RAKYAT MARHAEN |
- Wang Rakyat : Melaka dapat 'Eye on Malaysia' lebih besar
- Menteri Pertahanan belum jawab: 870 % lebih mahal beli enam kapal peronda luar
- Pilihanraya Sarawak - Masihkah Sarawak 'fixed deposit' BN?
- Krisis Libya: Muammar tak akan tunduk, kata anaknya
- Gadhafi’s son warns of Libyan civil war
- Suruhanjaya Bahasa Negara!
- Tuan Ibrahim calon PAS di Kerdau?
- Under pressure to wrap up seat talks
- Sultans and citizens may be the last hope on the horizon
- Prk Merlimau : Jangan terpedaya propaganda Pas
- Pas parti oportunis - Kata Tok Ki Det yang mula lupa apa nama...!!!
- Tahniah : Azizulhasni juara Piala Dunia walaupun cedera.....
- Usah harap lagi pada UMNO
- Hanya 72 Jam: Hairul Mati Dalam Tahanan Polis
- Revolusi Rakyat : Tunjuk perasaan merebak ke Maghribi
- Cerita Ro$mah semasa menjadi isteri TPM
- Ketuanan Setan : Mayat bayi dalam plastik
- UMNO TAKUT : Program Ceramah PAS Merlimau Dihadiri 5000 Orang Sekalipun Cuba Dibatalkan
- Najib Penipu ; Bongkar Ketua Audit Negara
- Pilihan raya serentak uji stamina BN, Pakatan Rakyat....
- Mat Kecut : Najib cuma berani cabar di media, ajak debat kecut dan demam......
- Retro: Aku Melayu, Islam tapi bukan spesis umno
- Aaaiikk...?? Baru teringatkan rakyat??
- Bukti Umno "Mengelabah" Beruk Di Kerdau...
- Revolusi Rakyat : Anak Gaddafi Pembunuh Rakyat Libya… hampir 300 sudah terbunuh
| Wang Rakyat : Melaka dapat 'Eye on Malaysia' lebih besar Posted: 20 Feb 2011 06:19 PM PST Melaka akan membina sebuah buaian roda gergasi (Eye on Malaysia) yang baru dalam tempoh lapan bulan lagi sebagai mengantikan produk pelancongan sebelumnya yang terletak bersebelahan tapak projek Marina, di muara Sungai Melaka.Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, projek berkenaan dijangka terlaksana dalam tempoh lapan bulan lagi dengan memilih satu lokasi baru yang terletak di Pulau Melaka, Banda Hilir. Katanya, buaian roda gergasi berkenaan akan dibina lebih besar lagi iaitu 88 meter berbanding yang didirikan sebelumnya, hanya mempunyai ketinggian 82 meter. "Untuk projek ini, kita akan swastakan kepada sebuah syarikat, Wonderland Melaka dan mereka dah order lebih tinggi iaitu 88 meter sekaligus mengatasi yang sebelumnya 82 meter. "Lokasi yang yang dipilih adalah di Pulau Melaka kerana lokasi lama tidak boleh berikutan termasuk dalam kawasan zon penampan Bandaraya Warisan Dunia," katanya sewaktu menyertai majlis beramah mesra dengan media di sebuah restoran ikan bakar di Umbai, dekat sini. Mohd Ali berkata, nama baru yang dipilih adalah 'Malaysia Eye' hampir sama dengan nama sebelumnya 'Eye On Malaysia' sekaligus boleh dibandingkan dengan produk yang lebih kurang sama dengan London Eye di London. Sebelum ini, tindakan kerajaan negeri Melaka membina Eye On Malaysia pada September 2008 dan kemudian terpaksa dihentikan kira-kira dua tahun kemudian mendapat kritikan daripada pembangkang khususnya PAS yang kononnya ia adalah sebuah projek membazir. Sambil menafikan sangkaan PAS itu, Mohd Ali menjelaskan ia adalah sebuah produk pelancongan yang begitu menguntungkan dan pernah mencatat pulangan sehingga RM100,000 sehari. "Sebelum ini, pihak swasta terbabit meminjam wang daripada sebuah syarikat di Belgium, mereka tidak bayar jadi syarikat terbabit tariklah balik. "Apa saya boleh buat tetapi kalau PAS hendak bayar, bayarkanlah. Jadi dia dah tarik balik kita buatlah sebuah lagi Eye On Malaysia yang baru, kita tiada masalah," katanya. | ||
| Menteri Pertahanan belum jawab: 870 % lebih mahal beli enam kapal peronda luar Posted: 20 Feb 2011 06:16 PM PST Persoalan kewajaran pembelian enam kapal peronda luar pesisir (OPV) yang melibatkan kos sebanyak RM6 bilion itu perlu jawab oleh Menteri Pertahanan, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua. "Kenyataan saya itu bukan suatu tuduhan terhadap kementerian berkenaan berhubung pembelian itu, tetapi sekadar memintanya menjelaskan kewajaran tentang pembelian itu dengan memberi spesifikasi terperinci mengenai jenis OPV yang akan dibeli," katanya. Menurutnya pendedahan kos pembelian OPVs yang mahal sehingga 870 peratus daripada kos yang sepatutnya masih tidak dijawab oleh Kementerian Pertahanan mahupun Kerajaan Malaysia. Dalam pendedahannya, beliau mempersoalkan mengapakah Kerajaan Malaysia sanggup membelanjakan sehinga RM6 bilion untuk mendapatkan enam buah kapal peronda pantai. Sedangkan, jelasnya, pembelian kapal peronda pesisir pantai oleh Tentera Laut New Zealand hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu, Israel pula membayar AS260 juta (RM791 juta). Manakala, kapal kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (RM572 juta) dan Saar V dari Israel (RM791 juta) setiap satu. Malah, kapal yang paling canggih seperti Littoral (LCS) buatan Amerika Syarikat pun nilainya kurang daripada AS300 juta (RM913 juta) setiap satu. Tony mengakui keperluan pertahanan negara tetapi perlulah dibeli dengan harga yang wajar. "Kita juga ingin memberi tentera laut kita alat peperangan yang cukup baik dan berteknologi tinggi, bagaimanapun duit rakyat tidak boleh dibazirkan begitu sahaja," jelasnya lagi. Katanya lagi, Kementerian Pertahanan juga tidak memberi apa-apa penjelasan kepada syarikat manakah tender pembelian kapal itu diberikan. Cuma berbeza dengan pembelian kapal selam Scorpene yang kontroversi suatu masa dahulu, OPV ini masih belum disahkan sama ada akan dibeli atau dibina secara usahasama dengan syarikat tempatan. Tony juga mengingatkan kerajaan supaya tidak mengulangi semula kesilapan beberapa tahun dahulu berkenaan pemberian kontrak pembinaan (friget) kepada sebuah syarikat tempatan. "Jika melalui usahasama pun kerajaan perlu menunjukkan ketelusan kerana sebelum ini sebuah syarikat tempatan pernah diberi kontrak membina kapal friget (tempur) tetapi bermasalah untuk menyiapkannya," katanya tegas. "Syarikat itu tidak cukup kemahiran teknologi dan mereka terpaksa merekabentuk kapal di tempat lain dan membeli enjin dari negara lain. Akhirnya projek itu sangat lambat disiapkan dan mengakibatkan kos pembinaan melambung tinggi," ujarnya lagi. | ||
| Pilihanraya Sarawak - Masihkah Sarawak 'fixed deposit' BN? Posted: 20 Feb 2011 06:10 PM PST Sarawak akan menghadapi pilihanraya negeri selewat-lewatnya pada bulan Julai yang akan datang. Sarawak sekarang menjadi tumpuan pemimpin-pemimpin parti politik yang akan menawarkan calun masing-masing untuk mendapatkan mandat rakyat bagi menubuhkan kerajaan negeri yang sekian lama dipegang oleh BN hanya dengan seorang pemimpin yang bernama Tan Sri Taib Mahmud (TSTM). TSTM telah menerajui kerajaan Sarawak selama 30 tahun dan masih lagi mahukan kuasa memimpin itu diberikan kepadanya. Nampaknya Sarawak tidak mempunyai pemimpin lain dari Taib Mahmud kerana semua yang telah dianggap akan menjadi pengganti beliau semuanya sudah bersara dan tidak mahu lagi terlibat dan politik. Jika BN masih lagi memenangi pilihanraya ini, Taib Mahmud akan duduk menerajui kuasa di Sarawak sekurang-kurangnya selama 35 tahun sebelum menghadapi pilihanraya yang berikutnya. Ini merupakan rekod yang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pemimpin di negara ini. Malahan TSTM akan menjadi salah seorang ketua kerajaan yang paling lama dalam dunia ini. Apa pun alasan yang diberikan oleh mana-mana pihak untuk mengekalkan TSTM sebagai ketua kerajaan sebuah negeri merupakan satu tindakan yang sangat membosankan kerana yang akan dihadapi oleh kerajaan pada masa yang akan datang ialah masalah yang mungkin tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Di Sarawak nampaknya BN terutamanya TSTM sengaja mahu menempah masalah untuk rakyat yang telah begitu lama dikelirukan oleh pemerintah yang tidak mahu mengenali apa itu kebencian rakyat. Sarawak sedang menghadapi 'vacuum' kepimpinan yang sangat besar kerana TSTM tidak pernah mahu mendidik, membentuk dan menyediakan pimpinan lapisan bagi negeri di bawah bayu itu. Tidak ada rekod sesebuah negara itu akan berada di dalam keadaan yang aman politiknya jika dipimpimpin oleh seseorang dengan begitu lama. Pilihanraya akan tiba tidak beberapa bulan sahaja lagi dan pemimpin-pemimpin pusat mundar mandir ke Kuching seperti orang keluar masuk jamban untuk berkempen bagi meneruskan kenikmatan pimpinan yang ada pada hari ini yang kian hari kian jelas merasakan yang negeri itu adalah kepunyaan peribadinya. Persoalannya, sampai bila TSTM hendak menongkat langit? Sampai semua kompartmen balak habis? Sampai semua tanah-tanah negeri terjual?Atau sehingga ada di kalangan ahli keluarga beliau mampu mengambil alih tempat beliau? Atau apa? Tidak adakah walaupun seorang dari 3 juta rakyat Sarawak yang berkemampuan untuk mengambil alih kerajaan dan memimpin Sarawak? Apa lagi alasannya? Tidak adakah kemampuan pucuk pimpinan persekutuan untuk menasihatkan Ketua Menteri ini untuk melepaskan jawatannya untuk mempastikan rakyat Sarawak tidak merasa resah dengan pimpinannya? Kalau pucuk pimpinan boleh menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk mengenepikan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat di Semenanjung dengan cara haram, kenapa tidak ada pula kudrat untuk menasihati TSTM untuk mengundurkan diri secara terhormat? Sekarang semua di pihak kerajaan sedang melutut dan meminta agar kaum Cina di Sarawak memberikan sokongan kepada BN dengan alasan hanya BN sahaja yang mampu untuk menyelamatkan masa depan mereka. Ini adalah disebabkan pengundi-pengundi Cina lebih tertarik untuk mengundi pembangkang khususnya DAP. Kemenangan DAP dalam pilihanraya kecil Sibu telah memberikan semangat DAP untuk menawan kerusi-kerusi bandar dan kawasan sub-urban di Sarawak. Dengan kembalinya SNAP dalam politik Sarawak pula akan memberikan tekanan kepada BN didalam 29 kerusi Iban dan Dayak selain dari beberapa kerusi yang pasti akan menerima cabaran besar di dalam pilihanraya negeri kali ini. Sarawak telah dikatakan sebagai fixed-deposit bagi BN kerana semasa pilihanraya Mac 2008 yang lalu pembangkang hanya memenangi 13 kerusi DUN dan satu kerusi parlimen iaitu di Bandar Kuching yang dimenangi oleh DAP. Pada tahun yang lepas BN telah kehilangan kerusi parlimen Sibu kepada DAP di dalam pilihanraya kecil. Dengan 2 kerusi parlimen DAP, parti itu kini sedang mendapat suntikan semangat yang kuat untuk mendapatkan kerusi tambahan di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Isu yang laris semasa pilihanraya di Sibu adalah isu TSTM sahaja. Jika DAP mampu mengekalkan sokongan kaum Cina di Sarawak ianya akan terus menambah bilangan 13 kerusi pembangkang di Dewan Undangan negeri Sarawak. Jika SNAP yang kini kembali ke arena politik negeri itu secara giat maka tidaklah mustahil jika parti itu akan berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya belasan kerusi dikawasan Iban dan Dayak. Berlaku sahaja keadaan ini maka Sarawak tidak akan lagi menjadi fixed-deposit bagi BN. Saya sendiri menjangkakan BN akan berjaya mempertahankan kerajaan negeri di bawah bayu ini, tetapi bolehlah kita anggapkan kemenagan seperti yang diperolihinya seperti dahulu tidak akan berulang lagi. Keadaan inilah yang akan mempengaruhi keadaan di semenanjung dan di Sarawak sendiri di dalam pilhanraya yang akan datang. Harapan BN untuk mendapatkan majority 2/3 di Dewan Parlimn jika 5 peratus dari pengundi Melayu kembali kepada BN akan melesat jika 25 peratus tambahan rakyat di Sarawak dan Sabah yang akan mengundi pembangkang. Kalau di kaji halus-halusan kenapa BN menghadapi keadaan seperti ini, ialah kerana rakyat sudah nampak dan merasakan dengan jelas yang pemimpin-pemimpin BN baik di Semenanjung mahu pun di Sabah Sarawak terlalu mementingkan politik dan kuasa peribadi. Dibawa bersama dalam 'package'nya ialah rasuah dan salah guna kuasa yang tidak mengenal batasnya. BN pimpinan TSTM selama ini menguasai pengundi dengan wang ringgit yang besar. Lagi pula pembangkang tidak dapat untuk mendekati pengundi di pedalaman. TSTM selalunya akan menggunakan kuasanya untuk menyekat perjalanan pemimpin pembangkang ke pedalaman dengan tidak membenarkan kapal terbang kecil yang membawa pemimpin pembangkang di kawasan pedalam yang jauh itu. Jika pihak pembangkang benar-benar hendak pergi ke pedalaman itu mereka terpaksa pergi sekurang-kurangnya seminggu sebelum penamaan calun dan duduk di tempat yang di tetapkan sehingga hari mengundi. Pembangkang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menyaingi kemampuan kewangan TSTM seorang. Itu tidak termasuk sumber kewangan yang bertimbun dari Kuala Lumpur. Walau bagaimana pun adalah terlalu awal untuk memberikan ulasan yang tepat kerana di dalam politik bermacam-macam dan berbagai kemungkinan boleh berlaku. Tetapi alangkah baiknya TSTM bersara sahaja dari membiarkan pemimpin-pemimpin BN negeri dan pusat berhempas pulas untuk mempertahankan BN kerana kerakusan seorang pemimpin seperti TSTM. Inilah akibatnya jika politik itu dijadikan kepunyaan peribadi dan keluarga seseorang pemimpin. | ||
| Krisis Libya: Muammar tak akan tunduk, kata anaknya Posted: 20 Feb 2011 05:59 PM PST RABAT, 21 Feb — Pemimpin Libya Muammar Gaddafi tidak akan tunduk sebaliknya bersedia menghadapi tunjuk perasaan, paling buruk di negara itu dan telah meragut lebih 200 nyawa setakat ini, habis-habisan, kata salah seorang anak lelakinya dalam ucapan disiarkan menerusi televisyen semalam. Saif al-Islam Gaddafi juga berkata tentera negara itu akan menguatkuasakan kawalan keselamatan ke tahap maksimum menggunakan apa jua cara. Malah katanya, anggota tentera negara itu berdiri teguh bersama bapanya, yang dianggap sebagai "pemimpin pertarungan di Tripoli." Dalam pada itu, ketua dasar luar Kesatuan Eropah Catherine Ashton menggesa pihak berkuasa Libya segera mengakhiri tunjuk perasaan antikerajaan dan memulakan dialog reformasi menyeluruh. "Kesatuan Eropah mengambil berat perkembangan semasa dan kematian, yang tinggi jumlahnya, yang dilaporkan setakat ini," kata beliau dalam satu kenyataan. Libya negara terbaru Arab dan jiran Mesir berhadapan dengan kebangkitan rakyat. — Reuters | ||
| Gadhafi’s son warns of Libyan civil war Posted: 20 Feb 2011 05:53 PM PST Seif al-Islam Gadhafi (picture during telecast yesterday in the local tv), in the regime's first comments on the six days of demonstrations, warned the protesters that they risked igniting a civil war in which Libya's oil wealth "will be burned." The speech followed a fierce crackdown by security forces who fired on thousands of demonstrators and funeral marchers in the eastern city of Benghazi in a bloody cycle of violence that killed 60 people on Sunday alone, according to a doctor in one city hospital. Since the six days of unrest began, more than 200 people have been killed, according to medical officials, human rights groups and exiled dissidents. Lybia's response has been the harshest of any Arab country that has been wracked by the protests that toppled long-serving leaders in neighboring Tunisia and Egypt. But Gadhafi's son said his father would prevail. "We are not Tunisia and Egypt," the younger Gadhafi said. "Moammar Gadhafi, our leader, is leading the battle in Tripoli, and we are with him." "The armed forces are with him. Tens of thousands are heading here to be with him. We will fight until the last man, the last woman, the last bullet," he said in a rambling and sometimes confused speech of nearly 40 minutes. The younger Gadhafi, who is the regime's face of reform, conceded that the army made some mistakes during the protests because the troops were not trained to deal with demonstrators, but he added that the number of dead had been exaggerated, giving a death toll of 84. Western countries have expressed concern at the rising violence against demonstrators in Libya. British Foreign Secretary William Hague said he spoke to Seif al-Islam Gadhafi by phone and told him that the country must embark on "dialogue and implement reforms," the Foreign Office said. In the speech, the younger Gadhafi offered to put forward reforms within days that he described as a "historic national initiative" and said the regime was willing to remove some restrictions and begin discussions for a constitution. He offered to change a number of laws, including those covering the media and the penal code. Protesters had seized some military bases, tanks and other weapons, he said, blaming Islamists, the media, thugs, drunks and drug abusers, foreigners — including Egyptians and Tunisians. He also admitted that the unrest had spread to Tripoli, with people firing in central Green Square before fleeing. | ||
| Posted: 20 Feb 2011 05:51 PM PST A. Aziz Deraman Apakah Malaysia mempunyai satu Dasar Bahasa Negara? Jawapannya: Ya dan benar! Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan mengkanunkan "Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen" dan Perkara 152 (6) menegaskan "Dalam Perkara ini, maksud rasmi ertinya apa-apa jua maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam." Fungsi Bahasa Melayu diperkukuh lagi dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, disemak 1971.Daripada kedua-dua sumber tersebut telah diperluas tafsiran terhadap kedudukan dan fungsi bahasa Melayu dalam beberapa undang-undang yang lain. Undang-undang tertinggi Malaysia itu menetapkan bahawa Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia; Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi bagi melaksanakan maksud-maksud Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dan rakyat Malaysia tidak dilarang menggunakan, belajar atau mengajar bahasa-bahasa lain. Persoalan semasa sekarang di Malaysia ialah keperlahanan pelbagai sektor, awam dan swasta bagi melaksanakan tanggung jawab dan usaha ke arah mencapai matlamat strategik, memperkukuh fungsi utama bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Bahasa Melayu bukan satu bahasa yang kecil, tetapi peranan besarnya itu agak tidak menentu mulai pertengahan dekad 1990-an. Apabila memasuki abad ke-21 bahasa Melayu menerima cabaran baru, berada di persimpangan jalan persepsi antara zaman globalisasi dan pengaruh liberalisasi. Bahasa Inggeris dianggap satu-satunya bahasa yang menjamin kemajuan, tanpa mengakuri bagaimana Jepun, Korea, Perancis dan Jerman maju. Lebih-lebih lagi kemajuan dikatakan sepenuhnya ditentukan sains dan teknologi yang pula disinonimkan dengan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Kepemimpinan politik, organisasi industri, ekonomi dan dagang bagaikan hilang keyakinan terhadap kemampuan bahasa negara sendiri untuk berada di arus perdana kemajuan itu. Ada semacam kegagalan memahami fungsi lokal dan global, kepentingan jati diri, bahasa sebagai asas pembinaan tamadun bangsa dan bahasa dalam sistem pendidikan atau dalam sistem-sistem lain. Senario baru menunjukkan penegasan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara semakin malap. Wujud keserongan persepsi yang beredar di fikiran politik. Kajian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1996 menunjukkan "bahawa bahasa kebangsaan belum dapat digunakan dengan meluas atau tidak memainkan peranan yang utama sebagai bahasa komunikasi bagi urusan komersial dan perdagangan dalam negeri, industri, sains dan teknologi, dan urusan-urusan dalam negeri yang lain. Tempat bahasa Melayu itu diambil oleh bahasa-bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris. Malah, kualiti bahasa Melayu didapati merosot, terutama sekali apabila bahasa Melayu digunakan secara bercampur aduk dengan bahasa Inggeris". Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan Tahun Baru 2011, menyeru rakyat, "Janganlah kita hanya berpuas hati dan berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian, tetapi marilah kita corakkan masa depan generasi hari ini." Apakah natijah yang boleh digarap dan diaplikasikan dari kenyataan seorang ketua kerajaan kepada situasi bahasa di Malaysia? Maknanya semua orang tidak harus berpuas hati dan berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian apabila melihat bahasa sebagai asas peradaban bangsa kian terpinggir dan dipinggirkan. Mereka yang berkuasa di peringkat Kerajaan Pusat, negeri, badan berkanun, syarikat rangkaian kerajaan (GLC), pihak berkuasa tempatan dan organisasi swasta semestinya mengembalikan semula keyakinan bahawa bahasa kebangsaan itulah bahasa pembangunan negara dan pembinaan bangsa, bahasa yang menyatupadukan rakyat negara ini. Apakah tidak ada kemungkinan diwujudkan sebuah Suruhanjaya Bahasa Negara (SBN)? Peranan dan fungsi DBP boleh diserapkan dengan diberikan peranan dan fungsi yang lebih luas. Cadangan ini telah saya sebut semasa Forum Wacana Bahasa Melayu, di Kangar pada 20 Januari 2011 dan terbaharu diulangi pada Hari Pejuang Bahasa 152 di Kuching, Sarawak pada 16 Februari, semasa saya menyampaikan ucap utama. Sebuah suruhanjaya boleh bertindak melalui "kuasa", "kuat kuasa" dan "penguatkuasaan" undang-undang menyelesaikan masalah pelaksanaan bahasa Melayu yang belum tercapai sepenuhnya sebagai bahasa rasmi. SBN diberikan kuasa memantau bahasa kebangsaan yang berkualiti tinggi dan bercitra Malaysia atau sebagai bahasa pengantar pendidikan kerana ada masalah di sektor institusi pendidikan swasta. Badan ini juga boleh menggerakkan perluasan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi, perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan kewangan atau meningkatkan prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa penyelidikan, penciptaan dan pembangunan sains dan teknologi dan meluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam amalan industri (kecuali IKS) dan bidang profesional (perubatan, kejuruteraan, kepeguaman, kewangan dan seumpamanya). Penegasan semula pelaksanaan Dasar Bahasa Negara hendaklah dikenakan segera kepada semua jabatan sektor awam, sektor swasta dan organisasi umum. Apakah senario kemerosotan bahasa Melayu itu disebabkan kelemahan bahasa itu atau kemahuan politik (political will) yang lemah? Apakah disebabkan gelombang bahasa Inggeris terlalu besar sehingga kita ikut berasa cemas dan bimbang. Apakah sesudah melangkahi garis lebih setengah abad kemerdekaan, bangsa Malaysia masih terkapai-kapai dihanyutkan gelombang sikap dan tabiat "tidak apa"? Tabiat negatif terhadap bahasa Melayu ini akan mengakibatkan kesan yang lebih parah lagi dalam tempoh jangka panjang. Apakah kita rela menyaksikan anak cucu kita puluhan tahun akan datang luntur jati diri dan kehilangan keperibadian bangsa Malaysia? Mungkin kehidupan budaya nasional atau tempatan beralih secara ala Amerika (Anglo American atau Anglo Saxon) dengan nilai budaya, rasa dan selera budaya yang asing sama sekali! Kita tahu dunia satu bahasa (monolingual) sudah tiada lagi. Rakyat Malaysia tahu keperluan menguasai bahasa-bahasa asing utama yang lain itu dengan baik. Cuma yang mana dijunjung, yang mana dikelek. Rasanya kini "Penegasan Semula Dasar Bahasa Negara" memerlukan 'Gerakan Baru'. Sentuhan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri dinantikan. Kita mahu berpegang kepada matlamat untuk memperkukuh status dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa negara, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi supaya dapat menjadi asas bagi pembinaan tamadun negara bangsa Malaysia dalam abad ke-21 ini. Malaysia memerlukan perancangan strategik bahasa bagi penyelesaian masalah pembangunan, pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu sebagai bahasa negara menjelang tahun 2020. Bahasa Melayu itu sudah berada di martabatnya, boleh diperkasakan dengan melihat masalah-masalah utama, mengkaji isu-isunya dan menetapkan dasar penggunaan bahasa kebangsaan untuk semua sektor selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) bermula dalam Rancangan Malaysia (RMK-10) 2011-2015 sekarang ini. - Utusan Malaysia * Datuk A. Aziz Deraman ialah bekas Ketua Pengarah DBP 1994-2004 dan kini Ahli Jawatankuasa Gapena. | ||
| Tuan Ibrahim calon PAS di Kerdau? Posted: 20 Feb 2011 05:50 PM PST PAS akan memuktamadkan calonnya yang bakal bertanding di kerusi Kerdau Selasa ini selepas tiga nama diperakui oleh Dewan Harian parti itu hari ini, kata Naib Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini. "PAS Pahang telah mengangkat tiga nama pada hari ini di mana Dewan Harian telah memperakui ketiga-tiga nama itu. Keputusan akhir akan dicapai pada mesyuarat jawatankuasa kerja pusat Selasa ini," kata beliau ketika dihubungi hari ini.Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengumumkan calon di Kerdau, Khamis ini. Bagaimanapun Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang enggan berkongsi nama calon-calon yang diperakui oleh Dewan Harian pada mesyuarat hari ini. Salah satu daripada tiga nama yang dipertimbangkan itu termasukla hTuan Ibrahim sendiri selaku Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Krau. Sumber memberitahu kemungkinan PAS akan menurunkan beliau di Kerdau kali ini atas popularitinya di kawasan tersebut dan di Pahang. Ketika ditanya mengenai kemungkinan itu, Tuan Ibrahim memberitahu, "biar jawatankuasa pusat yang putuskan perkara itu dan nama calon akan diumumkan 24 Februari ini." Difahamkan ketiga-tiga nama yang diperakui hari ini merupakan anak tempatan kawasan Kuala Krau. Pada 8 Mac 2008, Tuan Ibrahim bertanding di kerusi DUN Jengka. Mesyuarat Dewan Harian PAS hari ini juga memutuskan untuk melantik Pengarah Pilihan Rayan PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman sebagai pengarah jawatankuasa induk pilihan raya kerusi DUN Merlimau. Sebelum ini PAS melantik Tuan Ibrahim sebagai pengarahnya. "Ada pertukaran, saya akan mengetuai jawatankuasa induk pilihan raya kecil Kerdau, Datuk Abdul Halim akan menjadi pengarah pilihan raya kecil Merlimau," katanya lagi. Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac sebagai tarikh pengundian manakala penamaan calon pada Sabtu ini. Dalam pada itu, laporan Bernama memetik Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN), Selasa ini. "Empat nama calon berkelayakan telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih bertanding, siapa saja yang dipilih akan diterima dan jentera BN akan memastikan kemenangannya," kata Adnan. Kata beliau, kerajaan negeri pimpinan BN akan menunaikan segala janji pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau yang telah dibuat bekas wakil rakyat kawasan itu. Beliau berkata, kerajaan negeri akan meneliti projek pembangunan yang dijanjikan sebelum ini mengikut keutamaan dan kepentingan rakyat. "Kerajaan Barisan Nasional tidak berjanji kosong, setiap janji-janji itu kita akan tetap laksanakan untuk kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan jentera pilihan raya kecil BN untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau hari ini. Adnan berkata, semua isu setempat di kawasan berkenaan juga akan diselesaikan secepat mungkin. "Setakat ini tiada isu besar di Kerdau melainkan isu-isu berkaitan hak milik tanah dan berkaitan tanah, isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air," katanya. Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN pada pilihan raya kecil itu berkata, semua jentera pilihan raya BN kini bersiap sepenuhnya. "Kita akan mengambil pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi mengetahui masalah mereka dan setiap masalah mereka kita akan atasi," katanya. | ||
| Under pressure to wrap up seat talks Posted: 20 Feb 2011 05:48 PM PST Insiders say they don't relish the thought of having Azmin negotiate for PKR if Anwar goes to jail. PETALING JAYA: Pakatan Rakyat insiders expect a lot of acrimony among the parties of the alliance in their negotiations for seats to contest in the coming general election unless the horse trading is settled before Anwar Ibrahim goes to jail.They say Anwar is second to none when it comes to negotiating skills, but they fear that it is almost certain that he will be convicted for sodomy, given the Najib administration's determination to put him out of action. That means, according to the insiders, PKR deputy president Azmin Ali will take over as chief negotiator for his party, and they say Azmin does not command much respect from other Pakatan leaders. Indeed, he has already angered some PAS leaders with a recent statement accusing the Islamic party of eyeing seats that PKR claims as its own. PAS secretary-general Mustafa Ali, for instance, has effectively told him to shut up, according to the daily Sinar Harian. Anwar, said a PAS source, must "sort out the seat allocation issues" before the end of his sodomy trial, which is expected to be wrapped up next month. The sources also said the Pakatan leadership had divided the electoral seats into three categories. Won seats are those that the opposition won in the 2008 election. The parties that won them will contest them again in the next election. Popular seats are seats that the opposition lost in 2008, but where the candidates who stood there are popular and have increased their grassroots support since. It will be status quo for these seats as well. The rest are open seats. Here, at least two parties in Pakatan have equal chances and these are the seats that will come under intense negotiation. It is not known how Pakatan will treat the seats currently occupied by defectors from PKR and DAP. A senior PAS leader told FMT that he felt these seats should go to the parties that won them in 2008. "A party should not be penalised for the irresponsible behaviour of an individual," he said. | ||
| Sultans and citizens may be the last hope on the horizon Posted: 20 Feb 2011 05:46 PM PST The going price hanging like a yoke on the neck of Malaysia's future is indeed most precarious and perilous. The traditional and new media reports clearly indicate that the times ahead are indeed most fragile.The cases of corruption; the huge national bankruptcy deals; the massive spendings on weapons; the lifestyles of wives of politicians; the use of the police force; and a whole lot of other schemings, wheeler-dealsand what have you are all far too familiar on the nation's landscape of experiences. Citizens have been raising the alarm out of earnest patriotism in the wake of the rising temperatures being set by politicians in the country. It appears that politicians have the greater say in determining the direction setting of the nation rather than the citizens and the Sultans. History teaches us that in each and every State, the Sultans have always held their rakyat's concerns at heart. From the very birth of the Sultanate, the people have always looked upon their respective Sultans for peace, prosperity and justice. And because the Sultans held faithfully to their revered roles, Malaysia continued to nurture and cherish their Sultans. Then came the long arm of the politicians which saw the erosion of the Sultans' roles and powers. The Constitution was amended. That too is history today. The end result is the rakyat are indeed worse off. They are now at the mercy of politicians. Not only have they been made party to the crime of sizing down the powers and roles of our revered Sultanate but they are also been held at ransom by the politicizing of religion and race. All the concerns expressed by the worried citizens through the various available and non-partisan media is not yielding any results to the positive. Yes, what we have today is a fragile political landscape that can easily set off people against people. Politicians and their agents of vested interests fail to accept the fact that it was the Sultanate that ensured the transformation of the Malay States to a progressive Malaya leading to the Malaysia we are entrusted to nurture together today. Instead our politicians make us believe that we owe it all to them. Hence the time is most apt for the citizens to unite with their Sultans and demand that politicians stop the rot and power scheming. Citizens must unite to restore the Sultanate to its glorious past where truth, justice, peace and progress were the commitment. We must work together to enable the Sultanate to resume its role for the nation. Politicians are mere servants of the nation. If the citizens and Sultans can come together in the name of the future of this nation and its people, then the politicians will be checkmated. They the erring politicians will have to re-learn that their purpose is to serve the rakyat and the Sultanate for the Sultans have the citizens at their heart. Hopefully we can put the nation back on track instead of leaving it in the hands of so-called political party machinery that is manipulated by greed and power craze. | ||
| Prk Merlimau : Jangan terpedaya propaganda Pas Posted: 20 Feb 2011 05:27 PM PST JASIN 20 Feb. – Para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan propaganda Pas yang mengakui parti itu mengutamakan perjuangan orang Melayu. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sering membuat kenyataan yang berubah dalam menyatakan perjuangan sebenar parti tersebut. "Masyarakat harus sedar kenyataan Pas boleh berubah-rubah. Bukan mustahil hari ini mereka bercakap lain dan esok mereka cakap lain. "Kita jangan terpedaya hingga terikut dan terpujuk ungkapan Pas dalam memperjuangkan nasib orang Melayu. "Jika benar Pas memperjuangkan nasib orang Melayu, mengapa tidak mereka memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang dan negeri lain," katanya. Beliau ditemui selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Politeknik Merlimau, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Speaker DUN Melaka, Datuk Othman Muhamad. Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mengakui perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini. Mengulas lanjut, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, Pas akan menggunakan isu agama dan bangsa Melayu untuk meraih simpati pengundi di kedua-dua tempat tersebut menjelang pilihan raya kecil 6 Mac ini. "Perjuangan BN sebenarnya lebih konsisten kerana kita memperjuangkan nasib bukan sahaja orang Melayu tetapi juga Cina, India dan semua bangsa yang terdapat di negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya. Sementara itu di Putrajaya, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula menyifatkan Mursyidul Am Pas itu sebagai seorang yang kerap menukar pendirian semata-mata untuk kepentingan politik. Kali ini, katanya, demi untuk meraih undi kaum Melayu, Nik Abdul Aziz sanggup menukar pendirian parti tersebut yang sebelum ini memperjuangkan Islam. "Nik Abdul Aziz ingin memperjuangkan hak masyarakat Melayu atas alasan mereka adalah kaum pribumi di negara ini. "Bagi saya, beliau terpaksa bercakap begitu kerana mahu memenangi hati masyarakat Melayu yang ketika ini lebih berpihak kepada kerajaan," katanya. Menurut Tengku Adnan, faktor lain yang menyebabkan Menteri Besar Kelantan itu mengubah pendiriannya adalah kerana undi masyarakat Melayu terhadap Pas telah mula merosot. "Orang Melayu kini telah sedar siapa dan parti mana yang boleh memperjuangkan nasib mereka, telah banyak terbukti hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mampu berbuat demikian," katanya. Manakala, Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, Nik Abdul Aziz perlu berhenti menjadikan kaum Melayu sebagai umpan politik terbarunya. Menurutnya, perjuangan yang disuarakan oleh Nik Abdul Aziz itu hanya bagi meraih kepentingan politik selain melaksanakan agenda DAP. "Agenda memperjuangkan hak Melayu wujud kerana Nik Abdul Aziz hanya mahu menang dalam pilihan raya bukan demi kepentingan kaum Melayu yang beragama Islam," katanya. Beliau berkata, Nik Abdul Aziz perlu kembali kepada ajaran Al-Quran atau berhenti daripada berpolitik kerana tindakannya itu hanya akan menyesatkan umat Islam. Jelasnya, perjuangan membela hak Melayu telah lama dilakukan UMNO sehingga dunia mengiktirafnya hari ini. "Oleh itu Nik Abdul Aziz tidak perlu berpura-pura dengan mahu mengambil hati orang Melayu demi kepentingan rakannya iaitu DAP," ujarnya. | ||
| Pas parti oportunis - Kata Tok Ki Det yang mula lupa apa nama...!!! Posted: 20 Feb 2011 05:23 PM PST
HULU LANGAT 20 Feb. - Pendirian Pas yang mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa membuktikan parti itu adalah parti oportunis dan tidak ikhlas dalam perjuangan mereka. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas mengubah pendirian bukan kerana ikhlas untuk mempertahankan hak Melayu tetapi hanya kerana mahu memastikan mereka mampu memenangi kembali undi daripada orang Melayu. Katanya, adalah tidak mustahil apabila Pas sudah mendapat semula sokongan orang Melayu, parti itu akan mengubah kembali pendirian mereka seperti sedia kala dengan alasan, perjuangan Islam lebih penting berbanding perjuangan memartabatkan kaum Melayu. "Ini oportunis... Bila sedar mereka tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu, dia (Pas) mahu balik kepada Melayu. Esok bila dah dapat sokongan orang Melayu, mereka balik kepada ideologi lama kononnya, perjuangan bangsa bukan perjuangan Islam. "Sebelum ini tolak Melayu, sekarang Pas mahu terima balik orang Melayu, semua kerana apa? Kerana nak dapat undi, kalau tak dapat undi Islam pun dia tak perlu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Saringan Kesihatan dan Diabetes di Batu 18, di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa parti itu perlu mengutamakan perjuangan terhadap bangsa Melayu memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini. Nik Abdul Aziz ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa anjuran parti itu di Shah Alam, semalam, dipetik sebagai berkata: "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu." Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan itu beberapa kali menolak perjuangan terhadap bangsa Melayu kerana menganggap ia tidak dilakukan oleh Islam selain turut menolak perjuangan nasionalis kerana dakwanya, ia bercanggah dengan ajaran Islam. Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, Pas dan Nik Abdul Aziz langsung tidak mempunyai prinsip kerana sering kali berubah pendirian semata-mata untuk menjamin kelangsungan politik mereka selain sanggup memperalatkan agama. Menurutnya, Pas bukan berjuang kerana Islam tetapi untuk memegang kuasa sehingga mereka sanggup mengeluarkan fatwa politik bahawa golongan yang menolak Pas adalah masyarakat jahiliah serta menolak Islam. "Tolak Islam ini apa? Kalau anda tolak Islam anda jadi apa? Maksudnya samalah dengan mengkafirkan orang yang sokong UMNO walaupun Nik Abdul Aziz kata mana bukti dia mengkafirkan orang UMNO. "Pas ini kalau boleh mereka nak kita mengucap tiga syahadah, baru Islam kerana syahadah yang diucapkan sekarang tidak cukup bagi mereka. Pertama mengakui Allah tuhan yang satu, Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah dan tambah yang ketiga iaitu hanya ahli Pas, Islam dan boleh masuk syurga," katanya menyindir. Sementara itu, Dr. Mahathir turut menyelar tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan fahaman pluralisme antara agama. Sambil mengecam tindakan Ketua Pembangkang itu, beliau mempersoal motif Anwar itu bertujuan mahu meletakkan Islam sama kedudukannya dengan agama lain di sisi Allah semata-mata kerana kebebasan beragama. "Kita tidak boleh samakan Islam dengan agama lain meskipun kita iktiraf agama lain. Mereka dengan agama mereka dan kita dengan agama kita, tetapi agama yang suci di sisi Allah hanya Islam," katanya kepada pemberita. | ||
| Tahniah : Azizulhasni juara Piala Dunia walaupun cedera..... Posted: 20 Feb 2011 05:20 PM PST ![]() SEORANG petugas wanita membantu Mohd. Azizulhasni yang cedera akibat tertusuk kayu ketika berlumba di Manchester, England semalam. MANCHESTER, England - Pelumba trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang muncul juara keirin Piala Dunia meskipun pada perlumbaan pusingan keempat dan terakhir semalam, serpihan kayu tajam menusuk dan menembusi betis kirinya. Difahamkan serpihan kayu tajam itu datang daripada lantai velodrom yang diperbuat daripada kayu itu terkopek dan tertanggal selepas Azizulhasni bersama empat pelumba lain berlanggar pada kelajuan tinggi sebelum terjatuh di atas trek perlumbaan. Bagaimanapun, hanya Azizulhasni seorang yang cedera agak teruk akibat tusukan serpihan kayu tajam itu dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Empat pelumba lain iaitu Jason Niblett dari Australia, Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol) hanya cedera ringan. Acara keirin akhir pusingan keempat itu dimenangi juara Olimpik, Chris Hoy diikuti Niblett. Hanya dua pelumba itu berjaya menamatkan perlumbaan daripada enam pelumba yang layak ke peringkat akhir semalam. Berikutan insiden itu, Azizulhasni, 24, hanya mampu menduduki tempat ketiga tetapi sudah cukup untuknya muncul juara keseluruhan hasil daripada pungutan mata dalam tiga pusingan sebelum ini. | ||
| Posted: 20 Feb 2011 05:18 PM PST Oleh: wfauzdin_ns " ISLAM mengajar kita agar kasih dan cinta kepada bangsa, suku atau kaum kita sendiri kerana kejadian manusia berbagai bangsa dan kaum ini dicipta Allah untuk saling kenal mengenal dan kasih mengasihi.Apabila Allah mengajar tentang sifat kasih mengasihi sesama manusia walaupun terdiri dari berbilang bangsa, ini bererti sesuatu bangsa atau kaum tidak boleh menzalimi atau tidak berlaku adil kepada bangsa dan kaum yang lain. Kasih keterlaluan terhadap bangsa sendiri sehinggakan tidak berlaku adil kepada kaum yang lain apatah lagi kasihnya kepada bangsa melebihi kasih dan taat kepada agama itu sesuatu yang dilarang oleh Allah dan itulah sifat Assobiyyah yang sesat. Umno sebuah parti yang terang dan nyata sekular kerana Umno adalah parti kebangsaan yang sering menonjolkan ketuanan Melayu semata-mata sehinggakan bangsa lain merasa seperti tidak mendapat keadilan. Sekularnya Umno adalah kerana memisahkan agama dengan politik dan dasarnya yang tidak menjurus ke arah menegakkan hukum Islam bahkan komited menentang perjuangan Islam. Islam di dalam Umno umpama wanita menampalkan gincu dibibir. Umno berjuang kununnya untuk menyelamatkan Melayu, dan perjuangan itu tidak salah di sisi Islam, namun harus diingat Melayu tidak akan selamat jika terus memperjuangkan ketuanan Melayu tanpa memperkasakan Islam. Hanya Islam yang mampu menyelamatkan semua bangsa kerana kepimpinan Islam menekankan amanah, bukan bersifat menindas antara satu sama lain. Tuan Guru Hj Hadi menyebut, "Kita kena yakin kalau Melayu nak selamat maka Melayu hendaklah tegakkan Islam. Kalau tegakkan Melayu, Melayu tak akan selamat kerana Islam memang dipelihara oleh Allah SWT," (Harakahdaily). Sejarah lampau boleh dijadikan bukti bahawa selama lebih kurang 50 tahun Umno berkuasa di negara ini, di mana letaknya kehebatan orang-orang Melayu? Apakah Melayu di negara ini menguasai ekonomi? Di dalam senarai 10 terkaya di negara ini, berapa orangkah Melayu di situ? Ini bukti jelas betapa Umno gagal menyelamatkan orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu di negara ini seperti merempat di negara sendiri. Masalah kemiskinan, pendidikan dan masalah sosial di negara ini dijuarai oleh kaum Melayu. Usah bicara tentang Islam kerana Umno tidak menunjukkan minat untuk menegakkan hukum Islam di negara ini. Umno gagal membela Melayu dan lebih gagal lagi parti sekular ini di dalam mendaulatkan Islam. Umno kehilangan Melayu dan Islam. Ini adalah kerana Umno hanya mementingkan Melayu sehingga mengenepikan Islam. Justeru itu, kita tiada pilihan selain dari memilih PAS yang meletakkan Islam jauh lebih tinggi darjatnya dari Melayu. Kesimpulannya, jika kita sayang kepada Melayu, kita mestilah terlebih dahulu mematuhi ajaran Islam. Melayu hanya boleh selamat dengan Islam bukan dengan Umno. | ||
| Hanya 72 Jam: Hairul Mati Dalam Tahanan Polis Posted: 20 Feb 2011 05:16 PM PST Oleh YB MP Kapar ![]() Media Alert : Penyerahan MEMO bersama Ibu arwah Hairul kepada KPN di bukit aman, 1130pagi, 21/2/2011 Bekas IGP kata Setiap Kematian dalam Tahanan Polis harus diadakan Inkues, tapi cakap hanya cakap… Hairul Amri 26, di dapati meninggal dunia sewaktu berada dalam tahan polis di Kuala Selangor pada 17 hb Februari hanya selepas tiga hari beliau di tahan polis. Hairul diadakan ditahan polis kerana disyaki melakukan kecurian. Beliau juga telah mengadu kesakitan perut yang seperti biasa mendapat layanan yang paling memuaskan dari pihak berkuasa. Ibu arwah Hairul memberitahu bahawa pihak polis enggan memberi jaminan kerana dia kini disyaki mengambil Ganja. Aneh serta pelik pihak polis menahan untuk kes kecurian tetapi mengubahnya ke kes dadah. Hairul dikatakan telah di bawa ke hospital untuk pemeriksaan kencing pada 16 hb Februari tetapi pada 17 hb Februari awal pagi beliau mengadu sesak nafas mengikut seorang rakan dalam tahanan. APA YANG BERLAKU DI HOSPITAL atau DALAM TAHANAN selepas pemeriksaan Kesihatan ? Seorang Remaja, 26 yang Sihat ditahan kerana kecurian didapati mati hanya selepas 72 jam? Adakah betul beliau seorang penagih dadah? atau ada apa-apa yang tersirat di sebalik nya? Kenapakan Pihak Polis enggan mengadakan inkues untuk setiap kematian dalam tahanan ? Kenapa pula pihak kerajaan Terus menyokong pembunuhan dalam tahanan? | ||
| Revolusi Rakyat : Tunjuk perasaan merebak ke Maghribi Posted: 20 Feb 2011 05:14 PM PST ![]() RIBUAN penduduk berhimpun dalam tunjuk perasaan meminta kuasa raja dikurangkan di Rabat, Maghribi semalam. RABAT - Ribuan orang berarak di bandar-bandar di Maghribi semalam bagi menuntut reformasi politik dan kuasa raja dihadkan. Ia merupakan tunjuk perasaan terbaru yang berlaku di kawasan Afrika Utara selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir akibat desakan penunjuk perasaan. Lebih 2,000 orang berarak di jalan-jalan raya di Rabat dengan menjerit slogan perubahan. Di Casablanca yang merupakan bandar terbesar di negara tersebut, lebih 1,000 orang berhimpun bagi menuntut lebih banyak kebebasan, maruah dan keadilan. Tunjuk perasaan yang diadakan pada waktu tengah hari itu berlangsung dalam keadaan aman. "Saya mahu Maghribi yang lebih adil dan kurang korup," kata salah seorang penunjuk perasaan yang enggan namanya didedahkan di Casablanca. Ribuan golongan muda di Maghribi menyertai akaun Pergerakan 20 di laman sosial Facebook bagi menuntut perlembagaan baru digubal bagi mengurangkan kuasa raja dan lebih banyak keadilan sosial dilakukan. Maghribi diperintah oleh Raja Mohamed VI. Negara itu memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol pada 7 April 1956. - Agensi | ||
| Cerita Ro$mah semasa menjadi isteri TPM Posted: 20 Feb 2011 05:02 PM PST Lokman telah men'dedah'kan cerita sensasi bahawa DS Wan Azizah semasa menjadi isteri TPM memakai baju mahal. Isi ceramah Lokman sejak keluar dari KeAdilan, tidak ada isu lain isu ini sahaja diulang-ulang.Kali ini ulangan isi ceramah Lokman mendapat liputan Utusan Meloya tambah meloyalah cerita itu. Di atas video cerita RO$MAH semasa menjadi isteri TPM. Kenapa Lokman tidak berani dedah? dedahlah./PPB Cuba anda lihat yang ini: | ||
| Ketuanan Setan : Mayat bayi dalam plastik Posted: 20 Feb 2011 05:01 PM PST DI SINI...lokasi bungkusan plastik (kanan) mengandungi mayat bayi lelaki (atas) yang ditemui seorang pemancing. PETALING JAYA: Seorang pemancing yang mengambil dan membuka satu bungkusan beg plastik yang ditemui di tebing Sungai Kayu Ara, di sini untuk dijadikan bekas mengisi hasil tangkapannya terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat serta sudah berbau busuk, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam beg plastik berwarna putih yang disimpul rapi dan dipercayai dibuang di tebing sungai itu dalam tempoh 24 jam lalu. Mohd Rizal Ramli yang sering memancing di sungai berhampiran Sri Pentas TV3, Bandar Utama itu tidak mengesyaki bungkusan berkenaan mengandungi mayat bayi walaupun ia berbau busuk dan dikerumuni lalat. "Bayi berkenaan dibungkus dengan empat beg plastik. Tiga lapisan pertama beg plastik putih dan ketika membuka lapisan terakhir plastik berwarna hitam saya terperanjat melihat ada bayi didalamnya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed yang turut meninjau lokasi penemuan mayat bayi itu berkata, bayi terbabit dipercayai sudah mati agak lama kerana sudah berbau, namun dipercayai dibuang dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui. Menurutnya, tiada kecederaan ditemui pada tubuh bayi malang yang berkulit agak cerah itu dan ia dilahirkan cukup sifat. "Kita percaya bayi itu sudah mati terlebih dulu sebelum dimasukkan ke dalam plastik berkenaan dan dibuang ke tebing sungai. Mayat bayi itu akan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat," katanya. Arjunaidi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Sementara itu dalam kejadian berasingan kelmarin, seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan rumah seorang penduduk di Kampung Labohan Dagang, Banting, awal pagi kelmarin. Ketika ditemui kira-kira jam 6.45 pagi itu, bayi itu dipercayai baru dilahirkan. Bayi itu dibawa pemilik rumah berkenaan ke Hospital Banting untuk rawatan. | ||
| UMNO TAKUT : Program Ceramah PAS Merlimau Dihadiri 5000 Orang Sekalipun Cuba Dibatalkan Posted: 20 Feb 2011 04:57 PM PST Program ceramah Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang dan Sdra. Mohd Sabu di Merlimau Utara berjaya juga diadakan sekalipun ianya cuba disekat oleh pihak polis yang pada awalnya telah mengarahkan supaya program tersebut dipindahkan atau dibatalkanBeberapa pimpinan PAS telah berhujjah dengan Ketua Polis Daerah Jasin yang kemudiannya mengizinkan ceramah diteruskan dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi. GB telah turut bersama berhujjah kepada pihak polis berkenaan dan bertanyasamada kedatangan mereka untuk menyekat program ceramah PAS tersebut adalah sebenarnya datang dari "arahan pihak tertentu," ketua polis tersebut sekadar tersenyum dan mengakuinya dengan menyatakan "saya tidak perlu ulas dan tak perlulah bagitahu siapa yang mengarahkannya." Program ceramah diteruskan dengan kehadiran lebih dari 5 ribu orang rakyat tempatan dimulai dengan ucapan Sdra Adly Zahari, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari yang melahirkan rasa kesal dengan tindakan UMNO memperalatkan pihak polis bagi menganggu program PAS. "Sedangkan mereka menggunakan kemudahan awam seperti bangunan Politeknik tanpa sebarang sekatan," ujarnya. Mohd Sabu di dalam ceramahnya pula meminta rakyat Merlimau untuk menolak UMNO di dalam pilihanraya kecil 6 hb Mac ini supaya seorang pembangkang dari PAS dapat bersuara di dalam dewan undangan negeri Melaka. Beliau menegaskan bahawa apabila demokrasi cuba disekat, maka tragedi Mesir, Tunisia, Bahrain dan lain-lain akan berlaku dan sepastinya ia tidak menguntungkan mana-mana pihak. Beliau juga membidas pihak UMNO yang menuduh kononnya PAS kuda tunggangan DAP untuk disebarkan di kalangan orang Melayu, sedangkan dalamasa yang sama pihak MCA menuduh DAP kuda tungangan PAS di kalangan orang bukan Melayu. Bekas Pengerusi GERAK yang juga Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus turut berceramah dengan mengajak pengundi di Merlimau supaya membuat pilihan yang betul di hari pengundian nanti. Beliau menjelaskan bahawa tiada rasuah mega di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Yang ada ialah sekeping kek yang dihadiahkan kepada TG Nik Abdul Aziz dianggapkan rasuah oleh Pemuda UMNO yang ketandusan modal dan dilaporkan kepada pihak SPRM. Presiden PAS TG Abdul Hadi Awang yang berucap di majlis berkenaan menyatakan bahawa PAS berbeza dengan UMNO dimana UMNO tidak memperhitungkan nilai pahala dan dosa di dalam kehidupan berpolitik. Semepena sambutan Maulidir-Rasul, kita sepatutnya mengambil pelajaran dari kehidupan Rasulullah supaya membina cara hidup yang diredhai Allah s.w.t. Islam yang berkembang di Malaysia yang bermula di Melaka adalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Perjuangan menentang penjajah di Melaka pada tahun 1511, kemudian kebangkitan rakyat menentang penjajah Belanda dan Inggeris selepas menentang Portugis membuktikan "rakyat" telah menentang penjajah lebih awal dari UMNO yang hanya memulakan penentangannya kepada Inggeris pada 1946. Program ceramah PAS di Merlimau tersebut sekali lagi cuba diganggu oleh UMNO yang juga mengadakan program ceramahnya selang beberapa meter dari program PAS. Program tersebut lansung tidak diganggu oleh polis dan ianya hanya dihadiri sekitar 30-40 orang. Beberapa pimpinan PAS termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka Sdra Adly Zahari berhujjah dengan OCPD Jasin Sdra Adly memulakan majlis ceramah Mohd Sabu menyampaikan ceramahnya Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang Mohd Nazree Mohd Yunus Antara hadirin yang mendengar / | ||
| Najib Penipu ; Bongkar Ketua Audit Negara Posted: 20 Feb 2011 04:54 PM PST Sekali lagi, Laporan Ketua Audit Negara membongkar segala masalah yang berlaku di dalam Malaysia. Dan kali ini, Tan Sri Ambrin Buang membuat kenyataan bahawa hutang sebenar negara adalah RM 362.39 bilion! Jauh dari kenyataan Perdana Menteri semasa ucapan Bajet 2011 tempohari iaitu RM 233.92 bilion.Berikut di bawah merupakan petikan teks kenyataan dari Ketua Audit Negara (baca selanjutnya....)
Dari sini, dapat dilihat Perdana Menteri kita tidak bersifat jujur dalam menutur apa yang sebenarnya berlaku. Rakyat berhak tahu dalam perkara ini. Hutang sebenar Malaysia iaitu RM 362.39 bilion itu adalah mencakupi lebih dari 50% KDNK, iaitu pada 53.7 peratus. Bermakna Malaysia telah berada dalam keberhutangan yang agak serius buat pertama kali dalam sejarahnya sendiri. Soal kami di sini, mengapa perlu berdolak-dalih untuk mengatakan perkara yang benar? Kalau hutang negara RM 362.39, cakap betul-betul. Tak perlulah nak menipu dalam ucapan Bajet 2011 tempohari dengan mengatakan hutang Malaysia berjumlah RM 233.92 Bilion. Sangat besar perbezaan nilai di situ iaitu lebih RM 130 bilion! Bukan RM 130. Seperti artikel yang kami paparkan pada tempohari berkenaan hutang negara yang perlu dilunaskan dalam tempoh tiga tahun, dengan kenyataan dan angka terbaru yang diberikan oleh Ketua Audit Negara ini, sah Malaysia telah berhutang melebihi KDNK yang sepatutnya berada pada paras maksimum 40%. Dengan jumlah hutang sebenar yang banyak ini, ditambah pula dengan pelbagai lagi Projek Mega yang bakal dibina seperti Menara Warisan dan yang lain-lainnya, di mana sebenarnya terletak slogan " Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan"? Sudah pasti dengan jumlah hutang yang besar ini, kerajaan juga terpaksa memikirkan cara untuk mengaut kembali wang-wang yang telah dibazirkan. Dan di antara langkah-langkah yang pasti, adalah menaikkan cukai, dimana kerajaan dapat memungut hasil secara langsung dan tidak langsung. Akhirnya, ianya kembali membebankan rakyat. Mungkin golongan rakyat yang mewah, tidak merasakan apa-apa, namun kita perlu ingat bahawa, golongan rakyat di Malaysia ini juga dah jadi macam Piramid. Di mana, golongan pertengahan dan golongan miskin yang menjadi mangsa di atas kecuaian dan pembaziran kerajaan. ![]() Janganlah memperbodohkan rakyat lagi macam apa yang berlaku tidak lama dulu semasa ingin menaikkan harga barangan. Cakap sahaja harga barang perlu dinaikkan, tidak perlu cakap "Penyelarasan Harga Barang", untuk menidakkan maksud sebenar yang tidak difahami oleh rakyat. Cuma satu sahaja yang kami fikirkan, adakah Laporan Ketua Audit ini sebenarnya memberikan kesan kepada pemerintah sekarang. Macam tahun lepas juga, pelbagai skandal yang dapat dibongkarkan seperti Skandal Projek Landasan Berkembar Eletrik dan Skandal PKFZ yang akhirnya, senyap begitu sahaja. | ||
| Pilihan raya serentak uji stamina BN, Pakatan Rakyat.... Posted: 20 Feb 2011 04:53 PM PST Manja Ismail 21 FEB — Seperti dijangka, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Jumaat lalu menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di Pahang, serentak dengan DUN Merlimau di Melaka iaitu pada 6 Mac, manakala penamaan calon pada Sabtu depan. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata langkah mengadakan pilihan raya kecil serentak itu boleh menjimatkan banyak wang dan masa suruhanjaya. Langkah SPR mengadakan pilihan raya serentak bukan perkara baru kerana sejak Pilihan Raya Umum 2004 (PRU12), sudah dua kali ia diadakan iaitu kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan DUN Bukit Selambau di Kedah pada 7 April 2009, diikuti DUN Galas di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi di Sabah pada 4 November lalu. Pada 2002, pilihan raya kecil Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit di Kedah, juga diadakan serentak. Bagaimanapun, pilihan raya kecil serentak di Merlimau dan Kerdau, masing-masing ke-15 dan 16 selepas Pilihan Raya Umum 2008 ini, mungkin yang terakhir pada penggal Parlimen sekarang. Jika berlaku kekosongan kerusi selepas pertengahan April depan, pilihan raya kecil tidak perlu diadakan kerana penggal sekarang hanya tinggal dua tahun lagi. Justeru, sebarang keputusan daripada dua pilihan raya kecil ini amat penting kepada Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang kerana ia boleh dijadikan isyarat awal prestasi mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Bagi BN, keputusan di Merlimau dan Kerdau, yang kepada banyak pihak, boleh dimenanginya dengan mudah, akan menentukan sama ada momentum sokongan semula rakyat, seperti diperlihatkan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, berterusan, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. Kepada parti pembangkang, Merlimau dan Kerdau bukan saja bakal memperlihatkan kemampuan mereka untuk mengembalikan sokongan yang pernah dikecapi dalam beberapa pilihan raya kecil sejurus selepas pilihan raya umum lalu, tetapi bakal menentukan sejauh mana pengaruh PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan pengundi majoriti Melayu itu. Lebih penting lagi, kedua-dua pilihan raya ini turut menguji jalinan kerjasama PAS-PKR kerana walaupun kedua-dua kawasan itu ditandingi oleh PAS pada pilihan raya umum lalu. Calon Umno, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan menewaskan calon PAS di Merlimau, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi, manakala di Kerdau, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim (Umno) mengalahkan Hassanudin Salim (PAS) dengan majoriti 1,615 undi. PKR Melaka dilaporkan menawarkan Ketua Angkatan Muda parti itu, Shamsul Iskandar Md Akin, sebagai calon di DUN Merlimau. Antara alasan PKR untuk bertanding di Merlimau ialah lebih 30 peratus pengundi bukan Melayu daripada 10,471 pengundi di kawasan itu. Mereka berpendapat PAS mempunyai peluang lebih cerah di Kerdau, yang mempunyai 89 peratus pengundi Melayu daripada 8,451 pengundinya. Selepas PAS gagal meningkatkan undi pada pilihan raya DUN Tenang, baru-baru ini, kalangan tertentu dalam PKR berpendapat, Merlimau seharusnya ditandingi calon mereka. Bagaimanapun PAS setakat ini tetap mahu meletakkan calon mereka di Merlimau dan Kerdau, yang akan diumumkan pada Khamis ini walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin dilaporkan berkata, pihaknya belum menentukan parti mana yang akan bertanding di Kerdau. BN, yang berjaya meningkatkan majoritinya di Tenang baru-baru ini, akan mengumumkan calonnya di Kerdau esok dan Merlimau, lusa. Walaupun ramai bersetuju BN mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan kedua-dua kerusi itu, ia tidak harus mengambil mudah pilihan raya kecil ini. Sebagai kubu kuat Umno, kemenangan saja tentunya tidak mencukupi tanpa majoriti yang lebih besar daripada apa dicatat pada pilihan raya umum lalu. Memang sukar untuk mencari sebab kenapa BN tidak boleh meningkatkan majoriti di Merlimau dan Kerdau jika perkembangan politik semasa serta rekod BN di dua kawasan itu ambil kira. Bagaimanapun, dalam ketiadaan isu besar untuk dimainkan pembangkang, calon akan menjadi faktor utama yang menentukan sebesar mana majoriti BN. Pembangkang, apabila sudah terdesak, tidak akan teragak-agak untuk melempar fitnah dan menyerang peribadi calon seperti berlaku pada pilihan raya kecil sebelum ini. Pilihan raya kecil serentak Merlimau dan Kerdau juga bakal menguji sejauh mana kesediaan jentera masing-masing untuk menghadapi pilihan raya umum nanti. Kekerapan pilihan raya kecil dalam tempoh setahun lalu memang memberi pengalaman berguna kepada parti bertanding, tetapi pada masa sama, ia meletihkan jentera pilihan raya masing-masing, sama ada di segi tenaga, kewangan atau keserasian kerjasama di kalangan komponen. Dalam kata lain, pilihan raya serentak Merlimau dan Kerdau pada 6 Mac ini, yang diadakan kira-kira sebulan selepas pilihan raya kecil Tenang, bakal mengukur stamina BN dan pakatan pembangkang. - Berita Harian | ||
| Mat Kecut : Najib cuma berani cabar di media, ajak debat kecut dan demam...... Posted: 20 Feb 2011 04:50 PM PST Kenyataan DS Najib Razak tentang isu kabinet bayangan PR membuktikan beliau sudah kekeringan idea sehingga mencabar PR supaya mengemukan kabinet bayangan. Sudah ketiadaan isu sehingga seorang bertaraf Perdana Menteri mencetus satu isu yang terlalu dangkal dan dilihat beliau serta UMNO/BN yang sudah semakin tertekan.DS Najib Razak cuba mengalih isu dengan mengutarakan isu kabinet bayangan supaya rakyat tidak lagi membicarakan berkaitan Janji Jingga PR yang mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat. Kerisauan DS Najib Razak dapat dirasai terutama Janji Jingga PR benar-benar telah mula menarik minat rakyat terutama "Program 100 hari ". Polisi terbaik telah diungkap agar rakyat memperolehi manafaat bagi merealitikan manifestasi 'ketuanan rakyat' yang dilaung-laungkan oleh PR . DS Najib Najib harus sedar , bahawa sudah 2 tahun PR telah mewujudkan Panel Portpolio di mana setiap Ahli-Ahli Parlimen PR mempunyai portpolio tertentu berdasarkan kabinet dan kementerian yang diwujudkan oleh Kerajaan BN . Malah BN tidak pun mengiktiraf dan menafikan tindakan PR tersebut . Tetapi kali ini mencabar PR mengemukan kabinet bayangan . Adakah dengan kewujudan kabinet bayangan PR tersebut akan diiktiraf oleh BN ? Sudah pasti mereka tidak akan mengiktirafkan kewujudan kabinet bayangan tersebut tetapi bertujuan untuk memanipulasikan isu . Apakah kepentingannya kabinet bayangan berbanding polisi sepertimana yang digariskan oleh PR dalam Janji Jingga PR . Bagi saya rakyat lebih perlu mengetahui apakan polisi dan dasar yang bakal disediakan oleh PR kepada rakyat jika PR menawan Putrajaya dan bukannya hendak mengetahui barisan kabinet PR . Tidak perlu DS Najib mencabar PR mewujudkan kabinet bayangan tetapi ialah MENYAHUT CABARAN BERDEBAT oleh DSAI secara terbuka mengenai dasar ekonomi yang tercatat dalam Buku Janji Jingga. Sikap berdolak- dalik DS Najib Razak membuktikan ketakutan dan keresahan beliau untuk berdepan dengan DSAI dan realiti bahawa Janji Jingga PR adalah realistik dan kondusif untuk rakyat Malaysia demi menyelamatkan Malaysia yang selama 50 tahun dirompak dan dimusnahkan di bawah kerajaan BN . BUKU JINGGA: Ubah sekarang , selamatkan Malaysia ! Oleh Fariz Musa | ||
| Retro: Aku Melayu, Islam tapi bukan spesis umno Posted: 20 Feb 2011 04:47 PM PST Aku juga Melayu. Aku juga beragama Islam. Tapi kenapa aku membenci tindakan sesetengah tindak - tanduk pemimpin Umno yang mengaku diri mereka memperjuangkan Melayu. Adakah dengan langkah aku membenci Umno maka aku mengkhianati Melayu. Aku benci kepada Umno kerana mereka sering kali memperbodohkan Melayu. Lihat sahaja laungan Ketuanan Melayu tapi yang merampas tanah - tanah orang Melayu adalah mereka. Yang merobohkan Kampung Berembang adalah mereka. Yang menutup mata untuk penduduk Kampung Tanjung Tokong Pulau Pinang adalah mereka. Yang merampas biasiswa untuk Bumiputera adalah mereka. Tapi dalam masa yang sama mereka juga menjerit "HIDUP MELAYU!", "INI TANAH MELAYU!", "JANGAN RAMPAS HAK MELAYU!", dan sebagainya. Kenapa masih ada yang mempercayai Umno memperjuangkan Melayu. Kenapa masih ada yang terus - menerus memberi undi kepada Umno? Aku Melayu, tapi aku tidak pernah sesekali memberikan undi aku kepada Umno kerana aku yakin Umno tidak pernah mempertahankan Melayu. Mereka hanya menggunakan nama Melayu untuk merompak harta negara. Mereka mencandukan orang Melayu dengan slogan - slogan yang cukup enak untuk didengar. Buktinya? Lihat sahaja rumah Khir Toyo. Hartanya puluhan juta. Hasilnya kerana terus menerus memperbodohkan Melayu. Apabila Melayu khayal dan terus seronok menyokong Umno, maka lahirlah Istana Kaya Raya Khir Toyo.Apakah itu tidak cukup untuk membuka mata orang Melayu? Tidak! Orang Melayu disajikan dengan orang Cina nak rampas tanah Melayu. Orang Cina akan buang hak - hak Melayu. Tanah orang Melayu akan dirampas oleh Cina. Sokong parti pembangkang orang Melayu akan musnah. Maka orang Melayu sekali lagi terpedaya dengan dakyah dan tipu muslihat bangsat Umno ini. Sedangkan yang berusaha untuk menghalau orang Melayu di tanah mereka sendiri adalah orang Umno. Lihat sahaja apa yang berlaku di Kampung Berembang. Orang Melayu dihalau bagaikan anjing. Apakah itu tidak cukup memperlihatkan betapa bangsatnya Umno? Aku Melayu, apabila melihat betapa bangsatnya penipuan Umno terus aku membenci Umno. Aku yakin Umno tidak pernah ikhlas mahu membantu orang Melayu. Umno hanya mempergunakan sensitif orang Melayu untuk mengekalkan kuasa mereka dan terus - menerus mengKAYAkan sanak - saudara mereka. Atas sebab itu aku yakin, Umno harus dimusnahkan jika tidak, orang Melayu terus akan mundur di kampung. Orang Melayu tergadai tanah mereka. Orang Melayu terus - menerus nasib mereka tidak dibela. Namun sayangnya, hanya segelintir sahaja yang berfikiran seperti aku. Masih ramai lagi disana yang terpedaya dengan tipu muslihat Umno. Kenapa mereka masih tidak berubah? Kerana maklumat tidak sampai. Menjadi tanggungjawap kita menyampaikan maklumat untuk mereka. Aku Melayu apakah dengan penulisan ini aku dianggap mengkhianati Melayu? Silakan. Aku mahu melihat Melayu bebas dari pengaruh Umno yang bangsat ini. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w pun digelar pengkhianat oleh puak Jahiliyyah Quraisy. Jadi aku akan terus - meneruskan mengatakan Umno pengkhianat Melayu. Buang Umno maka Melayu selamat. Percayalah. Drag Super Star | ||
| Aaaiikk...?? Baru teringatkan rakyat?? Posted: 20 Feb 2011 04:46 PM PST ![]() ![]() Kah... kah.... kah... kah.... Kelakar.... kelakar..... Dah ada PRK baru nak turun padang?? Dulu... buat apa?? Tak mandang pun turun padang....?? Turun padang pulak tu, pasti bawak gula-gula sebagai umpan untuk memancing 'ikan'. Fuuhhh .... kalau umpan terkena ngap, YB-nya, kayaaaa.... kayaaaaa dan UMNO/BN akan terus bernyawaaaa!!! Kalau ler tak de PRK, sekor muka pun tak nampak rupa. Hilang entah ke mana. Sibuk buat harta untuk jadi kaya raya. Rakyat..... dibiarkan begitu saja. Hidup ke.... mati ke... susah ke.... merempat ke.... tak dipedulikan oleh mereka. Sekarang.... apabila perlukan undi daripada rakyat.... baru ler nampak muka. Terhegeh-hegeh turun padang. Isy... kalau aku ler jadi pengundi DUN Merlimau, aku akan kata..... pi mampuih la hangpa!! | ||
| Bukti Umno "Mengelabah" Beruk Di Kerdau... Posted: 20 Feb 2011 04:45 PM PST Kerajaan negeri Pahang akan menanggung sepenuhnya kos tiket kapal terbang 400 pelajar negeri itu yang bakal pulang menyambung pengajian di Mesir selepas krisis politik negara berkenaan kembali pulih. Selain itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri turut menyumbang wang tunai RM500 kepada para pelajar terbabit sebagai perbelanjaan mereka.Beliau berkata, bantuan tersebut diberikan kepada semua pelajar terbabit walaupun kerajaan negeri hanya menaja 200 penuntut di bawah Yayasan Pahang manakala selebihnya pelajar persendirian. Katanya, pemberian tersebut tiada kena-mengena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini. "Kerajaan negeri prihatin dengan masalah yang dihadapi pelajar dan akan membiayai sepenuhnya tambang balik pelajar terbabit ke Mesir bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian apabila keadaan di negara itu kembali stabil," katanya di sini semalam. Sebanyak 8,341 pelajar Malaysia di Mesir dibawa pulang ke tanah air menerusi Ops Piramid ketika negara tersebut mengalami pergolakan politik baru-baru ini. Kosmo! difahamkan, harga tiket sehala bagi penerbangan Gulf Air dari Kuala Lumpur ke Kaherah, Mesir ialah RM2,158, Emirates sebanyak RM3,058 manakala Egypt Air sebanyak RM2,014. Juragan :Baru lagi pimpinan Umno kata pelajar tanggung sendiri kalau nak balik Mesir.. tiba-tiba bertukar haluan pulak mereka...nasib baik la ada PRK Kerdau untung la student pahang...Jadi kalau negeri BN yang lain nak kan tambang Free doa saja YB dalam negeri lu orang tumpo pasti lu orang dapat tambang free siap duit poket sekali..Hampehhh Umnooo..Dasar buat apa pun tak ikhlasss.. | ||
| Revolusi Rakyat : Anak Gaddafi Pembunuh Rakyat Libya… hampir 300 sudah terbunuh Posted: 20 Feb 2011 04:41 PM PST 'Gaddafi's son seen killing protesters'Son of Libya's Muammar Gaddafi has been seen killing pro-democracy protesters with security forces as the explosion of anger continues to rock the North African country, reports say.The news come as Habib al-Obaid, a doctor at al-Jalae hospital stated on Sunday that a least 50 people have been killed in the Libyan city of Benghazi since 1300 GMT on Sunday. Reports have put the number of people killed in the country's second largest city, Benghazi at more than 200 over the past days. Pro-democracy protests sparked by the popular revolutions that deposed long-serving rulers of neighboring Egypt and Tunisia have engulfed Libya since last week with thousands of people flocking the streets of the eastern city of Benghazi, and calling for the ouster of the 68-year-old Gaddafi, who has been in office since September 1969.PressTV ………………………………………………………………………………………. "Hari ini (20.2.2011)telah menjadi tragedi yang nyata … sejak 3 pm (1300 GMT) dan sampai 21:15, kami telah menerima 50 mayat, sebahagian besar adalah kena tembak," kata Habib al-Obaid, seorang doktor di Hospital al-Jalae, pada hari Ahad.'50 more people killed in Libya'![]() People climb flag poles in front of a building purported to be the internal security headquarters in Libya's second city of Benghazi in this still grab taken from video uploaded February 20, 2011. At least 50 people have been killed in the Libyan city of Benghazi since 1300 GMT on Sunday, as protests calling for Muammar Gaddafi's ouster grow more violent, a doctor in the city says. "Today has been a real tragedy … since 3 p.m. (1300 GMT) and up to 9:15 p.m., we received 50 dead, mostly from bullet wounds," Habib al-Obaid, a doctor at al-Jalae hospital, said on Sunday."There are 200 wounded, 100 of them are in very serious conditions," he was quoted as saying by Reuters. The repression became bloodier on Sunday when security forces opened fire on thousands of people who had gathered to mourn for those killed on Saturday clashes in Benghazi. Libya's envoy to the Arab League Abdel Moneim al-Honi has submitted his resignation "in protest against the acts of repression and violence against demonstrators" and has joined the "revolution." US has also condemned the suppression of pro-democracy protesters and expressed concern about "disturbing reports and images coming out of Libya." Reports have put the number of people killed in the country's second largest city, Benghazi at more than 200 over the past days. Residents in Benghazi reported that there was no electricity in parts of the city and tanks were stationed outside the city's main courthouse. Benghazi's airport is also reported closed. The rights group Amnesty International has urged the Libyan government to stop its crackdown on peaceful demonstrations. Latest figures show the death toll from clashes in Libya's massive popular uprising is nearing 300. Protesters have been demanding the ouster of the Libyan leader, who has been in power for over 40 years. ……………………………………………………………………………………… Kumpulan hak asasi Amnesty International mendesak kerajaan Libya menghentikan tindakan keras terhadap rakyat yang keluar ke jalan raya memprotes secara aman. Angka-angka terbaru menunjukkan jumlah yang terkorban dalam konflik di Libya mencecah hampir 300 orang. Rakyat libya yang keluar ke jalan raya menuntut pengunduran pemimpin diktator Libya, yang telah berkuasa lebih dari 40 tahun. |
| You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












ISLAM mengajar kita agar kasih dan cinta kepada bangsa, suku atau kaum kita sendiri kerana kejadian manusia berbagai bangsa dan kaum ini dicipta Allah untuk saling kenal mengenal dan kasih mengasihi.





Program ceramah Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang dan Sdra. Mohd Sabu di Merlimau Utara berjaya juga diadakan sekalipun ianya cuba disekat oleh pihak polis yang pada awalnya telah mengarahkan supaya program tersebut dipindahkan atau dibatalkan










Kenyataan DS Najib Razak tentang isu kabinet bayangan PR membuktikan beliau sudah kekeringan idea sehingga mencabar PR supaya mengemukan kabinet bayangan. Sudah ketiadaan isu sehingga seorang bertaraf Perdana Menteri mencetus satu isu yang terlalu dangkal dan dilihat beliau serta UMNO/BN yang sudah semakin tertekan.
Aku Melayu, tapi aku tidak pernah sesekali memberikan undi aku kepada Umno kerana aku yakin Umno tidak pernah mempertahankan Melayu. Mereka hanya menggunakan nama Melayu untuk merompak harta negara. Mereka mencandukan orang Melayu dengan slogan - slogan yang cukup enak untuk didengar. 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan