Isnin, 7 Februari 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Gambar: Macam Ini Rupanya Rumah Negeri Maju

Posted: 07 Feb 2011 08:35 AM PST

Semua orang sangka negeri maju itu adalah satu pembangunan yang pesat dari segi prasarana dan kemudahan awam. Namun negeri maju di bawah pemerintahan UMNO/BN terutamanya di Melaka yang Ketua Menterinya syok sendiri mengatakan bahawa Melaka Maju 2010.

Hairan dibuatnya dengan mengatakan negeri maju sedangkan rumah seperti itu siap terpapar bendera Malaysia yang membuktikan bahawa rakyat sentiasa menyokong kerajaan tetapi kerajaan tidak pernah menyokong dan mempedulikan rakyat maka beginilah jadinya dengan rumah seperti ini.

Gambar ini bukan di dalam kampung atau nun jauh di pedalaman tetapi berhampiran dengan lebuh AMJ yang menjadi destinasi orang ramai untuk ke Muar, Jasin dan Pusat Bandaraya Melaka. Maka, renunglah wahai rakyat yang masih bermimpi dengan pembangunan di negeri maju ini.

Gambar: Aku Tetap Sokong UMNO/BN Walau Rumah Macam Reban Ayam

Posted: 06 Feb 2011 05:28 PM PST

 Ini rumah orang UMNO/BN

Gambar dari dekat

Gambar ini bukan di negeri Kelantan, Sabah atau pun Pahang dan bukan juga dipedalaman Sarawak. Tetapi gambar ini terletak lokasinya dekat dengan Bandar Merlimau. Merlimau itu di mana ye? Melaka Maju 2010 atau di Kampung Baru? Ini wajah Melaka Maju 2010 untuk DUN MERLIMAU yang bakal diadakan penamaan calon pada 26 Feb 2011 dan pengundian pada 6 Mac 2011. 

Tidak kisah rumah macam reban ayam atau kandang kambing dan yang paling penting adalah menyokong hasrat kerajaan UMNO/BN dengan slogan "Rakyat Didahulukan". Mungkin tuan rumah ini tidak sedar bahawa Melaka telah diisytiharkan "Melaka Maju 2010" tetapi rumah ini bagaikan reban ayam yang tidak melambangkan Melaka Maju 2010.

Adakah tuan rumah ini telah kenyang dengan pemberian RM200-RM500 dari pihak UMNO/BN supaya menyokong parti yang kononnya memperjuangkan melayu ini. Tuan rumah ini boleh diklasifikasikan sebagai murahan kerana harga seekor kambing pun mencecah harga RM350-RM500 seekor setiap kali untuk dikorbankan.

Bukan setakat itu sahaja, harga diri dan maruah mereka yang disogok oleh UMNO/BN ini seperti pelacur murahan. Apa tidaknya dan cuba kita buat perkiraan untuk tempoh 5 tahun pilihanraya. Harga RM200-RM500 telah dibayar kepada pengundi BN untuk pilihan raya tetapi pilihan raya itu tempohnya 5 tahun. Maka untuk setiap tahun pengundi itu dapat sekitar RM40-RM100 setahun.

Begitu murah harga orang melayu khususnya yang mengundi UMNO/BN. Sedangkan harga seekor lembu setiap kali korban adalah RM2000-RM3000 seekor. Lembu kalo UMNO/BN mahu bayar RM200 pun mereka sanggup lari dan sebab itu bila masa raya korban, lembu yang dibeli oleh orang UMNO/BN selalu jadi liar dan sukar untuk disembelih.

Selain itu juga, kalau diikutkan daripada perkiraan tadi bagi pendapatan yang diterima oleh pengundi UMNO/BN dengan berbekalkan RM40-RM100 setahun, ia tidak mencukupi kerana tahun lepas sahaja harga bahan bakar naik 3-4 kali dalam setahun. Cukupkah dengan pemberian oleh UMNO/BN itu? Maka melayu selalu ditipu oleh melayu sendiri kerana mentaliti orang melayu yang menyokong UMNO/BN ini masih buta dan tuli.

Tiada ulasan: