SharpShooter |
- Tiada prk di Pelabuhan Klang
- PAS, PKR P.Pinang setuju cadangan Guan Eng
- Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang
- Siapa pula misteri lelaki 'Y'
- Syyyy...diam..itu strategi Azmin tu..
- Kereta Chegubard tersadai...
| Posted: 18 Feb 2011 01:56 AM PST Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Badrul Hisham Abdullah masih merupakan ADUN Pelabuhan Klang. Hakim Zaleha Yusof membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah berdasarkan kepada saman pemula. Kerusi DUN Pelabuhan Klang itu telah diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 19 Januari lalu. Menurut Teng, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih kurang enam bulan sejak bulan 16 Julai tahun lalu. Mengikut Perlembagaan Selangor, kerusi DUN dianggap kosong jika wakil rakyatnya tidak hadir sidang dewan tanpa cuti selama enam bulan. Badrul Hisham telah memfailkan saman pemula untuk mengisytiharkan bahawa pengumuman Teng itu tidak sah dan terbatal, serta memfailkan injunksi untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil di DUN yang diwakilinya. Beliau diwakili oleh peguam Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin. Manakala SPR pula diwakili oleh peguam kanan persekutuan Kamaluddin Md Said. Sharpshooter - Kita dah lama jangka... Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
| PAS, PKR P.Pinang setuju cadangan Guan Eng Posted: 17 Feb 2011 11:20 PM PST Pakatan Rakyat menyifatkan keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang mewujudkan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam di negeri itu sebagai satu langkah tepat dalam suasana negara sekarang. Malah pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata pihaknya tidak menghalang langkah kerajaan negeri Pulau Pinang diterajui Lim Guan Eng itu dari DAP itu. "Dalam Pakatan Rakyat kita tidak memerintah berdasarkan agama dan perkauman sempit, jadi bagi saya adalah wajar portfolio itu diwujudkan sebagai langkah untuk mengelakkan fitnah-fitnah agama yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara. "Bagi saya portfolio ini adalah satu tindakan yang tidak bertentangan dengan pentadbiran negara, yang mana kita ada portfolio menjaga hal ehwal agama Islam, jadi tiada masalah untuk wujudkan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam di Pulau Pinang," kata ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider. Jelas beliau, PAS yang selama ini memperjuangkan dasar Islam tiada halangan sekiranya Pulau Pinang mahu mewujudkan portfolio itu. "Saya harap dengan adanya portfolio ini ia akan jadi satu jambatan untuk wujudkan suasana harmoni di Pulau Pinang yang mana kalau kita lihat Umno sentiasa gunakan agama untuk menyerang di sana. "Dengan ada portfolio ini ia juga akan jadi jambatan antara hubungan antara agama di sana, jadi bagi PAS kita tiada halangan sekiranya ia mahu diwujudkan," katanya. Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, langkah mewujudkan portfolio itu akan menjadi "jambatan" antara agama Islam dan agama lain di negeri itu. "Kita kena lihat ia dari sudut keperluan dan perspektif yang mana ia bertujuan untuk memantau agama lain supaya lebih terkawal.
Dengan keputusan itu, portfolio tersebut akan memberi tumpuan ke atas hal ehwal agama Buddha, Kristian, Sikh, Taoisme dan Hindu. Ia akan dipengerusikan oleh ketua menteri sendiri. "Ini kali pertama satu portfolio majlis eksekutif negeri diadakan," kata Lim. Lim berkata keperluan untuk mengadakan portfolio itu yang dibawa oleh Timbalan Ketua Menteri II Profesor Dr P. Ramasamy diluluskan minggu lalu. Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty berkata, orang bukan Islam mempunyai hak untuk mewujudkan portfolio itu sebagai langkah penyelarasan agama masing-masing. "Saya rasa dari segi keperluan masyarakat bukan Islam mereka ada hak untuk ada penyelarasan tanpa menjejaskan agama Islam yang merupakan agama rasmi negara. "Saya rasa kerajaan Pulau Pinang faham akan perkara ini dan fungsi-fungsi berkaitan agama Islam malah ia juga dipertahankan di Pulau Pinang," katanya. Jelas beliau, langkah kerajaan negeri Pulau Pinang itu akan membantu mewujudkan pemahaman antara agama Islam dan agama bukan Islam "Untuk pengurusan ia akan beri satu platform ke arah pemantapan pemahaman antara Islam dan bukan Islam, malah ia juga akan memberi kebaikan. "Kalau hanya sekadar penyelarasan ia tiada masalah dan yang penting ia tidak jejaskan agama Islam, jadi orang Islam tidak perlu bimbang sekiranya ia dilaksanakan," katanya. Sementara itu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata cadangan untuk mewujudkan portfolio tersebut tiada masalah, malah Islam tidak menghalang. Namun menurut Mohd Asri, adalah lebih baik sekiranya kandungan portfolio itu dijelaskan terlebih dahulu kepada umum. "Ia tiada masalah kalau sekadar mengawal urus agama-agama lain, kalau setakat penyelarasan sahaja ia tiada masalah. "Tapi kita kena lihat apa fungsinya dulu, kalau hanya penyelarasan tiada masalah untuk melaksanakannya lagipun atas dasar apa kita nak ketepikan cadangan itu," katanya |
| Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang Posted: 17 Feb 2011 07:13 PM PST Program Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang 19 Februari 2011 (Sabtu) Program 1) 4.00 ptg – Hi-Tea Bersama JKKK / AJK Qariah / Ahli Majlis MPPP / MPSP Pulau Pinang Lokasi – Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru Program 2) 7.00 mlm – Solat dan Tazkirah Maghrib Lokasi – Masjid Jamek Sungai Nibong Program 3) 9.00 -12.00 mlm – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia Lokasi – Padang Awam, Taman Semilang, Seberang Jaya (Sebelah TESCO) Penceramah; 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Dato' Mansor Othman 3. YB Firdaus Jaafar 4. YB Yusmadi Yusoff Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
| Posted: 17 Feb 2011 06:55 AM PST KUALA LUMPUR, 17 Feb — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa air mani milik "lelaki Y" telah ditemui pada seluar dalam Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ahli kimia dari ibu pejabat Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Dr Seah Lay Hong turut mengesahkan kehadiran air mani "lelaki Y" itu pada empat kapas kesat, yang pertama dari kawasan sekitar dubur, dua daripada bahagian atas rektum dan satu lagi dari rektum bawah Mohd Saiful. Beliau yang bertugas di Jabatan Kimia sejak 1991, bagaimanapun tidak menamakan atau memberikan identiti "lelaki Y" dalam laporannya. Katanya, kesan air mani "lelaki Y" turut ditemui pada karpet pelbagai warna dan sehelai selimut yang diambil daripada sebuah bilik dari unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku. Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin, Dr Seah yang merupakan saksi kelima pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menjalankan ujian terhadap dua kemeja lengan panjang dan sehelai seluar dalam biru gelap atas arahan pegawai penyiasat kes itu, DSP Judy Blaucious Pereira. Bagaimanapun, beliau berkata ujian mendapati air mani "lelaki Y" tidak ada pada kesemua eksibit berkenaan, manakala dua lagi kesan yang ditemui pada seluar hitam Mohd Saiful disahkan sebagai milik mangsa sendiri. Laporan kimia hari ini juga mendedahkan contoh B5 yang diambil dari kawasan sekitar dubur terdiri daripada DNA lelaki milik Mohd Saiful, "lelaki Y" dan satu lagi penyumbang yang tidak dikenali. Ketika ditanya mengenai kaedah saintifik yang digunakan dalam menyediakan laporannya, Dr Seah menjelaskan secara terperinci mengenai ujian DNA menggunakan teknik "multiplex polymerase chain". Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadinya di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Ditanya lanjut oleh Noorin berhubung berapa lama kesan air mani, khususnya spermatazoa, mampu kekal bagi menjalani ujian DNA, Dr Seah berkata kelembapan memainkan peranan penting. "Jika terdedah kepada cuaca kering dan sejuk, tidak mustahil ia boleh kekal untuk satu jangka masa yang agak lama," katanya. Beliau turut ditanya mengenai tempoh air mani mampu kekal dalam tubuh seseorang dalam kes liwat. Bagaimanapun, Dr Seah berkata itu bukan bidang kepakarannya kerana tugas beliau adalah lebih kepada melakukan ujian makmal. Terdahulu, mahkamah diberitahu bahawa ahli kimia itu menerima 12 sampul eksibit yang ditanda sebagai B sehingga B11 pada 30 Jun 2008 daripada DSP Judy, dan enam lagi sampul serta dua bungkusan pada 1 Julai tahun sama. Turut hadir di mahkamah ialah pakar DNA Australia Dr Brian Mcdonald bagi membantu pasukan pembelaan. Perbicaraan di depan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok. — Bernama Sharpshooter - Makin lama makin menyampah dengan kes ni...siapa pula lelaki Y nie... Politik dah semakin gila.. kerana kuasa dan duit..fitnah dihalalkan.. |
| Syyyy...diam..itu strategi Azmin tu.. Posted: 17 Feb 2011 05:58 AM PST PAS mengingatkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya jangan cuba mengawal kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat selepas memenangi jawatan kanan itu akhir tahun lalu. Justeru, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Azmin seharusnya menyuarakan isu-isu sensitif seperti pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat dalam mesyuarat tertinggi parti, bukannya secara terbuka melalui media. Malah kata Mustafa, Azmin juga tidak layak bercakap dan mendakwa PAS mahu mengintai kawasan PKR kerana isu tersebut tidak pernah muncul dalam perbincangan pemimpin tertinggi parti Islam itu sebelum ini. "Apa yang beliau cakap adalah tidak betul. Perkara ini tidak pernah berbangkit, jadi saya tegaskan beliau berhenti bercakap mengenai isu ini," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini. Baru-baru ini, Azmin dipetik sebuah portal berkata PKR sedang menghadapi rundingan sukar apabila PAS mula mengintai kerusi yang sama menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat. Dalam laporan semalam memetik Azmin, The Malaysian Insider menyebut bahawa PKR akan menyenarai pendek kesemua calonnya yang berpotensi menjelang 20 Mac ini untuk memulakan perundingan dengan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat memandangkan pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan sekitar April ini. Azmin berkata, kepimpinan negeri dikehendaki menghimpunkan nama-nama yang disyorkan untuk penelitian biro politik sebelum mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP. "Persefahaman ialah setiap parti akan mengekalkan kerusi yang dimenangi tetapi kami boleh berunding berhubung kerusi-kerusi yang kami kalah dalam 2008," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak. Azmin yang dilantik semula sebagai pengarah pilihan raya baru-baru ini susulan pemilihan parti berkata, ada kemungkinan pertukaran kerusi-kerusi ditandingi memandangkan PAS juga mahu memberi tumpuan di bahagian-bahagian yang mempunyai pengundi campuran. Kerusi-kerusi terbabit selama ini ditandingi PKR, yang dilihat sebagai parti kawasan bandar. PKR juga berhadapan dengan masalah beberapa wakil rakyatnya, termasuk di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar parti sejak awal 2009 dan terbaru bulan lalu. Dengan arah aliran pengundi Melayu mengalami kemerosotan, PAS akan memastikan ia mempertahankan bilangan wakil rakyatnya dengan bergerak ke kawasan-kawasan yang kurang pengundi Melayu. Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang di Johor bulan lalu menyaksikan 80 peratus pengundi Melayu memihak kepada Umno. Begitu juga kerusi di Hulu Selangor, Galas dan Manek Urai di mana 10 peratus pengundi orang Melayu bergerak kepada pembangkang semasa diadakan pilihan raya kecil tahun lalu dan 2009. Bagimanapun Azmin berkata, PKR juga akan melihat pada kerusi-kerusi yang PAS dan DAP tewas meskipun kedua-dua parti tertua itu mempunyai sokongan akar umbi di bahagian yang majoriti pengundinya ialah Melayu dan Cina. Sementara itu FMT melaporkan penyokong PAS mahu rampas kerusi Keadilan: Kini wujud desakan supaya PAS mahu mengambil semula kerusi-kerusinya yang ditandingi oleh calon PKR dalam pilihanraya umum lalu, kata sumber hari ini. Ia susulan tuntutan yang dibuat oleh penyokong dan ahli parti di negeri terbabit yang mahu calon PAS bertanding. Antara paling kuat menyuarakan hasrat tersebut ialah para penyokong PAS Kelantan dan Negeri Sembilan. "Ini bermakna kerusi-kerusi PAS yang ditandingi oleh calon PKR dalam pilihanraya umum lalu akan ditandingi calon PAS. "Ia termasuk kerusi PAS yang ditandingi oleh calon PKR di Kelantan seperti kerusi Parlimen Machang yang dimenangi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. "Tetapi kerusi-kerusi lain juga tidak terlepas," katanya. Kerusi Parlimen Dungun ditandingi calon PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin walaupun ia merupakan kerusi tradisi PAS. Di Negeri Sembilan, PAS negeri itu mahu menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan dan Sikamat yang ditandingi calon PKR pada 2008. "Ahli dan penyokong parti sudah menyuarakan perkara tersebut supaya PAS mengambil semula kerusi berkenaan. Sebahagian ahli yang lain pula mahu kerusi Serting dan Palong juga diambil dari PKR. "Alasan mereka kerana tidak yakin dengan PKR yang diselubungi pergolakan demi pergolakan," kata sumber itu. Sementara itu, Exco PAS Pusat, Syed Azman Ahmad Nawawi ketika dihubungi berkata, perkara tersebut belum dibincangkan lagi dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat. Katanya, ini bermakna isu PAS mahu mengambil semula kerusinya yang sebelum ini ditandingi oleh calon PKR tidak timbul. sharpshooter - syyyy...diam... "mmmm... Azmin cakap ok sebab itu strategi..Azmin umpama jurulatih pasukan bolasepak..pemain buat cara pemain jangan campur urusan dan strategi jurulatih" ..ooohh ya ke..macam tu ke..syyyy..diam.. Kalau orang lain cakap macam tu macamana pula.. "mmmm...sah itu pengkhianat parti..itu "trojen horse"...itu pemecah belah parti dan Pakatan Rakyat" ...oooo..macam tu ke..syyyy...diam.. |
| Posted: 17 Feb 2011 04:55 AM PST Kereta Chegubard kini tersadai di Kemunting Taiping setelah rosak di Bukit Merah semasa dalam perjalanan dari P.Pinang ke Bangi. Mujurlah Halim Keadilan Bukit Gantang sudi meminjam kereta kembaranya untuk meneruskan perjalanan ke Bangi. Hari ini Halim memberitahu bahawa kereta Chegubard tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa kena buat 'top overhaul' siaplah kena stanby sekitar seribu hingga 3 ribu. Inilah sebahagian dugaan dalam perjuangan.. Ada yang pernah bertanya sharpshooter, Chegubard ni keje apa? Jawabnya mudah..Chegubard dibiayai oleh Altantuya, Rosmah dan Zahid Hamidi... Ya memang itulah sumber pendapatan Chegubard yang hanya menjual buku Misteri Pembunuhan Altantuya dan vcd isu Zahid Hamidi, Perempuan Puaka dan fatwa Yusoff Qardawi tentang fitnah kes liwat Anwar Ibrahim dengan harga RM15 (pakej 1 buku dan 3 vcd) pada setiap kali ceramahnya. Chegubard dalam twitternya petang tadi "Kereta smlm sangkut di Taiping, bengkel baru tel...perlu top 'overhaul' katanya.. Arghhh ribu2 bakal terbang... Dugaan.. Esok prog kedah.." Inilah sebahagian dugaan dan rintangan dalam perjuangan tetapi masih kecil jika nak dibanding dengan perjuangan pemuda Palestine...lawan tetap lawan.. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan