Sabtu, 12 Februari 2011

shalehudin

shalehudin


Selamat datang kuasa rakyat... haha...

Posted: 12 Feb 2011 08:16 AM PST

Kebangkitan kuasa rakyat di Mesir menggamatkan politik dunia. Inilah gabungan kuasa rakyat yang terbesar sekali dapat disaksikan dalam sejarah dunia moden. Amerika dan Israel tergamam, diktator diktator dunia jadi tak senang duduk.

Regim regim didunia lain yang asyik dengan kuasa yang dipaksa keatas rakyat merasa gusar, malah mereka tahu bahawa kemenangan rakyat Mesir menumbangkan Presiden Hosni Mubarak bukan bermakna kebangkitan rakyat sudah tamat. Tidak mustahil, roh kebangkitan itu akan menular ke seluruh dunia.

Kejayaan di Mesir bukan dicapai dengan mudah dan selesa kerana mereka berjuang dengan nyawa dan darah. Ribuan rakyat mengalami pelbagai penderitaan dan penyiksaan, ada dipenjarakan serta di ISAkan tanpa bicara. Tidak kurang juga yang syahid sama ada di hujung senjata atau di tali gantung.

Kebangkitan kuasa rakyat ini memberi isyarat cukup jelas kepada semua diktaktor yang masih berkuasa di serata dunia, kuasa yang ada dan diambil secara paksa dari rakyat kian terhakis dan tunggu masa dan ketika saja untuk terlucut dengan penuh aib. Bukan mustahil walaupun dalam serba kekurangan, kuasa pemimpin yang zalim, menindas, rasuah, skandal, terlibat dengan pelbagai penipuan dan penyelewengan dapat ditumbangkan.- http://shalehudin.blogspot.com/

Laaa... pilihanraya lagi ka... Al-Fatihah

Posted: 12 Feb 2011 05:20 AM PST

Adun Kerdau Meninggal

Berita tv sekejap tadi melaporkan Adun Kerdau, Zaharuddin Abu Kassim telah meninggal dunia petang ini. Beliau dikatakan terjatuh ketika di bilik air. Zaharuddin baru-baru telah dimasukkan ke hospital dan pernah dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Bagaimana pun dilaporkan sihat dan mendirikan rumah tangga beberapa bulan selepas itu. Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu beliau mengalahkan calon Pas,

Hassanudin Salim dengan majoriti 1,615. Al Fatihah.

Apa hal pulak ngan mamat nih... kahkahkah...

Posted: 12 Feb 2011 04:45 AM PST

Seluruh dunia dah tumpang merayakan kemenangan rakyat di Mesir 'membebaskan' negara mereka, Piem Umno Najib Razak memilih untuk mengasingkan persamaan di antara kedua-dua negara berkenaan.

"Pertama, kita tidak boleh samakan apa yang berlaku di Mesir dengan Malaysia kerana perkara adalah berbeza di kedua-dua negara," katanya apabila ditanya apakah iktibar yang boleh diambil oleh BN dan Umno daripada pengalaman di negara Asia Barat itu.

Kahkahkah... dah terasa panas ke? Kahkahkah...

Eh... apasal pulak nih... kahkahkah...

Posted: 12 Feb 2011 01:00 AM PST

Baik... baik ada makna tuuh... kahkahkah...

Angkara Mesir -Raja Bahrain Memberi US3000 Setiap Keluarga


Raja Bahrain, Raja Hamad bin Issa al-Khalifa telah memerintahkan setiap keluarga di monarki kecil di Teluk itu diberikan US3,000 sebagai tanda ulang tahun ke-10 dari piagam nasional untuk reformasi, lapor berita BNA.

Pemberian ini kerana aktivis cyber menyeru protes di Bahrain mulai Isnin untuk menuntut reformasi politik, sosial dan ekonomi. Dalam referendum Februari 2001, rakyat Bahrain menyetujui piagam nasional untuk reformasi untuk mempulihkan kembali Parlimen yang dibubarkan pada 1975, dan pada Februari 2002, Bahrain menjadi kerajaan monarki.

Bahrain, dengan penduduknya sekitar 568.000 orang, dianggap termiskin di antara jirannya di Teluk yang kaya dengan minyak dan rezab minyak mentahnya juga hampir mengering.

Sumber :Republika

Agak agak sapa yang tengah berkabung sekarang nih.... haha...

Posted: 12 Feb 2011 12:19 AM PST

Ucapan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari sehingga menumbangkan Presiden Hosni Mubarak mula datang mencurah. Ucapan tahniah ni datang dari seluruh pelusuk dunia termasuklah Malaysia.

Ada yang dah rasa macam nak sambut Maulidurasul sekali dengan rakyat Mesir dah... haha...

Tapi tak dengar pulak suara suara dari pak menteri dan ahli ahli kabinet Najib pun. Najib sendiri sebagai ketua kerajaan Malaysia masih bingung dan tak tau nak ucap tahniah pada sapa agaknya.... kahkahkah... entah entah masih berkabung tak? Atau ada yang masih menghafal peta Malaysia nak lari keluar ikut lubang mana?

Who next... kahkahkah...

Posted: 11 Feb 2011 05:48 PM PST

Beberapa hari sebelum Umat Islam menyambut Maulidur Rasul, para Pejuang Rakyat di Mesir menerima hadiah paling bermakna iaitu Kemenangan Rakyat dalam menolak kuasa pemimpin yang zalim. Alhamdulillah syukur kepada Allah.

Lebih kurang jam 12 tengah malam waktu tempatan (Malaysia), jurucakap Presiden Mesir mengumumkan pengunduran dan perletakan jawatan Hosni Mubarak dan ianya disambut dengan gembira oleh para pejuang Mesir di dataran Tahrir. Perjuangan selama 18 hari akhirnya terbalas dengan 1 sejarah paling manis bagi mereka yang berkenaan dan pastinya akan terpahat dalam lipatan sejarah dunia.

Tiada ulasan: