Sabtu, 5 Februari 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Video: Ini Yang RTM Tidak Tunjuk Semasa Demo Mesir

Posted: 05 Feb 2011 03:39 AM PST


Begitu hebat polis menyembur gas. Dulu guna peluru gas pemedih mata tetapi sekarang guna alat yang biasa wanita guna jika diancam oleh orang yang tidak dikenali iaitu dipanggil dengan 'spray'. Mana perginya peluru yang selalu digunakan untuk menyurai peserta demostaran ini?

Punca berlaku apabila polis membuat lorong di jalan raya yang mana lorong tersebut tidak dapat menampung kehadiran orang ramai dalam demo tersebut. Maka ada salah seorang daripada peserta itu telah terlanggar bahu anggota polis dan dengan itu pihak polis dengan agresif membelasah peserta tersebut.

Ramai yang tidak berdosa menjadi mangsa keganasan polis ini termasuk golongan wanita. Polis pantang bersentuhan dengan mereka dan dengan itu mereka telah bertindak dengan aggresif sekali bagaikan dirasuk puaka dewa maya.

Siapa Biadap Polis atau Pendemostran?

Posted: 04 Feb 2011 04:06 PM PST




Polis telah menggunakan kekerasan melampau dalam melakukan tindakan menyuraikan peserta demonstran. Ada yang disembur, dibelasah dan diludah sedangkan semua peserta sudah beredar selepas berjaya menyerahkan memorandum di kedutaan AS.

Polis seakan-akan mahu bermusuh dengan peserta demonstrasi. Jika benar peserta itu merusuh mengapa ia berlaku ketika peserta ingin bersurai. Provokasi ini berlaku apabila barisan paling belakang telah diprovokasi oleh pihak polis.

Ada yang cuba mempertahankan diri turut disumbat dalam trak polis atas sebab bertindak ganas terhadap polis termasuklah seorang peguam hampir ditangkap kerana mempertahankan anak guamnya yang ditangkap polis tanpa punca.

Tiada ulasan: