Selasa, 8 Februari 2011

SharpShooter

SharpShooter


umno apco bijak membeli kapal laut

Posted: 07 Feb 2011 05:25 PM PST

Sharpshooter - Kalau kita beli kereta Perdana dengan harga RM800,000.00 Adakah kita dianggap bijak? sudah pasti kita dianggap bodoh sebab beli harga kereta Perdana terlalu mahal 800% dari harga pasaran.

Tetapi adakah kerajaan umno apco bodoh apabila membeli kapal laut 870% lebih tinggi dari harga sebenar?

Jawabnya mudah, umno apco sudah pasti bijak dari dulu kini dan selamanya.
Sebab apa bijak?
Sebab itu bukan "corruption" tetapi "commission" namanya menurut istilah kamus yang diguna pakai oleh umno apco.
Sejak bila?
Sejak dulu kini dan selamanya....

Adakah pembunuhan Altantuya ada kaitan dengan "commission" kapal selam RM500 juta?
Jawabnya tanya rosmah suami puakanya najib


Siapa yang jumpa Altantuya di Singapura?
Jawabnya tanya rosmah suami puakanya najib

Siapa yang arah bunuh Altantuya?
Jawabnya tanya rosmah suami puakanya najib

Keadilan Daily - Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) membayar 870 peratus lebih mahal dari negara lain bagi pembelian kapal laut, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua.

Beliau merujuk pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang menyatakan kerajaan menyediakan peruntukan RM6 bilion untuk membeli enam kapal laut.

Katanya, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu, sedangkan Malaysia membayar RM1 bilion setiap satu.

"Israel pula membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kurang RM219 juta daripada yang dibayar Kementerian Pertahanan," katanya dipetik dari Malaysiakini.

Phua juga menyenarai harga kapal laut negara lain iaitu kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman AS188 juta (RM572 juta) dan Saar V dari Israel AS260 juta (RM791 juta)
setiap satu.

"Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang AS300 juta (RM913 milion) pada 2004," katanya.

Sebelum ini, syarikat milik kerajaan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Penang Shipyard and Construction Industries Bhd (PSCI) diberi kontrak sama pada 1998 bagi membina dan membekal enam kapal peronda dengan harga RM5.4 Bilion.

Bagaimana pun syarikat itu gagal menyiapkannya dan meminta kerajaan untuk mengeluarkan modal tambahan dipercayai akibat amalan korupsi dan membawa kepada krisis dalaman.

Berikutan itu, pengurusan PSCI dirombak dan digabung dengan Boustead Holding Bhd, menjadi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Amizudin Ahmat (Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Gary Moore meninggal dunia di Sepanyol

Posted: 07 Feb 2011 03:52 PM PST



Pemain lagenda gitaris blues Gary Moore meninggal dunia pada usia 58 di dalam bilik hotel Costa Del Sol, Sepanyol.

Lagu hits Gary Moore "Still Got The Blues" memang menjadi lagu "ever green" buat peminat muzik blues balada.

Sharpshooter memang peminat dan gemar dengan petikan gitar solo yang memukau dari Gary Moore. Beliau memang hebat dengan sentuhan solo bluesnya. Ireland kehilangan seorang gitaris yang hebat.

Semua yang hidup pasti mati biarpun ramai peminatnya yang seolah-olah tidak percaya akan kematian mengejutnya.

Sharpshooter abadikan dua video Gary Moore yang paling menyentuh jiwa sebab terasa "feel" petikan solo Gary Moore dalam konsert, "Still Got The Blues" dan "Parisienne Walkways"






* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Merlimau - PAS wakili Pakatan Rakyat

Posted: 07 Feb 2011 03:17 PM PST



Keadilan dan DAP hari ini bersetuju untuk PAS meletakkan calon bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau pada 6 Mac nanti.

Persetujuan itu dicapai kesemua komponen parti dalam Pakatan Rakyat itu selepas mesyuarat Majlis Pimpinan mereka di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP di ibu negara petang tadi.

Keputusan itu diumumkan Ketua Umum Keadilan, Anwar Ibrahim pada sidang media mereka sekaligus menafikan desas-desus beberapa pihak bahawa PAS berkemungkinan tidak bertanding di PRK Dun itu.

"(Pilihan raya kecil) Merlimau, kita sudah bincang dan bersetuju sebulat suara supaya menyokong PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat.

"Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang meminta supaya seluruh jentera Pakatan Rakyat dikerahkan dan kita bersetuju," kata Anwar.

Turut serta pada sidang media tersebut, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa kepimpinan ketiga-tiga parti yang lain.

Mengenai calonnya, Tuan Guru Abdul Hadi berkata keputusan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat kepimpinan parti itu 13 Februari ini.

"Kami akan menyenarai pendek nama kemudian.

"Kita baru buat keputusan di peringkat Pakatan Rakyat. Calon itu nanti kita dapat maklumat daripada negeri," kata Hadi.

Katanya, berdasarkan amalan biasa calonnya adalah warga tempatan dan kepimpinan pusat akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin PAS Melaka sebelum menamakan calon mereka.

Mengulas lanjut, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata mesyuarat memilih calon akan diadakan pada 13 Februari nanti.

"Senarai pendek calon mungkin 13 Februari. Insya Allah kita akan mesyuarat 13 Februari, tapi calon perlu disahkan Pakatan Rakyat dahulu" kata Mustafa.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Sharpshooter - Alhamdulillah kata sepakat dapat dicapai. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Tidak ada masa lagi untuk bertelagah sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat.

umno apco tidak takut pada PAS
umno apco tidak takut pada DAP
umno apco tidak takut pada Keadilan
tetapi umno apco gentar dengan muafakat Pakatan Rakyat. Takbir.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: