Ahad, 20 Februari 2011

shalehudin

shalehudin


Selamat jalan Umno... kahkahkah...

Posted: 20 Feb 2011 03:00 PM PST

PAS Mesti Segera Merngantikan Umno!

Oleh: WFAUZDIN NS
ISLAM mengajar kita agar kasih dan cinta kepada bangsa, suku atau kaum kita sendiri kerana kejadian manusia berbagai bangsa dan kaum ini dicipta Allah untuk saling kenal mengenal dan kasih mengasihi.

Apabila Allah mengajar tentang sifat kasih mengasihi sesama manusia walaupun terdiri dari berbilang bangsa, ini bererti sesuatu bangsa atau kaum tidak boleh menzalimi atau tidak berlaku adil kepada bangsa dan kaum yang lain.

Kasih keterlaluan terhadap bangsa sendiri sehinggakan tidak berlaku adil kepada kaum yang lain apatah lagi kasihnya kepada bangsa melebihi kasih dan taat kepada agama itu sesuatu yang dilarang oleh Allah dan itulah sifat Assobiyyah yang sesat.

Umno sebuah parti yang terang dan nyata sekular kerana Umno adalah parti kebangsaan yang sering menonjolkan ketuanan Melayu semata-mata sehinggakan bangsa lain merasa seperti tidak mendapat keadilan. Sekularnya Umno adalah kerana memisahkan agama dengan politik dan dasarnya yang tidak menjurus ke arah menegakkan hukum Islam bahkan komited menentang perjuangan Islam. Islam di dalam Umno umpama wanita menampalkan gincu dibibir.

Umno berjuang kununnya untuk menyelamatkan Melayu, dan perjuangan itu tidak salah di sisi Islam, namun harus diingat Melayu tidak akan selamat jika terus memperjuangkan ketuanan Melayu tanpa memperkasakan Islam. Hanya Islam yang mampu menyelamatkan semua bangsa kerana kepimpinan Islam menekankan amanah, bukan bersifat menindas antara satu sama lain. Tuan Guru Hj Hadi menyebut, "Kita kena yakin kalau Melayu nak selamat maka Melayu hendaklah tegakkan Islam. Kalau tegakkan Melayu, Melayu tak akan selamat kerana Islam memang dipelihara oleh Allah SWT," (Harakahdaily).

Sejarah lampau boleh dijadikan bukti bahawa selama lebih kurang 50 tahun Umno berkuasa di negara ini, di mana letaknya kehebatan orang-orang Melayu? Apakah Melayu di negara ini menguasai ekonomi? Di dalam senarai 10 terkaya di negara ini, berapa orangkah Melayu di situ? Ini bukti jelas betapa Umno gagal menyelamatkan orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu di negara ini seperti merempat di negara sendiri. Masalah kemiskinan, pendidikan dan masalah sosial di negara ini dijuarai oleh kaum Melayu.

Usah bicara tentang Islam kerana Umno tidak menunjukkan minat untuk menegakkan hukum Islam di negara ini. Umno gagal membela Melayu dan lebih gagal lagi parti sekular ini di dalam mendaulatkan Islam. Umno kehilangan Melayu dan Islam. Ini adalah kerana Umno hanya mementingkan Melayu sehingga mengenepikan Islam.

Justeru itu, kita tiada pilihan selain dari memilih PAS yang meletakkan Islam jauh lebih tinggi darjatnya dari Melayu. Kesimpulannya, jika kita sayang kepada Melayu, kita mestilah terlebih dahulu mematuhi ajaran Islam. Melayu hanya boleh selamat dengan Islam bukan dengan Umno. /wfauzdin.blogspot.com

Suspen betoi la MB Selangor nih... kahkahkah...

Posted: 20 Feb 2011 04:00 AM PST

MB Selangor, Khalid Ibrahim dah sahkan akan buat rombakan Kabinet negeri tapi tak bagitau bila dan macamana rombakan akan dibuat. Dia juga akui beliau telah mengadakan pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan DUN berhubung perkara tersebut bulan lalu dengan bertujuan nak mantapkan pentadbiran kerajaan negeri.

MB Selangor kabarnya berhadapan dengan tekanan agar menggugurkan pemimpin kontroversial DAP Ronnie Liu daripada jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri. Ramai sangat yang tak gembira dengan cara beliau mengendalikan portfolio perumahan dan kerajaan tempatan, termasuk pengumuman dan kenyataan didakwa memperlekehkan dasar-dasar kerajaan negeri.

Ini kali pertama Khalid membayangkan rombakan barisan Exco Kerajaan Negeri... haha...

Mati terguling...

Posted: 20 Feb 2011 03:10 AM PST

Mantan Presiden Digulingkan Tunisia, Ben Ali Meninggal Dunia

Setelah berada dalam keadaan kritikal, mantan Presiden Tunisia yang digulingkan Zine El Abidine Ben Ali menghembuskan nafas terakhir. Akhbar Mesir Al-Wafd, Sabtu melaporkan, seperti juga dikutip sebahagian media massa Arab.

Berita IRNA juga mengutip laporan Televisyen Perancis 2 melaporkan, Ben Ali meninggal dunia setelah koma dua hari. Sebelumnya, seorang kerabat mantan presiden Tunisia, Zine Al-Abidine Ben Ali, mengatakan, mantan diktator tersebut ketika ini dalam keadaan koma diserang stroke.

Kerabat Ben Ali berkata kepada Reuters, Ben Ali sudah dalam keadaan koma selama dua hari. Ketika ini Ben Ali dirawat di sebuah hospital di Jeddah. Ia terkena stroke otak dan keadaannya sangat kritikal.

Jurucakap Pemerintah Tunisia, Tayib Bakush juga mengatakan, "Keadaan fizikal Ben Ali dibahas oleh kabinet Tunisia semalam (18/2)."

Sumber :Republika

Tabik pada yang berani...

Posted: 20 Feb 2011 02:01 AM PST

Kalau dulu medan Tahrir Mesir, kini Pearl Square, Bahrain... dipenuhi anak anak muda yang berani memimpin perasaan, yang kedepan memimpin bangsa... sementara menanti dialog yang dicanangkan oleh pemerintah beraja negara itu berlangsung...

Malunya jadi bangsa Umno... kahkahkah...

Posted: 20 Feb 2011 01:26 AM PST

Siapa akan tinggalkan negara

Mohd Sabri Said
PERMATANG PAUH, 20 Feb: Siapa yang akan lari meninggalkan negara selepas pilhan raya umum nanti jika Barisan Nasional (BN) tumpas buat pertama kalinya dalam sejarah, kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambahnya, terlalu banyak penyelewengan, skandal pembunuhan dan mengaut kekayaan kroni menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak senang duduk di negara ini.

Secara sinis, katanya atau Pakatan Rakyat yang memerintah ketika itu akan menghantarnya sebagai Duta Besar ke Mongolia.

"Najib tuduh saya akan lari jika kalah kali ini. Saya nak bagi tahu dia, siapa sebenarnya yang berbuat demikian semua rakyat akan tengok dan tunggu.

"Jika saya nak lari, saya sudah bertindak begitu tahun 1998 lagi apabila saya dipecat dan dituduh dengan berbagai cara. Saya takut Najib yang akan bergegas langkah keluar macam pemimpin Tunisia," tegasnya.

Anwar ketika berceramah di Padang Awam, Seberang Jaya malam tadi menyifatkan penolakan Najib untuk berdebat jelas kerana bimbang masalah negara boleh menyebabkannya tidak lagi diterima sebagai pemimpin.

Jelasnya, tiga persoalan maut akan dibangkitkan seandainya Najib enggan berdebat soal negara tetapi lebih kepada peribadi iaitu kesudahan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, komisyen RM500 juta pembeliaan kapal selam dan apa yang berlaku di bilik hotel pada tahun 1997.

Menurut Anwar, beliau tidak berminat berdebat soal peribadi takut Najib dipermainkan oleh rakyat sebaliknya ingin menyentuh berkaitan Buku Jingga atau soal ekonomi yang Najib sendiri mendakwa jika Pakatan Rakyat melaksanakan tawaran dalam buku itu negara akan bankrap.

Katanya, Najib gusar kerana jika Buku Jingga dijadikan pedoman tidak mustahil Malaysia menuju kegemilangan semula bukannya bankap atau musnah.

Tambahnya, sebaliknya masa depan rakyat terjamin sebab 100 hari pemerintahan Pakatan memberi seribu kebaikan seperti penghapusan tol, penurunan harga minyak dan seumpamanya.

"Saya tidak mahu berdebat soal peribadi tetapi soal ekonomi dan Buku Jingga. Tetapi jika Najib enggan dan mahu menumpukan soal peribadi, saya sanggup untuk tiga soalan saja. Saya pasti Najib demam," jelasnya yang juga Ahli parlimen Permatang Pauh.

Hadir sama dalam ceramah anjuran PKR Cabang Permatang Pauh itu ialah Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman, Adun Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin, Adun Batu Maung, Abdul Malik Kasim dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Bom buatan sendiri

Posted: 20 Feb 2011 12:06 AM PST

SKUAD bom Thai memeriksa kesan serangan bom buatan sendiri yang disembunyikan dalam sebuah kereta disyaki diletakkan oleh kumpulan pemisah di pusat bandar Narathiwat, Thailand pada malam Sabtu. - Foto AFP/MADAREE TOHLALA

Libya guna penembak curi...

Posted: 20 Feb 2011 12:00 AM PST

Pergolakan Libya makin buruk, terbunuh cecah 100 orang

TRIPOLI, 20 Feb — Hampir 15 lagi penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Libya di Benghazi, sebelah timur negara itu semalam — pergolakan paling buruk dalam 42 tahun kepimpinan Muammar Gaddafi.

Penembak hendap melepaskan tembakan ke atas penunjuk-penunjuk perasaan, kata penduduk tempatan yang tidak mahu namanya didedahkan.

"Berdozen terbunuh... bukan 15, tetapi berdozen. Kami di tengah pembunuhan beramai-ramai di sini," katanya dipetik Reuters.

Sebelum semalam, badan pemerhati Human Rights Watch menganggarkan 84 orang telah terbunuh ekoran tunjuk perasaan rakyat di negara itu.

Kerajaan haram.... yang cari duit haram... haha...

Posted: 19 Feb 2011 08:59 PM PST

SAMAN EKOR: KERAJAAN CARI DUIT HARAM DARI RAKYAT

Saya sekadar ingin beritahu bahawa saya mempunyai perasaan untuk malas memiliki kereta tetapi ia adalah keperluan saya dan keluarga. Kenapa? Sebab saman ekor.

Adakah patut, kereta saya WPC9930 telah disaman ekor di Gombak-Selayang pada November 2008 sedangkan kereta tersebut telahpun saya hantar ke Sabah pada September 2008. Bermakna kereta tersebut berada di Sabah dan bukannya di Semenanjung.

Memandangkan pemilik saman yang tidak membayar saman akan disenaraihitamkan selepas 28 Februari ini, maka saya telah membayar saman-saman saya pada 16 Januari 2011 yang lalu. Tetapi saman yang satu ini saya tidak bayar dan saya telah merujuknya di Cawangan Trafik di Kuala Kubu Bharu.

Saya kemukakan bukti bahawa kereta tersebut telahpun dihantar ke Sabah dan kerani tersebut mengarahkan supaya saya merujuk perkara tersebut ke Ibu Pejabat Cawangan Trafik di Selayang.

Saya ke Selayang pada 18 Januari 2011 dan mengemukakan semua bukti dan saya meminta supaya saman tersebut dibatalkan sahaja. Mereka kata tidak boleh. Mereka mesti melihat gambarnya dahulu.

Saya menunggu lebih kurang 10 minit dan kerani di kaunter meminta saya menunggu selama 2 minggu kerana saman tembak tersebut dilakukan oleh Pejabat Bukit Aman. Katanya mereka akan menghubungi saya melalui nombor telefon bimbit saya dan saya juga boleh merujuk keputusan di Cawangan Trafik Kuala Kubu Bharu.

Sehingga kini, sudah sebulan saya menunggu, saya tidak ke Cawangan Trafik Kuala Kubu sebab saya boleh menyemaknya melalui internet. Sehingga kini saman tersebut masih ada dan belum dibatalkan. Apakah sebabnya? Saya boleh mengagak sebabnya tetapi saya tak mau cakap.

Sebentar tadi saya telah menyemaknya buat kesekian kalinya, masih belum dibatalkan dan sudah bertambah satu lagi saman. Kali ini di Kuala Lipis. Mungkin saman ini betul dan mungkin tidak. Saya menjadi ragu kerana kes yang pertama tadi.

Saya mula mengaitkannya dengan dakwaan pihak tertentu bahawa ada APCO (Yahudi) di Bukit Aman. Mungkinkah ini adalah salah satu hasil dari nasihatnya?

Atau sememangnya kerajaan dah tak ada duit, lalu mencari duit haram dari rakyat. Atau, adakah orang lain menggunakan nombor pendaftaran kereta saya. Kalau ya, di mana buktinya.

Namun, melalui bukti dokumen penghantaran kereta ke Kota Kinabalu yang saya berikan, tentulah kereta yang disaman itu sepatutnya bukan saya punya dan mesti dibatalkan. Terlalu banyak kemungkinan. Saya tidak tahu.

Apapun, mereka yang melakukannya mungkin boleh dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dalam tugas. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sekarang dah menghampiri 28 Februari dan sekiranya saya tak bayar, mungkin saya akan disenaraihitamkan. Lesen memandu tidak boleh diperbaharui. Sedangkan saya perlu memandu. Cukai jalan juga tidak akan diperbaharui sedangkan kereta itu perlu bergerak.

Kalau saya bayar, bermakna saya bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan keji ini.

Saya benar-benar kecewa.

Yunus Sauman Sabin,
Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Mati ditetak...

Posted: 19 Feb 2011 08:17 PM PST

Seorang penyelia kilang, M. Paraguna, mati ditetak tiga lelaki bertopeng ketika mahu menikmati sarapan di sebuah restoran di Jalan R2/2, Sungai Dua, Rawang pada pukul 6.15 pagi. 18 Feb. 2011.- UM

Mesti sakit nih...

Posted: 19 Feb 2011 08:04 PM PST

PELUMBA basikal negara, Azizulhasni Awang mengalami kecederaan kaki selepas terjatuh dalam acara final Keirin Lelaki pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Piala Dunia di Manchester, hari ini. - Foto AP

Nak berdialog apa kalau pistol ditangan... kahkahkah...

Posted: 19 Feb 2011 04:52 PM PST

Rakyat digesa bertenang

SEORANG penunjuk perasaan yang cedera selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan diusung rakan lain untuk dibawa ke hospital di Manama, semalam.

MANAMA: Putera Mahkota Bahrain berikrar akan mengadakan dialog kebangsaan selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di ibu negara itu dengan 55 orang dilaporkan cedera.

Putera Mahkota, Sheikh Salman bin Hamad al-Khalifa berjanji mengadakan sesi dialog kebangsaan sebaik keadaan di negara itu kembali tenang. Raja Hamad juga mengumumkan beliau melantik warisnya itu untuk memulakan perbincangan.

Putera Salman yang muncul di kaca televisyen turut menyampaikan takziah kepada rakyat Bahrain terhadap 'detik-detik sukar yang dilalui sekarang.'

"Saya ingin menyampaikan mesej kepada rakyat Bahrain supaya bertenang.

Golongan muda kita berhimpun di jalanan dan percaya mereka tidak mempunyai masa depan di negara ini. Namun, negara ini milik anda semua, rakyat Sunnah dan Syiah," ujarnya.

Beliau turut menggesa semua pihak sama ada anggota tentera, polis dan orang awam supaya mengawal diri dan menjunjung nilai etika.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pula mengecam tindakan keganasan ke atas penunjuk perasaan di Bahrain yang disuarakannya dalam perbualan melalui telefon dengan pemimpin negara itu yang menjadi sekutu utama AS di Teluk.

Obama berkata: "Kestabilan di Bahrain bergantung kepada rasa hormat terhadap hak rakyatnya dan proses reformasi yang memenuhi aspirasi semua rakyat," lapor kenyataan dikeluarkan Rumah Putih, semalam.

Pasukan keselamatan Bahrain, semalam melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang berhimpun untuk menuju ke Dataran Pearl.

Saksi memberitahu, tembakan dilepaskan ke arah orang ramai berhampiran Hospital Salmaniya, kira-kira dua kilometer ke arah selatan bandar raya ini.

"Secara keseluruhannya, 55 orang cedera termasuk empat dalam keadaan kritikal. Mereka dikejarkan ke Hospital Salmaniya," kata anggota Parlimen parti pembangkang berfahaman Syiah, Abdel Jalil Khalil Ibrahim.

Sementara itu, parti pembangkang utama Syiah menolak sidang dialog yang diusulkan pemerintah.

"Tiada sesiapa yang akan berdialog dengan pemerintah sekiranya pihak tentera masih membunuh orang awam," kata anggota parti Wefaq yang meletakkan jawatan di Parlimen, Ibrahim Mattar. - AFP/Reuters

Libya makin buruk

Posted: 19 Feb 2011 04:38 PM PST

Pergolakan Libya makin buruk, terbunuh cecah 100 orang

TRIPOLI, 20 Feb — Hampir 15 lagi penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Libya di Benghazi, sebelah timur negara itu semalam — pergolakan paling buruk dalam 42 tahun kepimpinan Muammar Gaddafi.

Penembak hendap melepaskan tembakan ke atas penunjuk-penunjuk perasaan, kata penduduk tempatan yang tidak mahu namanya didedahkan.

"Berdozen terbunuh... bukan 15, tetapi berdozen. Kami di tengah pembunuhan beramai-ramai di sini," katanya dipetik Reuters.

Sebelum semalam, badan pemerhati Human Rights Watch menganggarkan 84 orang telah terbunuh ekoran tunjuk perasaan rakyat di negara itu.- MI

Tiada ulasan: