerbitan dan pengedaran risalah myBALIKpulau ini.
Ini semua adalah permainan jahat. Para pemerhati menyimpulkan isu yang dilihat "membakar sentimen" perkauman ini adalah percubaan menjerumuskan kestabilan negeri ke kancah "ketegangan kaum". Dalam banyak-banyak isu yang timbul di Pulau Pinang. UMNO dilihat menjadi dalang utama memanipulasi isu. Bagi pendapat saya, isu ini sepatutnya tidak timbul. Rakyat Pulau Pinang lebih mengetahui perkara yang sebenar. Soalan saya, apakah ini sesuatu yang bagus untuk rakyat, negeri mahupun negara? Tentu sekali tidak. Soalan saya lagi, sekiranya UMNO-BN berjaya menaikkan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu, siapa yang akan untung? Tentulah UMNO. Adakah orang Melayu terbela di bawah BN satu ketika dahulu? Anda sendiri tahu jawapannya! Skandal RM30 juta Pulau Jerejak?? Jangan jadi bodoh. Jangan bantut akal. Mari kita lihat dan fikirkan. Semasa isu Interlok timbul- isu ini telah dibawa ke peringkat tertinggi Kementerian Pelajaran. Walaupun pada mulanya mengundang tindakan emosi sesetengah pihak,Interlok dibawa ke meja mesyuarat dan rundingan. Wacana-wacana bersifat ilmiah terus dibahaskan.
Ada beberapa sebab mengapa UMNO menimbulkan isu perkauman sebegini. Salah satu sebab adalah untuk menutup mata rakyat atas pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah pimpinan Koh Tsu Koon (gambar kanan) di mana beliau telah menyerahkan Pulau Jerejak kepada UDA. Ini merupakan skandal yang sangat hot. Cuba teka, siapa yang untung? Rakyat Malaysia semakin matang. Ini bukan lagi zaman fotostat. Ini bukan lagi zaman mesin taip. Segala maklumat cuma dihujung jari rakyat. UMNO-BN harus sedar dan insaf. Sekiranya wujud kedaifan di kalangan rakyat Pulau Pinang, apatah lagi dari kalangan masyarakat Melayu; UMNO harus cermin diri mereka sendiri. Hodohkan? *Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas. |
| Posted: 21 Feb 2011 05:43 PM PST ![]() Semakin hari semakin merapu kisah Sialfool dalam mahkamah karton. Antaranya Peguam Anwar mencadangkan mengenai kesan air mani pada seluar dalam Mohd. Saiful Bukhari akan meninggalkan kesan yang serupa pada seluar panjang yang dipakainya. LAY HONG: Kalau dia (Mohd. Saiful Bukhari) memakai seluar dalam dan seluar panjang pada masa yang sama. RAM KARPAL: Ya, mestilah orang pakai seluar dalam dahulu baru pakai seluar panjang kecuali kalau dia Superman, baru pakai seluar dalam di luar. Kenyataan tersebut bukan sahaja membuatkan saksi itu tersenyum malah hakim dan mereka yang berada di mahkamah tersenyum dan tertawa. Kah...kah...kah... Macamana air mani Sialfool boleh ada dalam dubur sendiri? TMI - Prosiding kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini "dikejutkan" dengan dakwaan peguamnya bahawa salah satu profil DNA dikesan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pengadu dan saksi utama itu sendiri. Ramkarpal Singh, salah seorang peguam Anwar berhujah, penemuan laporan kimia menunjukkan air mani yang ditemui pada bahagian rektal sebenarnya adalah milik Saiful memandangkan profil DNA "12, 13" adalah lebih dominan berbanding profil DNA "Lelaki Y". ![]() "Saya mengesyorkan kepada anda profil dalam B8 adalah milik Saiful, oleh itu (ia) boleh ditafsirkan bahawa air mani yang dikesan di bahagian duburnya sendiri," kata Ramkarpal di mahkamah hari ini. Bagaimanapun Dr Seah menafikan perkara itu sambil berkata terdapat dua bentuk kesan di bahagian rektal iaitu sperma dan bukan sperma. Profil DNA Saiful, menurut Dr Seah, tergolong dalam kategori pertama. "Ya, meskipun profil DNA Saiful '12, 13' dikategorikan di bawah pati bukan sperma, di mana Dr Seah tidak dijawab ialah DNAnya sendiri juga ditemui pada kesan sperma B8. "DNA Saiful bukanya penyumbang utama dalam kes ini, tetapi ia juga dikesan dalam kedua-dua ekstrak," kata seorang lagi penguam Anwar, Sankara Nair kepada The Malaysian Insider kemudian. Terdahulu pagi tadi, peguam-peguam Anwar meneruskan pemeriksaan balas ke atas Dr Seah dengan meminta beliau mengulas mengenai kesahihan laporan kimia. "Anda mempunyai situasi di mana pancutan (air mani) ke dalam dubur adalah 56 jam sebelum laporan (dibuat). Adakah anda menduga untuk melihat kemerosotan kualiti sperma dan DNA?" soal Ramkarpal. Menjawab soalan itu, Dr Seah berkata, tidak perlu mengambil langkah-langkah tambahan untuk menentukan kemerosotan kualiti meskipun air mani berada dalam dubur selama 56 jam. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Libya - Terlalu zalim sanggup membunuh rakyat sendiri gunakan jet pejuang. Posted: 21 Feb 2011 05:01 PM PST ![]() Seorang juruterbang Libya berdiri di sisi pesawat pejuangnya Mirage F1 selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa di Valletta, Malta semalam (waktu Malta). — Foto Reuters ![]() Perkembangan ini disaksikan susulan tekanan meningkat ke atas pemimpin mereka Kol Muammar Gaddafi, yang memerintah sejak lebih empat dekad lalu. Libya merupakan negara jiran Mesir, yang presidennya Hosni Mubarak digulingkan awal bulan ini. Kelmarin anak lelaki Muammar memberi amaran kerajaannya akan mempertahankan negara itu daripada demonstrasi sehingga peluru dan anggota pasukan keselamatan terakhir, malah memberi amaran perang saudara akan tercetus. "Apa yang kami saksikan hari ini tidak dapat dibayangkan langsung. Kapal perang dan helikopter menggugurkan bom demi bom. Ramai, ramai yang terbunuh," kata seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Adel Mohamed Saleh. Ketika ditanya sama ada tindakan mengebom masih diteruskan, dia yang juga seorang aktivis dipetik Reuters berkata: "Ia masih berterusan, (serangan) berterusan." Laporan itu diperoleh awal pagi ini (waktu Malaysia). Bagaimanapun tiada sumber bebas yang dapat mengesahkan kesahihan laporan itu. Dalam pada itu, satu lagi laporan Reuters dari Valletta pula menyebut, dua juruterbang tentera udara Libya telah membelot semalam dan menerbangkan pesawat masing-masing ke Malta dengan tidak mahu mematuhi arahan pihak berkuasa kerajaan. Laporan itu memetik pegawai Malta menyebut mereka telah memaklumkan pihak berkuasa negara itu bahawa diarahkan supaya mengebom penunjuk perasaan. Salah seorang daripada mereka memohon suaka politik di Malta. Malah laporan berasingan Reuters juga menyebut pertempuran di ibu negara Libya semalam menyebabkan seramai 160 orang terbunuh. Menurut badan pemerhati Human Rights Watch semalam seramai 233 orang telah terbunuh sejak demonstrasi yang bermula awal minggu lalu. Sharpshooter - Bayangkan betapa kejam dan zalimnya pemerintah yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri. Apabila harta dan takhta dunia menguasai diri, maka jadilah gila kuasa. Pemerintah takut dan gentar dengan kebangkitan kuasa rakyat kuasa keramat. Semoga kerajaan yang zalim dapat ditumbangkan. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Pada 2 Februari lalu, Rais selaku plaintif memperoleh injunksi yang memerintahkan supaya Amizudin mengeluarkan artikel yang memfitnah beliau dari blognya.
Belumpun isu myBALIKpulau reda, media UMNO memainkan isu perobohan yang melibatkan 1,000 gerai penjaja haram oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai di sekitar Taman Pelangi. Isu ini telah mendapat liputan yang meluas media cetak maupun elektronik. Kerajaan Negeri Pulau Pinang digambarkan "tidak perihatin" kepada nasib yang menimpa masyarakat Melayu. Walhal notis sebanyak empat kali telah dikeluarkan oleh pihak majlis.
Berbeza dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang; risalah myBALIKpulautidak diberikan tempat yang adil seperti Interlok. Tindakan yang diambil dilihat emosi semata-mata. Mengapa ia jadi begini? Jawapannya amat mudah - Interlok disuarakan MIC manakala myBALIKpulau cuba diletakkan di bahu DAP! Bagi saya, apa yang berlaku sangat-sangat memalukan.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan