shalehudin |
- Kalah melawan tak pa dari menang cara pondan... kahkahkah...
- Mesir ~ Malaysia dari mata Tukar Tiub... kahkahkah...
- Sekodeng Mesir selepas Demo...
- MUBARAK lari mai Malaysia... kahkahkah...
| Kalah melawan tak pa dari menang cara pondan... kahkahkah... Posted: 13 Feb 2011 10:43 AM PST Merlimau: PAS umum calon 24 Feb PAS akan mengumumkan nama calon yang mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Melaka kawasan Merlimau, pada 24 Februari ini. Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pengumuman itu akan dibuat sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Tapak Pasar Merlimau. "Antara kriteria yang menjadi pilihan PAS ialah orang tempatan, diterima ramai dan sedia berkhidmat untuk rakyat. Lelaki atau perempuan tidak menjadi masalah," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat di ibunegara hari ini. Tuan Ibrahim yakin bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau, peratusan kejayaan bagi PAS berkemungkinan lebih tinggi berdasarkan penduduk di kawasan itu yang lebih bermaklumat. Selain itu, hampir semua peti undi di sana seimbang dari segi peratusan kaum, termasuk juga peti undi pos," katanya dan menambah DUN Merlimau boleh disifatkan sebagai medan terbuka bagi setiap parti yang bertanding. Beliau tidak menolak kemungkinan kemenangan di DUN itu agak sukar, namun berkata setiap jentera PAS akan berjuang habis-habisan, sekurang-kurangnya untuk menambah jumlah undi kepada calonnya. "Setakat ini, jawatankuasa PAS setiap negeri telah memutuskan untuk menghantar sekurang-kurangnya 100 orang, ini tidak termasuk daripada Pemuda dan Muslimat PAS, ke Merlimau untuk membantu berkempen," kata beliau. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Februari dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 6 Mac. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, daripada Barisan Nasional pada 20 Januari lepas.- Bernama |
| Mesir ~ Malaysia dari mata Tukar Tiub... kahkahkah... Posted: 13 Feb 2011 06:07 AM PST MESIR ADA FIRST LADY - MALAYSIA ADA FAT LADY DUA DUA ADA MIMPI SERAM nota: mubarak ada mimpi seram najib ada mimpi seram mubarak lari ke tepi laut najib lari dari tepi laut NAJIB: MALAYSIA TAK BOLEH DISAMAKAN DENGAN MESIR – mkini Dengan ribuan rakyat Malaysia mencurahkan ucapan tahniah kepada rakyat Mesir atas kejayaan 'membebaskan' negara mereka, Najib Razak memilih untuk mengasingkan persamaan di antara kedua-dua negara berkenaan. "Pertama, kita tidak boleh samakan apa yang berlaku di Mesir dengan Malaysia kerana perkara adalah berbeza di kedua-dua negara," katanya apabila ditanya apakah iktibar yang boleh diambil oleh BN dan Umno daripada pengalaman di negara Asia Barat itu. Menurut Najib, dasar BN 'Rakyat didahulukan' itu adalah perbezaan utama antara Malaysia dengan pentadbiran rejim bekas presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun. "Kita dari awal telah menyedari rakyat mesti didahulukan. Jadi apapun dasar dan program yang dilakukan mesti meletakkan prinsip iaitu mesti mendahulukan rakyat. "Saya percaya jika kita berbuat demikian, rakyat bersama-sama dengan kerajaan dalam erti kata bukan semua masalah boleh diselesaikan sekelip mata, rakyat pun faham tetapi asalkan kita, mendahulukan kepentingan rakyat dan memahami jangkaan rakyat," katanya. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit… NAMPAK NAK MENIPU ORANG MELAYU…. kah kah kah. kah kah kah… INGAT MACAM MANA BACA MEDIA GEROMBOLAN…kah kah kah… kah kah kah… KALAU KATA TAK ADA ERTINYA ADA…. kah kah kah.. kah kah kah… KALAU DI NAFIKAN BERLAKU..ERTINYA BERLAKU…kah kah kah.. kah kah kah… KALAU MESIR DAN MALAYSIA TAK SAMA… ERTINYA SAMA… kah kah kah…. INI BUKTINYA: - mesir telah 30 tahun di bawah undang undang darurat - malaysia semenjak 1948, 1969, 1974 – dibawah tiga undang undang darurat - mesir boleh penjara warga tanpa bicara - malaysia boleh penjara warga tanpa bicara - mesir banyak tahanan politik - malaysia banyak tahanan politik - media mesir wajib ada lesen cetak - media malaysia wajib ada lesen cetak - mesir tangkap warga tuduh penganas islam untuk bodek amerika - malaysia tangkap warga tuduh pengganas islam untuk bodek amerika - mesir semua perniagaan perlu rasuah - malaysia semua perniagaan perlu rasuah - polis mesir kaki pau - polis malaysia kaki pau - mubarak beli senjata untuk buat duit - najib beli senjata untuk buat duit - pilihan raya di mesir tipu - pilihanyara di malaysia tipu - mubarak guna islam untuk kontrol rakyat - najib guna isklam untuk kontrol rakyat - mesir runtuh gereja - malaysia runtuh surau masjid dan kuil - mesir ada firaun - malaysia ada mahafiraun - mesir ada first lady - malaysia ada fat lady - first lady mesir gila kumpul harta - fat lady malaysia gila kumpul harta - first lady mesir gila publisii - fat lady malaysia gila publisiti AKHIR NYA: di malaysia ada UMNO – united malay national organisation di mesir ada UMNO – united mesiran national organisation kah kah kah |
| Sekodeng Mesir selepas Demo... Posted: 13 Feb 2011 03:40 AM PST Pernyataan perletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak diikuti dengan sikap positif dengan situasi keamanan di Kaherah, Mesir. Ratusan ribu demonstran yang sebelumnya tertumpu di Lapangan Tahrir mulai membubarkan diri. Pihak tentera tempatan pun mulai membongkar barikade penghadang yang selama ini digunakan memisahkan rakyat pro-pemerintah dan anti-pemerintah. Seperti disiarkan dari Saturday Nation, Sabtu( 12/2/2011), kereta-kereta kebal yang diletakkan di parkir di sekitar Lapangan Tahrir juga mulai ditarik kembali ke tempatnya. Sejumlah warga orang kelihatan membantu tentera membongkar penghadang dari kawat duri, besi, dan serta mengangkat kereta-kereta yang terbakar waktu terjadi pembberontakan antara massa pro-pemerintah dan anti-pemerintah. Sebagian dari para demonstran memutuskan tetap bertahan di Lapangan Tahrir. Mereka mengingatkan rakan-rakannya bahwa jatuhnya pemerintahan Mubarak hanya satu dari tuntutan mereka dan masih banyak tugas lain yang harus diselesaikan. "Sampai majlis rakyat bubar, sampai pemerintahan darurat dihilangkan, sampai kami memiliki pemerintahan sivil, rakyat di Lapangan Tahrir akan tetap berdemo," seru Desouky, salah satu pemimpin demonstran. "Kami mungkin tidak menetap lagi di lapangan ini, tapi jika permintaan ini tidak dipenuhi, kami akan kembali," tegasnya. Dan tak lupa juga Al-fatihah pada yang telah pergi. |
| MUBARAK lari mai Malaysia... kahkahkah... Posted: 12 Feb 2011 07:12 PM PST Ini bukan gambaq Hosni Mubarak tapi hero yang berani berkata benar... kahkahkah... Sapa sapa yang berani diMalaysia ni selalunya akan jatuh cepat... kahkahkah... Dia ni berani pasai hentam Isa Samad... kahkahkah... Dia ni berani pasai hentam orang politik ni tak boleh pakai... kahkahkah... Mati mati aku ingat Hosni Mubarak yang hentam si Zainal ni tadi, pasai kepala depa sama, cara berfikir pun sama... malah kesan dari pemikiran depa pun sama, mengkayakan anak pinak depa saja... kahkahkah... ********************************* Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Malaysia menyelar kenyataan ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd Yusuf (gambar) supaya ahli politik tidak mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Pemangku Presidennya, Datuk Sri Abdul Aziz Rahman menyatakan bahawa kenyataan tersebut dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap ahli-ahli politik. "Ini seolah-olah ahli-ahli politik langsung tiada yang berkelayakan sedangkan pada hakikatnya ramai di antara mereka yang berwibawa telah dilantik sebagai duta, pesuruhjaya tinggi dan pengerusi GLC," katanya. Beliau mengulas berkaitan laporan Dr. Zainal Aznam dipetik sebagai berkata pada satu forum anjuran badan pemikir, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), bahawa pembaharuan sebenar hanya boleh dicapai jika ada pengharaman menyeluruh pelantikan ahli politik mengetuai GLC. "Telah terbukti ramai ahli-ahli politik berjaya dalam melaksanakan tugas-tugas masing-masing sedangkan yang menjadi pengerusi GLC di kalangan mereka yang di dewa oleh Datuk dr. Zainal Aznam ada yang gagal," katanya. Jelasnya, Mubarak merasa hairan kenapa ahli politik di 'single-out' oleh Dr. Zainal Aznam. "Ini kerana ramai ahli-ahli politik yang terdiri daripada ahli-ahli korporat seperti pengarah urusan, pemasaran, pengamal undang-undang dan lain-lain lagi yang berkelayakan untuk dilantik menganggotai badan-bandan GLC kerajaan." Selaras dengan itu, Mubarak menasihatkan Dr. Zainal Aznam jangan ada niat untuk memperlekehkan ahli-ahli politik yang telah banyak berjasa pada kerajaan dan negara.– Media UMNO |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan