shalehudin |
- Sepakan ke kepala PKR... haha...
- Takut sungguh depa ngan jalanraya... haha...
- Ada orang yang tidur tak lena tengok gambar ni... hihi...
| Sepakan ke kepala PKR... haha... Posted: 05 Feb 2011 07:22 AM PST Sumpah, aku pun tak nampak langsung kebaikan PKR... kahkahkah... PKR Sabah yang sedang dibelenggu masalah menerima satu sepakan kali ni, bukan tamparan lagi. Apa tidaknya, ketua negeri yang tak sampai sebulan dilantik menjadi ketua telah bangun dengan lantang mengatakan tak puas hati dengan kelaku Anwar dan terus keluar parti. Belum sebulan dah tak puas hati... gelojoh sungguh la budak nih, kalau ia pun nak lompat ke lombong emas... tunggu la barang setahun dua, macam si Zul Kulim tuu... hahaha... Berpolitik macam haram.... |
| Takut sungguh depa ngan jalanraya... haha... Posted: 05 Feb 2011 01:56 AM PST Hantu raya memang takut jalanraya, setahun sekali saja dia guna... itu pun pasai nak sangat raya... kahkahkah... Macam besa dengar saja ayat ayat yang Mubarak ni pakai, macam besa tengok saja stail yang Mubarak ni guna dalam mempertahankan 30 tahun kerajaan korupnya. Mungkin bagai badi selepas Tunisia tungging diselungkup kuasa rakyat melalui jalanraya, semua diktator dah anggap jalanraya bagai mimpi ngeri depa dah. Percubaan terakhir beliau mahu mempertahan kuasa, Mubarak telah memberi jaminan untuk berundur dan sebelum itu mahu mengembalikan kestabilan dan keamanan pada negara Mesir. Masaalahnya, kestabilan yang diberi pada rakyat hanyalah kebuluran, kronisma dan mengempiskan lagi poket rakyat rakyat sendiri. Keamanan yang dikecapi oleh rakyat Mesir adalah melalui penyiksaaan tahanan politik, korupsi dan sebagainya. Nampaknya diktator di Mesir maupun di Malaysia sama saja kelaku depa. Depa menjual idea kestabilan dengan harapan rakyat negara memasing terima segala yang dilakukan oleh mereka tanpa banyak soal. Mereka akan menakut nakutkan rakyat supaya tidak menggunakan jalanraya sebagai senjata menjatuhkan mereka. Bila kita protes dan berdemo, tuduhan terhadap kita hanyalah untuk mencetuskan huru hara. Tapi tahu apa yang akan kita nikmati bilamana kita mengikut mereka, kita akan terus menerus ditindas dan dirompak, ditipu dan dijadikan kerbau bajak oleh mereka. Harga barang makin naik, pendapatan kita tidak berubah, pemikiran kita terus dikongkong. |
| Ada orang yang tidur tak lena tengok gambar ni... hihi... Posted: 04 Feb 2011 06:16 PM PST Puluhan ribu penunjuk perasaan anti-Presiden Mesir, Hosni Mubarak bersolat di Dataran Tahrir, Kaherah semalam. Depa kesini bukan nak berlaga ayam tapi bersatu hati menumbangkan rejim Hosni Mubarak yang telah lama mebenamkan kuku besinya ke belakang rakyat Mesir. Puluhan ribu penduduk Mesir ini bersolat di Dataran Tahrir, Kaherah dan berdoa bagi menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur dengan segera. Perhimpunan itu menumpukan usaha ke arah meminta Hosni yang memerintah selama 30 tahun berundur dengan segera. Ayat yang macam pernah dengar... haha... Hosni dibenci oleh para penunjuk perasaan kerana beliau dianggap gagal membawa kemajuan di negaranya ekoran kadar pengangguran yang tinggi, menindas ahli politik pembangkang dan pentadbirannya dianggap melakukan korupsi. - Agensi |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan