shalehudin |
- Ada ka muka penipu... kahkahkah...
- Gaddafi dah tak boleh lari... haha...
- Tu dia aaiihh... lebih kaya dari Sultan Brunei... padan ngan muka hangpa...
- Rakyat pasti menang...
- Padan muka hangpa... kahkahkah...
| Ada ka muka penipu... kahkahkah... Posted: 27 Feb 2011 02:09 AM PST Rosmah tak mahu lawan, serah pada Allah Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang jarang kelihatan pada kempen pilihan raya kecil, hari ini turun padang di DUN Kerdau. Sambil merayu penduduk setempat memberikan undi pada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, Rosmah mengingatkan pengundi supaya menolak "dakyah" dan "fitnah" Pakatan Rakyat. ![]() "Jangan dengar dakyah pembangkang. Pembangkang ini cuma sedap mengata saja. Alhamdulillah. "Saya tak mahu lawan. Saya serah pada Allah sahaja," katanya dalam majlis ramah mesra di Felda Jengka 25 - antara kubu kuat BN di Kerdau. Beliau bagaimanapun meminta orang ramai menilai sendiri dirinya dan bukan mendengar semata-mata daripada kumpulan tersebut. "Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?" soalnya. Bukan seronok-seronok Berucap kepada kira-kira 200 penduduk setempat, Rosmah yang sering menghadapi pelbagai sindiran pembangkang tampil secara terbuka menjawab dakwaan-dakwaan terhadapnya. Beliau antaranya menafikan mengawal suaminya Datuk Seri Najib Razak dan melakukan pemborosan dalam rawatanya bagi menyampaikan ucap utama dalam persidangan mengenai pendidikan di Arab Saudi baru-baru ini. "Bila masa saya cakap (pada Najib) buat macam itu, buat macam ini. Mahu Datuk Najib nak ikut cakap saya. Saya ini, (contohnya) kalau dia kata duduk, saya duduklah," katanya yang kerap berseloroh dalam ucapannya. Berhubung lawatannya ke Riyadh, Rosmah menjelaskan beliau hadir ke sana kerana diberikan peluang dan pengiktirafan oleh negara luar yang diakwanya jarang diperoleh oleh rakyat Malaysia, apatah lagi seorang wanita. Menurutnya, pemergiannya atas undangan kerajaan Arab Saudi itu mendapat sambutan menggalakkan, antaranya daripada anakanda raja dan permaisuri kerajaan itu sendiri yang mengucapkan terima kasih melalui panggilan telefon dan menjemputnya makan malam bersama. "Saya bukan hendak membesarkan diri, tetapi saya hendak tunjukkan, saya pergi saya bukan untuk seronok-senorok, bukan hendak 'happy happy' (bergembira)," katanya lagi. 'Dia tak kerja, beritahu saya' Justeru, beliau yang mengaku berpeluh-peluh berkempen datang ke kawasan Felda itu bagi membantu kempen Najib merayu penduduk Kerdau terus memberikan undi kepada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad. ![]() "Saya minta 30 minit saja (mengundi Syed Ibrahim). Esok kalau dia menang, ada masalah apa pergilah ketuk pintu rumah dia. "Kalau dia tidak buat apa beritahu saya," katanya berseloroh. Rosmah sebelum itu mengunjungi beberapa rumah di Felda tersebut bagi beramah-mesra dan bertanyakan masalah penduduk setempat. Felda Jengka 25 merupakan antara tiga kawasan Felda di kawasan itu yang dianggap sebagai kubu kuat BN dan menjadi faktor yang menjamin kemenangan mereka selama ini. Dalam pilihan raya kecil DUN itu pada 6 Mac ini, calon BN atau lebih dikenali sebagai Syed Ibra akan ditandingi calon PAS Hassanuddin Salim - seorang bekas kontraktor untuk projek berskala besar. |
| Gaddafi dah tak boleh lari... haha... Posted: 27 Feb 2011 02:02 AM PST Rejim Gaddafi dikenakan sekatan PBB Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara meluluskan perintah sekatan perjalanan dan pembekuan aset terhadap regim Muammar Gaddafi, selain tuduhan terhadapnya kerana jenayah kemanusiaan. Majlis Keselamatan itu juga menuntut agar serangan kerajaan Libya terhadap orang awam dihentikan serta merta. Larangan perjalanan dan pembekuan aset mengikut Resolusi 1970 itu hanya membabitkan presiden berusia 68 tahun itu, tujuh anak lelaki dan anak perempuannya Aisha, anggota keluarga dan pegawai tertinggi perisikan dan pertahanan yang dituduh berperanan menyerang balas orang awam. Terdapat 16 nama dalam senarai sekatan awal selepas disenaraipendekkan daripada 22 nama ketika awal persidangan majlis itu, awal hari ini. Tuduhan jenayah kekejaman itu akan dirujuk kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa apabila majlis mendapati wujudnya serangan yang sistematik dan besar-besaran terhadap orang awam di Libya yang bertentangan dengan hak asasi. Mengikut resolusi itu, semua urus niaga atau penjualan membabitkan senjata ke Libya mesti dihentikan serta merta. Resolusi itu juga mengarahkan Libya menerima kemasukan bantuan kemanusiaan dan pemantauan badan hak asasi bagi melindungi orang asing di negara itu.- AFP |
| Tu dia aaiihh... lebih kaya dari Sultan Brunei... padan ngan muka hangpa... Posted: 26 Feb 2011 08:30 PM PST Clare Rewcastle Brown, adik ipar pada bekas Piem United Kingdom mendakwa KM Sarawak, si Taib Mahmud tu adalah antara orang terkaya di dunia malah melebihi kekayaan Sultan Brunei. Ini bukan kecik anak punya dakwaan nih, SPRM tak boleh dok peluk tubuh lagi dan tengok rakyat Sarawak yang rata ratanya miskin, papa kedana tapi pemimpin mereka kaya meliana. Clare, pengendali laman web Sarawak Report dan stesen radio bebas – Radio Free Sarawak, berkata demikian dalam artikel yang diterbitkan London Evening Standard pada 22 Februari lalu. Siasatannya mendapati sebahagian harta kekayaan Taib terdapat di London melibatkan perusahaan hotel di tengah-tengah bandar ini. Mengikut artikel itu, beliau turut membongkar harta kekayaan Taib melibatkan Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang diperoleh hasil penjualan kawasan hutan di Sarawak melalui British Virgin Islands. Dipetik artikel sama, Clare dilapor berkata, Sarawak yang dikelilingi 95 peratus hutan hujan dengan aktiviti pembalakan dan dipenuhi ladang kelapa sawit, sebenarnya mengkayakan Taib selama 30 tahun berkuasa di negeri itu. Kira-kira 2.5 juta penduduk Sarawak selama ini ditindas Taib. Rakyat inginkan perubahan dalam pilihan raya akan datang, tetapi akibat amalan rasuah menjadikan beliau semakin kaya. Mengikut artikel itu, Clare dan rakannya, Peter John Jaban, seorang Dayak Sarawak mengendalikan siaran Radio Free Sarawak walaupun bimbang akan keselamatan mereka selepas Sarawak Report menerima ancaman bunuh. Apatah lagi, artikel berkenaan turut menyatakan, seorang bekas pekerja Taib yang didakwa mendedahkan maklumat, dijumpai mati Oktober lalu dan kes itu masih dalam siasatan polis.- RM |
| Posted: 26 Feb 2011 07:42 PM PST Bahrain tunduk desakan awam, rombak Kabinet MANAMA: Bahrain merombak Kabinetnya dalam cubaan terbaru kerajaan meredakan kemarahan rakyat - kebanyakannya pengikut Syiah- yang mengadakan bantahan sejak pertengahan bulan ini. Sumber kerajaan berkata, antara yang disingkirkan adalah Menteri Perumahan dan Menteri Kesihatan. Bagaimanapun, sumber itu berkata, sehingga petang semalam surat pengesahan belum dikeluarkan. "Saya menghubungi menteri terbabit malam tadi (malam kelmarin) dan dia memberitahu akan digantikan," katanya. Bahrain berdepan ketegangan terburuk sejak 1990-an apabila tujuh orang terbunuh dalam protes antikerajaan. Kebanyakan rakyat negara itu bosan menjadi mangsa diskriminasi kerajaan yang menjadi sahabat kepada AS dan Arab Saudi. Ribuan penunjuk perasaan masih menduduki Dataran Permata di tengah Manama menuntut Kabinet meletak jawatan dan perlembagaan baru dirangka. Ketika ini, Kabinet dilantik raja dan dua pertiga anggotanya terdiri daripada kalangan bangsawan. - Reuters |
| Padan muka hangpa... kahkahkah... Posted: 26 Feb 2011 07:00 PM PST Kahkahkah... inilah berita yang paling dinanti nantikan oleh seluruh Malaysia.... kekuatan pertahanan negara dalam menghadapi ancaman dari rakyat sendiri... Padan la ngan puak puak Hindraf ni pun, silap la kalau nak tunjuk hero kat Malaysia... sori laa.. pertahanan negara kita masih kukuh dan kemas. Belum apa apa lagi, kita dah siap ambil tindakan... tangkap, tangkap, tangkap... kahkahkah... Pemimpin Parti Hak Asasi, P Uthayakumar telah ditangkap polis manakala sekatan jalan diadakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan perarakan membantah tindakan dan pentadbiran 'rasis' oleh Umno di negara ini menemui kegagalan. Mengikut kata adiknya, Uthayakumar telah digari dan dibawa ke dalam sebuah van putih, dan difahamkan dia dibawa ke ibu pejabat daerah polis Pudu untuk disoal-siasat. Sementara itu, jalan-jalan utam ke pusat bandaraya Kuala Lumpur sejak malam semalam telah dipantau dengan beberapa sekatan di lokasi-lokasi strategik bagi mematahkan demonstarsi yang dirancangkan itu. Antara tempat yang dilaporkan itu termasuk di Jalan Ampang, Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak dan alan Duta–Lebuhraya Sungai Buluh.- Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan