Selasa, 8 Februari 2011

shalehudin

shalehudin


Dia ni memang sakit hati kat Najib... kahkahkah...

Posted: 08 Feb 2011 07:15 AM PST

Mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott mengecam kemunafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung slogan 1Malaysia dalam sebuah artikel pedas yang diterbitkan di Asia Wall Street Journal, hari ini.

Malott, seorang pengkritik kerajaan sejak menamatkan jawatannya selama tiga tahun sebagai duta besar Amerika pada tahun 1998, berkata Najib perlu "merenung lama di cermin" jika beliau serius mahu melihat matlamat 1Malaysia tercapai.

"Di sebalik slogan baru kerajaan, ketegangan perkauman dan agama hari ini adalah lebih tinggi hari ini berbanding ketika Najib dilantik pada 2009.

"Malah, ia lebih buruk daripada bila-bila masa sejak 1969, ketika sekurang-kurangnya 200 orang dibunuh dalam pergaduhan kaum antara masyarakat majoriti Melayu dan minoriti Cina," kata Malott dalam komentarnya di AWSJ.

Kahkahkah.... padan ngan muka... masa dia ada kat Malaysia hari tu korang tak nak jahitkan sikit mulut dia dengan duit... kahkahkah... errrr...

Pusat Transit Tabung Haji...

Posted: 08 Feb 2011 04:35 AM PST

Pelajar Malaysia yang menginap di Pusat Transit Tabung Haji Madinatul Hujjaj, Jeddah menonton televisyen untuk mengetahui perkembangan terkini keadaan di Mesir. - Foto Effendy Rashid

Kesian kat Isa Samad... kahkahkah...

Posted: 08 Feb 2011 02:50 AM PST

Rupa paras camni punya mancho pun ada berlambak orang tak berkenan. Bentuk badan macam ni punya cute pulak bakal mengudang banyak cemuhan. Kesian kan...

Isa Samad yang dengan gemilangnya membuat comeback dalam politik negara kini telah meresahkan ramai orang. Terbaru pelantikan bekas menteri besar Negri Sembilan itu sebagai pengerusi Felda telah disalahkan kerana menyebabkan pasaran menjadi tidak menentu. Bukan Mahfuz yang kata, depa tu kot la busuk perut kat Isa Samad. Ni yang kata ialah ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah," kata Tengku Zafrul lagi....

Kahkahkahkah....

Memang bengong sungguh sapa yang sokong Umno.... hihi...

Posted: 07 Feb 2011 11:33 PM PST

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini mempersoalkan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM10 juta.

"Angka ini bermakna, secara purata RM70,422 digunakan untuk semeter (jejantas), jumlah yang menuntut penjelaskan sama ada wang awam digunakan... dan mesti diambil tindakan," katanya yang juga naib presiden PKR.

Semalam, ketika perasmian jejantas itu, Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Holdings Sdn Bhd Hashim Wahir dilaporkan berkata, RM10 juta digunakan bagi menyiapkan pembinaan fasa pertama jejantas yang menghubungkan KLCC dengan Hotel Impiana itu.

Jejantas itu, yang dibuka kepada orang ramai pada hari yang sama tertutup dengan lapisan cermin dan dilengkapi sistem penghawa dingin dan eskalator bagi kemudahan orang kurang upaya (OKU).

Kemudahan itu dilaporkan sebahagian daripada projek menghubungkan jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dengan stesen pengangkutan awam bernilai 12 kilometer yang dijangka siap akhir tahun ini.

Projek yang masuk fasa kedua itu, dilaporkan dibiayai Petronas dengan sumbangan RM100 untuk laluan sepanjang enam kilometer manakala bakinya dibiayai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat-syarikat swasta.

Dalam kenyataan hari ini, Nurul Izzah berkata, walaupun gembira dengan kemudahan baru beliau berkata, masih banyak persoalan yang perlu dijawab, terutamanya oleh Menteri wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik (kanan) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.

"Berapa sebenarnya angka pembinaan jejantas itu? Ekoran jejantas itu berhawa dingin, berapa kos pengurusan dan operasi dan apakah kosnya akan sentiasa meninggkan ekoran kenaikan harga elektrik?

"Adakah syarikat berkaitan kerajaan(Petronas, KLCC Holdings Sdn Bhd, DBKL, and Prasarana) terlibat, adakah projek itu dibuat secara tender terbuka yang mana pilihan yang lebih murah dapat dikenalpasti?" soal Nurul Izzah bertubi-tubi.

Beliau bagaimanapun menegaskan mengalu-alukan pembinaan kemudahan asas untuk pejalan kaki di negara ini ekoran kenaikan harga barang dan petrol, selari dengan gesaan "ubah gaya hidup".

"Akhir sekali, perkara ini juga menguatkan alasan supaya jawatan datuk bandar boleh dipilih supaya beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada (hal ehwal) Kuala Lumpur," tambahnya.- M'kini

Taiko pasir Selangor.... kahkahkah...

Posted: 07 Feb 2011 08:15 PM PST

Addehh... sakit perut gue... (sini)

Berapa banyak punya amaran daaa... kahkahkah....

Posted: 07 Feb 2011 06:10 PM PST

Amaran Anwar: Wakil rakyat PKR perlu tingkat prestasi menjelang PRU-13

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

SHAH ALAM, 8 Feb — Di sebalik siri tamparan terbaru ekoran pemimpin keluar parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada wakil rakyat partinya supaya meningkatkan prestasi mereka jika mahu bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Ketua Umum PKR itu mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari Selangor di sini semalam untuk berkongsi perkembangan semasa mengenai kempen mereka menghadapi pilihan raya negeri, krisis di peringkat Sabah dan juga pendekatan memperkuatkan parti itu.

"Kami telah diminta mempertingkatkan langkah ofensif. Kerja-kerja merancang aktiviti akan digodakkan termasuk fokus ke atas pilihan raya negeri Sarawak... usaha-usaha sepadu sedang dijalankan," kata seorang wakil rakyat yang menghadiri pertemuan itu.

Difahamkan Anwar (gambar) memberi amaran hanya pemimpin-pemimpin yang memperlihatkan rekod khidmat baik sahaja akan dipilih semula sebagai calon pilihan raya umum.

Komponen Pakatan Rakyat (PR) ini berhadapan dengan siri wakil rakyat, di kedua-dua peringkat negeri dan Parlimen, keluar parti untuk bertindak sebagai Bebas ataupun menyertai Umno.

Pemimpin terbaru bertindak keluar ialah ketua PKR Sabah Pajudin Nordin dan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan.

November lalu, Datuk Zaid Ibrahim keluar PKR dan kemudian mengepalai parti Kita.

Pada pertemuan semalam, Anwar juga menggariskan keperluan untuk memfokus pilihan raya negeri Sarawak.

Beliau berada di negeri itu selama dua hari hujung minggu lalu untuk menyusun strategi bersama ketuanya Baru Bian, di mana secara kebetulan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga berada di negeri itu untuk mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat dan menghadiri sambutan Tahun Baru Cina peringkat nasional di Miri.

Kedua-dua PR dan Barisan Nasional (BN) bekerja keras untuk memenangi sebanyak kerusi yang boleh pada pilihan raya kecil di Sarawak.

Bagaimanapun PR memberi fokus ke atas kerusi-kerusi majoriti Cina di kawasan bandar selain memperluaskan pengaruhnya di kawasan pedalaman.

"Parti memulakan langkah persiapan ke arah kempen intensif selama dua bulan di Sarawak di bawah kepimpinnan Baru Bian, jadi kami menyusun strategi dan program yang lebih tersusun," katanya.

Difahamkan pemimpin-pemimpin parti akan mengadakan lebih banyak kunjungan ke Sarawak sepanjang dua bulan akan datang untuk memperkukuhkan jentera kempennya.

The Malaysian Insider difahamkan kesemua pemimpin parti akan diberi ruang tugas yang khusus di negeri masing-masing dalam usaha menyusun semula fokus parti.

Tetapi Anwar juga bercakap mengenai keperluan mempertahankan kedudukan PKR di Selangor — negeri paling maju dan kaya yang dimemenangi PKR pada 2008.

"Kami juga membincangkan dengan panjang lebar kepentingan mempertahankan Selangor dan soal menurunkan calon bergantung pada prestasi semasa mereka," kata seorang ahli Parlimen PKR.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang turut menghadiri pertemuan itu mengakui bahawa tindakan keluar parti beberapa pemimpin telah menjejaskan fokus dalam melakukan pembaharuan dasar.

"Pembaharuan dasar yang perlu kami fokus, tindakan keluar parti telah menjejaskan fokus kami. Itu tujuan pertemuan hari ini, untuk menyusun semula strategi dan fokus," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Justeru katanya, langkah penubuhan majlis presiden di Sabah adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelut di negeri itu.

Majlis itu diketuai oleh presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang diumumkan sehari selepas Pajudin keluar parti dan menyetai Umno.

Kubica sedar selepas pembedahan

Posted: 07 Feb 2011 04:56 PM PST

GENOA: Pemandu Formula Satu, Robert Kubica yang dikeluarkan dari wad selepas tidak sedarkan diri semalam, sudah menggerakkan jarinya selepas pembedahan akibat kecederaan parah yang dialami dalam kemalangan kereta rali.

Bagaimanapun, pemandu Poland berusia 26 tahun itu hampir pasti menjalani pembedahan susulan di bahagian siku dan bahunya, kata pasukan Lotus Renault. Kubica menjalani pembedahan selama tujuh jam kelmarin selepas terbabit dalam kemalangan pada kelajuant inggi di utara Itali. Tangan kanannya cedera teruk dan doktor pakar berjaya mengelak daripada organ itu dipotong.

"Pergerakan tangan dan ditambah dengan keadaan kesihatan pesakit adalah menggalakkan," kata Ketua Unit Rawatan Insentif Hospital Barabino, Dr Giorgio Barabino kepada agensi berita ANSA. - AP

Tiada ulasan: