Khamis, 3 Februari 2011

SharpShooter

SharpShooter


Pak Menteri Rais meracau lagi...

Posted: 03 Feb 2011 02:09 AM PST

Jangan malu sanggah Nik Aziz – Rais

Utusan Meloya - PUTRAJAYA 2 Feb. – Masanya sudah sampai bagi orang Melayu dalam Pas terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa menyanggah pandangan yang sering dikeluarkan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat terarah kepada pemecah perjuangan kebangsaan dan perpaduan Islam.

Menyuarakannya atas faktor 'mengenali sangat' keperibadian Nik Abdul Aziz, menteri paling kanan dalam Kabinet, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau berpendapat Menteri Besar Kelantan itu terlalu 'dibiarkan' oleh Abdul Hadi yang kelihatan terlalu sedikit menyampaikan pandangan luhurnya kepada ukhuwah Islamiah.

Kepimpinan Pas yang lain pula, kata beliau, kebanyakannya terus 'segan silu' atau 'malu-malu kucing' terhadap pandangan kesat dan menyeleweng yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz.

"Kita tidak boleh ikut beliau secara melulu sebab kaki kita mesti cecah ke bumi. Ini kerana dunia kita adalah dunia yang berasas kepada undang- undang.

"Namun beliau selalu ubah nilai dan pendirian mengikut hari mana dan ikut sebelah mana beliau bangun pagi.

"Jadi, janganlah ditelan bulat-bulat kenyataan Nik Abdul Aziz ni seolah-olah beliau separa nabi atau separa wali ataupun separa pengerusi majlis fatwa kebangsaan. Mesti ada orang yang berani menyanggah pandangannya secara logik, orang Melayu Pas tidak harus fikir satu lorong sahaja," kata beliau.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata demikian kepada Utusan Malaysia hari ini ketika mengulas mengenai kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz yang sejak kebelakangan ini sering kali mengundang kontroversi.

Terbaru, Menteri Besar Kelantan itu melabelkan pengundi Dewan Undangan Negeri Tenang yang tidak menyokong calon Pas sebagai orang jahiliah.

Rais berkata, pandangan yang terlalu obsesi terhadap Nik Abdul Aziz merugikan Islam sendiri apabila semua yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu didakwa benar belaka.

Menurutnya, tindak tanduk Nik Abdul Aziz boleh dibahaskan dalam ijtimak kerana beliau langsung tidak memberi peluang kepada orang lain di Kelantan atau dalam partinya ruang memberi percambahan pendapat.

"Islam bukan Nik Abdul Aziz, Islam ialah cukup indah kuat dan cukup menyeluruh. Seseorang yang berilmu dalam agama tidak akan mendabik dada, mempunyai sifat lemah lembut dan tidak mengelirukan ikut kepentingan politik semasa," katanya.

Ditanya apakah jawapan beliau jika pandangannya ditempelak oleh para penyokong fanatik Nik Abdul Aziz, Rais berkata: "Saya dengan Nik Abdul Aziz sama-sama masuk Parlimen. Dalam hayat politik saya, saya lihat beliau kian lama kian tidak mencecah kakinya ke bumi."

Rais turut berkongsi pengalaman lepasnya semasa dalam Parti Melayu Semangat 46 bersama Pas.

"Beliaulah (Nik Abdul Aziz) yang instrumental dalam kebanyakan krisis dan beliaulah menjadi batu penghalang yang banyak dalam soal penyatuan Melayu," katanya.

Sharpshooter - Alahai Rais...mengapa suka meracau macam buang tebiat nak mampos saja. Mengapa mahu menjadi batu api cuba nak melaga-lagakan pimpinan PAS?

Adalah lebih baik pergi cari ikan laga dan lagakan ikan laga samada ikan laga Siam atau ikan laga Indon. Pasti melawan....


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mengapa YB Shuhaimi jadi sasaran umno?

Posted: 03 Feb 2011 01:22 AM PST

Adun Sri Muda Shuhaimi Shafie dari Keadilan akan dikenakan tuduhan hasutan Isnin ini ekoran kenyataan beliau berhubung kemelut pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor baru-baru ini.

Shuhaimi memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau ditahan oleh polis hari ini dan dimaklumkan akan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan minggu depan.

"Saya tidak pasti mengenai skop sebenar tuduhan ke atas saya, tetapi saya percaya ia ada kaitan dengan tulisan saya dalam blog mengenai isu setiausaha kerajaan negeri," kata beliau ketika dihubungi.

Menurut wakil rakyat itu, pihak polis ada menghubunginya dan meminta agar datang ke ibu pejabat polis daerah Shah Alam semalam.

Bagaimanapun beliau tidak bertemu dengan polis semalam sebab ada ceramah malam tadi.

Beliau telah memberi keterangan kepada polis kali pertama pada 12 Januari lalu.

Dia dibebaskan dengan jaminan mulut.

"Saya ditahan di luar ibu pejabat polis (hari ini)," kata beliau merujuk kepada ibu pejabat polis daerah di Seksyen Shah Alam.

Katanya, biro politik Keadilan yang diketuai Latheefa Koya akan menguruskan kes beliau.

Selain Latheefa, Shuhaimi juga dijangka akan diwakili oleh peguam Amer Hamzah Arshad, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Pada 27 Januari lalu, Shuhaimi dan pegawai khasnya Mohamad Azmin Abdul Karim sekali lagi memberi keterangan kepada polis tetapi ia mengenai kejadian Pusat Khidmat Adun itu disimbah cat merah 7 Januari lepas.

Shuhaimi sebelum ini didakwa menghina Sultan Selangor berhubung isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dalam blognya srimuda.blogspotcom pada 30 Disember lepas.

Polis telah mengambil beberapa peralatan komputer dari Pusat Khidmat Adun Sri Muda di Kota Kemuning pada 14 Januari lalu.

Pada 24 Januari lalu, Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua cabang Keadilan Kota Raja mengesahkan telah menghantar surat memohon menghadap Sultan Selangor bagi memberi penjelasan dan memohon maaf berhubung kenyataan itu menerusi blognya.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan awal bulan lalu berkata, sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-olah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.

Shuhaimi telah pun bagaimanapun menafikan kenyataannya itu bertujuan menghasut rakyat dan menghina Sultan.

Sharpshooter - umno tidak pernah berhenti dari terus menyusun strategi untuk merampas kembali Selangor seperti di Perak. Mengapa YB Shuhaimi yang sering jadi buruan? Mengapa YB Shuhaimi yang sering menjadi sasaran hingga rumahnya disimbah dengan cat?

Selain YB Shuhaimi, YB Amirudin Adun Batu Cave juga tidak terlepas jadi buruan. Mereka berdua adalah sasaran utama umno untuk merampas kembali Selangor. Mengapa mereka berdua? umno ada jawapannya.

Semoga mereka berdua tabah hadapi ujian getir ini. Semoga mereka tidak mengikut jejak bertapak katak-katak sumpahan yang kehausan dan kelaparan.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Rais Yatim vs Sharpshooter isu amah....

Posted: 02 Feb 2011 04:45 AM PST

TERKINI @ 04:35:42 PM 02-02-2011
February 02, 2011

Datuk Seri Dr Rais Yatim.
KUALA LUMPUR, 2 Feb — Mahkamah Tinggi membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia.

Hakim Zabariah Mohd Yusof hari ini membenarkan permohonan ex-parte untuk menghalang Amizudin daripada menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Hakim menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes itu didengar pada 22 Februari.

Dalam permohonannya, Rais berkata perkataan-perkataan yang digunakan dalam artikel blog itu menunjukkan beliau merogol pembantu rumah dan seolah-olah beliau boleh membunuhnya.

Awal bulan lalu, laporan portal berita detik.com menyebut pembantu rumah berkenaan menafikan dakwaan tersebut.

Dalam pernyataan bertulis yang ditandatanganinya, pembantu rumah itu menegaskan tidak pernah terjadi cubaan gangguan seksual oleh majikannya selama beliau bekerja di Malaysia.

"Saya bekerja selama lapan tahun di rumah Datuk (Rais). Selama itu baik-baik saja, tidak pernah ada permasalahan, apalagi terkait perlakuan kasar serta tidak senonoh terhadap saya," katanya dalam kenyataan itu.

Beberapa hari sebelum itu, Rais menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di Internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga mempertikaikan mengapa perkara tersebut ditimbulkan sekarang.

Penafian Rais muncul beberapa minggu selepas dakwaan itu dilaporkan dibawa oleh pendedahan WikiLeaks.

Bagaimanapun tiada dokumen berkaitan diperoleh di laman web WikiLeaks.

Rais memfailkan kes terhadap Amizudin pada 31 Januari lalu dengan mendakwa blogger itu menerbitkan atau menyebabkan penerbitan artikel berunsur fitnah di bawah tajuk "Hei Pak Menteri . . . mana mau lari . . ." pada 28 Disember lalu.

Dalam kenyataan tuntutan, Rais berkata tulisan bersama gambarnya dipaparkan dengan ketara dan mempunyai perkataan-perkataan yang memfitnah beliau.

Malah tulisan blog itu juga menunjukkan beliau seorang individu yang berkuasa mengambil kesempatan ke atas pekerja-pekerja, seorang suami yang tidak setia dan pemimpin tidak bermoral.

Kata beliau, artikel fitnah itu disiarkan tanpa terlebih dahulu mengambil langkah untuk memeriksa fakta dengannya. - The Malaysian Insider

Manakala Mstar pula melaporkan

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini mendapat injunksi daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan seorang penulis membuang makalah berbaur fitnah terhadap beliau daripada laman blognya.

Ketika membenarkan permohonan Rais itu, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan Amizudin Ahmat, atau ejennya, membuang perkataan atau makalah berunsur fitnah dan foto plaintif (Rais) daripada blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Hakim juga membenarkan permohonan Rais untuk menghalang Amizudin atau ejennya daripada terus menyiarkan makalah berbaur fitnah itu atau mana-mana makalah berbaur fitnah lain terhadap beliau dalam blog penulis itu atau mana-mana blog dan medium lain sehingga selesai pendengaran injunksi inter-parte pada 22 Februari ini.

Peguam Azad Bashir daripada Tetuan Shafee & Co mewakili Rais.

Pada 31 Januari, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah berkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu berserta foto Rais pada atau kira-kira pada 28 Disember tahun lepas.

Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata kesemua perkataan dalam makalah berbahasa Melayu itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau.

Rais berkata perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh difahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol dan berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.

Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais berkata perkataan yang berbaur fitnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/ atau pemimpin yang tidak bermoral.

Kata Rais, berikutan penyiaran makalah itu, nama baik beliau secara peribadi dan/atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional dan/atau antarabangsa, daripada segi ketokohan dan kredit, dan telah diseretkan ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian.

Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu, menafikan tuduhan itu bulan lalu selepas nama beliau disebut oleh seorang penulis blog.

Selepas itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah beliau selama lapan tahun dilaporkan sebuah portal berita Indonesia telah menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya. BERNAMA

Sharpshooter - Anda boleh baca artikal yang dimaksudkan oleh Rais Yatim itu di sini.

Sharpshooter pernah menjadi wali hukum yang mewakili negeri Perak, P.Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan, berurusan dengan konsulat Republik Indonesia, yang kerja saya menguruskan kes-kes yang melibatkan pekerja Indonesia di Malaysia.

Jika dipanggil ke mahkamah, saya akan hadir. Kalau takut dipukul badai, usah berumah di tepi pantai, kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan. Sekali melangkah pantang undur.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: