Sabtu, 26 Februari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Ini Ijazah Al-Azhar Saya..

Posted: 26 Feb 2011 08:21 AM PST



3.jpg (300×200) 2.jpg (300×229)

TEMERLOH, 26 Feb -- BUKTI...Inilah ijazah daripada Universiti Al Azhar yang diterima oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang yang mendakwa beliau menipu kononnya mempunyai ijazah dari universiti itu. Syed Ibrahim akan ditentang oleh calon Pas Hasanuddin Salim.

Sumber : Bernama


Tolong la percaya...korang ni. Dah kesian dah aku tengok Ustaz ni, siap korek Ijazah dari fail. Kalau ada yang tuduh dia kahwin dekat siam.... mau aku ingat dia keluar sijil nikah dia, siap bawak saksi-saksi nikah sekali.
Tapi yang hairannya...siapa yang persoalkan Ijazah dia??? Hmm.
:Author Faethal

Bos Playboy Kahwin Gadis 24 Tahun

Posted: 25 Feb 2011 11:14 PM PST


LOS ANGELES - Bos majalah Playboy Hugh Hefner akan menikah seorang gadis (gadis ke?) 24 tahun, Crystal Harris. Mereka akan berkahwin pada 18 Jun 2011.

Lelaki berusia 84 tahun itu akan berkahwin pada musim panas, hanya dua bulan setelah ulang tahunnya ke-85. "Kami tidak sabar menunggu hari perkahwinan. Ia akan diadakan di Playboy mansion. Tentu saja akan lebih privasi," kata Hugh seperti dilaporkan Hollyscoop.

Hugh saat ketika berkahwin dengan isteri kedua, Kimberley Conrad, diadakan di hadapan Playboy mansion. Crystal tidak mahu perkahwinannya juga sama seperti saat Hugh mengikat janji dengan Kimberley.

"Dia pernah berkahwin di depan mansion. Jadi pada hari perkahwinan kami nanti, ia akan dilakukan di halaman belakang mansion," kata Crystal.

Hugh optimistis Crystal akan menjadi isterinya yang terakhir. Sepanjang hidup, Hugh pernah berkahwin dengan Mildred Williams (1949–1959) dan dikurniakan anak Christie (48) dan David (45).

Kemudian, Hugh menyunting Kimberley Conrad yang dikahwininya pada 1989 dan bercerai pada 2010. Bagi lelaki kelahiran 9 April 1926 itu, Kimberley merupakan cinta dalam hidupnya. Walaupun mengakui tidak pernah mengenali Kimberley dengan sangat baik, Hugh tidak menyesal berkahwin dengan Kimberley kerana memberinya dua orang anak, Marston (20) dan Cooper (19).

Permainan Wii Berunsur Seks Untuk 12 Tahun?

Posted: 25 Feb 2011 08:45 PM PST

Sebuah permainan konsol Wii Nintendo telah menimbulkan kemarahan ibu bapa kerana ia mempromosikan pesta orgi dan seks lesbian kepada kanak-kanak seawal 12 tahun.
Trailer video yang mempromosikan We Dare menunjukkan dua pasang kekasih bermain permainan itu seperti paparan skrin daripada konsol.

1.jpg (682×400)
Lucah ... permainan baru We Dare

Gadis-gadis di dalam klip itu membuat aksi mengoda dengan alat kawalan Wii yang tergantung di antara bibir mereka. Mereka kemudiannya menyembunyikan "Wiimote" di dalam pakaian mereka sebelum pasanannya memukul pungung mereka untuk mengawal watak kartun terbang pada skrin.

Para pemain lelaki kemudiannya membuka pakaian sambil menari kepada gadis-gadis seperti yang diarahkan di dalam permainan.

Salah satu versi video klip promosi, sudah dilihat oleh 375,000 orang di YouTube, berakhir dengan pemain-pemain bertukar pasangan antara satu sama lain untuk melakukan hubungan seks. Permainan ini akan dikeluarkan untuk Wii dan PlayStation 3 bulan hadapan.

2.jpg (380×529)
Ibu bapa mempersoalkan menapa permainan konsol yang memalukan ini diberi kelulusan untuk 12+. Laura Pearson, 52, dari Birmingham, berkata: "Saya punya anak perempuan 13 tahun. Jika saya dapat tahu dia sedang bermain permainan berunsurkan seks ia pasti mengejutkan saya .."

Seorang juru calap Ubisoft, pereka daripada Perancis berkata: "We Dare sememangnya dibuat untuk penonton dewasa." Tetapi kelulusan untuk had usia bagi permainan ditentukan oleh panel bebas dari Eropah.

Penamaan Calon Dun Merlimau : Tamat Masa Bantahan

Posted: 25 Feb 2011 07:02 PM PST


Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Merlimau, Roslan Eusoff telah mengumumkan masa bantahan tamat.

Pegawai Pengurus pilihan raya, Roslan Eusoff mengumumkan calon-calon yang bertanding bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau iaitu Roslan Ahmad dari BN dan Yuhaizad Abdullah mewakili PAS. Tiga bantahan diterima. Tiada calon ditolak pencalonan.

Penamaan Calon Dun Merlimau : Berarak Ke Pusat Penamaan Calon

Posted: 25 Feb 2011 05:02 PM PST

Dari kiri, Ust Nasaruddin Mat Isa, Calon PAS Yuhaizad Abdullah, Ust Ghani Ad Rahman dan Wan Azizah ketika di khemah menunggu PAS.


Dianggarkan kini kira-kira hampir 10,000 penyokong BN dan PAS sedang berarak bersama calon masing-masing. Penyokong BN menyanyi lagu Barisan Kita manakala penyokong melaungkan takbir.




Calon PAS, Yuhaizad Abdullah sedang memasuki pusat pencalonan diiringi pemimpin PAS, Nasharuddin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan pemimpin pembangkang yang lain.

Calon BN, Roslan Ahmad memasuki pusat pencalonan sambil diiringi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Chor Ha dan pemimpin lain

Penamaan Calon Dun Merlimau : Kedua-dua Calon Dijangka Tiba Jam 9.00 pagi

Posted: 25 Feb 2011 04:28 PM PST



Kedua-dua calon dijangka tiba di pusat penamaan calon DUN Merlimau pada kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam ketika ini berada bersama penyokong BN di luar pusat Pusat Penamaan calon.

Penyokong BN sedang berarak dari arah bandar Merlimau manakala penyokong PAS masih berkumpul di tempat penyokong PAS. Masing-masing masih menunggu ketibaan calon dan penyokong masing-masing.

Penamaan Calon Dun Merlimau : Suasana Sekitar 7.00 pagi

Posted: 25 Feb 2011 03:29 PM PST

Jalan masuk ke pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau, Melaka sudah di tutup pada jam 6.45 pagi.


Anggota bomba mengisi air di dalam barier.


Penamaan calon diadakan di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau.


Keadaan simpang masuk ke pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau bagi penyokong PAS.


Kelihatan ramai polis yang mengawal simpang masuk di sini, dan hanya penyokong parti yang mempunyai logo PAS pada kenderaan sahaja yang dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon.



Kedua-dua penyokong diasingkan pada jarak kira-kira 50 meter iaitu penyokong PAS ditempatkan di jalan raya memasuki Lebuhraya AMJ manakala BN bermula dari Bandar Merlimau. Calon yang bakal bertanding masih belum kelihatan di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau.

Nantikan laporannya selanjutnya sebentar lagi.

Awal Pagi Sebelum Penamaan Calon Dun Merlimau

Posted: 25 Feb 2011 02:29 PM PST

Lagi 30 minit jalan masuk ke Merlimau dari kedua-dua arah akan ditutup kepada kenderaan berat dan dibuka hanya kepada penyokong kedua-dua parti sahaja.

Penyokong BN melalui jalan raya utama, sama ada dari arah Muar atau Bandar Melaka terus menuju ke Bandar Baru Merlimau dan terus ke pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau. Penyokong PR yang melalui jalan tersebut akan diarah berpatah balik.

Bagi penyokong PAS/PR pula laluan untuk ke pusat penamaan calon adalah melalui lebuhraya AMJ. Kenderaan berat dihalang daripada melalui jalan masuk dari lebuhraya AMJ ke Bandar Baru Merlimau bermula jam 7.00 pagi ini.

Gambar akan menyusul kemudian.

Nantikan keadaan terkini penamaan calon di Dun Merlimau hanya dari blog pulakdah. Terima kasih.

Tiada ulasan: